Mahathir telah musnah. Dan menambah aib diatas kehancurannya beliau telah kehilangan seluruh maruah dan nilai-nilai murni diri. Lebih teruk lagi keluarganya turut terheret kelembah kehinaan bersama dengannya. Nama Mahathir bukan lagi nama seorang negarawan tetapi nama seorang pariah. Kekalahan dan kehilangan kuasa tidaklah seburuk kemusnahan nama Mahathir. Sudah tidak ada lagi dinasti Mahathir. Mahathir akan dikenang sebagai seorang yang telah menjual diri dalam usaha mengejar kuasa dan membalas dendam dan mengubah-suai pelacuran kedalam satu bentuk seni.
Tun Dr Mahathir Mohamad begitu yakin beliau telah mempunyai satu kemenangan didalam tangan. Beliau telah diberi jaminan isu 1MDB adalah terlalu hebat dan dengan begitu mudah sekali dapat menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Dengan apa yang Mahathir sangkakan RM42 bilion wang 1MDB telah hilang entah kemana, tidak ada cara lagi Najib boleh bertahan dari serangan yang begitu hebat. Apa yang mereka perlu lakukan adalah hebahkan keseluruh dunia bahawa Najib mencuri RM42 bilion wang rakyat dan Najib akan jatuh lebih cepat daripada tiga tahun yang Mahathir ambil untuk menyingkirkan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Tetapi pertama sekali mereka perlu sabotaj 1MDB untuk pastikan ianya betul-betul menghadapi kesulitan dan mengalami masalah aliran tunai yang serius. Mereka tidak boleh mengharapkan seluruh kapal itu tenggelam dengan sendirinya. Mereka perlu tenggelamkan kapal tersebut. Jadi mereka gagalkan IPO (tawaran awam terbitan saham permulaan) dan dapatkan Bank Negara menghalang semua pinjaman bank kepada 1MDB. Tanpa pembiayaan yang mencukupi Apple, Facebook atau Google pun akan gagal. Pembiayaan adalah intipati kejayaan perniagaan. Amerika telah dibina dan Barat telah dimenangi dengan wang yang dipinjam dan terbitan saham awam. Begitu juga dengan konglomerat-konglomerat Empayar British yang terdahulu. Bank dan terbitan saham awam akan membuat dunia berputar dan tanpa pembiayaan 1MDB akan pasti menuju kemusnahan.
Jadi begitulah bagaimana perjalanan kisah 1MDB bermula. Diawalnya Mahathir menyusun semua sasarannya dalam satu baris dan melepaskan tembakan. Itu berlaku dalam tahun 2013. Dan bila beliau menyangka 1MDB sedang terkapai-kapai menarik nafas terakhirnya beliau masuk dan melepaskan tembakan peluru terakhirnya kearah otak bagi mengakhiri kesengsaraannya, dan itulah laporan polis Khairuddin Abu Hassan pada Disember 2014.
Satu-satunya kecacatan dalam pelan itu adalah Khairuddin bukanlah orang
yang beretika dan berkredibiliti tinggi. Beliau baharu sahaja
memperolehi isteri muda yang menarik dan berada dalam keadaan kewangan yang
sangat teruk. Dia akan menjual ibunya untuk mendapatkan wang bagi
menyelamatkan rumahnya dari dilelong dan untuk membiayai hidupnya
yang bergaya kaya dan terkenal. Tanpa ragu Khairuddin bermotivasi dengan wang dan
bukannya dengan perjuangan.
Pada Januari 2015, Mahathir mula mengumpulkan tenteranya untuk melancarkan
serangan terakhir bagi menggantikan Najib dengan Muhyiddin Yassin
dan Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu. Dan beliau
memberikan dirinya masa enam bulan untuk terjadi, yang bermakna
sehingga Julai 2015. Sekurang-kurangnya itulah rancangannya. Dan
Mahathir begitu yakin ianya adalah satu rancangan yang amat sempurna dan Najib samalah seperti orang yang sedang menunggu hukuman mati sehinggakan beliau menganjurkan majlis meraikan perpisahan dan 'selamat bersara' buat Najib
tiga hari sebelum Najib sepatutnya melepaskan jawatan dan menyerahkan
kuasa kepada Muhyiddin dan Mukhriz.
Sambutan awal Mahathir bagi meraikan penyingkiran Najib yang sepatutnya berlaku pada 29 Julai 2015 tetapi tidak menjadi
Namun begitu, Mahathir terlupa satu aturan hidup yang amat penting. Dan aturan itu adalah manusia yang merancang dan Tuhan yang
menentukan. Dan itulah sebabnya umat Islam menyebut 'insya-Allah'
atau 'jika diizinkan Allah' dihujung setiap pernyataan – atau sepertimana orang Inggeris berkata,
‘touch wood’. Dan dalam kes Mahathir ini Tuhan tidak mengizinkannya. Tiga hari
selepas harijadi yang penuh dengan kutukan Mahathir, Najib bertindak balas dan memancung semua para pengkomplot utama dan menghantar mereka kekubur. Muhyiddin, Shafie
Apdal, Peguam Negara, mereka yang berada di SPRM, mereka yang berada di Bank
Negara, mereka yang berada di Cawangan Khas – semua yang berada dalam konspirasi untuk mensabotaj
1MDB dan menggunakan isu 1MDB untuk menggantung Najib dengan sendirinya tergantung
dipohon yang paling tinggi.
Ia merupakan satu pukulan yang Mahathir tidak pernah jangkakan dan beliau tidak dapat terima. Pada ketika itu beliau sepatutnya buat sepertimana
yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara dan Tengku Razaleigh Hamzah – iaitu undur diri dan mengaku kalah. Tetapi Mahathir tidak dapat menerima
kekalahan. Beliau berfikir beliau masih mempunyai peluang untuk menggulingkan
Najib. Kerana itu, apabila rampasan kuasa 29 Julai 2015 gagal, beliau cuba
buat kali kedua dengan undi tidak percaya di Parlimen
pada Oktober 2015 diikuti undi tidak percaya pada Disember 2015 di Perhimpunan Agung UMNO.
Kedua-dua langkah itu juga gagal dan sedikit riak pun tidak berlaku apatah lagi untuk beliau menunjukkan kuasa.
Najib sepatutnya tersingkir empat hari selepas majlis harijadi yang penuh dengan kutukan tetapi
sebaliknya semua para konspirasi kumpulan Mahathir yang disingkirkan
Mahathir seharusnya menyedari bahawa operasi satu tahun Disember 2014
hingga Disember 2015 telah gagal. Dia sepatutnya pulang ke rumah untuk
mengubat luka-lukanya dan tidak membuang masa lagi untuk cuba menggulingkan
Najib. Dia telah mencuba pada bulan Julai dan sekali lagi pada bulan
Oktober dan Disember. Ia adalah kes tiga rangkaian serangan dan anda telah gagal. Tetapi
Mahathir tidak dapat menerima bahawa Najib telah mengalahkannya dan begitu selamat dan kukuh di kerusi Perdana Menteri nya.
Mahathir selalu memberitahu orang-orangnya bahawa anda tidak akan dapat
menjatuhkan Perdana Menteri dari luar parti. Jika anda mahu menjatuhkan
Perdana Menteri, ia haruslah dilakukan dari dalam. Itulah sebabnya apabila Team B
Tengku Razaleigh membuat gerakan mereka pada tahun 1987, Mahathir
menguburkan UMNO dan menubuhkan sebuah parti baharu. Ini supaya dia dapat
menyingkirkan semua musuh-musuhnya didalam UMNO.
Mahahir tahu bahawa sebaik sahaja Tengku Razaleigh dan Team B nya selamat
keluar dari UMNO maka mereka tidak lagi menimbulkan bahaya. Lagi baik kalau mereka keluar dan menubuhkan sebuah parti baharu dan menjadi musuh UMNO. Lebih baik lagi jika Tengku Razaleigh dan parti baharunya bekerjasama dengan
musuh-musuh UMNO atau Barisan Nasional – seperti PAS, DAP dan PBS.
Dan itulah sebenarnya yang Tengku Razaleigh lakukan yang sepatutnya
beliau tidak lakukan. Lapan tahun kemudian, Tengku Razaleigh menyedari bahawa
dia telah membuat satu kesilapan taktikal yang amat besar dan telah jatuh kedalam
genggaman Mahathir. Jadi beliau menutup partinya dan dengan rendah diri kembali kepada UMNO
bersama dengan sekumpulan besar penyokongnya.
Mahathir lakukan sama seperti apa yang Tengku Razaleigh
lakukan dan yang tidak sepatutnya dilakukan – jadi Mahathir akan menghadapi nasib
yang sama
Jadi Mahathir tahu bahawa meninggalkan UMNO dan menubuhkan parti
baharu dan mengisytiharkan diri anda dan parti baharu anda sebagai musuh
UMNO dan Barisan Nasional adalah perbuatan membunuh diri. Jika anda mahu menjatuhkan
Perdana Menteri, anda mesti melakukannya dari dalam UMNO dan bukan dari
luar UMNO. Inilah ‘kata-kata bijaksana’ yang keluar dari mulut Mahathir sendiri.
Dan inilah sebenarnya yang Najib mahu Mahathir lakukan agar beliau membunuh
kerjaya politiknya sendiri.
Apabila Dewan Undangan Negeri Kedah memecat Mukhriz sebagai Menteri Besar pada 3
Februari 2016, Mahathir sudah tidak dapat menerimanya lagi. Pada 29 Februari
2016 Mahathir keluar dari UMNO. Kemudian beliau menyeberang kesebelah pembangkang.
Dan kemudian beliau membentuk parti baharu. Kemudian parti baharunya
ini mengisytiharkan perang terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Mahathir
kemudiannya mengambil peranan sebagai pemimpin utama pakatan pembangkang.
Mahathir melakukan segala-galanya dalam senarai ‘jangan-buat’. Dan dia
melakukan segala-galanya dalam senarai ‘jangan-buat’ kerana muslihat Najib
memaksa beliau untuk melakukannya. Najib mahu Mahathir melakukan kesemuanya
dan Mahathir melakukan keseluruhannya. Samalah seperti Najib menyerahkan pisau
kepada Mahathir dengan arahan supaya memotong lehernya sendiri dan
Mahathir melakukan seperti yang diarahkan. Dan inilah Najib yang Mamak
Mahathir panggilnya Bugis Pengecut. Mungkin Mahathir patut melihat video di
bawah ini untuk memahami bagaimana Najib telah memperdayakannya.
3 pengajaran yang Najib ajarkan kepada Mahathir
- Adakalanya tindak-balas terbaik kepada provokasi adalah tidak terjerumus kedalam pergaduhan (Sometimes the best response to provocation is to not get into a fight).
- Tidak semua peluang keemasan mesti diambil. Sesetengahnya hanyalah perangkap (Not all opportunities are to be taken. Some are just traps).
- Adakalanya seseorang begitu bertekad untuk memusnahkan orang lain yang akhirnya mereka memusnahkan diri sendiri (Sometimes a person becomes so determined to destroy another person that they end up destroying themselves).
Mahathir memperlekehkan Najib dan menyalah-tafsirkan berdiam dirinya sebagai
kelemahan dan kekalahan. Dan itulah kesilapan paling besar Mahathir
dalam kerjaya politiknya diantara kesilapan-kesilapan terbesar lainnya yang boleh terkandung
dalam sepuluh mukasurat. Dan ini terjadi kerana Mahathir telah dibutakan
oleh kemarahan dan perasaan terdesak. Dan apabila anda dibutakan oleh kemarahan
dan rasa terdesak maka anda akan lakukan perkara-perkara yang tidak seorang pun mereka yang waras akan lakukan.
Mahathir begitu taksub sekali dengan 1MDB sehinggakan dia tidak dapat melihat
apa-apa lagi selain 1MDB. Dan penyakit ini menular sehinggakan mereka yang didalam PKR
dan DAP dijangkiti dengan ketaksuban 1MDB. Mahathir dan pembangkang
mempertaruhkan seluruh nasib mereka dengan hanya satu balingan dadu,
1MDB. Ianya seperti berlayar diatas Titanic dengan hanya satu bot penyelamat dengan anggapan kapal itu tidak akan tenggelam. Dan apabila ianya terjadi anda lemas
didalam air. Dan kini mereka bergelut didalam air menunggu maut tiba.
Bila itu terjadi, anda jadi sangat terdesak dan orang yang sedang kelemasan
akan berpaut kepada apa sahaja dan akan melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya
dilakukan. Dan keadaan terdesak Mahathir mendorongnya untuk melakukan apa yang
tidak sepatutnya beliau lakukan.
Pertama, beliau bertindak keluar dari UMNO. Kemudian beliau menyeberang kepihak
pembangkang. Selepas itu beliau menubuhkan parti baharu. Kemudian beliau
berkata agenda parti baharunya adalah untuk menghapuskan UMNO dan Barisan
Nasional. Kemudian beliau membawa parti baharunya kedalam pakatan
pembangkang. Kemudian beliau mengisytiharkan dirinya sebagai ‘pemimpin utama' (Top Dog) gabungan pembangkang.
Mahathir melakukan segala yang beliau tidak sepatutnya lakukan. Dan beliau
berbuat demikian kerana beliau sungguh terdesak dan keadaan terdesak itu mendorongnya
untuk melakukan apa yang menjadi pantang larang. Lebih jauh daripada itu, Mahathir melakukan segala apa yang beliau sendiri katakan tidak boleh dilakukan – seperti cuba
menggulingkan Perdana Menteri dari luar UMNO dan menubuhkan parti baharu
yang akan dilihat sebagai ancaman kepada UMNO dan Barisan Nasional.
Lebih penting lagi, Mahathir melakukan segala apa yang Najib mahu beliau lakukan.
Percubaan ketiga Mahathir untuk menyingkirkan Najib, yang juga
gagal, dan riak diwajahnya apabila beliau menyedari ianya adalah tiga
serangan yang berturut-turut
Mahathir telah menghadapi banyak keaiban sepanjang tiga tahun yang lalu sehinggakan beliau tidak lagi merasa malu dengan segala tindakannya. Pada tahun 2015, beliau
menghadapi kegagalan tiga percubaan rampasan kuasa yang memalukan. Pada Februari 2016 beliau
menerima penghinaan apabila anaknya dipecat sebagai Menteri Besar Kedah
diikuti dengan tindakan merajuknya yang mendorongnya keluar dari UMNO.
Mahathir menyingkirkan Tengku Razaleigh dengan mengharamkan UMNO dan
membentuk parti baharu manakala apa yang perlu Najib lakukan hanyalah
dengan memecat Mukhriz dan Mahathir membunuh diri tanpa memerlukan
bantuan Najib. Mahathir terlupa apa yang beliau telah lakukan kepada orang lain sedangkan perkara yang sama boleh berlaku kepada dirinya. Itulah yang dipanggil karma atau
apa yang kita telah lakukan pada orang lain akan berlaku keatas diri kita kembali.
Mahathir berfikir beliau ada UMNO dibelakangnya dan mereka
akan berhimpun dibelakangnya mengundi tidak percaya terhadap Najib. Itulah percubaan
terakhir Mahathir – untuk membuat UMNO menyingkirkan Najib. Tetapi
itu bukan langkah terakhir Najib. Jika mereka bertindak melakukan undi tidak
percaya dan jika ianya berjaya, Najib bila-bila masa sahaja boleh membubarkan Parlimen dan
mengadakan pilihanraya umum tergempar.
Mahathir dengan satu kerusi menganggap beliau boleh mengarahkan Pakatan Harapan apa yang perlu dibuat
Mahathir tidak boleh mengemukakan undi tidak percaya hanya dengan Anggota
Parlimen Pakatan Harapan kerana mereka tidak mempunyai bilangan yang
cukup. Beliau juga memerlukan Ahli-Ahli Berhormat dari pihak kerajaan. Tetapi apa
yang Mahathir terlupa ialah kebanyakan Ahli Parlimen UMNO adalah juga ketua
bahagian. Mereka memerlukan kedudukan wakil rakyat untuk memenangi dan
memegang jawatan ketua bahagian. Dan itu bererti Ahli Parlimen secara
teknikalnya adalah panglima perang (warlords) UMNO. Bagaimana pun, walau pun ahli-ahli yang memilih ketua
bahagian mereka, namun Perdana Menteri yang memutuskan siapa yang boleh
bertanding dalam pilihanraya umum. Dan jika mereka tidak dapat
bertanding dalam pilihanraya umum, adalah sukar untuk
mereka mempertahankan jawatan ketua bahagian mereka.
Kerana itu, semua mereka yang menyertai Mahathir dalam undi tidak percaya
terhadap Najib – sama ada Ahli Parlimen UMNO atau bukan UMNO – tidak
akan terpilih sebagai calon dalam pilihanraya umum tergempar. Jadi mereka boleh
menyertai Mahathir dalam undi tidak percaya tetapi karier politik mereka
akan berakhir pada hari yang sama. Sekiranya Najib boleh pancung
Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin, Naib Presiden UMNO Shafie, Peguam
Negara, orang-orang kanan di Bank Negara, SPRM dan Cawangan Khas, dan
sebagainya, apa ada dengan 30 Ahli Parlimen yang menyertai undi tidak
percaya terhadapnya?
UMNO adalah parti ‘warlords’. Dan ‘Taipan’ kepada ‘Taiko’ adalah Najib.
Tuan yang memberi dan tuan yang mengambilnya kembali. Dan tuan penguasa wilayah adalah
Najib Tun Razak, orang yang memutuskan sama ada anda hidup atau mati. Dan
para panglima perang UMNO cukup bijak untuk menyedari agar tidak
menderhaka kepada Najib atau terus hidup untuk bercerita kisah tersebut. Dan
Najib memastikan mesej ini disampaikan dengan kuat dan jelas sehingga
apabila Mahathir menyuarakan pertuduhan itu, tidak seorang pun anggota
Parlimen Barisan Nasional menyahutnya. Najib telah mendahului Mahathir
dan membunuh langkah itu sebelum ianya terjadi.
Mahathir hanya alat Cina DAP dan ‘Top Dog’ Pakatan Ali Baba
Mahathir sedar perkara ini dan dia tahu kenapa percubaan undi tidak
percaya pada Oktober 2015 dan Disember 2015 gagal sama sekali. Mahathir
menyalahkan panglima-panglima perang UMNO kerananya dan mengatakan mereka
‘makan dedak’. Mahathir sangat kecewa dia hanya boleh menghina mereka
yang tidak menyokongnya dalam tindakannya terhadap Najib kerana itu
sahaja yang masih tinggal: penghinaan.
Ia telah sampai kesatu tahap dimana terdesaknya Mahathir sehingga hilang semua rasa
malu. Pada Disember 2016 DAP mengadakan konvensyen parti dan
mengumumkan bahawa Mahathir tidak dijemput. Bila Najib memberitahu
perhimpunan agong UMNO sehari sebelum itu bahawa pilihanraya umum akan datang
adalah diantara Pakatan Harapan yang dipimpin Cina-DAP dan Barisan Nasional yang
diketuai Melayu-Umno, Lim Kit Siang menjadi panik.
Kit Siang kemudiannya menelefon Mahathir menjemputnya kekonvensyen DAP hari berikutnya dan Mahathir menerima jemputan tersebut. Selepas sebelumnya beliau mengumumkan tidak dijemput, Mahathir menerima jemputan disaat-saat terakhir DAP bagi membolehkan DAP mempamerkannya sebagai muka Melayu dan Pakatan Harapan sebagai Pakatan Ali Baba. Mahathir menjual dirinya sebegitu murah. DAP mahu membuktikan Najib salah dan memperagakan Mahathir sebagai maskot Melayu DAP. Kemungkinannya itulah tahap yang paling hina yang Mahathir lakukan disepanjang karier politiknya.
Malu sudah tidak lagi wujud.
Mahathir sudah tidak lagi punyai masa untuk berasa malu. Waktu-waktu terdesak memerlukan
langkah-langkah terdesak. Walaupun beliau tahu DAP hanya
mempergunakannya untuk menyanggah kenyataan Najib, dia membenarkan dirinya dipergunakan.
Orang Melayu memanggil ini sebagai ‘pelacur takde maruah’. Ia adalah
tindakan mereka-mereka yang telah membuang semua nilai moral dan harga diri.
Anak-anak Mahathir pasti merasa malu dan tersangat malu dengannya, mungkin juga
cucu-cucunya yang bukan lagi anak-anak kecil. Hakikatnya bahawa
anak-anaknya, juga, sudah tidak lagi mempunyai rasa bangga dan bermaruah dan
turut terheret sama dengan hal ini adalah sesuatu yang sukar untuk dibayangkan. Pastinya
seseorang seperti Mahathir yang telah berjuang sebegitu lama tidak mahu
mengakhiri hari-harinya sebegini rupa.
Mahathir meninggalkan istana selepas dileter seperti seorang kanak-kanak sekolah oleh Sultan Kedah
Satu juta tandatangan pada ‘Deklarasi Raykat’ kononnya adalah satu
lagi perkara yang amat memalukan. Tandatangan adalah palsu dan
angka sebenar adalah satu pecahan kecil dari satu juta tersebut. Bukan sahaja mereka
membeli tandatangan tersebut tetapi mereka juga tidak membayar jumlah yang
dijanjikan. Kemudiannya Mahathir menuntut perkenan untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah
di mana dia menerima syarahan dan diberitahu Raja-Raja tidak terlibat
dalam politik, terutamanya dalam konspirasi untuk menjatuhkan Perdana
Menteri.
Sultan memberi ceramah panjang lebar kepada Mahathir seperti seorang budak sekolah dan menghantarnya balik kerumah seumpama seorang remaja yang bermasalah. Satu-satunya perkara yang Mahathir tidak diberikan adalah tamparan dimuka walaupun Sultan memberinya tamparan secara simbolik tepat kemukanya.
Selepas apa yang Mahathir telah lakukan dan katakan tentang Anwar, beliau terpaksa menjatuhkan martabat dirinya dan pergi menemui Anwar dimahkamah, bukan sekali tetapi dua kali. Anwar menikmati setiap saat melihat perlakuan Mahathir seumpama orang yang sudah tidak ada rasa harga diri. Anwar memberitahu orang paling rapat dengannya dia tidak pernah terfikir disuatu hari nanti akan melihat Mahathir datang kepadanya untuk menjilat balik ludahnya - “jilat pelir aku”, mengungkap balik kata-kata Anwar.
Wan Azizah berkata jika Pakatan berkuasa Mahathir akan disiasat
kerana salahguna kuasa dan salahlakunya, satu lagi tamparan buat Mahathir
Mahathir meletakkan dirinya sebagai calon menunggu Perdana Menteri dan Pengerusi Pakatan Harapan. Sehinggakan, seseorang seperti Mat Sabu menutup mulutnya dan tidak berkata apa-apa sementara Superman Hew DAP berkata Mahathir adalah anjing suruhan yang hanya digunakan sebagai alat untuk menghentam (screw) orang Melayu. Kemudian Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan sekiranya Pakatan Harapan berkuasa, Mahathir akan disiasat kerana salahguna kuasa dan salahlakunya.
Bagaimana agaknya Mahathir boleh terfikir bahawa dengan hanya satu kerusi, yang mana bukan pula kerusi miliknya sendiri, dia boleh menjadi orang paling berkuasa (top dog) Pakatan Harapan dan memberitahu pembangkang apa yang harus dilakukan dan siapa yang mereka patut lantik sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri? Mahathir pasti sudah hilang akal.
Dan sepanjang masa itu Najib tidak melakukan apa-apa dan tidak berkata
apa-apa. Najib hanya membiarkan Mahathir dan ahli kumpulan geng Pakatan
melakukan segala perbuatan dan mengucapkan segala percakapan. Najib hanya berdiam diri dan, seperti yang orang Melayu katakan, ulur tali. Dalam bahasa Inggerisnya ini bermakna Najib memberikan semua mereka tali untuk menggantung diri mereka sendiri. Dan mereka lakukan dengan menggantung
diri sendiri.
Tidak ada lagi harapan untuk menyingkirkan Najib dari dalam UMNO atau
Barisan Nasional. Jika mereka mahu menghapuskan Najib, mereka perlu
“menendang keluar” UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan
datang. Dan ini bermakna Pakatan Harapan mesti menang tidak kurang
daripada 112 kerusi dalam Parlimen. Pada masa ini mereka tersangat sukar untuk
memenangi 72 kerusi apatah lagi 112 kerusi. Dan itulah realitinya keadaan
sekarang.
Mahathir
telah musnah. Dan menambah aib diatas kehancurannya beliau telah
kehilangan seluruh maruah dan nilai-nilai murni diri. Lebih teruk lagi
keluarganya turut terheret kelembah kehinaan bersama dengannya. Nama
Mahathir bukan lagi nama seorang negarawan tetapi nama seorang pariah.
Kekalahan dan kehilangan kuasa tidaklah seburuk kemusnahan nama
Mahathir. Sudah tidak ada lagi dinasti Mahathir. Mahathir akan dikenang
sebagai seorang yang telah menjual diri dalam usaha mengejar kuasa dan
membalas dendam dan mengubah-suai pelacuran kedalam satu bentuk seni.
Terjemahan dari artikel
Malaysia Today
Raja Petra Kamaruddin
10 Ogos 2017