(Diterjemah untuk
disimpan sebagai rujukan bagi mengetahui fakta-fakta sebenar apa yang
telah terjadi kepada 1MDB. Setakat tarikh artikel terjemahan ini disiarkan tidak ada mana-mana pihak yang
telah membantah atau mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis bagi menafi
atau mempertikaikan kesahihan apa jua fakta yang terkandung didalam artikel asalnya berbahasa Inggeris)
Komplot untuk mensabotaj 1MDB telah
di'ilham'kan sejak tahun 2013 dahulu lagi. Mahathir, Muhyiddin,
Husni, Tony Pua dan Clare Brown semuanya terlibat dan mereka
mempastikan sabotaj ini akan berjaya, dimana termasuk menyalur keluar
wang kepada pihak Arab, menggagalkan dua kali 'Tawaran Awam
Permulaan' (IPO)., dan menyekat pinjaman bank kepada 1MDB.
Motifnya bukan hanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib tetapi
juga untuk memperoleh keuntungan kewangan.
The Third Force
1 Februari 2017
Untuk dua-setengah bulan yang lepas,
Malaysia Today telah menampilkan siri-siri artikel yang menyimpulkan idea bahawa kalangan golongan
elit antarabangsa (global) telah begitu lama memanipulasi ekonomi
Asia Tenggara. Siri tersebut dimulai dengan memperkenalkan George
Soros sebagai orang yang telah menjadi perancang kepada Krisis
Kewangan Asia 1997 (1997 Asian Financial Crisis) disamping
terus menjalankan agenda pertukaran rejim (regime change) di
Malaysia dan Indonesia.
Selari dengan perkembangan siri artikel
tersebut, ianya menjadi semakin jelas bahawa Soros juga adalah orang
yang mencetuskan krisis kewangan dunia 2007, walaupun bukan dari
hasil rekaannya sendiri mahupun dari sekutunya. Tetapi kita masih
memperkatakan tentang dua bencana kewangan hanya dalam satu dekad,
setiap satu mengakibatkan penurunan nilai matawang utama dan
menggegarkan pasaran saham seluruh dunia.
Tetapi itu bukanlah kejutan paling
besar.
Kejutan besar paling menjijikkan datang
dari hasil terbongkarnya rahsia bahawa Tony Blair telah bersekongkol
dengan Soros semenjak dari hari dia mula mengambil-alih kuasa di
Nombor 10 Downing Street, ibu pejabat kerajaan United Kingdom (UK).
Kejutan yang sama menjijikkan adalah dengan
pendedahan bahawa bekas Perdana Menteri tersebut adalah perancang
utama dibelakang konspirasi pelbagai-rupa (multifaceted
conspiracy) untuk mensabotaj
1Malaysia Development Berhad (1MDB), Dana Khazanah Negara Malaysia.
Soros mendapat idea bagaimana untuk membuat orang Cina menentang 1MDB. Blair maju selangkah kehadapan dengan membuat komplot untuk memufliskan Dana Malaysia. Dipenghujung Jun 2014, Clare Rewcastle Brown mendedahkan kepada pembantu Mahathir tentang terdapatnya informasi yang mempunyai potensi untuk menghancurkan Najib
Tetapi Mahathir sudah pun mengetahuinya. Beliau didatangi Muhyiddin setahun yang lalu dan memberitahu rancangan Soros dan Blair untuk mensabotaj 1MDB. Jika tidak kerana siri-siri ini, rakyat Malaysia langsung tidak akan tahu bahawa Muhyiddin telah ditawarkan USD30 juta untuk memerangkap Najib supaya terlihat sebagai seorang penjenayah
Diwaktu ini, dalam bahagian
kesebelasnya, siri-siri ini telah pun menemui keraguan daripada
pelbagai pihak yang amat percaya bahawa Perdana Menteri Malaysia,
Dato' Seri Najib Tun Razak, telah menyalahgunakan dana bernilai
berbilion-bilion kepunyaan rakyat Malaysia. Puak-puak ini telah
menanam kepercayaan bahawa saya adalah seorang pelakon-penipu yang
diupah oleh Perdana Menteri untuk mempastikan dirinya terus berkuasa.
Tetapi hakikat sebenarnya tentang
keraguan ini seumpama mereka mendapat dadah daripada pembangkang
adalah satu ironi. Jumaat lepas, pasukan saya mengesahkan – tanpa
sebarang keraguan – Tony Pua telah
dijanjikan USD10-15 juta oleh sekumpulan warga asing yang berkait
rapat dengan Soros dan Blair untuk meletakkan kesalahan kepada Najib
kerana ‘merompak kekayaan rakyat Malaysia’. Kumpulan itu
meletakkan Pua dalam genggaman mereka semata-mata kerana ahli
parlimen pembangkang ini mempunyai hubungan yang rapat dengan
beberapa kumpulan perbankan di Singapura.
Sekarang, Pua yang sama inilah yang
baharu sahaja memfailkan tuntutan 110-halaman di mahkamah Kuala
Lumpur dengan mendakwa bahawa Najib telah menggunakan 1MDB sebagai
alat tunggangan untuk mengaut berbilion wang kedalam kantungnya. Jadi
nampaknya Pua sedang berusaha keras menempatkan dirinya untuk bersama
dengan kumpulan tersebut. Ini mungkin dapat menjelaskan mengapa Ahli
Parlimen Petaling Jaya Utara itu tidak begitu senang apabila saya
mendedahkan kepada umum hubungannya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin,
bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Anda lihat, misi Pua adalah untuk
mengalihkan pengundi supaya menentang Najib dengan memperlihatkan
kepada mereka bahawa Perdana Menteri telah mengheret 1MDB keambang
kemusnahan. Saya, di satu pihak lain, mendedahkan
kewujudan penglibatan antara Pua dan Muhyiddin sejak Julai 2013
untuk mencetuskan ‘keruntuhan’ Dana tersebut. Jadi bagaimana
pengundi boleh mempercayai Pua lagi? Dan jika mereka tidak
mempercayainya, bagaimana beliau boleh mendapatkan USD10-15 juta yang
dijanjikan oleh sekumpulan warga asing kepadanya?
Tony Pua adalah seorang pensabotaj berbayar. Seperti Clare Rewcastle Brown, tugasnya adalah untuk membuat rakyat Malaysia menentang Najib. Tidak ramai yang tahu bahawa Pua menerima arahan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Timbalan Perdana Menteri dan tuan-besar Pua
Ya, rakyat Malaysia adalah jenis yang
tidak ambil peduli. Mereka mudah percaya setiap cebis maklumat yang Pua dan
tuan-besarnya beritahu mereka. Malah Lim Kit Siang juga mengetahui
pada Julai 2013 tentang rancangan oleh sekumpulan warga asing yang
mahu mensabotaj 1MDB. Kedua beliau dan Pua amat berhati-hati agar
berita rancangan tersebut sentiasa tersimpan rapi. Oleh kerana
sekarang rahsia tersebut telah terbongkar, Kit Siang mempunyai satu
lagi sebab untuk menelan pil pahit kedalam mulutnya setiap malam
sebelum dia masuk tidur.
1MDB adalah mainan muslihatnya untuk membuat orang Cina menolak pentadbiran Najib dan menjalin hubungan kerja dengan kerajaan Pulau Pinang. Tetapi artikel-artikel saya telah membogelkan suatu konspirasi yang melibatkan salah seorang orangnya sendiri yang mahu mensabotaj 1MDB. Jadi bagaimana orang Cina boleh mempercayainya lagi?
Itulah yang menjelaskan mengapa Lim
'senior' secara rahsia menyimpan dendam terhadap saya. Tetapi dia
tidak berseorangan. Ramai orang-orang hebat yang akan mengalami
kerugian besar apabila saya berlarutan dengan pendedahan ini, yang
dianggarkan berterusan hingga ke 20-25 bahagian. Saya pun tidak pasti
saya akan kembali dengan selamat sekiranya merancang perjalanan
katakan, ke California atau New York. Saya diberitahu, ada
orang-orang di Amerika Syarikat dan mungkin juga di Abu Dhabi yang
memang benar-benar mahukan saya mati.
Tetapi ia tidaklah seolah-olah saya
mengharapkan sesuatu yang berbeza. Risiko yang datang bersama-sama
dengan tugas ini adalah amat nyata, sementara bahaya sentiasa
dianggap pasti akan berlaku. Namun, selagi saya bernafas, saya akan
kekal sebagai 'The Third Force' dan akan memastikan bahawa kebenaran
tidak akan dikaburi oleh propaganda media atau kecelaruan hebat
persepsi rakyat Malaysia yang lemah berfikir. Dan berjuang melawan
persepsi sebegitulah tujuan sebenar artikel ini.
Hari ini, saya akan cuba menyelesaikan
beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh mereka yang merasa ragu,
bermula dengan sesuatu yang telah menjadi sumber kemarahan kepada
Raja Petra Kamarudin (RPK), pengasas Malaysia Today.
1. Adakah Raja Petra Kamarudin (RPK) yang mengarang siri-siri ini?
Walaupun telah berkali-kali dijelaskan
kepada rakyat Malaysia bahawa RPK akan meletakkan nama beliau pada
setiap artikel tulisannya, sekumpulan Pakatun pembangkang sengaja
mengupah pasukan siber untuk menulis komen mendakwa RPK mengarang
siri ini. Sumber mendedahkan bahawa pasukan siber tersebut diketuai
oleh Kit Siang dan dalam misi untuk mencemarkan RPK atas setiap apa
yang saya perkatakan.
Baiklah, mari saya jelaskan sekarang –
artikel ini adalah penulisan saya, Raggie Jessy, kolumnis jemputan
dengan Malaysia Today. Semua yang saya lakukan, saya
melakukannya tanpa prejudis dan dengan kepentingan yang lebih besar
demi keselamatan negara. Saya bukan blogger yang dibayar dan tidak
melibatkan diri dalam merekayasa cerita, seperti yang didakwa oleh
pasukan siber Kit Siang.
Perhatikan perbezaannya – lelaki disebelah kiri mempunyai darah raja yang mengalir melalui pembuluh darahnya. Lelaki disebelah kanan boleh memberi kesakitan Di-Raja dijubor sesiapa yang menggelegakkan darah yang mengalir dipembuluh darahnya
Tidak pernah bila-bila masa pun saya
diarah untuk menulis artikel-artikel atau apa-apa yang Malaysia
Today telah siarkan setakat ini. Dan saya juga tidak mengharapkan
Malaysia Today, atau, untuk tujuan sedemikian, Malaysia
Outlook, memikul beban tanggungjawab untuk menetapkan betul
salahnya melalui penulisan saya, sama ada ia berupa sebuah pendapat,
artikel analisis atau pun suatu berita paling gempar.
Saya buat apa yang saya buat kerana
saya percaya pada apa yang saya lakukan. Dan Malaysia Today
telah cukup bermurah hati menawarkan saya ruang semata-mata untuk
berbuat demikian.
2. Daripada mana saya mendapatkan
maklumat?
Secara jujurnya, itu sesuatu yang saya
tidak boleh sebebasnya dedahkan sekalipun pihak berkuasa memaksa
saya untuk berbuat demikian dengan menggunakan undang-undang Malaysia
yang ketat. Saya rela masuk kedalam dengan mulut terkunci. Jika itu
harga yang saya perlu bayar untuk menyatakan kebenaran secara
terbuka, maka saya rela.
Hakikatnya, cara mana saya guna untuk
dapatkan kebenaran ada kalanya melampaui batas undang-undang. Jika
saya gelarkan diri saya sendiri sesuai dengan cara yang diambil, saya
mungkin boleh diistilahkan sebagai ‘pewaspada pelbagai rupa’,
seseorang yang bukan anggota penguatkuasaan undang-undang tetapi yang
memburu orang yang disyaki melanggar undang-undang dan menghukum
mereka.
Saya kata ‘menghukum’, kerana saya
fikir artikel saya sudah cukup menghukum mereka yang saya dakwa
melakukan salahlaku. Misalnya, apabila saya dedahkan bahawa Tony Pua
adalah seorang penjenayah, anda boleh yakin sepenuhnya bahawa ia
sangat memberi kesan kepadanya.
3. Benarkah? Tony Pua seorang
penjenayah?
Ya, benar.
Pua gagal
memaklumkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) apa
yang dia sudah tahu pada Julai 2013. Dia tahu bahawa
Menteri Kewangan kedua, Dato'
Seri Ahmad Husni bin Mohd Hanadzlah,
bersubahat dengan sekumpulan warga asing untuk menjadikan 1MDB
muflis. Pua juga tahu bahawa
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB terdahulu, Dato'
Shahrol Azral Ibrahim Halmi,
telah berkonspirasi dengan pihak Emirates untuk melesapkan dana
Malaysia bagi memperolehi manfaat tunai.
Tony Pua bersubahat dengan Muhyiddin sejak 2013 untuk mensabotaj 1MDB. Ahli parlimen pembangkang tersebut menyorokkan bukti penting daripada Jawatankuasa Kira-Kira Awam yang boleh mensabitkan Husni dengan salahlaku
Tidak
terlintaskah kepada Pua bahawa campur tangan oleh pihak berkuasa
waktu itu boleh menganggu kes yang sedang dibicarakan disebuah
mahkamah di London? Bukankah apa yang dia lakukan itu samalah seperti
bersubahat melakukan jenayah dimana wang yang mana daripada 1MDB yang
telah dicuri? Tidakkah ini menjadikan Pua seorang penjenayah?
Satu-satunya
cara dia boleh membersihkan namanya adalah dengan memulakan tindakan
menerusi undang-undang terhadap saya kerana membuat dakwaan yang
tidak masuk akal.
4.
Jadi Husni dan Shahrol juga penjenayah?
Anda
buat pertaruhan.
Kedua-duanya
menyalahguna kedudukan masing-masing dipejabat masing-masing apabila
mereka meluluskan pembayaran kepada sebuah syarikat yang berdaftar di
Kepulauan British Virgin (BVI), Aabar Investments PJS Limited
(Aabar-BVI). Mereka melakukan ini walaupun
mengetahui bahawa pengasas syarikat itu, Kahdem al-Qubaisi, tidak
mempunyai niat untuk menghantar pembayaran tersebut kepada penerima
yang dimaksudkan, International Petroleum Investment Company (IPIC)
yang berpengkalan di Abu Dhabi.
Sumber
mendedahkan bahawa kedua-duanya telah
dijanjikan ganjaran berupa suapan bernilai USD10-15 juta tiap seorang
hanya untuk menutup mulut mereka. Dikali terakhir saya
periksa, adalah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana pegawai sebuah
badan berkanun menggunakan jawatan atau kedudukan untuk menerima
suapan melalui tindakan atau keputusan sendiri, mengikut Seksyen 23
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Husni juga dikatakan menjadi pemilik bermanfaat satu unit hartanah di AS bernilai sekitar USD5 juta. Bekas Menteri Kewangan Kedua tersebut belum lagi mengesahkan atau menafikan lapuran berkaitan walaupun saya telah memintanya untuk berbuat demikian
Sumber-sumber
juga mendedahkan bahawa Shahrol telah mengetahui sejak Disember 2012
lagi tentang rancangan Qubaisi, diwaktu itu sebagai Pengarah Urusan
IPIC, untuk mendapatkan manfaat dengan menggunakan dana-dana yang
disalur keluar daripada 1MDB. Bukan sahaja Shahrol
menutup rapat mulutnya, dia mengelirukan Dana
(1MDB) untuk mempercayai bahawa Aabar-BVI adalah anak syarikat IPIC.
Shahrol telah mengetahui sejak Disember 2012 bahawa Qubaisi tidak berniat baik. Anehnya, dia meluluskan pembayaran-pembayaran kepada Aabar-BVI dan tidak memaklumkan kepada sesiapa apa yang dia tahu. Shahrol bersubahat melakukan satu jenayah dalamana duit yang manakah daripada 1MDB yang telah dicuri
Sekarang
tidakkah itu menjadikan Shahrol seorang penjenayah?
5.
Bagaimana ketepatan maklumat yang terkandung dalam artikel saya?
Anda
perlu tanyakan soalan yang sama kepada Mahathir – bagaimana
ketepatan dakwaan-dakwaan yang beliau buat dalam penulisan-penulisan
diblognya?
Menurut
orang tua tersebut, Najib melesapkan dana bernilai RM42 bilion entah
kemana. Baiklah, tidakkah beliau sepatutnya memberikan rakyat
Malaysia bukti kukuh bagaimana Najib menghilangkan dana tersebut?
Jika tidak, mengapa anda perlu percaya kepadanya dan bukan saya?
Adakah hanya kerana dia adalah seorang bekas Perdana Menteri?
Mahathir bergantung kepada sokongan dari Melayu luar-bandar dan penyokong tegar sepanjang masa yang percaya bahawa orang tua tersebut tahu apa yang terbaik untuk negara. Setengah Melayu yang saya kenal menjadi begitu 'buta' kerana terlalu sayangkan orang ini sehingga menyalahkan saya kerana mendedahkan kebenaran tentangnya. Dan mereka yang menyalahkan saya ini adalah Melayu-Melayu yang berpendidikan
Rakyat
Malaysia juga harus meminta Clare Rewcastle Brown menyenaraikan nama
pegawai-pegawai 1MDB yang berkomplot untuk melesapkan wang daripada
Dana dan melampirkan bukti kukuh untuk mengesahkan dakwaan beliau.
Kita perlu tahu siapakah orang-orang ini dan bagaimana mereka
melakukan jenayah tersebut. Tidak perlu lagi cerita-cerita rekaan
yang ditokok tambah perisa penyedap pendengaran, cuma bukti sebenar
siapa lakukan apa, bila dan di mana.
Dan
bagaimana.
Ms.
Rewcastle juga perlu menjelaskan sekiranya beliau telah dijanjikan
jutaan oleh orang-orang yang mempunyai kaitan dengan Blair atau pihak
Emirates untuk melancarkan kempen media terhadap 1MDB. Sementara itu,
dia juga perlu mendedahkan jika Husni turut bersubahat dengan beliau
menentang Najib atau ‘dibayar’ oleh orang yang dikaitkan dengan
Qubaisi untuk menutup mulutnya. Saya, sekali, ingin tahu jika Husni
pada ketika ini pemilik bermanfaat satu unit hartanah di Amerika
Syarikat bernilai kira-kira USD5 juta.
Rakyat
Malaysia juga mahu tahu kaitan Pua dengan Ms. Rewcastle. Ahli
parlimen pembangkang itu, telah beberapa kali bersekongkol dengan
Ketua Editor Sarawak Report merancang serangan keatas Najib dan 1MDB.
Pua dikatakan telah bergabung dengan Ms. Rewcastle setahun selepas
dia dilantik sebagai ahli panel Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).
Jika
Mahathir dan Ms. Rewcastle boleh menghasilkan jawapan pasti untuk
soalan-soalan di atas, hanya, dan hanya selepas itu, saya dengan
secara terbuka akan mengumumkan bahawa Ms. Rewcastle adalah
sebenarnya penjelmaan semula Mother Teressa dan Mahathir adalah
sesungguhnya Gandhi Malaysia. Tetapi itu tidak akan terjadi.
Satu-satunya perkara yang mereka tahu lakukan adalah bohong, bohong
dan bohong.
Sarawak Report mengangkat diri sebagai sebuah “Mahkamah Media” tetapi gagal menangani penglibatan Muhyiddin dan Husni dalam suatu konspirasi pelbagai-rupa untuk mensabotaj 1MDB
Dan
tidak – saya tidak pernah berbohong.
6.
Mahukah Putera Mahkota Abu Dhabi mengakui kebenarannya?
Saya
tidak pasti. Anda benar-benar kena tanya orang-orangnya soalan itu.
Ada
yang percaya bahawa Sheikh Mohammed bin Zayed al-Nahyan sayangkan
saudaranya, Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan, amat sayang, jadi
tidak mungkin dia akan mengakui bahawa beliau (Sheikh Mansour) pernah
bersekongkol dengan Qubaisi “merompak” harta 1MDB. Tetapi
yakinlah, Putera Mahkota memang berazam untuk menyelesaikan segala
kekecohan yang menyelubungi Dana Malaysia sepertimana juga dengan
kerajaan Malaysia. Saya diberitahu, beliau merancang untuk
mendapatkan satu tolak-ansur (kompromi) yang adil, dan, pada pandangan beliau,
mulia.
Mohammed
juga sedang mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa
kerajaan Abu Dhabi dapat melaksanakan tindakan secara menyeluruh.
Itu menjelaskan mengapa beliau merancang untuk menggabungkan Mubadala
Development Company dengan IPIC. Putera Mahkota mahu Mansour berada
dibawah pengawasannya pada setiap waktu dan tidak akan mempercayai
saudaranya memimpin satu lagi syarikat milik-negara secara
bersendirian.
Akan
disambung...
Artikel asal - Malaysia Today
[BACAAN TAMBAHAN, antaranya ..]