Tuesday, February 12, 2019

APABILA PENDATANG FIKIR YANG MEREKA INI TUAN RUMAH

Jadi janganlah timbulkan isu keistimewaan orang Malayu atau kedudukan Raja-Raja Melayu sekiranya tidak mahu orang Melayu timbulkan isu hak orang bukan Melayu untuk diberi kerakyatan Malaysia.

Masalah masyarakat Cina ini adalah mereka memikirkan yang mereka ini tuan rumah, yang lebih berhak dari kaum Bumiputera kerana mereka membayar 90% daripada cukai pendapatan.

Pertama sekali, betul ke mereka membayar 90% daripada cukai pendapatan? Ini mungkin satu cerita dongeng yang telah dibuat untuk dijadikan propaganda semata-mata. Sekali pun betul masyarakat Cina membayar 90% daripada cukai pendapatan, berapa peratus cukai pendapatan ini dibandingkan dengan cukai-cukai yang lain?


Cukai pendapatan adalah sebahagian kecil daripada berbagai-bagai cukai yang lain. Dan orang Melayu juga membayar kesemua cukai yang lain ini. Bagaimana pula tentang cukai korporat? Berapa banyak pulak Petronas dan beribu-ribu GLC-GLC ini bayar berbanding dengan syarikat-syarikat Cina? Syarikat asing pun membayar cukai korporat yang jauh lebih tinggi dari apa yang syarikat Cina bayar.

Dan ini belum kita sentuh lagi isu masyarakat Cina dan syarikat-syarikat Cina yang ‘lari cukai’. Mengikut Perbendeharaan Malaysia, masyarakat Cina dan syarikat-syarikat Cina membayar kurang dari separuh cukai yang sepatutnya mereka bayar. Kebanyakan orang Melayu pula ‘makan gaji’. Jadi mereka tak boleh lari dari membayar cukai. Hanya mereka yang ‘bekerja sendiri’ boleh lari dari bayar cukai.

Walau bagaimana pun, isu cukai ini hanya satu bab sahaja. Dan kita tidak boleh guna isu bayar cukai sebagai hujah untuk menafikan kedudukan orang Melayu dibawah Perlembagaan Persekutuan, dimana orang Melayu ada keistimewaan.


Apabila Persekutuan Tanah Melayu diberikan Kemerdekaan oleh penjajah British, satu Kontrak Sosial telah dipersetujui dimana orang Melayu akan diberi keistimewaan, Persekutuan Tanah Melayu akan kekal sebagai negara Raja Perlembagaan, Islam sebagai agama rasmi negara, dan Bahasa Melayu akan dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan.

Sebagai balasan, orang bukan Melayu akan diberi kewarganegaraan Malaysia dan tidak akan dihantar pulang kenegara asal mereka. Kalau orang bukan Melayu ingin batal perjanjian ini, maka orang Melayu tidak ada masalah sebab yang akan rugi adalah orang bukan Melayu, bukannya orang Melayu.

Jadi janganlah timbulkan isu keistimewaan orang Melayu atau kedudukan Raja-Raja Melayu sekiranya tidak mahu orang Melayu timbulkan isu hak orang bukan Melayu untuk diberi kerakyatan Malaysia.

(Klik gambar untuk baca artikel asal)

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU