Monday, August 21, 2017

PILIHAN MAHATHIR SAMA ADA LETAK JAWATAN ATAU MASUK PENJARA

(Artikel ini menerangkan SEBAB UTAMA, yang tidak diketahui ramai, mengapa Mahathir TERPAKSA mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri semasa Perhimpunan Agong UMNO tahun 2002)

Perletakan jawatan Mahathir tidak ada kena mengena dengan hakikat bahawa beliau bukan seorang diktator. Beliau tidak mempunyai pilihan. Beliau sama ada meletakkan jawatan atau ditendang keluar (bermakna pembangkang memenangi pilihanraya umum). Dan sekiranya beliau ditendang keluar beliau akan berakhir dipenjara atas segala jenayah yang beliau telah lakukan. Jadi satu-satunya cara beliau boleh mengelak daripada dipenjara adalah dengan meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada Abdullah. Itulah perjanjian yang Mahathir buat dengan Abdullah dan UMNO.

Najib, bukan saya, yang diktator, kata Mahathir (READ HERE)

Mari kita analisa apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad katakan dalam blognya hari ini.

1. "Dia tidak pernah membenarkan cabaran terhadapnya dalam parti. Timbalannya telah dipecat dan dia merencanakan penyingkiran anak saya, Menteri Besar Kedah, menggantikannya dengan salah seorang orang kepercayaannya."

"Keputusan tiada-pertandingan hanya melemahkan UMNO" kata Malaysiakini pada 11 April 2001 (READ HERE). Pada 2001 Mahathir adalah Perdana Menteri dan Tun Ghafar Baba Timbalan Perdana Menteri dan UMNO membuat keputusan tidak ada pertandingan untuk jawatan nombor satu dan nombor dua.

Sebenarnya, tahun 2001 bukanlah kali pertama Mahathir tidak membenarkan pertandingan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, sepertimana petikan daripada buku 'Politik Malaysia dibawah Mahathir' dedahkan.


Adakah Mahathir sudah melupakannya atau beliau berfikir beliau boleh berbohong begitu sahaja?

Berhubung pemecatan Timbalannya oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak, itulah apa yang Mahathir lakukan kepada Anwar Ibrahim dalam bulan September 1998. Baca laporan berita BBC 2 September 1998 ini: Timbalan Perdana Menteri Malaysia dipecat (READ HERE).

Berhubung penyingkiran Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah, Mahathir melakukan yang serupa kepada Syed Nahar Syed Sheh Sahabuddin dalam tahun 1985 yang bersekutu dengan rejim lama Tun Hussein Onn. Mahathir mahu Menteri Besar Hussein disingkirkan dan digantikan dengan orangnya sendiri, Osman Arof.

Mahathir kemudian menyingkirkan Osman Arof sebagai Menteri Besar Kedah dalam tahun 1996 kerana beliau telah menjadi begitu rapat dengan Tun Daim Zainuddin (Osman adalah proksi Daim dalam beberapa urusan). Osman digantikan dengan Sanusi Junid (orang kanan Mahathir). Apabila UMNO Kedah berprestasi buruk dalam pilihanraya umum 1999, Sanusi meletak jawatan dan Mahathir melantik seorang lagi penyokong kuatnya, Syed Razak Syed Zain Barakbah, sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Mahathir tidak akan menerima mana-mana Menteri Besar Kedah yang tidak menunjukkan 100% kesetiaan kepadanya. Dan Mukhriz telah membenamkan pisau dibelakang Najib. Mahathir tidak akan membenarkan mana-mana Menteri Besar Kedah melakukan sebegitu kepadanya dan akan menyingkirkannya walau pun dengan jenayah yang lebih kecil daripada itu.

2. "Sekarang terdapat penapisan menyeluruh media cetak dan elektronik. Dia mendapatkan polis untuk menangkap dan menahan orang yang melaporkan mengenai kegiatan jenayahnya."

Rasanya tidak perlu untuk menjawabnya. Seluruh negara mengetahui berkenaan Operasi Lalang dan pengharaman sebegitu banyak suratkhabar. Penahanan ISA yang begitu ramai dari tahun 1998 ke 2001 juga adalah kerana Mahathir tidak boleh bertolak ansur untuk menerima kritikan.

Dizaman Mahathir perhimpunan-perhimpunan Bersih dan acara-acara 'Nothing to Hide' tidak akan dibenarkan sama sekali. Apa yang pembangkang boleh lakukan semenjak Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri ditahun 2009 adalah hanya seumpama mimpi semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri. Baca apa yang Human Rights Watch perkatakan tentang perkara ini.

Laporan Human Rights Watch tentang Malaysia 2001

Perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berakhir dengan sabitan bersalah kerana meliwat pada bulan Ogos, memberikan gambaran kerajaan yang berlatar-belakangkan kepada penindasan yang berterusan terhadap musuh-musuh politik. Walaupun terus mensasarkan kepada aktivis liberal, kerajaan meningkatkan serangannya terhadap parti Islam fundamentalis PAS (Parti Islam Se-Malaysia), berikutan pilihanraya umum pada November 1999. Aktivis hak asasi manusia, peguam, ahli politik, dan penerbit yang bergabung dengan pembangkang telah didakwa dibawah undang-undang yang dipergunakan secara bebas yang membatasi kebebasan bersuara. Polis menyuraikan perhimpunan aman, menahan penunjuk perasaan, dan memukul beberapa orang dalam tahanan. Pensabitan Anwar menguatkan lagi kesangsian tentang kebebasan sistem perundangan Malaysia. Pelarian dan pendatang menghadapi keadaan yang teruk dikem tahanan imigresen, dan Malaysia berterusan menghantar balik pelarian kenegara dimana mereka menghadapi penganiayaan. (READ MORE HERE)

Laporan Human Rights Watch tentang Malaysia 2002

Kerajaan Mahathir Mohamad, memulakan dekad ketiganya sebagai Perdana Menteri, berterusan bertindak ganas terhadap lawan politiknya yang berpotensi, menahan pemimpin utama pembangkang, mengharamkan perhimpunan politik, dan menyuraikan perhimpunan awam dengan kekerasan. Tahun bermula dengan populariti Perdana Menteri jatuh merudum. Dalam bulan November 2000, gabungan pemerintah mengalami kekalahan pilihanraya kecil dikawasan kediaman Mahathir di Kedah dan kerajaan menghadapi protes yang semakin lantang daripada pembangkang. Sebagai tindak balas, kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kejam terhadap lawan politiknya. Diantara mereka yang disasarkan dibawah ISA, yang membenarkan tahanan ditahan selama mungkin tanpa pertuduhan atau penyebaran awam bukti terhadap mereka, adalah umat Islam minoriti Syiah, penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dan pemimpin belia dalam parti pembangkang PAS (Parti Islam Se-Malaysia), walau pun individu-individu tertentu yang dikaitkan dengan tindakan keganasan juga adalah diantara mereka yang ditahan. Berikutan serangan 11 September di Amerika Syarikat, pihak berkuasa menggunakan kebimbangan keganasan global sebagai kewajaran tindakan mereka. (READ MORE HERE)


3. "Diktator tidak akan meletakkan jawatan sama sekali. Mereka akan mengekalkan jawatan mereka sampai mereka mati. Dan selalunya mereka akan digantikan oleh anak-anak mereka. Diktator akan menimbulkan kebencian rakyat. Mereka tahu apabila sahaja mereka kehilangan kuasa rakyat akan menganiaya mereka dan menghukum mereka. Bagaimana pun, selepas saya meletak jawatan, rakyat terus menerima dan menyokong saya. Malahan parti-parti pembangkang yang telah mengutuk saya sekarang telah memilih saya sebagai salah seorang pemimpin mereka."

Disaat kelemahan (akibat populariti jatuh merudum) Mahathir menangis dan mengumumkan perletakan jawatannya semasa Perhimpunan Agong UMNO 2002 tetapi telah dipujuk untuk bersetuju dengan tempoh peralihan selama satu tahun

Mahathir tiada pilihan tetapi terpaksa meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada Abdullah Ahmad Badawi pada 1 November 2003 kerana dalam saat-saat kelemahan dipertengahan tahun 2002 Mahathir menitiskan air-mata dan menangis dan mengumumkan perletakan jawatannya semasa Perhimpunan Agong UMNO. Selepas satu jam perbincangan dibelakang pentas ianya dipersetujui Mahathir akan kekal untuk setahun lagi dan kemudian menyerahkan kuasa dalam tahun 2003.

UMNO kemudiannya mengumumkan kepada semua delegasi Mahathir akan tetap meletakkan jawatan tetapi akan menyerahkan kuasa lebih kurang setahun kemudiannya apabila tempoh peralihan tamat. Jadi Mahathir tiada pilihan tetapi terpaksa meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada Abdullah Ahmad Badawi pada 1 November 2003 kerana persetujuan telah pun dimeterai dan tidak lagi boleh dirungkai.

Abdullah menyelamatkan UMNO daripada kekalahan pilihanraya umum 2004 dan menyelamatkan Mahathir daripada masuk penjara

Cawangan Khas memberitahu Mahathir sekiranya beliau masih kekal (sebagai Perdana Menteri) maka UMNO dan Barisan Nasional akan kalah dalam pilihanraya umum pada tahun 2004 kerana rakyat sudah tidak tahan lagi dengannya. Tidak lama setelah Abdullah mengambil alih, pilihanraya umum diadakan dan UMNO dan Barisan Nasional mempamerkan keputusan yang terbaik dalam sejarah. Rakyat begitu sangat gembira kerana Mahathir sudah tiada dan mereka memberikan UMNO dan Barisan Nasional kemenangan yang penuh bergaya.

Jadi, perletakan jawatan Mahathir tidak ada kena mengena dengan hakikat bahawa beliau bukan seorang diktator. Beliau tidak mempunyai pilihan. Beliau sama ada meletakkan jawatan atau ditendang keluar (bermakna pembangkang memenangi pilihanraya umum). Dan sekiranya beliau ditendang keluar beliau akan berakhir dipenjara atas segala jenayah yang beliau telah lakukan. Jadi satu-satunya cara beliau boleh mengelak daripada dipenjara adalah dengan meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada Abdullah. Itulah perjanjian yang Mahathir buat dengan Abdullah dan UMNO.

Dan Mahathir seharusnya tidak boleh berasa bangga dengan 'malahan parti-parti pembangkang yang telah mengutuk saya sekarang telah memilih saya sebagai salah seorang pemimpin mereka'. Itu hanya menunjukkan pembangkang tidak bermoral dan berprinsip dan tidak mempunyai maruah dan kehormatan. Itu samalah seperti Israel melantik Adolf Hitler sebagai Perdana Menteri nya.


Terjemahan dari artikel
Malaysia Today
Raja Petra Kamaruddin
17 Ogos 2017

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU