Thursday, July 13, 2017

KEROSAKAN YANG KIT SIANG TELAH LAKUKAN KEPADA SEKOLAH CINA

Sekolah Cina adalah satu sumber besar pembiayaan bagi Kit Siang. Wang yang disumbang oleh para dermawan bertujuan untuk pembelajaran anak-anak Cina telah disalah-gunakan untuk membiayai agenda politik Kit Siang dikalangan sekolah Cina. Kit Siang telah meletakkan keseluruhan sistem pendidikan Cina dalam bahaya. Membina kepercayaan atau prinsip (doktrin) kebencian akan membawa akibat dan akibatnya adalah amat tidak baik untuk sekolah-sekolah Cina.
 (Malaysia Today)

Semalam, Malaysiakini memaparkan berita berkenaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang telah dimasukkan kehospital untuk menjalani pembedahan jantung. Anda seharusnya telah melihat komen-komen menjijikkan daripada pembaca-pembaca Malaysiakini mengutuk mempersenda Hadi. Berdasarkan dari komen-komen tersebut, bolehlah dikatakan perhubungan antara kaum di Malaysia telah musnah untuk selama-lamanya. Ianya pasti akan mengambil satu waktu yang agak lama untuk orang Melayu dan orang Cina dapat menganggap diri mereka sebagai sesama rakyat Malaysia kembali. Terang-terangan perpecahan Melayu-Cina sudah tidak boleh diperbaiki lagi.

Ada diantara mereka yang mempersoalkan kita tidak boleh menyalahkan keseluruhan masyarakat atau majoriti dari masyarakat tersebut atas tindakan segelintir atau sekumpulan kecil. Contoh yang mereka berikan adalah: hanya kerana beberapa orang Nazi membunuh enam juta keturunan Yahudi itu tidaklah bermakna keseluruhan bangsa Jerman mesti dipersalahkan.

Itu mungkin benar. Penduduk Jerman dalam tahun 1939 dianggarkan seramai 80 juta dan hanya lebih kurang lapan juta atau 10% adalah ahli parti Nazi. Jadi bagaimana boleh 80 juta bangsa Jerman dipersalahkan atas tindakan lapan juta pengikut Nazi? Dan persoalan yang sama itu jugalah yang orang-orang Cina gunakan: bagaimana mungkin keseluruhan masyarakat Cina Malaysia dipersalahkan atas apa yang dilakukan dan/atau diperkatakan oleh segolongan kecil orang DAP?

Tetapi disebaliknya disinilah persoalan 'jangan persalahkan majoriti atas tindak-tanduk minoriti' terungkai. Dalam tahun 1933, parti Hitler memenangi 44% undi dan dalam tahun 1938 ia memenangi 99% undi. Jadi, walaupun hanya 10% orang Jerman adalah Nazi, 99% daripada yang layak mengundi atau lebih daripada 50% penduduk Jerman telah mengundi mereka. Jadi bagaimana anda boleh berselindung disebalik persoalan 'jangan persalahkan kami atas apa yang 10% masyarakat kami lakukan'. Ia bukan sekadar 10% ahli Nazi tetapi lebih daripada 99% pengundi yang mewakili lebih daripada 50% penduduk Jerman yang memberikan Hitler kuasa.

Cina Malaysia marah dan mengatakan kita tidak boleh menyalahkan sekolah Cina atau sistem pendidikan Cina atas apa yang segelintir orang DAP kata dan lakukan. Superman Hew hanyalah seorang orang-Cina jadi 'satu orang tidak akan mengubah apa-apa' (one swallow does not make a summer), mereka berhujah. Itu benar. Tetapi orang Cina harus waspada tentang apa yang mereka katakan kerana gambaran yang disampaikan adalah ianya bukan hanya segelintir orang DAP atau segolongan kecil orang Cina tetapi sebahagian besar majoriti.

Sibodoh lihat, sibodoh buat (monkey see, monkey do): demonstrasi politik kebencian

Sebagai contoh, semalam Malaysiakini menyiarkan komen-komen dimana orang DAP mengatakan dalam piliharaya akan datang PAS tidak akan memenangi walaupun satu kerusi kerana tidak seorang pun orang Cina akan mengundi PAS – dan tanpa undi orang Cina PAS akan berkubur. Mereka menambah PAS tidak boleh mengharap undi Melayu kerana orang Melayu berpecah kepada banyak parti, tidak seperti Cina dimana lebih 90% berada dibelakang DAP.

Sekarang, inilah yang orang Cina katakan dan ini jugalah yang Malaysiakini siarkan semalam. Jadi orang Cina mengakui, dan Malaysiakini menyiarkan pengakuan mereka, yang mana lebih daripada 90% orang Cina berada dibelakang DAP.

Malah, setiap hari kita membaca komen (dalam Malaysiakini, Free Malaysia Today, Malaysia Chronicle, Malaysia Outlook, The Malaysia Insight, dll) bahawa DAP akan memperolehi 90% undi Cina dalam piliharaya akan datang sedangkan orang Melayu akan berpecah kepada lima parti (UMNO, PAS, PKR, PAN dan Pribumi). Dan kerana itulah Pakatan Harapan mampu memenangi 125 kerusi sedangkan Barisan Nasional akan berkurang kepada 97 kerusi, kata Rafizi Ramli PKR.

Inilah apa yang mereka perkatakan. Dan sebab mengapa Pakatan Harapan mampu memenangi 125 kerusi sedangkan Barisan Nasional akan berkurang kepada 97 kerusi, kata mereka, adalah kerana 90% orang Cina akan mengundi DAP, orang Melayu berpecah kepada lima parti, dan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bersama Pakatan Harapan dan bukannya bersama Barisan Nasional.

Jadi, siapa yang memainkan soal bangsa dan agama disini? DAP dan Pakatan Harapan atau UMNO dan Barisan Nasional? Baca apa yang mereka katakan dalam Malaysiakini, Free Malaysia Today, Malaysia Chronicle, Malaysia Outlook, The Malaysian Insight, dan seterusnya. Baca perkara-perkara menjijikkan yang mereka kata tentang Hadi, Islam dan Melayu dalam Malaysiakini semalam. Dan inilah apa yang sekolah Cina dan pendidikan Cina telah lakukan kepada orang-orang Cina. Dan jika anda tidak berfikir begitu lihatlah video-video dibawah ini. Berdasarkan kepada cara gaya mereka berlagak dan bercakap adakah ini pelajar-pelajar sekolah kerajaan?

https://www.youtube.com/watch?v=8VGNgbFW530
https://www.youtube.com/watch?v=uP1VxT737Ko
https://www.youtube.com/watch?v=6MEQh41aFik
https://www.youtube.com/watch?v=qpQwrsLojAU
Keangkuhan lepasan sekolah Cina DAP ini lebih teruk daripada semasa Mei 1969

Jadi, jika orang Cina mahu menyakinkan rakyat Malaysia bahawa pelampau dan perkauman dikalangan mereka adalah hanya segelintir minoriti maka mereka perlu mula mengotakan kata-kata. Sekadar bercakap adalah tidak memadai. Mereka perlu membuktikannya. Dan diwaktu sekarang ini mereka membuktikan sebaliknya. Jadi pilihan adalah ditangan orang Cina. Apa yang kami sedang lihat adalah Taliban Cina yang sedang dihasilkan oleh sekolah-sekolah Cina. Dan selagi komen-komen seperti yang terdapat dalam Malaysiakini, Free Malaysia Today, Malaysia Chronicle, Malaysia Outlook, The Malaysian Insight, dan lain-lain, berterusan, maka gambaran yang dihasilkan adalah tidak sepertimana yang orang Cina dakwa: iaitu ini adalah perbuatan golongan minoriti. Buktinya, kata Presiden Bush, adalah rasa dalam apa yang dimakan.

Sebenarnya, Lim Kit Siang adalah orang yang secara bersendirian memusnahkan sekolah Cina dengan menyusup kedalam mereka dan mempergunakan mereka untuk agenda politik peribadinya. Kit Siang tahu beratus juta setiap tahun mencurah masuk kesekolah Cina dan dia nampak dia boleh gunakan, atau lebih tepat menyalah-gunakan, wang tersebut yang dimaksudkan bagi tujuan pendidikan untuk membiayai aktiviti-aktiviti politiknya dikalangan sekolah-sekolah Cina. Itu juga bermakna DAP tidak lagi perlu menyalur masuk wang kesekolah-sekolah ini, kerana mereka boleh membiayai kewangan mereka sendiri.

Apa yang para penderma tidak sedar selama bertahun-tahun ini adalah Lim Kit Siang sedang meluaskan cengkamannya keatas sekolah-sekolah Cina sehinggakan boleh menentukan siapa yang mendapat lantikan, siapa yang dinaikkan pangkat atau ditukarkan, dan siapa yang harus diberhentikan. Lama kelamaan semua kakitangan pengajar disekolah Cina memandang Kit Siang sebagai penguasa dan Kapitan Cina pendidikan Cina.

Kanak-kanak Cina diasingkan dua kali seminggu dan menghadiri kelas moral dimana penyemaian budaya (indoctrination) dilakukan

Kepada orang Cina, pendidikan adalah nombor satu dan ekonomi nombor dua. Jadi, jika Kit Siang dapat mengawal halatuju pergerakan pendidikan, dan kemudiannya kesatuan-kesatuan dan persatuan-persatuan perniagaan, (DAP sudah mengawal kongsi gelap atau pergerakan bawah tanah Cina) ini akan menjadikannya Perdana Menteri Cina bayangan Malaysia. Dan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mukhriz Mahathir, dan ramai lagi, mengikut telunjuknya (yang betul-betul membanggakan orang Cina dengan cara Kit Siang memperalatkan orang Melayu untuk menghentam orang Melayu), Kit Siang secara praktiknya sudah boleh menyuruh orang Cina untuk melompat terjun dan mereka akan hanya bertanya untuk berapa tinggi.

Dimasa lalu, sejak 1946, demontrasi jalanan kebanyakannya adalah budaya orang Melayu. Malah dalam tahun 1999 hanya orang Melayu yang keluar sedangkan orang Cina duduk dirumah. Dalam tahun 2007, Kit Siang mahu menguji kekuatan pengaruhnya dan beliau memberitahu orang Cina untuk keluar dan menyertai Bersih. Mereka lakukan, secara berkumpulan, dan Kit Siang tahu itulah masanya untuk melakukan Tsunami Cina. Empat bulan kemudiannya, Malaysia menyaksikan Tsunami Cina dalan pilihanraya umum bulan Mac 2008.

Penyemaian budaya Taliban Cina (Talib bermaksud pelajar dan Taliban adalah untuk ramai) melepasi dari satu generasi telah pun berhasil. Secara dasarnya penyemaian budaya ini adalah untuk menyuci-otak kanak-kanak Cina supaya membenci UMNO, Barisan Nasional, Malaysia, kerajaan, orang Melayu dan Islam. Ibubapa malah memberitahu anak-anak mereka yang belajar diluar negara supaya terus tinggal dinegara dimana mereka belajar dan jangan sibuk untuk pulang ke Malaysia. Di Malaysia, mereka diberitahu, orang Cina akan menghadapi penganiayaan dan diskriminasi. Kerana itu lebih dari satu juta rakyat Malaysia tinggal dan bekerja diluar negara, majoriti dari mereka bukan-Melayu.

Cara penyemaian budaya ini dilakukan boleh dikatakan cukup bijak. Dua kali setiap minggu murid-murid Cina dan Melayu akan diasingkan. Sementara yang Melayu nya dihantar ke kelas agama, yang Cina nya menghadiri kelas moral. Apabila sahaja murid-murid ini diasingkan kanak-kanak Cina ini menerima penyemaian budaya mereka. Kit Siang memastikan guru-guru dikelas moral adalah penyokong tegar DAP. Dan guru-guru kelas moral ini membersih otak kanak-kanak dengan 'nilai-nilai kecinaan', dimana sebenarnya adalah nilai-nilai DAP dan budaya kebencian mereka.


Lebih daripada 85% pemimpin DAP adalah dari sekolah Cina. Cuba perhatikan bagaimana mereka bercakap bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dan anda akan tahu latar belakang pendidikan mereka. Sekitar 95% mereka yang menyokong Bersih adalah dari sekolah Cina. Dan 100% angkatan-siber Tentera Kacang Merah (Red Bean Army cyber-troopers) DAP adalah dari sekolah Cina.

Apa lagi bukti yang anda perlukan berhubung kemusnahan yang sekolah Cina telah lakukan kepada negara? Jadi, jika sepertimana mereka kata, Cina-Cina perkauman dan pelampau daripada sekolah-sekolah Cina adalah dikalangan minoriti dan majoriti orang Cina dari sekolah Cina tidak sebegitu, mereka perlu membuktikannya kerana bukti-bukti nyata menunjuk kearah yang berlawanan.

Apa yang lebih penting adalah Kit Siang telah meletakkan sekolah-sekolah Cina dalam keadaan merbahaya. Pertamanya adalah isu penyalah-gunaan dana yang sekolah-sekolah Cina terima dari para penderma yang sekian lama telah berjumlah berbilion. Kemudiannya ialah pengapian supaya membenci UMNO, Barisan Nasional, kerajaan, orang Melayu dan Islam yang mereka sebarkan.

Dan Kit Siang memberitahu orang Cina adalah wajar untuk membenci kerana orang-orang Melayu telah pun musnah. Dalam pilihanraya umum akan datang DAP akan memperolehi sokongan padu orang-orang Cina sedangkan orang Melayu akan terlalu berpecah-belah sehinggakan tiada siapa pun yang mampu untuk menubuhkan kerajaan tanpa DAP. Dan itulah masanya nanti mata kapak akan jatuh menghentam tengkok orang-orang Melayu.


23 Mei 2017

Sila baca juga artikel-artikel berikut:



::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU