Tuesday, October 11, 2016

Akan Berjayakah Mahathir Membina Dinasti Politiknya?

Mahathir: terlalu sedikit, terlalu lewat

Mahathir tidak berupaya membina dinasti politik melalui anak-anaknya. Dan kerana itu dia menyalahkan Najib. Dia mahu Najib disingkirkan kerana Perdana Menteri enggan membantu anak-anaknya. Apa yang Mahathir tidak dapat terima ialah kegagalan anak-anaknya adalah kerana dirinya sendiri dan bukan disebabkan oleh Najib. Tetapi kerana sudah menjadi kebiasaan pada Mahathir : ianya sentiasa menjadi kesalahan pada orang lain.

Najib : Aku rasa Boboi tak mampu jadi PM lah, tak matang langsung ..
Mahathir : (Nak mati kena salib agaknya dia ni ..)

Raja Petra Kamarudin

Beberapa orang pembaca telah menghantar komen bertanya mengapa saya begitu kritikal terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad. Orang bodoh dan yang bangang sahaja yang akan bertanya soalan sedemikian. Adakah orang-orang ini tidak pernah mendengar undang-undang ketiga Newton: Bagi setiap tindakan, akan terdapat tindak balas yang sama dan bertentangan?

Ini bermakna bahawa dalam setiap interaksi, terdapat sepasang dayakuasa yang bertindak pada dua objek yang berinteraksi. Saiz tenaga pada objek yang pertama sama dengan saiz tenaga pada objek yang kedua.

Dalam erti kata lain, apabila anda menyerang akan ada serangan balas. Apabila anda memutar-belit propaganda akan ada tindak-balas propaganda terhadap anda. Apabila anda menampar, anda akan ditampar balik. Apabila anda menghina seseorang, anda juga akan dihina. Apabila anda cucuk mata saya, saya cucuk balik kedua-dua belah mata anda.

Sekarang beritahu saya, mengapa susah sangat hendak faham? Saya lihat Orang Lama seperti Hussein Abdul Hamid yang turut dikenali sebagai steadyaku47 nampaknya tidak dapat faham dan beliau mengatakan terasa mahu muntah apabila dia membaca apa yang saya tulis. Baiklah, muntahlah wahai kawan lama. Itulah cara terbaik untuk membuang segala najis dalam perut anda.

Satu perkara yang menyatukan semua penyokong anti-Barisan Nasional Pakatun dan ANC (Kempen Anti-Najib) adalah mereka merasakan satu hak pemberian-Tuhan untuk mengatakan segala perkara tentang kerajaan manakala jika anda melakukan perkara yang sama kepada mereka (atau hanya berkata yang baik mengenai kerajaan) maka anda adalah sampah masyarakat ('scum of the earth').

Itu bertepatan sekali dengan apa yang Islamic State (IS) katakan kepada mereka yang menyokong kerajaan. Adakah anda mengatakan bahawa Islamic State benar kerana kedua-dua anda dan Islamic State berkata perkara yang sama? Atau adakah anda menggunakan dua standard yang berbeza dan bertentangan, satu untuk anda dan satu lagi untuk orang lain?

Saya telah menjelaskan berulang kali mengapa Anwar Ibrahim dan saya tidak lagi berkawan pada tahun 2010. Beliau tidak dapat menerima pandangan saya dan marah kerana saya mengkritik beliau. Mengapa saya tidak boleh mengkritik beliau? Jika anda boleh mengkritik Perdana Menteri mengapa saya tidak boleh mengkritik seseorang yang sekadar pemimpin tidak rasmi ('de facto') pembangkang?

Kebebasan bersuara, konon! Apa yang sebenarnya anda maksudkan ialah kebebasan untuk menghentam kerajaan selagi anda juga tidak mengutuk pembangkang. Dan anda tertanya-tanya mengapa orang seperti saya kecewa dengan pembangkang dan telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap mereka.

Khairuddin Abu Hassan marahkan saya kerana tidak menyokong bosnya, Mahathir. Dia memanggil saya otak udang dan kerbau gila. Baiklah, dia mempunyai hak untuk memanggil saya apa yang dia mahu. Tetapi itu masih tidak mengubah hakikat bahawa saya lebih darinya dalam semua perkara. Dan dia juga memanggil semua Bugis lanun. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pasti tidak gembira mendengarnya jadi mungkin Khairuddin perlu memohon mengadap Tuanku dan memohon maaf secara peribadi.

Khairuddin juga berkata beliau mahu saya bersemuka dengannya satu-lawan-satu. Baik, apabila Khairuddin mengadap Tuanku mungkin dia juga boleh memohon perkenan Tuanku untuk membawa saya pulang ke Malaysia supaya dia (Khairuddin) boleh menghentam saya. Saya akan kembali ke Malaysia jika Tuanku titahkan.

Khairuddin cuba menipu kita semua dengan mengatakan bahawa perjuangan Mahathir adalah mulia dan dia hanya mahu menyelamatkan Malaysia. Jadi ini bermakna adalah tanggungjawab kita untuk menyokong Mahathir, ANC, PPBM dan sebagainya. Khairuddin mungkin dungu tetapi dia tidak harus menganggap bahawa kita semua juga dungu.

Mahathir bukannya cuba untuk menyelamatkan Malaysia. Dia cuba untuk menyelamatkan Boboi. Dia mahu Mukhriz menjadi Perdana Menteri - dan disebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak enggan membantu Mukhriz menjadi Perdana Menteri, Mahathir mahu Najib disingkirkan.

Masalahnya, Mahathir telah membiarkannya berlalu terlalu lama jadi dia kini cuba untuk menebus kehilangan masa tersebut dengan cara pantas untuk menaikkan Mukhriz keatas.


Mahathir dengan bangganya memberitahu kita bahawa semasa beliau berada dalam politik, dan apabila beliau menjadi Perdana Menteri, beliau enggan membenarkan anak-anaknya juga berada dalam politik. Hanya apabila beliau telah bersara barulah beliau membenarkan anak-anaknya bergiat cergas dalam politik.

Sebenarnya itu adalah satu pembohongan besar. Semasa Mahathir masih berkuasa dia terlalu sibuk memastikan anak-anak lelakinya, pemegang-pemegang amanah, proksi-proksi, penama-penama dan kroni-kroninya kaya-raya. Dia terlalu asyik menjadikan anak-anaknya, pemegang-pemegang amanah, proksi-proksi, penama-penama dan kroni-kroninya bilionar menyebabkan dia tidak terluang masa langsung mendidik anak-anaknya untuk menjadi pemimpin dimasa hadapan.

Kemudian, hanya beberapa bulan selepas Mahathir bersara pada 31 Oktober 2003, baharulah beliau tiba-tiba tersedar bahawa seorang bekas Perdana Menteri hanyalah, seorang mantan Perdana Menteri. Sehinggakan seseorang yang lembab seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi pun boleh meminggirkan Mahathir manakala semua kawan-kawan lama dan orang-orang yang dia telah jadikan kaya-raya tiba-tiba menjadi terlalu sibuk untuk menjawab panggilan beliau.

Kemudian Mahathir menyedari bahawa apabila anda seorang 'mantan' tidak ada siapa yang benar-benar mengambil berat tentang anda lagi. Dan bahaya yang lebih besar adalah dia mempunyai RM100 bilion ditangan pemegang-pemegang amanah, proksi-proksi, penama-penama dan kroni-kroni dan jika dia tidak berhati-hati semua ini akan 'hangus terbakar' dan dia tidak akan berupaya untuk mendapatkannya kembali.

Tetapi sudah terlambat baginya untuk kembali berkuasa. Satu-satunya cara yang dia boleh lakukan adalah memastikan salah seorang anaknya dapat berkuasa. Dan itulah permulaan beliau bekerja keras menjadikan Mukhriz sebagai kuda tunggangan beliau supaya kuasa politik masih boleh dikekalkan melalui anaknya.


Halangan terbesar kepada Mukhriz, walau bagaimana pun, adalah Khairy Jamaluddin, menantu Perdana Menteri. Selagi Abdullah masih Perdana Menteri, Khairy akan berkuasa. Dan itu bermakna Mukhriz akan menghadapi 'rintangan perjalanan' dengan yang bernama Khairy.

Jadi, pada bulan Jun 2006, kurang daripada tiga tahun selepas Abdullah mengambil alih jawatan Perdana Menteri, kempen menggulingkan Abdullah pun dilancarkan. Secara jujur, saya juga menyokong kempen tersebut dan mengambil bahagian dalam kempen bergerak diseluruh Malaysia.

Dan kami begitu pasti bahawa sasarannya adalah Khairy dan kami berusaha menjatuhkan Abdullah untuk membunuh Khairy (dan Khairy juga tahu tentangnya kerana dia memberitahu saya apabila kami bertemu, kali pertama dan terakhir kami pernah bersua untuk menghisap cerut).

Dalam fikiran kami memang amat jelas bahawa objektif menyingkirkan Abdullah adalah supaya Khairy boleh dineutralkan dan supaya Mukhriz tidak akan menghadapi sebarang rintangan dalam perjalanannya menuju kepuncak. Secara tidak langsung, pergerakan anti-Abdullah itu juga adalah pergerakan pro-Mukhriz dan mungkin banyak perkara lagi tetapi kami tidaklah sebegitu bodoh untuk tidak menyedari bahawa ini adalah cara Mahathir untuk terus menguasai Putrajaya melalui proksi.

Sebaik sahaja Abdullah berundur dan Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009, langkah untuk melonjakkan Mukhriz keatas bermula. Tetapi Mukhriz gagal untuk memenangi kepimpinan Pemuda Umno tahun itu walaupun Khairy kini hanyalah menantu bekas Perdana Menteri dan bukan lagi menantu seorang Perdana Menteri.

Ia mengejutkan ramai diantara kami. Kami menjangkakan oleh kerana Abdullah bukan lagi Perdana Menteri, Khairy akan hilang kekuatan. Rupa-rupanya, Khairy menang kerana dia mempunyai PR yang lebih baik (bukan kerana bapa mertuanya) sedangkan Mukhriz tidak pun berupaya mengingati nama-nama orang yang beliau telah temui sebelum ini.

Hanya untuk menyimpang sedikit, saya teringat balik pada tahun 1987 apabila saya terserempak dengan Tengku Razaleigh Hamzah di PWTC dan dia menepuk belakang saya dan berkata, "Raja Petra, bagaimana Terengganu? Perniagaan enjin marin anda berjalan baik?"

Saya beritahu anda, ini seorang Menteri Kabinet, dan dia mengenali saya dan tahu dari mana asal saya dan perniagaan apa saya ceburi. Pada hari itu saya tertarik hati dengan Tengku Razaleigh dan apabila beliau melancarkan Semangat 46 beliau tahun berikutnya saya menyokong beliau dengan sepenuh hati.

Jadi ini adalah penting. Perkara-perkara mudah seperti mengingati nama-nama orang dan menyapa mereka bertanyakan 'bagaimana anakmu Faisal, dia cemerlang diuniversiti?' dan sebagainya, akan menarik sokongan. Dan sentiasa merenung kemata mereka apabila bersalam atau berjabat tangan dengan mereka dan tidak melarikan mata ketempat lain. Ini sangat penting dan sesuatu yang Mukhriz (termasuk Ghafar Baba dan Zaid Ibrahim juga) seolah-olah tidak mampu faham.

Bagaimanapun, Khairy dan bukan Mukhriz yang menang pada tahun 2009. Kemudian Mukhriz mencuba pula jawatan Naib Presiden pada tahun 2013 dan dia kalah lagi. Jadi Mukhriz sebenarnya tidaklah kuat walaupun dengan sokongan Mahathir. Tetapi Mahathir tidak akan menerimanya sebagai kelemahan anaknya. Sebaliknya dia menyalahkan Najib kerana kegagalan anaknya.

Mahathir merasakan Najib tidak akan menjadi Perdana Menteri jika tidak kerananya. Jadi Najib berhutang pertolongan dengan Mahathir. Dan dia mesti membayar balik pertolongan ini dengan membantu anaknya, Mukhriz, memanjat tangga Umno. Dan apabila Najib tidak membantu Mukhriz mendaki tangga Umno, Mahathir memutuskan bahawa Najib perlu berundur.

Dan kerana itulah dalam tahun 2013 Mahathir memutuskan bahawa Najib mesti disingkirkan. Beliau pada mulanya menggunakan alasan ini dan kemudian alasan itu. Akhirnya beliau memutuskan 1MDB sebagai alasan untuk menggulingkan Najib.


Khairuddin berfikir kita terlalu bodoh untuk mengetahui semua ini. Tetapi dialah yang bodoh jika dia beranggapan kita bodoh. Kita tahu secara terperinci mengapa Mahathir mengambil langkah menggulingkan Abdullah pada tahun 2006 dan mengapa beliau mengambil langkah untuk menggulingkan Najib pada tahun 2013. Dan anda boleh rumuskannya kedalam satu patah perkataan : Mukhriz.

Tetapi Mahathir sudah teramat lewat. Dia sepatutnya lakukan ini sebaik sahaja dia membuang Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Mahathir sepatutnya sudah sedar bahawa kuasa politik tersangat rapuh dan anda akan kehilangannya sebaik sahaja anda tidak lagi duduk diatas singgahsana.


General Lee Hsien Loong menyertai Kabinet pada usia 32 ketika ayahnya masih lagi Perdana Menteri Singapura. Pada masa itu Lee Kuan Yew hanyalah 61. Tatkala General Lee menjadi Perdana Menteri beliau 52 manakala Kuan Yew 81.

Ia mengambil masa 20 tahun mendidik (tidak termasuk 13 tahun dalam tentera) General Lee untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Lim Guan Eng adalah 26 apabila beliau menjadi Ahli Parlimen, 29 apabila dia menjadi Ketua Pemuda, 35 apabila beliau menjadi Ketua Setiausaha, dan 48 apabila beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Lim Kit Siang adalah 45 apabila anaknya, Guan Eng, mula mencebur diri kedalam politik dan 67 apabila Guan Eng menjadi Ketua Menteri, jawatan tertinggi untuk seorang pemimpin DAP yang pernah dicapai setakat ini.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz adalah 43 apabila beliau menjadi Ahli Parlimen dan 45 apabila beliau menjadi Ketua Pemuda. Bapanya, Nik Aziz Nik Mat, adalah 82 apabila anaknya memulakan pendakian keatas.

Muhammad Khalil Abdul Hadi menjadi Timbalan Ketua Pemuda semasa dia 38 dan bapanya, Abdul Hadi Awang, adalah 68.


Tetapi tidaklah boleh anda mengatakan semua mereka ini berjaya hanya kerana bapa-bapa mereka. Khairy berjaya pada usia 33 setelah bapa mertuanya meletak jawatan. Najib melancarkan kerjaya politik beliau pada usia 23 selepas bapanya telah meninggal dunia. Hishammuddin Hussein menjadi Ketua Pemuda Umno pada usia 37, 17 tahun selepas bapanya bersara sebagai Perdana Menteri.

Jadi tidak semua telah 'mendapat bantuan' bapa-bapa mereka untuk melonjak naik. Tetapi Mukhriz, walaupun dengan bapa yang paling-berkuasa dibelakangnya, masih juga gagal. Dan itulah yang mencetuskan kemarahan Mahathir tanpa hujungnya. Tetapi dia tidak dapat menerima hakikat bahawa itu kegagalannya. Beliau perlu menyalahkan orang lain. Jadi dia menyalahkan Najib kerana itu dan mahu Najib menerima balasannya.

Tetapi diusia 91 apa yang Mahathir boleh lakukan dan sejauh mana dia boleh menaikkan anaknya? Anda boleh membawa kuda ketempat air, tetapi anda tidak boleh memaksanya untuk minum. Dan Mukhriz tidak mempunyai sesuatu didalam dirinya untuk berjaya. Jadi Mahathir mungkin perlu mempertimbangkan untuk membuang Mukhriz dan digantikan dengan Mokhzani.

Tetapi adakah ini suatu kes melakukan sesuatu yang terlalu sedikit terlalu lewat? Masa tidak menyebelahi Mahathir (atau disebelah anak-anaknya) dan anda memerlukan masa. Najib, Khairy, Hishammuddin, Ahmad Zahid Hamidi dan banyak lagi tidak mencapai kejayaan dalam sekelip mata. Mereka mengambil masa berpuluh-tahun untuk sampai dimana mereka hari ini. Adakah Mahathir serius mahu salah seorang anaknya menjadi Perdana Menteri dalam masa lima tahun akan datang atau kurang?

Dan semua yang lain-lain ini adalah pemimpin parti-parti besar, seperti Umno, PAS dan DAP. Mukhriz, bagaimanapun, walaupun dia masih baharu 52, adalah pemimpin dalam parti 'nyamuk'. Dan kita tidak pasti lagi sama ada Pakatan Harapan akan menerima mereka dalam gabungan itu atau mereka akan menyelesaikannya sebagai satu pakatan pilihan raya yang hanya melibatkan pembahagian kerusi. Jika sedemikian ia akan membuat PPBM sebagai penumpang dan bukanlah pemimpin pakatan tersebut.

Mahathir tidaklah bodoh. Beliau menyedari semua batasan-batasan ini. Jadi pada bulan Disember 2014 beliau bertemu dengan Najib dan cuba untuk memuktamadkan suatu perjanjian. Perjanjian itu adalah Najib akan membantu memudahkan jalan bagi anaknya untuk mendaki tangga Umno dan akhirnya menjadi Perdana Menteri.

Najib berkata beliau tidak fikir Mukhriz mempunyai apa yang diperlukan untuk mentadbir negara. Jika beliau bersetuju dengan apa yang Mahathir hajatkan beliau akan melakukan satu kerugian besar kepada Malaysia. Najib tahu Mahathir akan menyalib beliau jika enggan membantu Mukhriz tetapi adalah lebih baik daripada membawa kemusnahan kepada negara. Dan dari ekoran itulah Mahathir memberitahu Khairuddin untuk membuat laporan polis terhadap 1MDB.

Mahathir seharusnya telah memikirkan semua ini lebih awal daripada membuang masa untuk mempastikan anak-anak lelaki beliau, pemegang-pemegang amanah, proksi-proksi, penama-penama dan kroni-kroninya kaya-raya. Sekarang masanya sudah agak terlewat untuk membina dinasti politiknya sekali pun dia gantikan Mukhriz dengan Mokhzani.

Melayu mempunyai kepercayaan yang bila takde berkat anda tidak boleh pergi jauh. Apa yang anda beri makan kepada keluarga anda akan menjadi darah daging jadi anda perlu pastikan bahawa apa yang mereka makan adalah halal. Begitulah, apa yang orang-orang Melayu percaya.

Sebagaimana pepatah Inggeris mengatakan, buah dari pokok yang beracun adalah beracun. Pepatah Inggeris juga mengatakan buah tidak akan jatuh jauh dari pokoknya. Mungkin Mahathir perlu bertanya dirinya sendiri sama ada ini adalah masalah sebenar yang sedang dihadapinya.


Terjemahan artikel dari - Malaysia Today




::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU