Sunday, March 24, 2019

ISLAM WAJIB DIJADIKAN AGAMA RASMI PERSEKUTUAN

kerana ...
DAP ingin masyarakat Melayu keliru dengan status sebenar Islam


“Langkah ini penting bagi kita memelihara kedaulatan agama Islam di Malaysia dan sekaligus mematahkan gelombang Islamophobia dan evangelist yang giat dimarakkan oleh DAP bagi memecah-belah masyarakat Melayu-Islam dan juga untuk menenggelamkan Islam di tanah air kita ini…

“Ayuh kita bangkit bersama-sama menuntut Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan”


Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan hanya menyebutkan
"Islam ialah agama bagi Persekutuan; ..."
bukannya
"Islam ialah agama 'rasmi' bagi Persekutuan; ..."


“Mereka (DAP) akan memberikan persepsi palsu kepada orang Islam bahawa agama Islam sememangnya merupakan agama rasmi Persekutuan dengan berpura-pura takut Malaysia akan secara otomatik menjadi negara Islam sekiranya PAS dan UMNO berkuasa. Hakikatnya, mereka tidak ingin masyarakat Melayu-Islam bangkit menuntut agar Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan”


Raggie Jessy Rithaudeen

Masih ramai lagi di luar sana – terlalu ramai – yang menganggap bahawa Islam termaktub dalam perlembagaan Persekutuan sebagai agama ‘rasmi’ Persekutuan, sepertimana yang diutarakan oleh salah seorang pembaca The Third Force baru-baru ini.

Justeru, tujuan artikel ini adalah bagi menyedarkan masyarakat Melayu-Islam di Malaysia betapa perlunya kita peka terhadap peruntukan-peruntukan sebenar Perlembagaan Persekutuan agar kita mampu bergerak maju ke hadapan dan berjuang sebagai sebuah masyarakat Muslim yang berakal dan matang, bukannya jahil dan sesat.


Sedarlah, wahai saudaraku yang seagamaku, bahawa Perkara 3 Perlembagaan Malaysia tidak pernah meletakkan status rasmi pada agama Islam, tetapi sebaliknya, hanya menyatakan bahawa Islam itu merupakan Agama Persekutuan, tidak lebih dari itu.

Buruk padahnya apabila seseorang itu tersilap tafsir Islam sebagai agama ‘rasmi’ Persekutuan, kerana bukan hanya tafsiran itu salah, ianya mampu menjurus kepada sebuah perjuangan yang tidak membawa apa-apa hasil selain daripada memberikan DAP peluru untuk terus memarakkan lagi gelombang Islamophobia dengan merujuk kepada kaum muslimin dan muslimat sebagai ekstremis dan Taliban.

Ketahuilah, bahawa status “Islam sebagai agama Persekutuan” yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan lebih bersifat simbolik dari “conclusive” dan tidak membawa apa-apa makna yang signifikan dalam konteks perundangan memandangkan ianya sentiasa terbuka kepada tafsiran.

Hanya menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan sahaja boleh perkataan ‘rasmi’ diselitkan dalam Perkara 3 agar Islam diiktiraf sebagai agama rasmi Persekutuan tanpa menggadaikan hak masyarakat bukan Islam untuk menganut agama lain.

Menerusi pindaan ini, kerajaan Persekutuan mempunyai alasan yang kukuh untuk mengubal undang-undang yang ketat bagi membasmi gejala Islamophobia dengan mengenakan hukuman berat kepada mana-mana pihak yang menghina Nabi-Nabi Islam, sahabat-sahabat Nabi, agama Islam, penganut agama Islam serta budaya dan sejarah Islam itu sendiri.

Malah, Mahkhamah Persekutuan turut akan mempunyai kuasa untuk menghukum seseorang yang disabit bersalah mengembangkan fahaman Islamophobia dengan persepsi – samada secara lisan ataupun bertulis – bahawa Islam merupakan sesuatu yang buruk kepada masyarakat majmuk dan golongan Melayu-Islam merupakan golongan yang ekstremis.

Pindaan tersebut harus juga merangkumi pindaan-pindaan susulan yang mampu memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong, selaku Ketua Agama Islam, untuk mengisytiharkan sesuatu gejala, kelakuan ataupun kenyataan yang melibatkan mana-mana pihak sebagai ancaman kepada status rasmi agama Islam dan Islam itu sendiri.

Selagi kesemua ini tidak dilakukan, DAP dan puak-puak yang bersekongkol dengan pucuk pimpinan parti tersebut, termasuk Nga Kor Ming dan Superman Hew, akan sentiasa mengapi-apikan semangat anti-Islam dan anti-Melayu-Islam dikalangan masyarakat bukan Islam.

Mereka turut akan memberikan persepsi palsu kepada orang Islam bahawa agama Islam sememangnya merupakan agama rasmi Persekutuan dengan berpura-pura takut bahawa Malaysia akan secara otomatik menjadi negara Islam sekiranya PAS dan UMNO berkuasa.

Hakikatnya, mereka tidak ingin masyarakat Melayu-Islam bangkit menuntut agar Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan.

Sedarlah, wahai hamba Allah yang dikasihi…



Artikel-artikel asal :


Friday, March 22, 2019

Sudah Sampai Masanya Untuk Melayu Berkurang Ajar


SD Salleh

Pada tahun 1984 atau 1985, semasa perasmian pejabat Umno Kuala Nerus di Terengganu, Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam didalam ucapan beliau berkata sudah sampai masanya untuk orang Melayu berkurang ajar.

Maksud untuk Melayu berkurang ajar itu adalah Melayu tidak boleh lagi untuk selalu mengalah atau bertolak ansur. Ada masanya juga untuk Melayu perlu bersikap tegas atau berdegil untuk menunjukkan bahawa orang Melayu ini bukannya mudah untuk ditindas.

Kini orang bukan Melayu sudah tidak berselindung lagi untuk mengutuk dan menyelar orang Melayu. Kali ini mereka mengutuk dan menyelar terang-terangan tanpa perlu untuk berselindung. Mereka bukan sahaja mengutuk orang Melayu, malah mereka menghina agama Islam dan menunjuk kebiadapan terhadap Raja-Raja Melayu dimana orang Melayu memandang tinggi.


Musa Hitam kata sudah sampai masanya untuk orang Melayu berkurang ajar

Sesetengah dari orang Cina ini sampaikan mencabar orang Melayu, jika terjadinya 13 Mei sekali lagi, kali ini tengok lah apa akan terjadi kepada orang Melayu. Mereka memandang rendah orang Melayu sehinggakan mengajak orang Melayu untuk berlawan dengan orang Cina. Kerana pada pandangan orang Cina ini, mereka telah menguasai Negara Malaysia bukan sahaja dari ekonomi malah sekarang ini mereka menguasai pemerintahan Negara. Oleh kerana itu mereka besar kepala dan tidak menghiraukan lagi tentang tutur kata mereka.

Apabila kaum Cina minta untuk mewujudkan sekolah Cina, maka orang Melayu setuju walau pun sebenarnya Melayu tidak bersetuju. Dan apabila sekolah Cina ini diswastakan dan tidak di letak di bawah kawalan kerajaan, Melayu tetap juga bersetuju.

Tetapi sekolah agama tidak diberikan kebebasan yang sama. Sekolah agama dikawal oleh kerajaan dengan alasan untuk membanteras kegiatan dan ajaran extremis. Kerajaan takut, jika sekolah agama terlalu bebas, maka ia akan mewujudkan ‘Taliban’ Melayu. Tetapi sekiranya sekolah Cina mewujudkan ‘Taliban Cina’ yang berideologi Komunis, ianya tidak apa.


Pendekar Melayu sudah bersedia ke?

Kaum Cina megah mendabik dada dan mengatakan yang mereka membayar 90% daripada hasil cukai pendapatan peribadi atau personal income tax. Mereka kata hampir kesemua cukai pendapatan dibayar oleh Cina dan bukan oleh Melayu. Ini membuktikan bahawa Cina lebih berjaya dari Melayu, kata mereka.

Tetapi apabila kerajaan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru, mereka bersungut dan berkata ini tidak adil dan ianya adalah dasar diskriminasi terhadap Cina. Mereka bayar 90% cukai dan DEB letak sasaran kepada hanya 30% pun sudah dibantah oleh Cina.

Dengan menguasai ekonomi Malaysia dan mengatakan bahawa mereka penyumbang tertinggi dalam cukai pendapatan, mereka memperkecilkan orang Melayu dengan mengatakan bahawa, jika bukan disebabkan orang Cina, orang Melayu kini akan masih tinggal di atas pokok dan memakai cawat. Seolah-olah mereka (orang Cina) ini yang memajukan negara dan orang Melayu tidak berguna dan bodoh.


Satu peluru satu musuh

Semasa Cina diberi kerakyataan pada tahun 1957, mereka perlu bersetuju dengan perjanjian bahawa Melayu akan diberi kedudukan istimewa di dalam negara, Islam akan menjadi agama rasmi, dan Bahasa Melayu akan menjadi Bahasa Kebangsaan.

Hari ini mereka mempertikaikan perjanjian ini — dan sesiapa yang mempertahankan orang Melayu, Islam atau Bahasa Melayu digelar rasis. Hari ini mereka kata Melayu juga pendatang, sama seperti orang Cina dan India, dan Bumiputera sebenar bukannya Melayu tetapi Orang Asli. Dan mereka suruh ‘pendatang’ Melayu balik ke Indonesia, kononnya negara asal orang Melayu.

Macam Musa Hitam berkata 35 tahun dahulu, sudah sampai masanya untuk orang Melayu berkurang ajar. Kalau bangsa lain ada hak, Melayu pun ada hak juga. Melayu tidak boleh segan ataupun malu untuk memperjuangkan hak mereka sendiri walau pun dipanggil rasis. Kalau rasis, rasislah. Tak kisah. Baik jadi rasis dari jadi hamba di negara sendiri.




::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU