Friday, March 22, 2019

Sudah Sampai Masanya Untuk Melayu Berkurang Ajar


SD Salleh

Pada tahun 1984 atau 1985, semasa perasmian pejabat Umno Kuala Nerus di Terengganu, Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam didalam ucapan beliau berkata sudah sampai masanya untuk orang Melayu berkurang ajar.

Maksud untuk Melayu berkurang ajar itu adalah Melayu tidak boleh lagi untuk selalu mengalah atau bertolak ansur. Ada masanya juga untuk Melayu perlu bersikap tegas atau berdegil untuk menunjukkan bahawa orang Melayu ini bukannya mudah untuk ditindas.

Kini orang bukan Melayu sudah tidak berselindung lagi untuk mengutuk dan menyelar orang Melayu. Kali ini mereka mengutuk dan menyelar terang-terangan tanpa perlu untuk berselindung. Mereka bukan sahaja mengutuk orang Melayu, malah mereka menghina agama Islam dan menunjuk kebiadapan terhadap Raja-Raja Melayu dimana orang Melayu memandang tinggi.


Musa Hitam kata sudah sampai masanya untuk orang Melayu berkurang ajar

Sesetengah dari orang Cina ini sampaikan mencabar orang Melayu, jika terjadinya 13 Mei sekali lagi, kali ini tengok lah apa akan terjadi kepada orang Melayu. Mereka memandang rendah orang Melayu sehinggakan mengajak orang Melayu untuk berlawan dengan orang Cina. Kerana pada pandangan orang Cina ini, mereka telah menguasai Negara Malaysia bukan sahaja dari ekonomi malah sekarang ini mereka menguasai pemerintahan Negara. Oleh kerana itu mereka besar kepala dan tidak menghiraukan lagi tentang tutur kata mereka.

Apabila kaum Cina minta untuk mewujudkan sekolah Cina, maka orang Melayu setuju walau pun sebenarnya Melayu tidak bersetuju. Dan apabila sekolah Cina ini diswastakan dan tidak di letak di bawah kawalan kerajaan, Melayu tetap juga bersetuju.

Tetapi sekolah agama tidak diberikan kebebasan yang sama. Sekolah agama dikawal oleh kerajaan dengan alasan untuk membanteras kegiatan dan ajaran extremis. Kerajaan takut, jika sekolah agama terlalu bebas, maka ia akan mewujudkan ‘Taliban’ Melayu. Tetapi sekiranya sekolah Cina mewujudkan ‘Taliban Cina’ yang berideologi Komunis, ianya tidak apa.


Pendekar Melayu sudah bersedia ke?

Kaum Cina megah mendabik dada dan mengatakan yang mereka membayar 90% daripada hasil cukai pendapatan peribadi atau personal income tax. Mereka kata hampir kesemua cukai pendapatan dibayar oleh Cina dan bukan oleh Melayu. Ini membuktikan bahawa Cina lebih berjaya dari Melayu, kata mereka.

Tetapi apabila kerajaan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru, mereka bersungut dan berkata ini tidak adil dan ianya adalah dasar diskriminasi terhadap Cina. Mereka bayar 90% cukai dan DEB letak sasaran kepada hanya 30% pun sudah dibantah oleh Cina.

Dengan menguasai ekonomi Malaysia dan mengatakan bahawa mereka penyumbang tertinggi dalam cukai pendapatan, mereka memperkecilkan orang Melayu dengan mengatakan bahawa, jika bukan disebabkan orang Cina, orang Melayu kini akan masih tinggal di atas pokok dan memakai cawat. Seolah-olah mereka (orang Cina) ini yang memajukan negara dan orang Melayu tidak berguna dan bodoh.


Satu peluru satu musuh

Semasa Cina diberi kerakyataan pada tahun 1957, mereka perlu bersetuju dengan perjanjian bahawa Melayu akan diberi kedudukan istimewa di dalam negara, Islam akan menjadi agama rasmi, dan Bahasa Melayu akan menjadi Bahasa Kebangsaan.

Hari ini mereka mempertikaikan perjanjian ini — dan sesiapa yang mempertahankan orang Melayu, Islam atau Bahasa Melayu digelar rasis. Hari ini mereka kata Melayu juga pendatang, sama seperti orang Cina dan India, dan Bumiputera sebenar bukannya Melayu tetapi Orang Asli. Dan mereka suruh ‘pendatang’ Melayu balik ke Indonesia, kononnya negara asal orang Melayu.

Macam Musa Hitam berkata 35 tahun dahulu, sudah sampai masanya untuk orang Melayu berkurang ajar. Kalau bangsa lain ada hak, Melayu pun ada hak juga. Melayu tidak boleh segan ataupun malu untuk memperjuangkan hak mereka sendiri walau pun dipanggil rasis. Kalau rasis, rasislah. Tak kisah. Baik jadi rasis dari jadi hamba di negara sendiri.




::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU