(Terjemahan dari bahasa Inggeris)
Ahad, 23 April 2017
Berita tentang 1MDB dan IPIC Abu Dhabi
telah mencapai satu persetujuan penyelesaian berjumlah USD6 bilion daripada
meneruskan timbang-tara antarabangsa telah memberi kejutan kepada
banyak pihak tetapi tidak kepada saya.
Saya sentiasa berkepercayaan bahawa
IPIC lah yang akan lebih banyak ruginya seandainya timbang-tara
diteruskan.
Pernah sekali petunjuk yang diberikan
oleh Singapore Straits Times adalah sebegini:
“Timbang-tara yang rumit dan berpanjangan keatas pertikaian tersebut akan mendedahkan kegagalan-kegagalan serius dalam pengurusan entiti-entiti milik kerajaan seperti 1MDB, International Petroleum Investment Company Abu Dhabi (IPIC) dan syarikat bersekutunya Aabar Investments, kata mereka.”
“Mr Qubaisi, yang berkhidmat sebagai Pengarah Urusan IPIC, telah ditahan di Emiriah Teluk. Beliau masih belum didakwa atas sebarang jenayah.”
Mr Khadem Al Qubaisi adalah Pengarah
Urusan IPIC dan juga Pengerusi Aabar Investments. Sehingga lewat
tahun 2015, beliau tersenarai sebagai orang yang ke-14 paling berkuasa didunia Arab.
Qubaisi dan CEO Aabar Mohamed Badawi
Al Husseiny, juga merupakan sasaran kes saman Jabatan Keadilan Negara
Amerika Syarikat bagi pengubahan wang haram, adalah orang-orang yang
paling terkait bersubahat dalam pertikaian 1MDB-IPIC.
Wang dari 1MDB masuk kedalam akaun
mereka, tandatangan mereka merata-rata dalam semua perjanjian
antara 1MDB dan Aabar dan mereka juga adalah tuan punya dan
pengarah-pengarah apa yang dianggap sebagai “Aabar Palsu” di
British Virgin Islands.
Bukti-bukti terhadap mereka terlalu banyak.
Sepatutnya, merekalah orang pertama
yang patut didakwa kerana penipuan, rasuah dan salah guna kuasa tetapi
kedua-duanya tidak pernah disabitkan kesalahan.
Sebabnya mudah. Jika mereka disabitkan
atas jenayah tersebut, ianya merupakan satu pengakuan bahawa
pegawai-pegawai tertinggi Abu Dhabi telah menipu 1MDB dengan
syarikat-syarikat palsu dan resit-resit dana yang tidak sah. Ini
memberi makna 1MDB akan terus menang timbang-tara mengalahkan IPIC.
Qubaisi dan Badawy seandainya didapati
bersalah juga akan sangat mengaibkan kerajaan Abu Dhabi kerana ia
seumpama Pengerusi dan CEO Khazanah atau PNB didapati bersalah
memalsukan dokumen-dokumen dan syarikat-syarikat untuk menipu
berbilion dari negara lain.
Oleh itu, adalah tidak mengejutkan
sekiranya IPIC telah bersetuju untuk mengenepikan timbang-tara dan
mencapai satu penyelesaian dengan 1MDB.
Untuk jangka waktu yang lama, IPIC
tidak pernah mengiktiraf bahawa 1MDB telah membayar mereka USD3.5
bilion dan Aabar telah menjamin dua unit dana 1MDB – yang dipanggil
unit dana Brazen Sky Cayman dan dana GIL.
Sekarang, IPIC telah mengakui menerima
bayaran tersebut dan menyatakan mereka akan berkerjasama dengan 1MDB
untuk menyelesaikannya sebagaimana yang telah dilapurkan oleh Bloomberg
dan diumumkan oleh IPIC.
“Kedua-dua negara juga bersetuju untuk tidak mengambil tindakan undang-undang sebelum Disember 2020 sementara mereka berunding mengenai pertikaian USD3.5 bilion yang berkait dengan kedua-dua bon, jurucakap berkata.”
Sebagai sebahagian dari penyelesaian
ini, 1MDB akan membayar USD2.5 bilion melalui hasil yang diperolehi
daripada penjualan unit Brazen Sky Ltd. dan 1MDB Global Investment
Ltd.
Unit Dana USD2.5 bilion dimiliki 1MDB
Mengimbas kembali, 1MDB masih mempunyai
dua aset kewangan dalam bentuk unit.
1) Unit Brazen Sky bernilai USD940
juta.
Ini adalah baki USD2.38 bilion
keuntungan dan modal dari pelaburan USD1.8 bilion dalam PetroSaudi
dimana USD1.44 bilion telah pun ditebus dan digunakan.
Dana ini dijamin oleh Aabar PJS sebenar
(walau pun IPIC pada awalnya mempertikaikannya).
Pemindahan awal dari 1MDB kepada
PetroSaudi adalah sumber segala dakwaan bahawa Riza Aziz dan Jho Low
telah menerima semua wang tersebut. Sekarang bukan sahaja 1MDB
mendapat balik semua wang tersebut malah membuat keuntungan baik
sebanyak USD500 juta atas pelaburan dalam PetroSaudi, ia bermakna
tidak ada dana yang dicuri disini dan semua pelaburan yang dibuat
oleh PetroSaudi adalah sah – kerana itu tiada jenayah dilakukan.
2) USD1.5 bilion dana GIL, juga
dijamin oleh Aabar PJS.
Ini adalah baki dari USD3 bilion bon
2013 GIL, dimana USD1.5 bilion telah dikekalkan untuk kegunaan 1MDB
sendiri.
Dari dana GIL USD1.5 bilion inilah yang
punca asal datangnya dakwaan RM2.6 bilion yang berada dalam akaun
Najib.
Jika dana ini kini ditebus, ia bermakna
yang RM2.6 bilion tersebut tidaklah mungkin wang yang dicuri kerana
tidak ada pun wang yang dicuri.
Kelihatannya dengan pulihnya harga minyak dan
komoditi baru-baru ini telah membolehkan aset dibawah kedua-dua dana
tersebut dipulihkan dan direalisasikan oleh pengurus dana.
Ia tidak jelas sama ada IPIC/Aabar telah
juga menghormati jaminannya dan telah membantu dalam menebus
unit-unit tersebut tetapi kemungkinannya adalah besar memandangkan
IPIC tidak lagi mahu mengambil risiko menanggung malu.
1MDB pula sentiasa mempunyai Surat Ikatan
Jaminan dari Aabar bagi kedua-dua unit ini ditanda-tangani dengan
sewajarnya oleh bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Aabar.
Menggunakan hasil USD2.5 bilion
tersebut 1MDB kini boleh membayar balik USD1 bilion yang telah
dibayar oleh IPIC pada Jun 2015 termasuk semua faedah tertunggak
untuk bon USD3.5 bilion yang dijamin oleh IPIC.
Kesinambungan Susun-atur
Pertukaran Aset USD6 bilion bulan Jun 2015
Keseluruhan USD6 bilion pembayaran dan
jaminan telah dikenal pasti sebagai aset untuk perjanjian pertukaran
aset 1MDB-IPIC bulan Jun 2015 sebagai pertukaran timbal-balik dengan
IPIC berdasarkan kepada berikut:
Mari kita senaraikan komponen-komponen
individu sebagai a, b, c, d, e dan f.
Aset-aset daripada 1MDB:
a) USD3.5 bilion cagaran tunai
dibayar kepada Aabar BVI.
b) USD1.5 bilion dana GIL
(Pengurus dana diperkenalkan oleh BSI dan dijamin oleh Aabar BVI).
c) USD940 juta unit dana
Brazen Sky (Dijamin oleh Aabar Investments Abu Dhabi – bukan Aabar
BVI yang dipertikaikan – ini terdapat dalam lapuran AG dan lapuran
PAC).
Aset-aset daripada IPIC:
d) USD3.5 bilion bon utama
1MDB.
e) USD1.5 bilion faedah
masa-hadapan bon 1MDB sehingga bon matang dalam tahun 2022 untuk bon
bernilai USD3.5 bilion.
f) USD1 bilion pendahuluan
secara tunai (dibayar kepada 1MDB bulan Jun 2015).
Dibawah perjanjian penyelesaian
terkini, 1MDB akan menebus, berkemungkinan dengan bantuan IPIC
berlandaskan jaminan, “b)
USD1.5 bilion dana GIL” dan “c)
USD940 juta unit dana Brazen Sky”.
Lebih
kurang USD2.5 bilion ini kemudiannya akan digunakan oleh 1MDB untuk
membayar “e) USD1.5
bilion faedah masa-hadapan bon” dan membayar balik IPIC “f)
USD1 bilion pendahuluan tunai”.
Seperti yang anda boleh lihat, b),
c), e) and f) telah pun dilangsaikan.
Kini tinggal a) dan d)
untuk diselesaikan.
Dengan itu, pertikaian dengan IPIC
sekarang ini terhad kepada “a) USD3.5 bilion yang 1MDB
tegaskan telah dibayar kepada IPIC, yang IPIC nafikan telah menerima
dan merupakan isu utama dalam timbang-tara mereka.
Tetapi sekarang IPIC akhirnya mengakui
bahawa memang terdapat pembayaran tersebut dan mereka memberitahu
mereka akan berkerjasama dengan 1MDB bagi menyelesaikan
bayaran-bayaran ini yang kemudiannya akan digunakan oleh 1MDB untuk
membayar d) USD3.5 bilion bon dimana akhirnya akan matang
dalam masa lima tahun pada tahun 2022.
Itulah sebabnya mengapa IPIC dan 1MDB
memberi diri mereka masa sehingga tahun 2020 bagi menyelesaikan
perkara ini dan tidak akan mengambil apa-apa tindakan undang-undang
diantara satu sama lain dalam tempoh tersebut.
Susun-atur ini juga bermakna 1MDB
tidak melepaskan haknya untuk menyaman IPIC secara sah berhubung
USD3.5 bilion ini tetapi hanya boleh berbuat demikian selepas
tahun 2020.
Penyelesaian ini amat jelas masih dalam
semangat asal susun-atur pertukaran timbal-balik aset Jun 2015
dan adalah sebenarnya, jelas merupakan satu perkembangan daripada
perjanjian tersebut.
1MDB dengan jelasnya membuat
perkembangan baik untuk mendapatkan kembali wang mereka dan
melangsaikan hutang-hutang dan saya dapat melihat penebusan dan
penjualan unit-unit dana merupakan langkah kedua terakhir. Adalah
diharapkan 1MDB dan IPIC boleh mengambil langkah mutakhir untuk
menyelesaikan baki terakhir USD3.5 bilion.
Hakikat bahawa IPIC akhirnya mengakui
terdapat pembayaran USD3.5 bilion daripada 1MDB kepada “pihak-pihak
tertentu” bermakna terdapat satu lagi langkah kritikal bagi 1MDB
yang pada akhirnya perlu menjelaskan semua kontroversi dan
dakwaan-dakwaan berkaitan “kehilangan wang”.
Dasar asas saman sivil DOJ Amerika
Syarikat Julai 2016 dan penyiasatan Switzerland adalah berlandaskan
fakta bahawa 1MDB mengesahkan ia telah membayar wang kepada IPIC
tetapi IPIC dikala itu terdahulunya ditahun 2016 menegaskan mereka
tidak menerima wang tersebut - dengan itu terdapat kehilangan wang
dan ia merupakan pengubahan wang haram.
Sekarang IPIC telah mengakui memang
terdapat pembayaran tersebut maka ia bermakna tidak ada “wang
hilang” dan dengan itu tiada pengubahan wang haram.
Untuk mengimbas kembali secara
terperinci persoalan mengapa dakwaan “wang hilang” tersebut tidak
pernah dimiliki secara sah oleh 1MDB dan mengapa DOJ Amerika Syarikat
dan penyiasatan pihak Swiss akan gagal, bacalah tulisan
saya bulan Julai 2016.