Assalamualaikum..
Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin
sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak
saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas
nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi
mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah
merebak.
Oleh
kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya.
Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya
hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas
itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok
mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka
saya teruskan juga niat tersebut.
Selesai
mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap
tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya
dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat.
Debaran semakin kuat.....
Maka,
saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa
kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…
Saya
dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka
mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi
kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini
menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya.
Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang
semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya
berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.
Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!!
Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.
Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.
Setelah
diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya
lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan
kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt.
Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang
yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai
atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.
Setelah
bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas,
Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua
penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang.
Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.
Kesemua
mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke
sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang.
Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan
bertulis MALAYSIA di situ….
Mereka
kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan
Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang
ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani
bersuara.
Kemudian,
mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka
diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat.
Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut
sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.
Mereka
dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang
lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak
bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki
dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang
dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat
tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.
Dari
dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan
burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah
di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali
burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..
Selama
2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di
apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan
petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari
bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana
mereka berada.
Tepat
tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu.
Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat
pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia
tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar
belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa
orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan
1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.
Saya
keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ,
saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan
beredar.
Saya
kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka.
Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita.
Mereka nampak lesu dan murung.
Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama dihari
pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik
yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa
yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan
sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan
‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA…
Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.
Kesemua
penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka.
Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya,
ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan)
tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan
mereka.
Kapal
terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil
mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370
yang pertama…… Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya
termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada
sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati
lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’
berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal…
Saya tersedar.. Memang
tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya
belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..?
Wallahu’alam..
---------------------
PERINGATAN…!!
Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..
PERINGATAN…!!
Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..
*** Tamat ***
Secara ringkasnya, cuba kita lihat teori dan fakta berikut :
Pertama - kita lihat video ini di YouTube :
Disusuli pula dengan video ini :
Persoalannya : Mengapa TIADA penerbangan pada 8, 9, dan 10 (3 hari = 72 jam); dan pada 21, 22, dan 23 March 2014 (72 jam = 3 hari), tidak seperti pada hari-hari yang lain?
Adakah semua kakitangan lapangan terbang diberi cuti khas pada hari-hari tersebut agar mereka tidak mengetahui, dan apa yang telah dirancang dapat dijalankan dengan penuh tersembunyi?
Yang menghairankan, setelah persoalan ini tersebar meluas diinternet, jadual tersebut telah dikeluarkan/dipadamkan dari facebook lapangan terbang tersebut :
Apakah yang cuba disembunyikan oleh pihak berkuasa lapangan terbang Diego Garcia?
Jadi, pandangan dan telahan yang mengatakan MH370 telah mendarat di Diego Garcia tidaklah boleh kita tolak sama sekali.
Adakah bukti-bukti ini ada kebarangkaliannya bertepatan dengan mimpi kedua Ustaz Darul Manzil?
Walau apa pun ini hanyalah untuk renungan kita bersama , kerana sehingga kini kehilangan MH370 masih menjadi suatu misteri .....