Sebelum anda membaca, saya mohon ampun dan maaf jika (dengan) keluarnya artikel
ini. Saya sanggup dipenjara sekiranya menjadi satu kesalahan untuk
mendedahkan pandangan saya dan dikongsi dengan semua umat Islam, demi
kepentingan Negara.
1. MUQADDIMAH
Lihatlah insiden MH370 dengan pandangan
matahati. Jangan terbuai dengan naratif huru-hara yang sedang disogokkan
kepada anda supaya anda tidak melihat percaturan sebenarnya.
Anda sedang berhadapan dengan musuh-musuh
yang tersembunyi dan sangat pakar dalam operasi false flag. Saya sudah
acapkali menekankan kepentingan Malaysia dan perairannya. Hari ini kita
melihat mereka maju setapak lagi dan dengan mudahnya Malaysia diheret ke
persada kacamata dunia atas sebab-sebab yang tidak diingini, bersama
pihak-pihak yang berkepentingan.
Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Abi Sa’id
ra dari Nabi saw bahwa baginda bersabda: “Takutlah kamu kepada firasat
orang mukmin, kerana ia memandang dengan cahaya Allah Azza wa Jalla.” (HR Tirmidzi)
Kemudian baginda membaca ayat:
“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
(kekuasaan Kami) bagi ‘mutawassimin’ (orang-orang yang memperhatikan
tanda-tanda).” (QS Al-Hijr: 75)
i. KEPADA SIAPAKAH SAYA TUJUKAN ARTIKEL INI
Seorang sahabat di alam maya yang baru saja saya kenali datang bertanya di inbox:
BWW: Salam .. bro .. ada klu tentang kehilangan MH370 ?
08/03/2014 17:16
Saya berharap ini kali terakhir saya
melahirkan pandangan saya mengenai MH370. Sebagai menghormati permintaan
beliau maka saya sampaikan sedikit pandangan saya. Saya tidak mahu
terlibat dengan percaturan yang tiada kesudahan ini. Kalau ada yang
beroleh manfaat dari artikel ini selain dari saudara BWW, maka fikir dan
kembangkanlah.
Saya tidak ada keperluan mendekati sesuatu isu secara apa yang kononnya diistilahkan sebagai “pendekatan ilmiah”.
Saya tidak perlu pada justifikasi dan pembuktian yang terperinci,
maupun perdebatan yang tiada kesudahan. Kami membaca pergerakan mereka
pada kadar yang ‘manasabah’ dan samasekali tidak akan terlibat dalam
permainan putar alam mereka. Sidang pembaca boleh membuat interpolasi
selanjutnya. Saya sekadar menyampaikan bahawa kalian sedang disasarkan,
itu saja.
Perkara pertama yang menarik perhatian
saya sebaik sahaja menerima khabar mengenai MH370 ialah kesungguhan
luarbiasa CNN dalam memberi liputan berita terhadap insiden ini dari
detik-detik permulaannya.
Bagi kami apa saja yang timbul dari CNN adalah berita buruk, “CNN is bad news.”.
Inilah klu pertama saya sebenarnya. Saya membaca ramai yang terpengaruh
dengan liputan berita CNN pada detik-detik awal tercetusnya berita
tentang insiden MH370, lalu saya pun turut serta mengikuti liputan CNN
dengan harapan bahawa Malaysia tidak dihadiahkan dengan 9/11 mereka.
Saya masih berdoa agar mereka itu yang di
dalam pesawat MH370, mangsa-mangsa kelompok sang perosak mukabumi, agar
segera muncul dengan selamatnya di hadapan kita semua supaya anda boleh
mengabaikan peringatan dan pesanan ini.
ii. RICHARD QUEST & SILAPMATA KLASIK DAJJAL MELALUI CNN
Sistem dajjal meninggalkan templat acuan
yang sering dikitar semula berulang-ulang kali sehingga anda tidak
nampak, sedangkan ia sedang bermain-main di bawah batang hidung anda.
Silapmatanya membawa anda ke alam fantasi yang diolah mereka dengan
begitu realistik, sedangkan tanda-tanda mereka sedang beroperasi
diabaikan. Sebaik sahaja anda melihat tanda-tanda ini, anda tahu suatu
agenda sedang dilaksanakan.
Menurut Quest beliau bertemu dengan Fariq
ketika penggambaran program CNN Business Traveller dan rakaman video
penerbangan tersebut adalah pada 19 Februari 2014 membabit pesawat yang
sama (MH370).
- Fariq Ab Hamid, 27, had recently switched to the Boeing 777-200
- He landed it in a flight captured on video last month by CNN
- It was a textbook-perfect landing, the captain said of Hamid’s work – (Sumber CNN)
(Gambar: Pembantu Juruterbang Pesawat MH370 Fariq Abdul Hamid bersama Richard Quest, 17 hari sebelum kejadian insiden! Jurnalis CNN atau Sepai (spy)?) |
Anehnya CNN yang sudah dikenali sebagai
lubuk perisikan Mossad dan CIA langsung tidak dipertikaikan kehadiran
mereka. Tidakkah aneh bahawa beliau sudah berada dalam pesawat tersebut
terlebih dahulu membuat penggambaran bagi CNN (+ -) 17 hari sebelum
insiden MH370? Tidakkah aneh beliau bertemu dengan co-pilot pesawat yang
terbabit pada 19 Februari? Kebetulan?
Richard Quest sendiri mempunyai
latarbelakang yang kabur yang boleh dipertikaikan. Beliau mempunyai
rekod tahanan pihak polis AS atas salahlaku seksual songsang dan
pemilikan dadah ‘meth’. Di CNN kononnya beliau adalah seorang pakar
aviasi sedangkan beliau berkelulusan undang-undang!
Beliau membuat penggambaran CNN Business
Traveller dan memandangkan fungsi beliau sebagai pakar aviasi, menjelang
insiden MH370 beliau memainkan peranan sebagai ‘PAKAR AVIASI’ dan
memberi liputan/analisis secara terperinci mengenai MH370. Apakah
mereka datang ke sini untuk membuat penggambaran Business Traveller atau
membuat persiapan untuk OPERASI FALSE FLAG MH370 sebenarnya? Bangunlah
anak-anak Melayu, jangan lena diulit mimpi lalu kamu bertelingkah sesama
kamu sendiri. Hentikanlah permusuhan sesama kamu.
Pada tahun 2006 Richard Quest (lahir 9
Mac 1962) menolak tawaran untuk bertugas dengan saluran Inggeris Al
Jazeera, di atas alasan ketidaksuaian berdasarkan homoseksualiti (gay)
dan berketurunan Yahudi Eropah (Jewish). [1]
Richard Quest |
[1] Owen Gibson; Afshin Rattansi (November 12, 2006). “Look east:
After long delays and a rumoured editorial split with its Arabic parent,
English-language news channel al-Jazeera will go on air this week. Owen
Gibson and Afshin Rattansi report”. The Guardian. Retrieved 6 August
2012. “But there were delays from the start. It was hard to recruit
big-name presenters: Richard Quest of CNN said he turned down an offer
on the grounds that being gay and Jewish might not be suitable.”
CNN reporter in sex, rope and drug scandal
April 21, 2008 – 8:40AM
A well-known CNN reporter has been
arrested in New York’s Central Park with drugs in his pocket, a rope
around his neck that was tied to his genitals, and a sex toy inside his
boot.Richard Quest – who is known for his boisterous and quirky style –
was arrested at 3.40am on Friday, almost three hours after the park’s
1am closing time.
He was initially arrested for loitering,
the New York Post said. However, a search by police uncovered the oddly
configured rope, a sex toy inside Quest’s boot, and a small bag of
methamphetamine in his left jacket pocket, the Post said. (http://www.smh.com.au)
Gay CNN presenter Richard Quest on his comeback after that embarrassing park incident :
http://www.pinknews.co.uk/2009/06/22/gay-cnn-presenter-richard-quest-on-his-comeback-after-that-embarrassing-park-incident/
Kedua-dua Yahudi Zionis CNN yang homoseksual secara terbuka ini iaitu
Richard Quest dan Anderson Cooper kelihatan tersasul beberapa kali
semasa melaporkan tentang MH370. Tidak hairanlah isu membaca riak wajah
dan “bahasa badan” ini saya kemukakan seketika, ibarat pepatah Melayu
‘pulang paku buah keras’. Pentagon sendiri telah menggerakkan aparatus
mereka baru-baru ini untuk ‘membaca’ Presiden Vladimir Putin berikutan
sidang media beliau mengenai Ukraine lebih 1 jam.
“The Pentagon has spent hundreds of thousands of dollars in recent years so that researchers can study the body movements of foreign leaders, including Russian President Vladimir Putin, in hopes of predicting future behavior.”
http://rt.com/usa/pentagon-connors-putin-language-510/
Video 1: Richard Quest – I flew with missing first officer of MH370.
Klik gambar untuk tonton |
(00:32) "And now ships, air and sea rescue
from both Vietnam and Malaysia and Singapore is also involved, China
would also get involved. The US forces who are in that area could be
involved too. Everybody will be in a coordinated ATTACK (gugup dan
membetulkan semula ayat kepada: ATTEMPT) to try and find exactly where
this aircraft is in the water..”
Apakah yang sedang bermain dalam kepala
Richard Quest sehingga tersasul dan berkata “coordinated attack?”.
Apakah ini prosedur ‘Search & Rescue’ atau ‘Search & Destroy’?
(00:54) Pembaca berita kepada Richard
Quest: “Now Richard let’s talk a little bit more about that co-pilot
Fariq Hamid. You actually sat in a cockpit of a similar aircraft just a
few days ago..”
(1:18) "We were (flying).. filming, (gugup
membetulkan semula ayat: HAD AUTHORISED) had authorised filming for CNN
Business Traveller, and we were on the cockpit..”
Richard Quest dan Anderson Cooper
nampaknya bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa insiden-insiden ini
diterima oleh penonton sebagai insiden ‘kebetulan’ dan penggambaran CNN
Business Traveller tersebut mendapat pengesahan rasmi dari pihak
berkuasa. Dengan lain perkataan ia bukannya suatu operasi ‘covert’
rahsia perisikan Amerika Syarikat.
Video #2: Richard Quest: Malaysia Airlines MH370 jet was ‘at safest point’ in flight.
Klik gambar untuk tonton |
Pada saat pembuka kata (00:03) video #2, Anderson Cooper sudah tersasul.
Anderson Cooper: “We’re now bringing in
Richard Quest who has ‘ACTUALLY’ (gugup).. COINCIDENTALLY (Anderson
mengubah ayat kepada “secara kebetulan..”) has been shooting a story on
the “airline” (Penerbangan Malaysia) and has spent time with the
airline’s CEO…”
Video #3: Where is Malaysia Airlines Flight 370? Traces of oil seen in area of last contact.
Klik gambar untuk tonton |
Pada video #3 kita melihat pelbagai aspek
pencerobohan keselamatan pesawat MH370 diperbincangkan & Rene Marsh
koresponden CNN memberi isyarat dan justifikasi tentang keperluan untuk
badan penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (National
Transportation Safety Board – NTSB).
Beliau membuat konotasi bahawa
negara-negara di rantau ini tidak mempunyai kepakaran yang memadai untuk
menangani krisis yang sebegini dan negara-negara yang lebih besar, maju
dan berkemampuan (Amerika Syarikat) seharusnya mengetuai penyiasatan
tersebut.
Menurut John Goglia, “pakar aviasi” dari
NTSB, agensi induk AS yang menyiasat kemalangan kapal terbang,
“Ketiadaan panggilan kecemasan mencadangkan bahawa kapal terbang sama
ada mengalami penyahmampatan letupan atau telah dimusnahkan oleh bahan
letupan.”
”Ia harus berlaku cepat kerana tidak ada
komunikasi,” kata Goglia. Beliau berkata identiti palsu kedua-dua
penumpang kuat mencadangkan kemungkinan bom. “Itu bendera merah (Red
Flag) yang besar,” menurutnya.
Saya ‘bertanya’ kepada John Goglia di sini, “Red Flag” atau “False Flag”? Tak perlulah bermain istilah dengan anak Melayu.
2. ANTARA MASALAH YANG DICIPTA DENGAN REAKSI YANG MENDATANG
Anda akan melihat bahawa sekiranya
insiden ini berakhir sebagai nahas yang tragik, maka China akan
mempunyai kasualti yang terbesar di mana lebih dari separuh mangsa dari
insiden MH370 adalah warganegara China. Maka dari suatu sudut, siapakah
sasaran sebenarnya dari segi kasualti nyawa?
Perkembangan semasa berkenaan konflik
Barat-Russia, akhir-akhir ini melihat China dengan lantang menempelak
Amerika Syarikat. Apakah anda menyangka China tidak memahami isyarat
Amerika Syarikat kepada mereka dari insiden MH370 ini?
Malaysia sudah terjebak di dalam insiden
ini di mana di mata dunia, kelemahan pentadbiran dan keselamatan
membabitkan penerbangan luar negara dilihat sebagai lemah. Maka apakah
perasaan China terhadap Malaysia? Tragedi MH370 ini dibentuk supaya
negara kita tersepit dicelah konflik yang mendatangkan kemarahan China
dan rakyatnya terhadap Malaysia.
Pada peringkat awal ini sahaja, cuba anda
perhatikan apakah sentimen rakyat mereka terhadap Malaysia mengenai
pengendalian kes ini? Anda belum merasakan bahang kemarahan dan
kekecewaan rakyat China? Kekeruhan hubungan dua hala sedang disemai
secara sistematik. Bagi saya inilah cara instigasi yang sangat klasik,
dengan menggunakan pihak ketiga (Malaysia) untuk mensasarkan kasualti
keatas sasaran sebenarnya iaitu China.
3. ISYARAT TERTINGGI KEPADA CHINA
Seorang kenalan maya di RT melawak dan
katanya “tiada siapa yang lebih arif tentang sistem pengendalian Boeing
dari Amerika Syarikat. Kalau ada sesuatu pihak yang boleh menjatuhkan
pesawat MH370 dari ruang udara dengan mudah adalah Amerika Syarikat.”
Itulah hakikatnya. Rangkaian perhubungan
data ‘dalam penerbangan’ Boeing 777 berhubung terus 24/7 kepada Pusat
Komputer Boeing di Seattle, Washington.
Jika kesemua rangkaian ini dipadamkan serta merta melalui suatu insiden yang katastropik ini bermakna:
1. Sebuah bom dalam anggaran 100-200 lbs telah diseludup masuk ke pesawat dan diledakkan atau;
2. Sebuah serangan peluru berpandu anti-pesawat seperti yang dimiliki dari USS Navy Guided Missile Destroyers yang diketahui sedang beroperasi di Laut China Selatan ketika itu.
3. Senjata berteknologi tinggi yang tidak diketahui.
Radar USA 7th fleet di Laut China Selatan
mampu menjejak pesawat tersebut, mengetahui ia meletup, dan jatuh ke
perairan. Radar tersebut mampu menjejak secara tepat lokasi dan kordinat
impak berlaku.
Satelit Reconnaisance Amerika Syarikat
mampu melihat pesawat tersebut meletup di udara. Pusat kawalan recon AS
juga mampu menjejak sekiranya sebuah peluru berpandu anti-pesawat
dilancarkan sebelum ianya meletup di ruang udara. Dalam anggaran masa 7
jam segala keputusan boleh diproses dan disahkan.
"They will keep you running in circles where in fact they have you encircled." - Al Faedah
Namun tiada sebarang statement yang relevan hingga kini diterima
secara rasmi dari Whitehouse sedangkan mereka tahu apa sebenarnya yang
berlaku. Mereka akan terus meletakkan anda dalam pusingan-pusingan yang
mengelirukan, namun pada masa yang sama mereka telah pun mengelilingi
kamu.
Ini menimbulkan pra-sangka yang manasabah bahawa
pihak-pihak perisikan tertinggi blok Barat terbabit sedang dalam
prosedur melaksanakan agenda terorisma keatas negara membangun di Asia
Tenggara seperti Malaysia.
Insiden MH370 adalah suatu
signal & statement tahap tertinggi kepada China. Anda akan melihat
suatu siri reaksi dari China secara berperingkat samada secara langsung
atau tidak.
4. ANTARA MASA & TIMING INSIDEN
Kapten Zaharie Shah |
Perhatikan dengan baik 'timing' insiden ini berlaku sebaik sahaja
keputusan mahkamah terhadap ketua pembangkang diterima. Mereka sudah pun
mempunyai masa yang memadai untuk menyusun insiden ini bertepatan
dengan segala kemungkinan keputusan mahkamah? Anda percaya pada
"kebetulan"? Tragedi Lahad Datu mula memuncak pada 1 Mac 2013. Insiden
Pesawat MH370 berlaku di awal pagi 8 Mac 2014, genap setahun sahaja
selepas huru-hara Lahad Datu. Benarlah, ini semua semata-mata
"kebetulan".
Bagaimanakah sentimen blok pro kerajaan dan
blok pakatan? Tidakkah anda menjangka bahawa situasi pertentangan antara
kedua blok yang bertelingkah ini akan bertambah meruncing? Apakah
segala masalah ancaman perpecahan sesama kita bakal selesai dengan
terpenjaranya sekali lagi Anwar Ibrahim? Janganlah terlalu naif. Kerana
kenaifan sebeginilah umat Islam diperdaya berkurun-kurun lamanya.
Perhatikan
kedudukan Penerbangan Malaysia selepas ini. Apakah anda menyangka,
reputasi dan kedudukan kewangan syarikat penerbangan negara yang
sememangnya sudah pun terumbang ambing, tidak akan tergugat samasekali?
Sebenarnya, entiti syarikat penerbangan negara kita juga sedang
disasarkan.
Perhatikan elemen & komposisi
penumpang-penumpang pesawat MH370. Tidakkah anda melihat kehadiran
komposisi yang sesuai? Penumpang warga Ukraine, Rusia, Amerika Syarikat,
dan China.. Sekiranya elemen terorisma Eropah diperkenalkan, maka
bukankah komposisi ini menepati konflik semasa global di Ukraine?
Bagaimana pula dengan elemen teroris dari China?
Apakah
pecahan terperinci demografik setiap penumpang dalam pesawat MH370?
Siapa-siapakah mereka? Apakah maklumat dan rahsia yang ada pada mereka?
Apakah anda mampu merungkai "nilai" mereka dalam konteks perisikan?
Sama-samalah
kita perhatikan elemen apakah yang akan mereka ketengahkan kelak.. Yang
penting ialah alibi warganegara Amerika Syarikat sudah pun ditanam
dalam insiden ini sebagai syarat bagi membuka ruang kepada campurtangan
Amerika Syarikat.
Dengan 3 (+1 bayi) warganegara Amerika
Syarikat, mereka sudah pun bergegas-gegas menyusun pasukan penyiasatan
FBI mereka untuk turun. Insiden ini melibatkan 152 (+ 1 bayi) warga
China! Apakah anda melihat kekalutan China untuk menghantar pasukan
perisikan mereka?
Memang masih terlalu awal pada ketika
ini untuk menjangka bagaimanakah perencanaan ini bakal diolah oleh
mereka. Saya sekadar menasihatkan supaya jangan terbuai dengan sebarang
polemik dan percaturan yang bakal disusun kehadapan. Akhirnya anda akan
hanya semakin keliru.
5. MALAYSIA SEDANG DIPOSISIKAN SEBAGAI NEGARA YANG LEMAH & TIDAK MAMPU MENANGANI KRISIS
Pihak manakah yang paling tertekan dalam situasi masalah yang
"dicipta" ini? Pastinya Malaysia berada dalam kedudukan yang paling
tertekan, lemah dan terdedah. Perhatikan rentetan reaksi pada setiap
spektrum. Tidakkah tragedi ini sudah pun mula menyemai bibit-bibit
kecelaruan, kesedihan, dan kemarahan pada setiap peringkat?
Bayangkan
sekiranya insiden ini berkesudahan dengan nahas yang mengorbankan
kesemua penumpang dan krew pesawat, bayangkan reaksi dan impaknya keatas
kita semua. Pihak manakah yang bakal meraih keuntungan dari episod
MH370 ini? Bagaimanakah insiden MH370 ini melibatkan AS sebenarnya,
sedangkan mereka 'menawarkan bantuan?"
Inilah mentaliti ummah hari ini, kerana mereka tidak memahami ideologi "Problem-Reaction-Solution"
ini. Inilah ummah yang hanya mampu reaksioner dalam perlakuan mereka.
Dicatur kesana sini oleh musuh-musuhnya sendiri, lalu bercakaran sesama
sendiri dan memohon bantuan dari mereka yang mencipta masalah itu pada
asalnya.
Saya membincangkan dengan ringkas penciptaan
'problem' (masalah) & implikasi reaksi yang timbul darinya.
Sewajarnya anda boleh membuat interpolasi yang lebih lanjut dan
terperinci. Jelasnya mereka mempunyai agenda dan kepentingan yang amat
besar dari isu ini.
( Klik gambar untuk perbesar ) |
6. AS AKAN MENYAJIKAN PENYELESAIAN & SOLUSI
Anda
akan melihat selepas ini siri-siri 'solution' (penyelesaian) akan
disusun secara sistematik. Ada diantara penyelesaian-penyelesaian ini
akan diwar-warkan secara "umum" dan "terbuka". Ada di antara
"penyelesaian-penyelesaian" ini akan di'runding'kan dibelakang tabir
bawah kelambu-kelambu kerahsiaan.
Mereka sudah pun
memegang kunci-kuncinya. Segala kelemahan teknikal, keselamatan
(security) dan pengawasan dalam diri kita (negara) sudah pun terdedah,
terbuka dan akan dirobek secara berperingkat. Inilah masa yang paling
sesuai sekiranya kuasa-kuasa luar yang berkepentingan ingin memastikan
agenda dan kehendak mereka dituruti. Mereka akan tampil ke hadapan dan
memimpini anda untuk 'keluar' dari krisis ini. Sudah tentulah mereka
orang yang paling 'berpengalaman'.
Dalam kesibukan anda
menangani pelbagai persoalan & permaslahan yang berbangkit,
terorisma dan berfikir-fikir manakah terorisnya, apakah "ransom demand"
mereka dan pelbagai kecelaruan teknikal yang disusun dari implikasi
insiden 'false flag' pesawat MH370, sudah pasti anda akan terlalai dari "teroris" dan "tuntutan maupun ugutan" yang sebenarnya.
Ia
mungkin sudah pun bermula.. Terorisma sebenarnya akan mengambil
rupabentuk diplomasi, kepimpinan krisis, kepakaran penyiasatan, sekuriti
dan keselamatan. Dengan lain perkataan bersedialah untuk tahap
'CAMPURTANGAN' yang lebih tinggi keatas urusan negara. Dengannya
datanglah peras ugut dan tuntutan secara berperingkat. Apabila soal-soal
keselamatan negara dalam sesuatu krisis sudah dibolosi, maka
bersedialah apabila anda menjadikan pemimpin keatas kamu. Segala
kelemahan kamu akan dieksploitasikan.
Bayangkan sekiranya
insiden yang sama berlaku di Rusia. Apakah anda begitu naif dan
menyangka bahawa Putin akan memberi sebesar-besar laluan kepada mereka
untuk melakukan siasatan? Sudah tentu tidak. Sebaliknya, perhatikanlah
nanti penguasaan mereka keatas kita, apabila 'pakar-pakar' perisikan dan
penyiasatan mereka masuk.
Oleh yang demikian, akhirnya
anda akan lihat lebih banyak konsesi, rekonsiliasi dan tolak-ansur
dilaksanakan secara sistematik selepas ini sebagai "pampasan" untuk
mengeluarkan diri kita dari perangkap yang sudah mengena. Ada antaranya
akan diumumkan. Ada yang mungkin dilaksanakan secara terselindung.
Segalanya bergantung sejauh manakah insiden ini akan
diperbesar-besarkan, digembar-gemburkan. Kalau naratifnya menjadi
semakin berputar-belit, maka semakin dalamlah agenda yang bakal disusun.
Badan-badan
penyiasat yang pakar sudah pun mula disusun dan dicatur. Apabila CNN
terlibat secara langsung dan pro-aktif anda akan melihat keseluruhan
aparatus perisikan Amerika Syarikat adalah dibelakang mereka. Sambil
saya menyediakan komentar saya ini, pasukan penyiasat FBI Amerika
Syarikat sudah pun digerakkan untuk beroperasi di Malaysia secara rasmi.
Malangnya
anak-anak generasi baru Melayu dan tidak kurang juga mereka yang sudah
jauh berumur, bakal terkinja-kinja melihat operatif-operatif CIA, FBI
dan apa sekalipun menjalankan operasi 'psy-op' mereka di sini. Mereka
akan terlompat-lompat menanti CNN dan sekutunya memutar 'spin' terkini
lagi tercanggih tentang MH370.
Inilah generasi yang telah
diprogram dengan filem-filem Hollywood & fantasi. Orang kita tidak
faham bahawa mereka ini sedang menjalankan gerak saraf destabilisasi
keatas negara kita atas kepentingan serakah mereka.
Apabila diperingatkan, maka mereka segera pula berkata, "Oh tidak, ini teori konspirasi khayalan kamu!".
Sedangkan ALLAH SWT telah berfirman:
وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menturuti millah (tatacara hidup & agama) mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al Baqarah:120)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zhalim. (Al Ma'idah: 51)
7. KESIMPULAN: LEBIH BANYAK PERSOALAN DARI JAWAPAN YANG AKAN DIHASILKAN KELAK
Anda tidak akan 'nampak' naratif yang saya nyatakan ini, kecuali anda
tinggalkan naratif yang disogok kepada anda secara sistematik.
Tragedi
yang disusun ini sekiranya berkesudahan dengan pengesahan nahas, akan
membabitkan bilangan nyawa yang sangat ramai dan naratif yang
berlapis-lapis dan bertindanan. Jangan harapkan penyelesaian yang mudah
dan simplistik. Malah sebarang 'penyelesaian' dan 'solusi' yang tercapai
akan hanya memihak kepada agentur konspirasi jahat ini.
Pada akhir perjalanan setiap dari perancangan mereka ini, anda akan ditinggalkan dengan lebih banyak soalan dari jawapan. Ia bukanlah perancangan yang sebarangan. Sedarilah hakikat ini.
Ketahuilah
tragedi dan insiden MH370 ini sememangnya sangat menyedihkan, terutama
sekali sekiranya ia berkesudahan dengan nahas yang tragik. Namun di
samping kita mendoakan keselamatan bagi "mangsa-mangsa" yang terlibat,
jangan lupa untuk mendoakan diri kita sendiri. Sekiranya nyawa mereka
terkorban, ketahuilah pengorbanan nyawa ini akan berterusan dan tetap
akan disasarkan pada kita jua akhirnya. Ketahuilah nyawa manusia adalah
sangat murah bagi mereka. Bangunlah anak Melayu, bangunlah. Masamu
semakin suntuk.
Samada anda dalam blok pakatan maupun
kerajaan, ketahuilah tiada siapa pun antara kita yang akan beroleh
kebaikan dari persengketaan dan perbalahan sesama kita kerana
agentur-agentur yang tersembunyi dan nyata ini sentiasa akan memainkan
peranan untuk memecah belahkan negara kita.
Maka saya berharap setiap dari kita sedar segera akan kepentingan untuk kita bersatu dan kembali kepada jalan Iman dan Taqwa. Selagi kita bersengketa selagi itulah kita akan menjadi bahan sasaran
musuh. Anda tidak akan mampu merungkai secara terperinci gerak-gerak
saraf yang mereka jalankan keatas kedua-dua pihak yang bertelagah.
Kita
tidak akan mampu menangani percaturan-percaturan ini kecuali kita
kembali kepada ALLAH SWT dan RasulNYA sepertimana yang telah ditunjukkan
oleh para Sahabah RA dengan bersatu hati dan berkasih sayang sesama
kita. Saya mendoakan para pemimpin Melayu negara agar tiada lalai dari
membela umat Melayu Islam dan terus mencari jalan perdamaian antara
mereka yang menentang kamu di bumi sendiri. Saya mendoakan anak-anak
dari umat Melayu & Islam yang bermusuhan supaya kembali bersatu dan
saling maaf memaafkan. Sesungguhnya bantuan ALLAH SWT bersama mereka
yang bersatu dan berkasih sayang sesama mereka. Dan apabila mereka tegur
menegur sesama sendiri, mereka memelihara akhlaq dan budi pekerti
mereka.
( Klik gambar untuk perbesar ) |