Pagi, 13 Ogos 2011 merupakan pagi yang ditunggu-tunggu GWM untuk menyambut ketibaan sahabat lama yang masih bergiat aktif dalam parti PKR.
Sudah terlalu lama GWM ingin bersemuka dan bertanya khabar rakan seperjuangan sewaktu zaman reformasi tahun 1998. Pertemuan jam 3.30 pagi, bersahur di Kampung Baru cukup mengimbau kenangan lama dalam satu saf reformasi.
Pertemuan yang ditunggu-tunggu GWM
Walaupun masing-masing mengubah haluan sendiri, persahabatan masih kekal terjalin sehingga ke hari ini. GWM sememangnya mahu ketemu teman lama kerana masih ada satu persoalan dalam benak yang belum terjawab dengan harapan akan terungkai dan dijawab oleh sahabat.
Siapa DALANG Di Sebalik PERISTIWA 16 SEPTEMBER? ... Itulah pertanyaan politik pertama dan terakhir GWM kepadanya. Dan jawapan yang diberikan sudahpun GWM agak sejak dari tahun 2009. Jangkaan, telahan dan penyelidikan yang dilakukan selama ini ternyata benar.
ANWAR IBRAHIM dan ABDULLAH BADAWI! Kedua-duanya terlibat secara langsung dalam memainkan peranan pertukaran kerajaan secara songsang. Modus operandi ini disusun dengan cantik dan rapi seolah-olah hanya Anwar Ibrahim yang melakukannya seorang diri, sejak dari tahun 2008 lagi!
Semuanya tampak bermula sebulan sebelum berlakunya pertemuan dua mata diantara Anwar Ibrahim dan Pak Lah. Dan pertemuan di Madrasah Nurul Iman Hulu Langat menoktahkan firasat GWM selama ini.
Apa Anwar Ibrahim katakan mengenai pertemuan beliau dengan Pak Lah dalam entri blognya ...
Pertemuan yang kononnya dikatakan tidak disengajakan di antara Pak Lah dan Anwar (seperti yang didakwa Anwar Ibrahim) merupakan pembohongan paling besar dalam sejarah orang Melayu.
Pertemuan selama 20 minit sebenarnya kerisauan Anwar Ibrahim jika DS Najib diangkat menjadi Perdana Menteri. Anwar sememangnya tidak mahu DS Najib menjawat jawatan keramat tersebut.
Anwar Ibrahim mempertikaikan keputusan mengapa perlu DS Najib ditabal menjadi Perdana Menteri, mengapa Pak Lah boleh menyerahkan silver platter kepada DS Najib. Pak Lah berkata tiada apa yang boleh dilakukannya lagi.
Kedua-dua kutu berahak bercakap tentang keperluan untuk 'menyelamatkan negara' ini dan bersetuju untuk mengekalkan talian komunikasi terbuka di antara mereka. Dan kerana itulah masih lagi terdapat cikaro dan barua Anwar Ibrahim berlegar-legar didalam UMNO ... sehingga ke hari ini ... report duty to Anwar Ibrahim!
Anwar bijak meletakkan ramai cikaro dan baruanya dalam UMNO, survival masa depannya masih dalam UMNO. Anwar hanya boleh berkuasa menjadi Perdana Menteri melalui UMNO! Juak-juak pembangkang boleh bertanya kepadanya ... apa nombor keahlian Anwar Ibrahim dalam PKR? ... Tadak Bro! No ahli UMNO ada la ...
Cikaro dan barua Anwar telah lama menjadi duri dalam daging UMNO sejak Pak Lah berkuasa menjadi Perdana Menteri. Cikaro dan barua Anwar inilah yang masih lagi bertugas menyusahkan tugas DS Najib sebagai Perdana Menteri dengan pelbagai strategi politik yang bakal menjahanamkan karier DS Najib!
Namun ini adalah second attempt Anwar Ibrahim bersekongkol dengan Pak Lah untuk bergelar Perdana Menteri! Bila pula masanya berlaku first attempt Pak Lah memberi kemenangan dan laluan percuma untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri?
Waktu Imsak Kian Hampir ...
GWM masih kurang berpuas hati dengan penjelasan sahabat, peristiwa pertemuan Pak Lah dan Anwar Ibrahim berlaku pada tahun 2009. Apa kena-mengena dengan modus operandi yang telah lama disusun sejak 2008? Dimana kaitannya? Jauh perbezaan diantara 2008 dan 2009.
Dan sahabat memberi penjelasan yang boleh disifatkan logik menurut hukum akal ... Kenaikan harga minyak petrol dan diesel bulan Jun 2008 ... ini adalah first attempt dan perancangan awal Anwar dan Pak Lah untuk menaikkan kemarahan rakyat terhadap UMNO!
Mengapa GWM mengatakan logik mengikut hukum akal? ... Masih ingat lagi dengan kenyataan Ezam Mohd Noor dalam pengakuannya mengapa beliau masuk UMNO? ...
Tidak sampai selang masa beberapa hari selepas Ezam memberi kenyataan akhbar pada 1 Jun 2008, ... 4 Jun 2008 ... Malaysia dikejutkan dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang tidak masuk akal, atas nama kenaikan harga minyak di pasaran dunia!
Menurut sahabat GWM, telah berlaku pertemuan sulit empat mata diantara Pak Lah dan Anwar Ibrahim dalam perancangan political acqusition strategy untuk memudahkan Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri.
Pak Lah sememangnya telah menyediakan carpet merah untuk Anwar Ibrahim bergelar next Prime Minister ... modus operandi paling mudah menaikkan kemarahan rakyat, dngan kenaikan harga minyak!
Kebetulan? Teori Konspirasi? ... Lu Fikirlah sendiri ...
Kalau Pak Lah dan Anwar Ibrahim boleh melakukan talian komunikasi terbuka, GWM juga ada talian komunikasi terbuka dengan sahabat lama! Keep the backdoor channel open! Cuma ... talian ini 'one way'! maklumat mengenai gerakan pembangkang kepada GWM.
Waktu Imsak semakin hampir, kopi dah bergelas-gelas, rokok dah berkotak-kotak, tiba masanya untuk beredar, berpelukan dan bersalam ...
Lawan tetap lawan ... namun jangan diputuskan silaturrahim sekalipun berada diantara dua kem politik yang berbeza. Jumpa lagi sahabat ...
Pssst ... Pak Lah dan Anwar! Lu dua orang memang tidak boleh dipercayai ... Pengkhianat! ... Musuh Dalam Selimut!
Jumaat, 16 September 2011