Sekolah Cina adalah satu sumber besar pembiayaan bagi Kit Siang. Wang yang disumbang oleh para dermawan bertujuan untuk pembelajaran anak-anak Cina telah disalah-gunakan untuk membiayai agenda politik Kit Siang dikalangan sekolah Cina. Kit Siang telah meletakkan keseluruhan sistem pendidikan Cina dalam bahaya. Membina kepercayaan atau prinsip (doktrin) kebencian akan membawa akibat dan akibatnya adalah amat tidak baik untuk sekolah-sekolah Cina.
(Malaysia Today)
Semalam, Malaysiakini memaparkan
berita berkenaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang telah dimasukkan
kehospital untuk menjalani pembedahan jantung. Anda seharusnya telah
melihat komen-komen menjijikkan daripada pembaca-pembaca Malaysiakini
mengutuk mempersenda Hadi. Berdasarkan dari komen-komen tersebut,
bolehlah dikatakan perhubungan antara kaum di Malaysia telah musnah
untuk selama-lamanya. Ianya pasti akan mengambil satu waktu yang agak
lama untuk orang Melayu dan orang Cina dapat menganggap diri mereka
sebagai sesama rakyat Malaysia kembali. Terang-terangan perpecahan
Melayu-Cina sudah tidak boleh diperbaiki lagi.
Ada diantara mereka yang mempersoalkan
kita tidak boleh menyalahkan keseluruhan masyarakat atau majoriti
dari masyarakat tersebut atas tindakan segelintir atau sekumpulan
kecil. Contoh yang mereka berikan adalah: hanya kerana beberapa orang
Nazi membunuh enam juta keturunan Yahudi itu tidaklah bermakna
keseluruhan bangsa Jerman mesti dipersalahkan.
Itu mungkin benar. Penduduk Jerman
dalam tahun 1939 dianggarkan seramai 80 juta dan hanya lebih kurang
lapan juta atau 10% adalah ahli parti Nazi. Jadi bagaimana boleh 80
juta bangsa Jerman dipersalahkan atas tindakan lapan juta pengikut
Nazi? Dan persoalan yang sama itu jugalah yang orang-orang Cina
gunakan: bagaimana mungkin keseluruhan masyarakat Cina Malaysia
dipersalahkan atas apa yang dilakukan dan/atau diperkatakan oleh
segolongan kecil orang DAP?
Tetapi disebaliknya disinilah persoalan
'jangan persalahkan majoriti atas tindak-tanduk minoriti' terungkai.
Dalam tahun 1933, parti Hitler memenangi 44% undi dan dalam tahun
1938 ia memenangi 99% undi. Jadi, walaupun hanya 10% orang Jerman
adalah Nazi, 99% daripada yang layak mengundi atau lebih daripada 50%
penduduk Jerman telah mengundi mereka. Jadi bagaimana anda boleh
berselindung disebalik persoalan 'jangan persalahkan kami atas apa
yang 10% masyarakat kami lakukan'. Ia bukan sekadar 10% ahli Nazi
tetapi lebih daripada 99% pengundi yang mewakili lebih daripada 50%
penduduk Jerman yang memberikan Hitler kuasa.
Cina Malaysia marah dan mengatakan kita
tidak boleh menyalahkan sekolah Cina atau sistem pendidikan Cina atas
apa yang segelintir orang DAP kata dan lakukan. Superman Hew hanyalah
seorang orang-Cina jadi 'satu orang tidak akan mengubah apa-apa' (one
swallow does not make a summer), mereka berhujah. Itu benar.
Tetapi orang Cina harus waspada tentang apa yang mereka katakan
kerana gambaran yang disampaikan adalah ianya bukan hanya segelintir
orang DAP atau segolongan kecil orang Cina tetapi sebahagian besar
majoriti.
Sibodoh lihat, sibodoh buat (monkey
see, monkey do): demonstrasi politik kebencian
Sebagai contoh, semalam Malaysiakini
menyiarkan komen-komen dimana orang DAP mengatakan dalam piliharaya
akan datang PAS tidak akan memenangi walaupun satu kerusi kerana
tidak seorang pun orang Cina akan mengundi PAS – dan tanpa undi
orang Cina PAS akan berkubur. Mereka menambah PAS tidak boleh
mengharap undi Melayu kerana orang Melayu berpecah kepada banyak
parti, tidak seperti Cina dimana lebih 90% berada dibelakang DAP.
Sekarang, inilah yang orang Cina
katakan dan ini jugalah yang Malaysiakini siarkan semalam.
Jadi orang Cina mengakui, dan Malaysiakini menyiarkan
pengakuan mereka, yang mana lebih daripada 90% orang Cina berada
dibelakang DAP.
Malah, setiap hari kita membaca komen
(dalam Malaysiakini, Free Malaysia Today, Malaysia
Chronicle, Malaysia Outlook, The
Malaysia Insight, dll) bahawa DAP akan memperolehi 90%
undi Cina dalam piliharaya akan datang sedangkan orang Melayu akan
berpecah kepada lima parti (UMNO, PAS, PKR, PAN dan Pribumi). Dan
kerana itulah Pakatan Harapan mampu memenangi 125 kerusi sedangkan
Barisan Nasional akan berkurang kepada 97 kerusi, kata Rafizi Ramli
PKR.
Inilah apa yang mereka perkatakan. Dan
sebab mengapa Pakatan Harapan mampu memenangi 125 kerusi sedangkan
Barisan Nasional akan berkurang kepada 97 kerusi, kata mereka, adalah
kerana 90% orang Cina akan mengundi DAP, orang Melayu berpecah kepada
lima parti, dan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bersama
Pakatan Harapan dan bukannya bersama Barisan Nasional.
Jadi, siapa yang memainkan soal bangsa
dan agama disini? DAP dan Pakatan Harapan atau UMNO dan Barisan
Nasional? Baca apa yang mereka katakan dalam Malaysiakini, Free
Malaysia Today, Malaysia Chronicle, Malaysia Outlook, The Malaysian
Insight, dan seterusnya. Baca perkara-perkara menjijikkan yang
mereka kata tentang Hadi, Islam dan Melayu dalam Malaysiakini
semalam. Dan inilah apa yang sekolah Cina dan pendidikan Cina telah
lakukan kepada orang-orang Cina. Dan jika anda tidak berfikir begitu
lihatlah video-video dibawah ini. Berdasarkan kepada cara gaya mereka
berlagak dan bercakap adakah ini pelajar-pelajar sekolah kerajaan?
Keangkuhan lepasan sekolah Cina DAP ini
lebih teruk daripada semasa Mei 1969
Jadi, jika orang Cina mahu menyakinkan
rakyat Malaysia bahawa pelampau dan perkauman dikalangan mereka
adalah hanya segelintir minoriti maka mereka perlu mula mengotakan
kata-kata. Sekadar bercakap adalah tidak memadai. Mereka perlu
membuktikannya. Dan diwaktu sekarang ini mereka membuktikan
sebaliknya. Jadi pilihan adalah ditangan orang Cina. Apa yang kami
sedang lihat adalah Taliban Cina yang sedang dihasilkan oleh
sekolah-sekolah Cina. Dan selagi komen-komen seperti yang terdapat
dalam Malaysiakini, Free Malaysia Today, Malaysia Chronicle,
Malaysia Outlook, The Malaysian Insight, dan
lain-lain, berterusan, maka gambaran yang dihasilkan adalah tidak
sepertimana yang orang Cina dakwa: iaitu ini adalah perbuatan
golongan minoriti. Buktinya, kata Presiden Bush, adalah rasa dalam
apa yang dimakan.
Sebenarnya, Lim Kit
Siang adalah orang yang secara bersendirian memusnahkan sekolah Cina
dengan menyusup kedalam mereka dan mempergunakan mereka untuk agenda
politik peribadinya. Kit Siang tahu beratus juta setiap tahun
mencurah masuk kesekolah Cina dan dia nampak dia boleh gunakan, atau
lebih tepat menyalah-gunakan, wang tersebut yang dimaksudkan bagi
tujuan pendidikan untuk membiayai aktiviti-aktiviti politiknya
dikalangan sekolah-sekolah Cina. Itu juga bermakna DAP tidak lagi
perlu menyalur masuk wang kesekolah-sekolah ini, kerana mereka boleh
membiayai kewangan mereka sendiri.
Apa
yang para penderma tidak sedar selama bertahun-tahun ini adalah Lim
Kit Siang sedang meluaskan cengkamannya keatas sekolah-sekolah Cina
sehinggakan boleh menentukan siapa yang mendapat lantikan, siapa yang
dinaikkan pangkat atau ditukarkan, dan siapa yang harus
diberhentikan. Lama kelamaan semua kakitangan pengajar disekolah Cina
memandang Kit Siang sebagai penguasa dan Kapitan Cina
pendidikan Cina.
Kanak-kanak
Cina diasingkan dua kali seminggu dan menghadiri kelas
moral dimana penyemaian budaya
(indoctrination)
dilakukan
Kepada orang Cina,
pendidikan adalah nombor satu dan ekonomi nombor dua. Jadi, jika Kit
Siang dapat mengawal halatuju pergerakan pendidikan, dan kemudiannya
kesatuan-kesatuan dan persatuan-persatuan perniagaan, (DAP sudah
mengawal kongsi gelap atau pergerakan bawah tanah Cina) ini akan
menjadikannya Perdana Menteri Cina bayangan Malaysia. Dan dengan Tun
Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah
Wan Ismail, Mukhriz Mahathir, dan ramai lagi, mengikut telunjuknya
(yang betul-betul membanggakan orang Cina dengan cara Kit Siang
memperalatkan orang Melayu untuk menghentam orang Melayu), Kit Siang
secara praktiknya sudah boleh menyuruh orang Cina untuk melompat
terjun dan mereka akan hanya bertanya untuk berapa tinggi.
Dimasa lalu,
sejak 1946, demontrasi jalanan kebanyakannya adalah budaya orang
Melayu. Malah dalam tahun 1999 hanya orang Melayu yang keluar
sedangkan orang Cina duduk dirumah. Dalam tahun 2007, Kit Siang mahu
menguji kekuatan pengaruhnya dan beliau memberitahu orang Cina untuk
keluar dan menyertai Bersih. Mereka lakukan, secara berkumpulan, dan
Kit Siang tahu itulah masanya untuk melakukan Tsunami Cina. Empat
bulan kemudiannya, Malaysia menyaksikan Tsunami Cina dalan
pilihanraya umum bulan Mac 2008.
Penyemaian budaya
Taliban Cina (Talib bermaksud pelajar dan Taliban adalah untuk ramai) melepasi dari satu generasi telah pun berhasil. Secara dasarnya
penyemaian budaya ini adalah untuk menyuci-otak kanak-kanak Cina
supaya membenci UMNO, Barisan Nasional, Malaysia, kerajaan, orang
Melayu dan Islam. Ibubapa malah memberitahu anak-anak mereka yang
belajar diluar negara supaya terus tinggal dinegara dimana mereka
belajar dan jangan sibuk untuk pulang ke Malaysia. Di Malaysia, mereka
diberitahu, orang Cina akan menghadapi penganiayaan dan diskriminasi.
Kerana itu lebih dari satu juta rakyat Malaysia tinggal dan bekerja
diluar negara, majoriti dari mereka bukan-Melayu.
Cara
penyemaian budaya ini dilakukan boleh dikatakan cukup bijak. Dua kali
setiap minggu murid-murid Cina dan Melayu akan diasingkan. Sementara
yang Melayu nya dihantar ke kelas agama,
yang Cina nya menghadiri kelas moral.
Apabila sahaja murid-murid ini diasingkan kanak-kanak Cina ini
menerima penyemaian budaya mereka. Kit Siang memastikan guru-guru
dikelas moral adalah penyokong tegar DAP. Dan guru-guru kelas moral
ini membersih otak kanak-kanak dengan 'nilai-nilai kecinaan', dimana
sebenarnya adalah nilai-nilai DAP dan budaya kebencian mereka.
Lebih
daripada 85% pemimpin DAP adalah dari sekolah Cina. Cuba perhatikan
bagaimana mereka bercakap bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dan
anda akan tahu latar belakang pendidikan mereka. Sekitar 95% mereka
yang menyokong Bersih adalah dari sekolah Cina. Dan 100%
angkatan-siber Tentera Kacang Merah (Red Bean Army
cyber-troopers) DAP adalah dari sekolah Cina.
Apa lagi bukti yang anda
perlukan berhubung kemusnahan yang sekolah Cina telah lakukan kepada
negara? Jadi, jika sepertimana mereka kata, Cina-Cina perkauman dan
pelampau daripada sekolah-sekolah Cina adalah dikalangan minoriti dan
majoriti orang Cina dari sekolah Cina tidak sebegitu, mereka perlu
membuktikannya kerana bukti-bukti nyata menunjuk kearah yang
berlawanan.
Apa yang lebih penting
adalah Kit Siang telah meletakkan sekolah-sekolah Cina dalam keadaan
merbahaya. Pertamanya adalah isu penyalah-gunaan dana yang
sekolah-sekolah Cina terima dari para penderma yang sekian lama telah
berjumlah berbilion. Kemudiannya ialah pengapian supaya membenci UMNO,
Barisan Nasional, kerajaan, orang Melayu dan Islam yang mereka
sebarkan.
Dan Kit Siang memberitahu
orang Cina adalah wajar untuk membenci kerana orang-orang Melayu
telah pun musnah. Dalam pilihanraya umum akan datang DAP akan
memperolehi sokongan padu orang-orang Cina sedangkan orang Melayu
akan terlalu berpecah-belah sehinggakan tiada siapa pun yang mampu
untuk menubuhkan kerajaan tanpa DAP. Dan itulah masanya nanti mata
kapak akan jatuh menghentam tengkok orang-orang Melayu.
Sila baca juga artikel-artikel berikut: