Tuesday, February 23, 2016

WAJIB TAHU : TSUNAMI CINA - SIAPA DALANGNYA ... (1 : 3)

http://www.malaysia-today.net/mahathir-the-man-behind-the-chinese-tsunami-part-1-of-2/

(Artikel asal dalam bahasa Inggeris diletakkan dibawah terjemahan ini)

{ ORANG MELAYU, AHLI DAN PENYOKONG UMNO WAJIB BACA }

Mahathir, Dalang Disebalik Tsunami Cina (bahagian 1 dari 2)

10 January, 2016

Kuasa Ketiga

Dato Seri Najib Tun Razak menggantikan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Keenam dengan satu strategi tersirat - untuk membina sebuah ekonomi yang almarhum bapanya pernah impikan. Strategi tersebut, kemudiannya diumumkan sebagai rangka tindakan pembaharuan, mendapat tempat didalam dasar-dasar yang menjanjikan pertumbuhan ekonomi yang ketara.

Selain daripada itu, ia nampak sebagai jalan tengah bukan sahaja untuk pengundi hitam dan putih (istilah yang biasa digunakan untuk mengenal pasti pengundi berdasarkan kecenderungan pengundian mereka), tetapi juga sebagai sandaran kepada ahli-ahli politik berhaluan kiri dan kanan. Model Ekonomi Baru (MEB), sebagaimana ia dipanggil, memberi kelebihan kepada perkongsian progresif daripada sikap berat sebelah dalam semangat permainan-adil dan menuntut agar pasaran lebih terbuka dan kurang dimanipulasi oleh kerajaan.

Model ini sebenarnya adalah seruan dari masa lampau - suara yang pernah menjadi pendamai kepada polarisasi kaum dan kemiskinan. Ia adalah suara Tun Abdul Razak, yang Dasar Ekonomi Baru (DEB)nya telah diterima-pakai sebagai penyelesaian bagi kebanyakan masalah teruk yang memecah-belahkan Malaysia dan digerakkan untuk menamatkan pengenalan-kaum melalui fungsi ekonomi.

Tetapi sumbangan menarik DEB berkubur ditelan masa. Satu dekad selepas pelancarannya, dasar tersebut mendapat satu naungan baru dalam politik korporat yang memihak sebaliknya - sikap berat sebelah mengatasi perkongsian. Ia mencetuskan naluri membunuh dalam memilih personaliti yang, dengan bantuan Tun Dr. Mahathir Mohammad dan, kemudiannya, Tun Daim Zainuddin, menyalahgunakan DEB dengan tawaran pintu belakang yang ada kalanya menekan pesaing-pesaing yang lebih berkelayakan.

Kedua-dua Mahathir dan Daim adalah penerima manfaat langsung dari jentera birokratik yang mereka kuasai yang membuatkan ramai jutawan menjadi super-jutawan (bilionar). Dan ini adalah kisah beberapa orang dari jutawan tersebut dan bagaimana mereka secara sedar, dan dalam beberapa kes, tanpa mereka sedari mengilhamkan Tsunami Cina 2013.

"Mahathir telah mula menghasut orang-orang Cina sebelum beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri lagi. Pada 29 September 2001, dia membuat perwakilan Cina terduduk dengan rahang terkunci dalam satu majlis Gerakan apabila beliau mengisytiharkan Malaysia akan menjadi sebuah negara Islam. Mahathir kemudiannya memberitahu pemberita bahawa orang bukan Islam mempunyai hak untuk menganggap Malaysia sebagai negara sekular. Dan begitulah cara bagaimana dia mendapatkan sokongan mudah konsep Negara Islam daripada orang Cina tanpa mereka perlu berlari menggila disekeliling podium seperti Mafia gila ekstasi. Tetapi benih baru suatu jenis perbezaan pendapat telah pun ditanam, namun begitu ... "

Bagaimana Ianya Semua Bermula

Perlantikan Najib pada tahun 2009 seolah-olah mempamirkan senyuman diwajah Mahathir. Persepsi umum hingga kehari ini ialah bekas Perdana Menteri itu telah menunggu sebegitu lama bagi Najib menggantikan Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah. Tetapi itu tidaklah pula berkemungkinan ianya terlalu jauh dari kebenaran.

"Najib mungkin penyokong setia Pak Lah yang tanpa tersengaja menjadi Perdana Menteri. Tetapi pada saat Mahathir menyedari 'kesilapannya' pada tahun 2009, ia sudah terlambat untuk berbuat apa-apa selain memberi senyuman sumbing diwajahnya dan membuat satu rancangan untuk menyingkirkan Najib"

Kebenaran membabitkan dua insiden yang terjadi sebelum Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Yang pertama adalah sumpah saya untuk menyimpan rahsia kepada seorang kawan dan oleh itu, ianya akan mengikuti saya kekubur. Namun, anda bolehlah yakini bahawa ia bukanlah penyebab terakhir yang mendorong Perdana Menteri Malaysia Keempat menentang Najib.

Tidak. Penyebab terakhir berlaku pada tahun 2008 apabila Najib, selaku timbalan Abdullah, memperlihatkan satu garis pemisah sifat ketegasan moral yang Mahathir sukar untuk pergunakan. Berpegang pada prinsip-prinsipnya, Najib memilih untuk tidak mengendahkan desakan anak didik almarhum bapanya yang mahu dia memberi tekanan dan memaksa secara licik supaya Perdana Menteri bersara.

Pendek kata, Najib enggan dicucuk hidung oleh Mahathir.

Apa yang paling menaikkan kemarahan Mahathir adalah 'pengkhianatan' (dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian 2). Kepada Mahathir, Najib kekal setia kepada Abdullah walaupun mengetahui bahawa Abdullah telah 'mensabotaj' apa yang dilihat sebagai satu rancangan 'rasionalisasi' yang sepatutnya telah pun bermula seawal tahun 1985.

"Raja Petra Kamarudin telah bercakap tentang perjanjian rahsia yang melibatkan Mahathir, Daim dan Tan Sri Vincent Tan dalam penerbitannya baru-baru ini. Jika ia merupakan sesuatu yang tiada siapa mengesyaki, ia adalah kerana Empayar Vincent berkemungkinan dari keturunan konspirasi pintu-belakang yang sangat pintar dan licik. Dan teka apa ... rancangan sulit itu adalah untuk mendapatkan lebih banyak lagi daripada apa yang pernah anda boleh bayangkan"

Pelan 'rasionalisasi', seindah bunyinya, adalah untuk kerajaan melepaskan kepentingannya dalam aktiviti yang mengancam peralihan undi Melayu memihak kepada PAS. Menjelang tahun 1986, Mahathir telah mengeluarkan arahan yang mewajibkan semua menteri melupuskan pegangan korporat mereka. Usaha-usaha ini berhasil semasa pilihan raya umum 1995, apabila fundamentalis Islam dari kedua-dua belah kepercayaan politik yakin bahawa Mahathir tidaklah sebegitu anti-Islam sebagaimana yang mereka gambarkan sejak awal tahun sembilan puluhan lagi.

Tetapi seorang pun tidak mengesyaki bahawa Mahathir mempunyai suatu agenda tersembunyi disetiap langkah tindakannya.

Konspirasi 'Bailout'

Sejak Mei 1985, Mahathir dan Daim selama tiga tahun terlibat dalam rundingan-rundingan berliku, melibatkan pertukaran-pertukaran hak pemberian dan saham yang disempurnakan dengan pengambilalihan satu mercu-tanda, yang juga dilihat sebagai satu pelaksanaan 'bailout'.

Pada Jun 1988, Raleigh Berhad - yang pada suatu ketika merupakan mercu-tanda perniagaan Daim - melepaskan sebahagian besar daripada ekuitinya kepada satu badan pelaburan Tan Sri Vincent Tan, B&B Enterprise. Pengambilalihan telah dirundingkan melalui pertukaran saham yang memberikan Raleigh kawalan kukuh keatas Berjaya Corporation Berhad, sebuah syarikat yang memiliki kepentingan besar dalam perniagaan perjudian Vincent, Sports Toto Berhad.

Raleigh, satu entiti tersenarai awam, kemudiannya ditukar nama kepada Inter-Pacific Industrial Group, telah diketengahkan pada saat-saat akhir disaat bermulanya satu pelan 'rasionalisasi'. Tetapi rancangan itu bertukar menjadi 'bailout' berikutan krisis UMNO 1997 dan krisis perlembagaan 1998 yang menggugat keyakinan Mahathir dan juga ramai daripada rakan-rakannya terhadap struktur tradisi pemilihan parti .

"Dengan keyakinan Mahathir dan rakan-rakannya terhadap struktur tradisi pemilihan parti goncang, Raleigh Berhad muncul menarik perhatian. Syarikat tersebut yang pada satu ketika dulu adalah lambang perniagaan Daim telah diserahkan kepada rakan-rakannya sebagai amanah berikutan arahan Mahathir pada tahun 1986 supaya semua Menteri melupuskan pegangan korporat mereka. Syarikat itu dikatakan beroperasi dalam kerugian lejar"

Sesudah melalui kepahitan, Mahathir memutuskan bahawa Sports Toto adalah pertaruhan tunai-terbaik ditangannya, mengikut syarat-syaratnya. Ahli politik Machiavelli ini sedar bahawa dia memerlukan seseorang yang boleh diamanahkan melaksanakan satu skim proksi yang dapat digunakan menghadapi pergelutan didalam parti pada masa akan datang.

Bukan sahaja penglibatan Daim dilihat terlalu sempurna, beliau juga terhutang budi kepada rakan-rakan kongsiya, yang sedang menguruskan sebuah syarikat yang dikatakan beroperasi dalam kerugian lejar. Bersama-sama dengan Daim, sesetengahnya mengatakan Vincent, Mahathir merangka satu cadangan yang saya panggil 'Sweep Stake'.

Selain dari menyelamatkan Raleigh Berhad, 'Sweep Stake' memberikan Vincent pegangan kukuh keatas Sports Toto Berhad - sebuah syarikat diperbadankan kerajaan pada tahun 1969 - dibawah syarat-syarat perjanjian lisan yang dikatakan telah menjadikan hartawan Cina kelahiran Johor itu tertumpu minat kepada skim proksi. Adalah dipercayai Inter-Pacific akan memperuntukkan peratusan tertentu daripada kantung kewangannya untuk tujuan pemilihan parti.

Jadi biarkanlah sebagaimana ianya, kerana kini kita telah mendapat gambaran jelas sebab-sebab bagaimana dan mengapa Raleigh terbabit.

Konspirasi 'rasionalisasi' 1989-1995

Kontroversi 'Raleigh bailout' seakan-akan menunjukkan kebijaksanaan urusan Daim. Dikatakan perjanjian itu menyelamatkan beberapa sekutu rapat Daim, pemegang amanah ekuiti syarikat yang bermasalah bagi pihak Menteri Kewangan ketika itu, dari kemungkinan bahaya muflis.

Tetapi pengambilalihan tersebut seolah-olah menanggung suatu beban konspirasi. Tidak lama kemudiannya, suara mula kedengaran tentang apakah yang mendorong seorang lelaki, dihormati oleh orang Cina sebagai seorang ahli strategi yang berwibawa, mengambil-alih gajah putih dimana orang dalaman parti percaya ianya merupakan satu usahasama yang gagal - ianya berada diambang kemusnahan.

Tidak siapa menyedari bahawa ianya adalah umpan untuk satu lagi gajah putih yang tersimpan kemas didalam almari. Sebulan sebelum pengambilalihan tersebut, kerajaan menjual baki 30% pegangan dalam Sports Toto Berhad kepada Inter-Pacific (dulunya Raleigh Berhad), satu langkah yang memberikan Vincent penguasaan kukuh keatas Sports Toto menjelang 1994.

Dalam ertikata lain, langkah tersebut menjadikan Vincent sebegitu mudah seorang bilionar, dan beberapa tahun kemudiannya pula, Daim. Tetapi langkah 'rasionalisasi' tersebut telah pun direncanakan untuk 'dirasionalisasikan' semula.

Pada Januari 1989, Berjaya Corporation - dimana Vincent telah bertukar saham untuk mendapatkan penguasaan dalam Inter-Pacific - meningkatkan pegangannya dalam bidang perjudian hampir 90%. Dalam desakan untuk menjayakan latihan-latihan 'rasionalisasi', menjelang Disember 1989, Berjaya Corporation mencatatkan pegangan 93.25% dalam Sports Toto, yang meletakkan Vincent teguh sebagai peneraju perniagaan perjudian melalui syarikat pelaburan beliau, B&B Enterprise.

"Pada tahun 1994, nama Vincent Tan dikatakan telah sinonim dengan bidang perjudian di Malaysia, di mana ramai mengenalinya sebagai 'tauke perjudian sukan'. Menjadi fakta, saya juga mendengar ada yang memanggilnya 'Ketua Mafia pertaruhan judi'. Yelah, sesiapa sahaja boleh menggelar sesiapa sahaja apa-apa pun hari ini, dan anda tidak akan pasti siapa yang bercakap benar dan siapa yang tidak. Tetapi satu perkara yang pasti ... Vincent dengan Sports Toto dikala itu samalah seperti pemain-boneka dengan boneka-bonekanya"

Apa yang terjadi dalam tahun-tahun mendatang dan selepasnya dalam tahun 1995 telah dinyatakan dalam artikel Malaysia Today bertarikh 6 Januari 2016 (rujuk http://wwww.malaysia-today.net/about-najib-selling-the-country-to-the-chinese/). Pada masa Mahathir telah bersedia untuk meninggalkan pejabat, dia telah 'menyerahkan' seluruh skop perniagaan dan operasi Sports Toto kepada Vincent, yang kemudiannya, menjadikannya terhutang budi untuk melayan segala kerenah hawa nafsu mantan Perdana Menteri tersebut.

Akan disambung…



January 10, 2016

The Third Force

Dato’ Seri Najib Tun Razak succeeded Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi as Malaysia’s sixth Prime Minister with a tacit strategy – to build the dream economy his late father had once imagined. That strategy, later unveiled as a reform blueprint, found expression in policies that showed promise of significant growth for the economy.

More than that, it appeared to cater to a middle ground not only for black and white voters (terms that are typically used to identify voters based on their balloting bias), but also for left-leaning and right-leaning politicians. The New Economic Model (NEM), as it was called, favoured progressive partnership over partisanship in the spirit of fair-play and demanded that the market be more open and less manipulated by the state.

The model was really the echo of a voice from the past – a voice that had once taken a conciliatory position against racial polarisation and poverty. It was the voice of Tun Abdul Razak, whose New Economic Policy (NEP) was branded the solution for many of Malaysia’s divisive ills and was geared to put an end to race-identification by economic function.

But the philanthropic lure of the NEP dissipated with time. A decade after its launch, the policy found new patronage in corporatist politicians who favoured the reverse – partisanship over partnership. It triggered the killer instinct in select personalities who, with the help of Tun Dr. Mahathir Mohammad and, later, Tun Daim Zainuddin, abused the NEP with backdoor deals that sometimes trumped the better deserving competitor.

Both Mahathir and Daim were the direct beneficiaries of a bureaucratic apparatus they hijacked that made billionaires out of millionaires. And this is the story of some of these billionaires and how they knowingly, and in some cases, unknowingly inspired the 2013 Chinese Tsunami.
“Mahathir had begun instigating the Chinese even before he resigned as Prime minister. On the 29th of September 2001, he had Chinese delegates sitting with their jaws dropped during a Gerakan event as he declared Malaysia to be an Islamic State. Mahathir later told reporters that non-Muslims had the right to regard Malaysia as a Secular State. And that is how he inveigled a free pass to the Islamic State concept from the Chinese without having them run around his podium like demented Mafia’s on ecstasy. But the seeds of a new sort of dissent had been planted, nonetheless…”
How it all started

Najib’s inauguration back in 2009 seemed to put a smile on Mahathir’s face. The general perception to this day is that the former premier had been waiting a very long time for Najib to succeed Abdullah, or better yet known as Pak Lah. But that couldn’t have been any further from the truth.
“Najib may have been a Pak Lah loyalist who accidentally became the Prime Minister. But by the time Mahathir realised his ‘folly’ in 2009, it was too late to do anything other than to put on a fake smile on his face and hatch a plot to remove Najib”
The truth concerned two incidents that took place before Najib was sworn in as Prime Minister. The first is a secret I swore to a friend to keep and as such, will follow me to my grave. Yet, you can rest assured that it wasn’t the final straw that drove Malaysia’s fourth Prime Minister against Najib.

No. The final straw came in 2008 when Najib, being Abdullah’s deputy, displayed a strand of moral fibre Mahathir found impossible to relish. Standing by his principles, Najib chose to ignore calls by his late father’s protégé, who wanted him to pressure the Prime Minister into retirement by cunning and forced cause.

In short, Najib refused to be on Mahathir’s leash.

What infuriated Mahathir the most was the ‘betrayal’ (discussed further in part 2). To Mahathir, Najib had remained loyal to Abdullah despite knowing that the latter had ‘sabotaged’ what seemed remarkably like ‘a rationalisation’ plan that may have began as early as 1985.
“Raja Petra Kamarudin has spoken of a secret deal that involved Mahathir, Daim and Tan Sri Vincent Tan in his recent publications. If it’s one thing that nobody suspected, it is that the Vincent Empire was likely the progeny of a very twisted and elaborate backdoor conspiracy. And guess what…the plot is about to get a whole lot thicker than you can ever imagine”
The ‘rationalisation’ plan, noble as it seemed, was for the government to relinquish its stakes in activity that threatened to shift the Malay ballot in favour of PAS. By 1986, Mahathir had issued a directive that required all ministers to divest their corporate holdings. The efforts bore fruit during the 1995 general elections, when Islamic fundamentalists from both corners of the political dogmatic arena were convinced that Mahathir was not quite the anti-Islamist they had painted him out to be since the early nineties.

But little did anyone suspect that Mahathir had a hidden agenda every step of the way.

The Bailout Conspiracy

Since May 1985, both Mahathir and Daim engaged in a three year labyrinth of negotiations, favours and share-swaps that consummated with a landmark acquisition, the equivalent of a bailout exercise.

In June 1988, Raleigh Berhad – Daim’s onetime flagship enterprise –relinquished a lion’s share of its equity to an investment concern of Tan Sri Vincent Tan, B&B Enterprise. The acquisition was negotiated through a share-swap that gave Raleigh huge control over Berjaya Corporation Berhad, a company that owned a sizeable stake of Vincent’s gaming interest, Sports Toto Berhad.

A public listed entity, Raleigh, which was later renamed Inter-Pacific Industrial Group, was brought into the picture at the eleventh hour in what began as a ‘rationalisation’ plan. But the plan turned into a bailout following the 1997 UMNO and 1998 constitutional crises that shook Mahathir’s faith in the party’s traditional electoral apparatus and many of his comrades.
“With Mahathir’s faith in the traditional electoral apparatus and his comrades shaken, Raleigh Berhad popped into the scene. The company was Daim’s onetime flagship that he had consigned to his associates in trust following a directive by Mahathir in 1986 for all Ministers to divest their corporate holdings. The company was said to be operating on a ledger deficit”
Having swallowed a bitter pill, Mahathir decided that Sports Toto was a betting cash-cow he needed on his turf, on his terms. The Machiavellian politician realised that he needed an emissary he could trust to pull off a proxy scheme that would bankroll the party’s war chest in the future.

Not only did Daim fit into the picture perfectly, he was beholden to his associates, who were running a company that was said to be operating on a ledger deficit. Together with Daim, and some say Vincent, Mahathir drafted a proposition that I like to call the Sweep Stake.

Apart from bailing Raleigh Berhad out, the Sweep Stake gave Vincent greater control of Sports Toto Berhad – a company that was incorporated by the government in 1969 – under terms of a verbal covenant that is said to have committed the Johor born Chinese tycoon to a proxy scheme. It is believed that Inter-Pacific undertook to commit a certain percentage of its treasury to the party’s electoral cause.

Be that as it may, we now have a clear picture how and why Raleigh crept into the scene.

The 1989-1995 ‘rationalisation’ conspiracy

The controversial ‘Raleigh bailout’ seemed more a vintage Daim affair. It is said that the deal rescued some of Daim’s closest associates, who were holding the ailing company’s equity in trust for the then Finance Minister, from the jaws of a possible bankruptcy.

But the acquisition seemed to bear the brunt of a conspiracy. Soon, tongues began to wag as to what prompted a man, esteemed by the Chinese to be a strategist extraordinaire, to acquire a white elephant which party insiders believed was more than a failed venture – it was on the verge of a collapse.

Little did people realise that the lure was yet another elephant that was parked in the room in a hush-hush manner. A month prior to the acquisition, the government sold its remaining 30% stake in Sports Toto Berhad to Inter-Pacific (then Raleigh Berhad), a move that gave Vincent substantial control of Sports Toto by 1994.

To put it another way, the move made a hell of a billionaire out of Vincent, and over the years, Daim. But the ‘rationalisation’ was about to be ‘re-rationalised’.

In January 1989, Berjaya Corporation – which Vincent had swapped his shares in for a controlling stake in Inter-Pacific – raised its share in the gaming affair to almost 90%. In a mangle of ‘rationalisation’ exercises, and by December 1989, Berjaya Corporation registered a 93.25% stake in Sports Toto, which strapped Vincent firmly in the driver’s seat of the gaming enterprise via his investment concern, B&B Enterprise.
“By 1994, the name Vincent Tan was said to have been synonymous to the Malaysian gaming scene, where some knew him as the ‘sports betting towkay’. As a matter of fact, I’ve even heard some call him the ‘betting Mafia chief’. Well, anyone can call anyone anything these days, and you really can’t be sure who’s telling the truth and who’s not. But one thing is for sure…Vincent was to Sports Toto by then what a puppet-master was to his puppets”
What transpired in the intermediate years and thereafter in 1995 was articulated in an article Malaysia Today carried on the 6th of January 2016 (refer http://wwww.malaysia-today.net/about-najib-selling-the-country-to-the-chinese/). By the time Mahathir was ready to call it a day in office, he had ‘consigned’ the full scope of Sports Toto’s business and operations to Vincent, who in turn, was made beholden to the former’s post-ministerial whims.

To be continued…

(Dari blog Malaysia Today)



::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU