Thursday, August 25, 2016

DR MAHATHIR SAHKAN WUJUD KONSPIRASI SINGKIR NAJIB

Pendedahan tiga Tan Sri jadi mangsa khianat (oleh salah seorang diantara ketiga mereka)


KUALA LUMPUR 22 Ogos 2016 - Pendedahan Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang pengkhianatan terhadap tiga bekas pegawai tinggi kerajaan bergelar Tan Sri, hanya mengesahkan wujud konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin berkata, perkara tersebut sebenarnya bukan rahsia kerana bekas Perdana Menteri itu pernah secara terbuka mengumumkan hasratnya untuk menyingkirkan Najib.

Menurut beliau, Dr. Mahathir juga telah menggunakan semua agensi kerajaan yang mempunyai hubungan dengannya bagi menjayakan konspirasi tersebut.

“Masihkah anda ingat orang nombor dua dalam Cawangan Khas secara terbuka mengumumkan dirinya seorang penyokong setia Dr. Mahathir?

“Dr. Mahathir juga menggunakan media asing dan laman-laman blog untuk melaporkan tentang Najib dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya melalui portal tersebut (Malaysia Today) hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir mendakwa, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dr. Abu Kassim Mohamed telah dikhianati oleh pihak yang tidak dinamakan identitinya.


Dalam satu lagi artikel bertarikh 24 Ogos 2016 (Malaysia Today) RPK menulis :
.....   Dr Mahathir Mohamad telah menjelaskan bahawa terdapat empat individu yang mempunyai gelaran 'Tan Sri' dan salah seorang daripada mereka berkemungkinan mengkhianati yang lain.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu memberi gambaran bahawa ia adalah salah satu antara tiga yang dituduh berkomplot terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang merupakan pengkhianat yang dikatakan.

"Ya, ada orang yang tidak termasuk. Terdapat empat daripada mereka, salah seorang daripada mereka tidak termasuk."

"Ada kemungkinan bahawa yang satu (tidak termasuk) inilah orang yang mengkhianat," katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Ditanya sama ada beliau merujuk kepada Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar, yang juga mempunyai gelaran kehormat, Mahathir menjawab: "Saya tidak tahu. Saya tidak tahu. Saya tidak mahu ditangkap."   .....

Kemudian, pada tarikh yang sama 24 Ogos 2016, dalam satu lagi artikel di (Malaysia Today) RPK membongkar identiti Tan Sri yang telah membocorkan rahsia :
.....   Pada petang Jumaat 24 Julai, 2015, Najib memanggil Gani kepejabatnya dan bertanyakan adakah benar dia telah menyediakan kertas pertuduhan untuk menangkapnya (Najib) dan kertas pertuduhan itu dibuat dua bulan sebelum itu, walaupun Pasukan Petugas Khas belum lagi dilancarkan dan penyiasatan dalam hal ehwal 1MDB belum lagi bermula.
Najib kemudian bertanya Gani sama ada Pasukan Petugas Khas telah ditubuhkan dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong kerana ia pasti tidak ditubuhkan atas perintah atau dengan persetujuan Kabinet. Dan bukankah seharusnya kertas tuduhan telah tidak disediakan selepas siasatan selesai dan selepas jenayah telah dibuktikan dan bukannya sebelum siasatan dimulakan?

Najib juga bertanya Gani adakah benar Abu Kassim memberi salinan kertas pertuduhan ini kepada rakan kongsi perniagaannya, Rashpal Singh, untuk diserahkan kepada Clare Rewcastle Brown dari Sarawak Report dan Rashpal telah terbang ke London untuk bertemu Clare. 

.....   Apabila Najib mendedahkan bahawa dia tahu segala yang berlaku, Gani panik dan mengaku segala-galanya. Gani mengesyaki mungkin Ketua Polis Negara telah memaklumkan kepada Najib secara terperinci mengenai butiran komplot jadi dia juga sepatutnya turut membersihkan nama dan mengaku.
Pada petang yang sama, Najib mengadakan pertemuan dengan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dalam satu majlis makan malam dan beliau memaklumkan baginda tentang pertemuan dengan Gani beberapa jam yang lalu. Baginda sangat murka dan memberitahu Najib untuk datang bertemunya pada pagi Isnin 27 Julai 2015.
Pada hari Isnin, Najib mengadap Baginda, yang menyerahkan kepadanya surat menamatkan perkhidmatan Gani sebagai Peguam Negara. Pada hari berikutnya, 28 Julai 2015, Gani secara rasmi dipecat sebagai Peguam Negara, dan pada hari berikutnya, 29 Julai 2015, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah dipecat sama. Dalam pertemuan 24 Julai tersebut, Gani mendedahkan bahawa Muhyiddin akan menggunakan kertas pertuduhan tersebut untuk memaksa Najib meletakkan jawatan dengan beliau (Muhyiddin) mengambil alih sebagai Perdana Menteri yang baru dan jika Najib enggan meletak jawatan Muhyiddin akan menggunakan kertas pertuduhan tersebut untuk menangkapnya (Najib).

Pada mesyuarat Kabinet 29 Julai, bukannya Muhyiddin yang menggunakan kertas pertuduhan yang Gani sediakan untuk menangkap Najib, Muhyiddin dan Gani pula yang dipecat. Dan bertentangan dengan apa yang mereka dakwa, sebenarnya Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang memecat Gani dan bukannya Najib yang memecat Gani tanpa kebenaran Agong.

Beliau membuat dakwaan itu selepas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menjelaskan, tindakan­nya membuat laporan polis ter­hadap tiga bekas pegawai kerajaan di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 26 Julai lalu berjaya menggagalkan konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri.

Raja Petra menambah, Dr. Mahathir amat kecewa kerana segala cubaannya untuk menyingkirkan Najib menemui kegagalan.

“Beliau sanggup melakukan sabotaj terhadap 1MDB dengan menggagalkan tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu serta memastikan pinjaman yang dipohon 1MDB tidak diluluskan,” jelasnya.

Beliau memberitahu, sekiranya isu 1MDB tidak timbul, Dr. Mahathir akan mencari alasan lain bagi mewajarkan tindakannya menjatuhkan Najib.

Sumber : Utusan Malaysia



::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU