Thursday, June 16, 2016

Rancangan DAP Untuk Men'CINA-BUKIT'kan Malaysia Selepas PRU14

  12 Isi Kandungan Mesyuarat CEC DAP Didedah..


Dua belas isi kandungan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP di ibu pejabat parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) yang didedahkan oleh Rozmi Mokhtar adalah seperti berikut :

1. Memecah belahkan perpaduan di kalangan orang-orang Melayu. Sehingga kini DAP berjaya memecah belahkan parti PAS. Keyakinan rakyat terhadap UMNO perlu dihakis semaksima yang boleh kerana setelah ‪#‎BERSIH4‬.0, orang-orang Melayu dilihat semakin menjauhi parti-parti pakatan pembangkang, terutamanya apabila gambar-gambar dan video pemimpin-pemimpin mereka dipijak dan diperlakukan dengan sehinanya tersebar luas di media sosial.

2. DAP perlu memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Parti Amanah Negara (PAN) yang didokongi oleh para pemimpin Gerakan Harapan Baru sebagai pilihan lain bagi meraih sokongan dan undi Melayu. DAP sedar bahawa PKR sudah dianggap tidak releven kepada orang-orang Melayu setelah Langkah Kajang dan terbaru skandal DEIG dikritik hebat oleh DAP dan PAS di sidang DUN Selangor.

3. Konglomerat nasional 1MDB berperanan membantu Bumiputera menceburi bidang perniagaan pada skala besar, sama seperti PETRONAS yang banyak membantu kerajaan dan orang-orang Melayu. Sebagai konglomerat nasional baru, 1MDB begitu cemerlang membantu meningkatkan perniagaan umat Islam, Melayu, dan Bumiputera. Ia menjadi menjadi saingan yang.cukup kuat kepada kaum Cina.

Atas sebab itu, 1MDB mesti dimusnahkan dengan apa cara sekalipun dan diberikan persepsi negatif kepada rakyat, samada dengan memperalatkan pemimpin-pemimpin UMNO anti-Najib atau mana-mana penjawat-penjawat awam yang memiliki kedudukan yang tinggi.

4. Para pemimpin UMNO perlu diserang secara berterusan dan diberikan persepsi negatif seperti suka makan rasuah, mengamalkan kronisme, sombong, menyeleweng dan sebagainya.

5. Proses perkaderan melalui Sekolah Demokrasi perlu melahirkan seramai mungkin pemimpin pelapis muda Melayu bagi menghancurkan pimpinan utama UMNO khasnya Perdana Menteri sehingga berjaya memburukkan, memfitnah dan menghasut ketahap menaikan kebencian terhadap mereka dengan perbagai cara secara besar-besaran.

6. Siri-siri demonstrasi BERSIH perlu diteruskan dan slogan ABU – “Asal Bukan UMNO” perlu dimainkan selalu di dalam media sosial supaya rakyat khasnya generasi muda terus membenci kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO.

7. BERSIH 4 dilihat gagal apabila majoriti peserta yang hadir adalah kaum Cina. DAP perlu merangka dan menganjurkan BERSIH 5 sebelum PRU 14 dengan penyertaan majoriti Melayu pula.

8. Parti DAP perlu merangka pelan bertindak yang berkesan dan berterusan bagi memecah belahkan hubungan UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain sebelum PRU 14.

Perpecahan dalaman MIC dan MCA perlu diambil kesempatan dengan melobi pemimpin-pemimpin mereka yang kecewa menyertai DAP di samping terus memainkan peranan menghasut bagi memecah belahkan para pemimpin dan penyokong antara pro Tun Dr. Mahaathir Mohamed, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato’ Seri Mohd Najib Abd Razak dan faksi-faksi lain.

9. Sumbangan dana RM2.6 Billion kepada Perdana Menteri perlu diberikan persepsi negatif kepada rakyat kerana ia amat merbahaya kepada DAP dan parti-parti pakatan dalam menghadapi PRU 14.

Selama ini DAP berbangga kerana ramai pemodal, kapitalis dan jutawan Cina tidak lagi memberi sumbangan dan menderma kepada UMNO dan Barisan Nasional bagi membiayai kegiatan politik mereka.

10. Goods and Services Tax (GST) dianggap satu sistem percukaian yang sangat membahayakan perniagaan kaum Cina pada jangka masa panjang memandangkan ia.begitu terperinci, efisien dan setiap butiran transaksi perlu direkodkan dan dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Kaum Cina tidak dapat lagi melarikan diri dari cukai dan para peniaga perlu menaikkan harga barangan dan perkhidmatan bagi menanamkan kebencian rakyat terhadap Kerajaan Malaysia.

11. Jutawan-jutawan dan tokoh-tokoh konglomerat Melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary perlu diserang habis-habisan kerana mereka banyak membantu orang-orang Melayu dari sudut pendidikan, kebajikan serta perniagaan.

12. Produk dan keluaran milik umat Islam, Melayu dan Bumiputera perlu dihapuskan dan perniagaan mereka dimusnahkan dan sebarang usaha membangunkan perniagaan Melayu seperti Low Yat 2 perlu ditentang dan diberikan gambaran negatif.


Sumber : AIDCNews



::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU