Wednesday, December 12, 2018

Buat Renungan Bersama : Erti dan Ganjaran Suatu KEJUJURAN

Dibawah ini adalah email yang diterima daripada seorang sahabat, yang mengesahkan tentang kejujuran dan ganjaran yang diperolehi daripadanya; baca dan hayatilah untuk renungan kita bersama :

(Tidak ada yang diubah, melainkan nama "Jim" digantikan dengan nama "Yusof" disesuaikan dengan identiti Malaysia; dan email asal dalam bahasa Inggeris diletakkan dibahagian bawah)


Seorang ahli perniagaan yang amat berjaya telah beransur lanjut usia dan mengetahui ini adalah masa untuknya memilih seorang pengganti bagi menguruskan perniagaannya.

Daripada memilih salah seorang daripada pengarah-pengarah atau anak-anaknya, dia membuat keputusan untuk melakukan sesuatu yang berbeza. Dia memanggil kesemua eksekutif muda dalam syarikatnya.

Dia berkata, “Telah sampai masanya untuk saya berundur dan memilih Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) seterusnya. Saya telah memutuskan untuk memilih salah seorang daripada kamu.

Eksekutif-eksekutif muda tersebut terkejut, tetapi bos terus berkata. “Saya akan beri setiap seorang kamu satu biji BENIH hari ini – satu BENIH yang sangat istimewa. Saya mahu kamu semai benih tersebut, sirami ia, dan datang balik kesini satu tahun dari sekarang dengan apa yang kamu telah perolehi daripada benih yang saya berikan. Saya akan nilai tanaman yang kamu bawa, dan orang yang saya pilih akan menjadi KPE yang akan datang.

Seseorang, bernama Yusof, berada disitu hari itu dan dia, seperti yang lainnya, menerima sebiji benih. Dia pulang kerumah dan dengan gembiranya, menceritakan kepada isterinya. Isterinya membantu mendapatkan pasu, tanah dan baja dan dia pun menanam benih tersebut. Setiap hari, dia akan menyiram dan melihat sekiranya ia telah mula tumbuh.

Selepas lebih kurang tiga minggu, sebahagian eksekutif telah mula bercakap tentang benih mereka dan tanaman yang telah mula tumbuh.

Yusof terus memeriksa benihnya, tetapi tiada apa pun yang tumbuh. Tiga minggu, empat minggu, lima minggu berlalu, masih tiada apa-apa.

Tatkala ini, yang lain-lainnya bercerita tentang tanaman mereka tetapi Yusof tidak ada tanaman pun dan dia merasakannya seperti satu kegagalan.

Enam bulan berlalu – tidak ada apa-apa dalam pasu Yusof. Dia amat pasti dia telah membunuh benih tersebut. Setiap orang ada pokok dan tanaman yang telah tinggi, tetapi dia tidak ada apa-apa. Yusof tidak berkata apa-apa kepada rakan-rakan sekerjanya, bagaimana pun dia tetap menyiram benih tersebut dan membaja tanahnya – dia terlalu inginkan benih tersebut tumbuh.

Setahun akhirnya berlalu dan semua eksekutif muda syarikat membawa tanaman mereka kepada KPE untuk diperlihatkan.

Yusof memberitahu isterinya dia tidak akan membawa pasu kosong. Tetapi isterinya meminta dia bersikap jujur atas apa yang terjadi. Yusof terasa amat memualkan, ia akan menjadi peristiwa yang paling memalukan dalam hidupnya, tetapi dia tahu isterinya betul. Dia membawa pasu kosongnya kebilik lembaga pengarah.

Bila Yusof sampai, dia terpesona melihat kepelbagaian pokok yang ditanam eksekutif lainnya. Semuanya cantik-cantik – dalam aneka bentuk dan ukuran. Yusof meletakkan pasu kosongnya atas lantai dan ramai rakan sekerjanya ketawa, dan setengahnya pula merasa kasihan dengannya!

Bila KPE sampai, dia meninjau seluruh bilik dan mengucapkan selamat datang kepada eksekutif-eksekutif mudanya. Yusof hanya cuba menyorokkan diri dibahagian belakang.

Wah, hebatnya tanaman-tanaman, pokok-pokok dan bunga-bunga yang kamu telah tanam”, kata KPE. “Hari ini saya akan melantik KPE seterusnya!

Secara tiba-tiba, KPE ternampak Yusof dibahagian belakang bilik dengan pasu kosongnya. Dia mengarahkan Pengarah Kewangan membawanya kehadapan. Yusof jadi cemas. Dia terfikir, “KPE tahu aku seorang yang gagal! Mungkin dia akan memecatku!

Bila Yusof telah berada dihadapan, KPE bertanyakan apa yang terjadi kepada benihnya, Yusof menceritakan segalanya.

KPE meminta semua orang duduk kecuali Yusof. Dia memandang Yusof, dan kemudian mengumumkan kepada eksekutif-eksekutif mudanya, “Lihatlah Ketua Pegawai Eksekutif kamu yang seterusnya! Namanya Yusof!

Yusof tidak dapat mempercayainya. Yusof tidak pun berupaya menyemai benihnya.

Bagaimana dia boleh menjadi KPE yang baru?” kata yang lainnya.

Kemudian KPE menyambung, “Satu tahun yang lalu pada hari ini, saya telah memberi setiap orang dalam bilik ini sebiji benih. Saya beritahu kamu ambil benih tersebut, tanam, siram, dan bawa balik kepada saya hari ini. Tetapi saya bagi kamu semua benih yang telah direbus; benih mati – adalah mustahil benih tersebut boleh hidup.

Semua kamu, kecuali Yusof, telah membawakan saya pokok dan tanaman dan bunga. Bila kamu dapati benih itu tidak boleh tumbuh, kamu gantikan benih lain untuk benih yang saya bagi. Yusof seorang saja yang punyai keberanian dan kejujuran membawakan saya pasu dengan benih yang saya bagi didalamnya. Dengan itu, dialah yang akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif baru!

--- start ---

A successful businessman was growing old and knew it was time to choose a successor to take over the business.

Instead of choosing one of his Directors or his children, he decided to do something different. He called all the young executives in his company together.

He said, "It is time for me to step down and choose the next CEO. I have decided to choose one of you."

The young executives were shocked, but the boss continued. "I am going to give each one of you a SEED today - one very special SEED. I want you to plant the seed, water it, and come back here one year from today with what you have grown from the seed I have given you. I will then judge the plants that you bring, and the one I choose will be the next CEO."

One man, named Jim, was there that day and he, like the others, received a seed. He went home and excitedly, told his wife the story. She helped him get a pot, soil and compost and he planted the seed. Everyday, he would water it and watch to see if it had grown.

After about three weeks, some of the other executives began to talk about their seeds and the plants that were beginning to grow.

Jim kept checking his seed, but nothing ever grew. Three weeks, four weeks, five weeks went by, still nothing.

By now, others were talking about their plants, but Jim didn't have a plant and he felt like a failure.

Six months went by - still nothing in Jim's pot. He just knew he had killed his seed. Everyone else had trees and tall plants, but he had nothing. Jim didn't say anything to his colleagues, however, he just kept watering and fertilizing the soil - he so wanted the seed to grow.

A year finally went by and all the young executives of the company brought their plants to the CEO for inspection.

Jim told his wife that he wasn't going to take an empty pot. But she asked him to be honest about what happened. Jim felt sick to his stomach, it was going to be the most embarrassing moment of his life, but he knew his wife was right. He took his empty pot to the board room.

When Jim arrived, he was amazed at the variety of plants grown by the other executives. They were beautiful - in all shapes and sizes. Jim put his empty pot on the floor and many of his colleagues laughed, a few felt sorry for him!

When the CEO arrived, he surveyed the room and greeted his young executives. Jim just tried to hide in the back.

"My, what great plants, trees and flowers you have grown", said the CEO. "Today one of you will be appointed the next CEO !"

All of a sudden, the CEO spotted Jim at the back of the room with his empty pot. He ordered the Financial Director to bring him to the front. Jim was terrified. He thought, "The CEO knows I'm a failure! Maybe he will have me fired!"

When Jim got to the front, the CEO asked him what had happened to his seed, Jim told him the story.

The CEO asked everyone to sit down except Jim. He looked at Jim, and then announced to the young executives, "Behold your next Chief Executive Officer! His name is Jim!"

Jim couldn't believe it. Jim couldn't even grow his seed.

"How could he be the new CEO ?" the others said.

Then the CEO said, "One year ago today, I gave everyone in this room a seed. I told you to take the seed, plant it, water it, and bring it back to me today. But I gave you all boiled seeds; they were dead - it was not possible for them to grow.

All of you, except Jim, have brought me trees and plants and flowers. When you found that the seed would not grow, you substituted another seed for the one I gave you. Jim was the only one with the courage and honesty to bring me a pot with my seed in it. Therefore, he is the one who will be the new Chief Executive Officer!"

--- end ---

* Jika anda tanam kejujuran, anda akan tuai kepercayaan
* If you plant honesty, you will reap trust
* Jika anda tanam kebaikan, anda akan tuai persahabatan
* If you plant goodness, you will reap friends
*Jika anda tanam kerendahan hati, anda akan tuai keagungan
* If you plant humility, you will reap greatness
* Jika anda tanam ketekunan, anda akan tuai kepuasan
* If you plant perseverance, you will reap contentment
* Jika anda tanam pertimbangan, anda akan tuai keluasan fikiran
* If you plant consideration, you will reap perspective
* Jika anda tanam kehebatan bekerja, anda akan tuai kejayaan
* If you plant hard work, you will reap success
* Jika anda tanam kemaafan, anda akan tuai perdamaian
* If you plant forgiveness, you will reap reconciliation

Jadi, berhati-hatilah apa yang anda tanam sekarang, ia akan menentukan apa yang anda akan tuai nanti.
So, be careful what you plant now; it will determine what you will reap later.

Fikirkanlah tentang ini sejenak.
Think about this for a minute.

-- Jika saya muncul dihadapan pintu rumah anda menangis, adakah anda peduli?
-- If I happened to show up on your door step crying, would you care?
-- Jika saya memanggil anda dan minta ambil saya kerana sesuatu terjadi, adakah anda datang?
-- If I called you and asked you to pick me up because something happened, would you come?
-- Jika nyawa saya tinggal satu hari saja lagi, adakah anda bersama saya dihari terakhir itu?
-- If I had one day left to live my life, would you be part of that last day?
-- Jika saya memerlukan tempat melepaskan kesedihan, adakah anda akan membantu?
-- If I needed a shoulder to cry on, would you give me yours?

Hanya untuk melihat siapa kawan setia anda atau anda hanyalah teman bercerita bila mereka kebosanan.
Just to see who your real friends are or if you are just someone to talk to when they are bored.

Adakah anda tahu hubungan antara kedua mata anda?
Do you know what the relationship is between your two eyes?

Mereka berkelip bersama,
They blink together,
Mereka bergerak bersama,
They move together,
Mereka menangis bersama,
They cry together,
Mereka melihat benda bersama, dan
They see things together, and
Mereka tidur bersama,
They sleep together,
tetapi,
but,
Mereka tidak dapat melihat satu sama lain
They hardly get to see each other

Itulah apa dia persahabatan
That's what friendship is.

Keinginan anda adalah pendorong anda,
Your aspiration is your motivation,
Pendorong anda adalah kepercayaan anda,
Your motivation is your belief,
Kepercayaan anda adalah ketenteraman anda,
Your belief is your peace,
Ketenteraman anda adalah sasaran anda,
Your peace is your target,
Sasaran anda adalah syurga,
Your target is heaven,
dan kehidupan samalah seperti penyeksaan tegar tanpanya!
and life is like hardcore torture without it!

Ianya 'Minggu Sahabat Terbaik Sedunia'
It's 'World Best Friends Week'

Siapa teman baik anda?
Who is your best friend?

Hantarlah ini kepada semua teman baik anda, walaupun saya, jika saya seorang daripadanya. Lihat berapa banyak yang anda dapat balik. Harap anda dapat lebih daripada 3; barulah sebenarnya anda seorang yang  penyayang.
Send this to all your good friends, even me, if I am one of them. See how many you get back. Hope you get more than 3; then you really are a lovable person.


::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU