Showing posts with label Dana Soros. Show all posts
Showing posts with label Dana Soros. Show all posts

Monday, December 07, 2015

Adakah Ini Sebahagian Sebab Kepada Pergeseran Dalam UMNO Masakini?


Rakyat marhaen terutama ahli-ahli UMNO dan penyokong atas pagar terlalu ingin tahu punca sebenarnya ...
 

NAJIB BUAT PILIHAN YANG TEPAT MENERIMA DANA DARI PAK ARAB, BERBANDING YAHUDI DAN TOKOH KOPRAT SEPERTI ANWAR DAN MAHATHIR

Oleh Lokman Adam

Sebelum melangkah menaiki pesawat untuk ke Sandakan bagi memenuhi undangan ceramah, saya sempat mengikuti perbualan dalam satu kumpulan whatapp penyokong BN. Kumpulan ini sungguhpun dinamakan kumpulan Penyokong BN, namun tidak semuanya menyokong Pengerusi Barisan Nasional itu sendiri, apatah lagi ada diantara mereka merupakan pentaksub Pengerusi BN lama yang pernah berkuasa selama 22 tahun.

Beberapa hari sekali, ada sahaja pertikaian yang akan dibangkitkan bagi menimbulkan keraguan terhadap Pengerusi BN baru yang kini cuba dibenamkan oleh Pengerusi BN lama yang menjadi idola individu tersebut. Hari ini, cerita basi RM 2.6 Billion menjadi topik perbincangan walaupun ianya sudah dijawab oleh Dato Sri Azalina Said dan Dato Sri Zahid Hamidi di Parlimen. Memandangkan beliau terus-menerus menegaskan hak beliau untuk menyatakan pandangan beliau, izinkan saya menggunakan tempoh 2 jam setengah perjalanan saya tanpa internet ini untuk menyatakan pandangan saya berhubung isu RM 2.6 billion ini.

Salah satu isu yang menyumbang kepada pemecatan saya dari Parti Keadilan Nasional (KeADILan) pada tahun 2004 mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan dana politik KeADILan. Selain daripada penyelewengan sumbangan yang diterima oleh pimpinan KeADILan, saya juga telah mendedahkan dua perkara besar pada tahun 2004 dan ianya masih lagi ada dalam youtube sehingga kini. Pendedahan pertama saya ialah, sumbangan yang KeADILan terima daripada Dato So Che Wen untuk pilihanraya umum tahun 1999. Cek atas nama Wan Azizah bernilai 5 juta ringgit itu langsung tidak dimasukkan ke dalam akaun KeADILan. Sehingga kini kita tidak pernah mendengar YB Rafizi Ramli mempersoalkan tentang dana ini, malah beliau merupakan salah seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (lantikan) yang memutuskan agar saya dipecat dari KeADILan.

Pendedahan kedua saya adalah berhubung pertemuan Wan Azizah, Azmin Ali dan Khalid Jaafar dengan George Soros di Washinton DC penghujung tahun 2003 bagi mendapatkan dana pilihanraya tahun 2004 untuk KeADILan. Pertemuan ini diatur oleh Tian Chua dan wakil Tian ketika itu ialah Elizabeth Wong dari SUARAM (Kini Exco Kerajaan Negeri Selangor) turut hadir. Itu sebab saya tidak hairan bila Tian sekali lagi mengkhianati rakyat negara ini dengan mengatur perjumpaan Puteri Jacel Kiram dengan Nurul Izzah. Saya selaku Ahli MPT KeADILan dan teman-teman MPT yang lain langsung tidak dimaklum akan keputusan Presiden untuk meminta dana dari bangsa Yahudi yang telah menyerang matawang kita pada tahun 1997 itu. Sebelum saya dipecat, Azmin dalam satu mesyuarat jentera pilihanraya mengesahkan bahawa duit sebanyak RM 3 juta pertama telah diterima dan digunakan untuk menempah t-shirt, bendera dan topi KeADILan di China. Ketua Pemuda KeADILan, Sdr Ezam ketika itu mengesahkan dana tersebut diperolehi dari Soros.

Apa yang cuba saya sampaikan ialah, tiada undang-undang dalam negara ini yang boleh menghalang mana-mana individu atau parti politik untuk menerima dana politik atau sumbangan dari dalam atau luar negara selagi ianya dibawa masuk mengikut sumber yang sah. Tidak perlulah saya cerita panjang lebar bagaimana dana KeADILan dibawa masuk melalui pelbagai cara termasuk melalui proses penyeludupan. Apa yang ingin saya kupas hari ini ialah Najib mempunyai 3 pilihan untuk mendapatkan dana politik, dan beliau telah membuat keputusan yang paling baik bagi memastikan negara ini terus berdaulat dan beliau tidak terhutang budi kepada mana-mana tokoh koprat.

Pilihan pertama yang Najib ada, dia boleh ikut jejak langkah Anwar dan PKR untuk mendapatkan dana dari Soros, Amerika, Conrade Adeneur (Yayasan Kristian dari German), NDI, NED dan lain-lain sumber seperti sumber dari Singapura dan Taiwan yang menaja DAP. Namun jika kita menang pilihanraya umum ke 13 dengan menggunakan dana asing ini, bolehkah kita memerintah mengikut acuan kita sendiri? Sudah pasti tidak! Kita mungkin akan jadi seperti Filipina yang sudah terlalu banyak terhutang budi dengan Amerika sehingga terpaksa mengizinkan Amerika membuka pengkalan tenteranya di Filipina. Bila, Amerika arahkan mereka menyerang Iraq pula, kita lihat Filipina terpaksa menghantar angkatan tenteranya ke Iraq. Saya yakin kita semua tidak mahu Malaysia jadi lembu cucuk hidung pada Amerika dan Yahudi.

Najib juga boleh pilih cara yang digunakan oleh Tun Mahathir. Kebanyakan belanja pilihanraya BN zaman beliau ditaja oleh tokoh-tokoh koprat seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari, Tan Sri Ananda Krishnan, Tan Sri Arumugam, Tan Sri Yeoh Tiong Lai, Tan Sri Vincent Tan dan ramai lagi. Namun jika Najib memilih pilihan kedua ini dan menerima dana dari tokoh koprat, bolehkah Najib menolak 'proposal' atau permohonan projek oleh mereka selepas BN memenangi pilihanraya? Sudah pasti tidak, kerana beliau juga akan terasa terhutang budi dengan tokoh-tokoh koprat tersebut. Ini akan mengakibatkan banyak perkara akan tergadai, sepertimana tanah tapak KLCC yang dijual dengan harga yang murah oleh Tun Mahathir kepada Ananda Krishnan dan kemudiannya dijual dengan harga yang mahal oleh Ananda kepada Petronas.

Sungguhpun Najib dikecam hebat berhubung isu 1MDB terutamanya berhubung kerjasama 1MDB dengan Petro Saudi dalam usahasama eksplorasi minyak di Tajikistan dan Argentina. Ramai mungkin tidak sedar hikmah disebalik usahasama ini telah menyelamatkan negara dari mengikut telunjuk asing dan tokoh koprat. Kerana usahasama 1MDB dengan syarikat milik Putera Turki inilah, iaitu anak Ketujuh Raja Saudi yang juga merupakan Gabenor Ryiad ketika itu, hubungan Najib dan teman-teman di Timur Tengah begitu baik sehingga mereka menawarkan dana politik bagi membantu Najib mengekalkan Barisan Nasional sebagai pemerintah di Malaysia.

Tidak dapat dinafikan, setiap bantuan yang dihulurkan sudah pasti ada syarat dan harapan pihak yang menaja kita. Namun dikalangan 3 pilihan yang Najib ada, pilihan ketiga inilah yang paling baik dan selamat. Syarat pertama Pak Arab ini adalah supaya Malaysia mengekang aktiviti militan dan pengganas terutamanya IS. Saya masih ingat, ketika saya mula ditahan di bawah ISA di Kem Tahanan Kamunting tahun 2001-2003. Saya telah ditempatkan di blok bersebelahan kumpulan Al Maaunah, iaitu kumpulan yang telah merompak senjata di Kem Tentera Grik dan lari ke Bukit Jenalik. Kemudiannya saya dipindahkan ke blok bersebelahan dengan Kumpulan Militan Malaysia, iaitu kumpulan yang turut dianggotai oleh Nik Adli, anak Allahyarham Tn Guru Nik Aziz. Selepas itu kumpulan Jemaah Islamiah dan Daulah Islam pula ditahan di bawah ISA. Ini bererti, kerja memerangi militan sudah lama kita lakukan dan tiada masalah untuk Najib menerima syarat untuk mengekang Militan dan IS.

Syarat Kedua Pak Arab ini adalah supaya Umat Islam Malaysia terus kekal sebagai Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan mengekang Syiah. Saya yakin hampir semua umat Islam Negara ini memang mazhab Shafie dan bukan Syiah. Sungguhpun begitu, usaha mengekang Syiah tidak pernah kita tinggalkan dan sekaligus tiada masalah untuk Najib menerima syarat kedua ini.

Syarat Ketiga Pak Arab ini adalah supaya kita memerangi pihak-pihak yang dibiayai oleh Amerika dan Yahudi untuk menjatuhkan kerajaan Islam. Sepertimana yang kita sedia maklum, sejak 2009-2011, Arab Spring yang dibiayai oleh Amerika dan Yahudi telah berjaya menjatuhkan satu demi satu pemerintah Islam seperti Muammar Ghadafi di Lybia dan Hosni Mubarak di Mesir. Ini sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan oleh Pak Arab ini. Oleh yang demikian, sebahagian dari hasil petroleum mereka disumbangkan kepada negara-negara seperti Malaysia bagi memastikan pemerintahan Islam di Negara ini tidak menerima nasib yang sama seperti pemimpin Mesir, Lybia dan Tunisia. Bukankah, kerja menentang proksi Amerika dan Yahudi seperti Anwar, PKR, DAP dan Bersih sudah lama kita lakukan? Maka tidaklah jadi masalah untuk Najib bersetuju dengan syarat ketiga Pak Arab tersebut.

Saya yakin kalau anda diberi pilihan samaada mahu mengambil duit Yahudi/Amerika, Tokoh Koprat dan Pak Arab tadi, sudah pasti anda akan mengambil pilihan ketiga. Lainlah kalau anda ada cara lain untuk mendapat dana sebanyak itu tanpa melanggar sebarang undang-undang dan etika serta tidak meletakkan pemimpin kita dalam keadaan terhutang budi kepada sesiapapun. Apa yang penting sepertimana yang Dato Sri Najib jelaskan sebelum ini, duit ini bukan duit 1MDB dan beliau tidak menggunakan duit ini untuk tujuan peribadi. Jika ianya rasuah atau ingin beliau gunakan untuk tujuan peribadi, tidak perlu beliau bawa masuk duit ini ke Malaysia dengan kebenaran Bank Negara. bukankah lebih baik ianya disimpan di Swiss Bank bagi memastikan kerahsiaannya. Duit ini juga jelas bukan duit rasuah, kerana pihak SPRM sudahpun mengesahkan bahawa duit tersebut sumbangan Pak Arab dari Timur Tengah dan SPRM sudahpun menemui pihak penyumbang

Sebenarnya, dengan pengumuman SPRM bahawa mereka sudah merakam kenyataan Dato Suboh (SRC International) dan Low Teak Jo ahad lalu serta kenyataan Dato Sri Najib hari ini, isu RM 2.6 billion ini bakal dibakul-sampahkan tidak lama lagi. Ini bermakna Tun Mahathir dan sekutunya Tan Sri Muhyiddin sudah kehilangan modal paling besar mereka untuk menumbangkan Najib. Apa yang tinggal hanya peluang mereka untuk melakukan kerja-kerja lekeh dengan menganggu konsentrasi Dato Sri Najib semasa ucapan Perasmian dan Penggulungan Presiden di Perhimpunan Agong UMNO tahun ini. Sungguhpun saya tidak setuju dengan keputusan mengekalkan mereka yang melanggar disiplin parti sebagai ahli UMNO dan mengundang manusia yang mahu membenam UMNO ke majlis Perasmian parti keramat ini, namun keputusan MT wajar kita hormati dan patuh. Mungkin ahli UMNO boleh menerima pemecatan Tan Sri Muhyiddin dengan lebih baik selepas mendengar dan melihat sendiri usaha beliau memecah-belahkan orang Melayu di Padang Kelab Sultan Sulaiman 7 Disember ini dan onar yang mereka rancang sepanjang PAU2015.

Tuesday, September 25, 2012

Rakyat Berhak Hukum SUARAM, Pengkhianat Negara


Walaupun telah terkantoi menjadi agen asing untuk menjahanamkan demokrasi, SUARAM masih lagi cuba mempertahankan benang basah dengan berhujah bahawa penerimaan dana asing bukan sesuatu yang salah.

Lebih dahsyat lagi, Pakatan Rakyat termasuk PAS, sanggup berhujah yang sama, iaitu menidak-apakan penerimaan dana dari pertubuhan neo-con dan George Soros yang menjadi dalang menindas, membunuh dan merampas tanah umat Islam di Palestine serta menyebabkan Mesir, Syria, Tunisia dan Syria kini terumbang-ambing, tidak stabil dan lemah.

Perlu diingatkan bahawa SUARAM langsung tidak menafikan yang mereka menerima dana dari Yahudi Zionis dan penyangak matawang. Malah, SUARAM mengakuinya, begitu juga dengan pertubuhan yang sewaktu atau ‘bertindih’ dengannya seperti BERSIH, Himpunan Hijau dan sebagainya yang juga menerima dana dari rangkaian yang sama.

SUARAM juga langsung tidak mampu menjelaskan apakah motif kedua-dua pertubuhan asing tersebut menyalurkan dana kepada mereka jika bukan untuk menjahanamkan demokrasi, iaitu menjatuhkan kerajaan melalui jalan belakang.

Pembohongan yang dibuat oleh SUARAM bukannya sedikit. Ia melibatkan dua buah negara iaitu Perancis dan Malaysia. SUARAM telah memburukkan nama Malaysia ke serata dunia malah SUARAM juga telah dengan sengaja mencemarkan imej Perdana Menteri dan isteri. Ini dilakukan melalui pembohongan demi pembohongan.

SUARAM berbohong bahawa mahkamah Perancis sedang membicarakan kes pembelian kapal selam scorpene oleh Malaysia sedangkan pihak Perancis sendiri mengesahkan bahawa tiada perbicaraan mengenainya.

SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri akan di sapina, begitu juga seorang individu bernama Jasbir Singh Chahl juga kononnya telah di sapina. Namun, pihak Perancis mengesahkan bahawa tiada sapina di keluarkan kerana tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene. Malah, Jasbir Singh Chahl sendiri pantas tampil menafikan kenyataan SUARAM.

SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri mempunyai hubungan dengan Altantuya, yang didakwa sebagai model sambilan dan juga penterjemah dalam urusan jualbeli scorpene. Namun, terbukti bahawa Perdana Menteri langsung tidak mengenali Altantuya dan urusan jualbeli scorpene adalah dalam bahasa Inggeris sepenuhnya serta tidak memerlukan penterjemah.

SUARAM berbohong bahawa Altantuya terlibat dalam urusan jualbeli scorpene di Perancis tetapi pihak polis Perancis mengesahkan bahawa Altantuya tidak pernah memasuki Perancis pun.

SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri atau isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya tetapi terbukti bahawa kedua-dua mereka mempunyai alibi kukuh kerana berada di dua majlis rasmi berasingan pada waktu kejadian.

SUARAM berbohong bahawa Syarikat Perimekar dimiliki oleh Razak Baginda dan cuba mengaitkan beliau dengan Perdana Menteri, sedangkan syarikat itu dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd.

SUARAM berbohong bahawa syarikat Perimekar Sdn Bhd menerima rasuah sedangkan terbukti bahawa syarikat tersebut membekalkan khidmat penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan termasuk kos penginapan bagi 213 pegawai, kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun.

SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri meminta rasuah dari DCNS melalui faks berjumlah USD 1 billion atau RM3.8 billion atau EURO 1.08 billion sedangkan jumlah tersebut merupakan jumlah keseluruhan kontrak pembelian kapal selam sepertimana yang ditandatangani. Ini adalah pembohongan yang paling lucu kerana tidak mungkin sesiapa akan meminta rasuah melalui faks dan tidak mungkin sesiapa akan memberi rasuah yang sama jumlahnya dengan harga kontrak!

SUARAM berbohong bahawa syarikat Thales Asia telah membayar RM142 juta kepada syarikat Terasasi kononnya atas penjualan rahsia ketenteraan negara berkenaan kapal selam scorpene oleh Razak Baginda. Pembohongan ini bagaimanapun berubah-ubah sehingga terdapat beberapa versi dan sukar untuk dipastikan lagi. Ada kalanya, SUARAM cuba mengaitkan syarikat Thales dengan DCNS, tetapi terdapat kenyataan sebelum itu di mana peguam mereka menyatakan bahawa pembayaran tersebut dibuat kepada sebuah syarikat bernama Giffen. Yang jelas, syarikat Terasasi atau Giffen langsung tidak terlibat dalam pembelian kapal selam scorpene.

Secara keseluruhannya, SUARAM ‘hidup’ atas pembohongan iaitu berbohong kepada dunia bahawa kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia adalah korup, kejam dan dikelilingi skandal.

Dengan segala dosa-dosa SUARAM terhadap Malaysia, rakyatnya, kerajaannya dan pemimpinnya, SUARAM tidak wajar dibiarkan lepas bebas. SUARAM sendiri telah mengakui bahawa mereka menerima dana asing, sekali gus membawa agenda asing iaitu mengkhianati negara sendiri. Dengan pengakuan yang begitu jelas, mana mungkin SUARAM dibiar bebas?

Rakyat Malaysia dengan ini menuntut tindakan tegas ke atas para peneraju SUARAM, iaitu para pengkhianat negara.

Malaysia tidak mampu memberi muka kepada mereka-mereka yang tidak jemu berusaha untuk menghancurkan negara melalui pembohongan demi mencetus demonstrasi ganas dan pemberontakan. Malaysia adalah negara yang aman dan keamanan itu mungkin tidak akan kekal jika SUARAM terus wujud.

Kewujudan SUARAM mendedahkan kita kepada risiko ketidakstabilan, kehancuran dan penjajahan.


Dipetik dari laman sesawang OB21.net
25 September 2012


Monday, April 30, 2012

BERSIH 3.0: George Soros Kecewa Apabila Anwar Ibrahim Gagal Tumbangkan Kerajaan Melalui Demo Ganas!


Tamat sudah episod duka rakyat Malaysia dalam satu lagi perhimpunan di Kuala Lumpur yang dipanggil BERSIH 3.0. Sebenarnya, sejak Anwar Ibrahim dipecat, rakyat Malaysia sudah lali dengan perhimpunan demi perhimpunan yang menuntut entah apa-apa.

Himpunan ini selalunya didalangi oleh pihak Anwar sendiri dan kadangkalanya oleh pihak minoriti yang sengaja menangguk di air keruh. Bagi mengabui mata ramai konon mereka mewakili sebahagian besar rakyat, mereka menggelarkan diri mereka dengan berbagai-bagai nama yang hampir semuanya merupakan NGO haram, iaitu tidak berdaftar.

Tidak perlu rasanya untuk kita cuba merasionalkan tuntutan BERSIH kerana penulis yakin hampir semua rakyat Malaysia sedia maklum bahawa BERSIH bukannya memperjuangkan pilihanraya bersih. Yang mungkin tidak tahu apa-apa, hanyalah segelintir penyokong mereka yang sempit dan cetek pengetahuannya dalam soal politik negara dan juga politik dunia. Bagi golongan ini, walau apapun jawapan dan penjelasan yang diberikan, tidak akan sampai ke otak mereka kerana mereka tidak pernah ingin mencarinya.

Hakikatnya, matlamat BERSIH hanyalah satu iaitu membuat huru-hara dan memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Ini semua orang tahu. Tetapi mungkin tak semua tahu tentang dari mana datangnya dana untuk menggerakkan satu demonstrasi besar seperti BERSIH.

Bersih 2.0 menyaksikan sebanyak 120,000 TShirt di edar dan khabarnya Bersih 3.0 juga sama akan mencetak dalam jumlah yang sama. Dari mana datangnya modal untuk mencetak T.Shirt sebegitu banyak? Dan dari mana datangnya modal untuk menampung kos logistik, telekomunikasi dan kebajikan para pemimpin atasan, bawahan dan peserta? Semua ini memakan jumlah jutaan ringgit. Itu belum termasuk program-program pra-BERSIH seperti mesyuarat, perjumpaan, kos penginapan, pengangkutan, perhubungan, alatulis, banner, poster, bayaran kepada penulis, pemikir, kumpulan propaganda dan lain-lain.

Justeru, dari mana datangnya dana ini?

Pada 27 Jun 2011, Ambiga Sreevanasan, iaitu pengerusi BERSIH 2.0 telah membuat kenyataan berikut kepada media, “BERSIH ada menerima sejumlah kecil sumbangan daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) bagi projek-projek lain, yang tiada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 bulan depan.”

Pokoknya di sini, bukanlah kecil atau besar sumbangan tersebut tetapi dari siapa dan kenapa? Tentang untuk apa ia digunakan, Ambiga boleh kelentong apa saja kerana beliau pastinya baru tersedar yang perkara yang didedahkannya itu akan menjerat dirinya. Justeru, eloklah kita kaji sendiri apakah ‘projek-projek’ lain yang disebut Ambiga?

Untuk tujuan ini, kita harus terlebih dahulu mendalami siapa NDI yang memberi sumbangan ‘kecil’ kepada BERSIH?

NDI adalah salah satu dari empat komponen NED atau National Endowmen for Democracy. Di dalam laman web NDI sendiri, iaitu www.ndi.org juga ada melaporkan bahawa program NDI di Malaysia adalah ditaja oleh NED.

Siapa atau apakah NED?

NED (National Endowment for Democracy), adalah salah sebuah yayasan dana demokrasi, topeng CIA yang didalangi neocon di Amerika Syarikat (AS). NED diasas oleh Ronald Reagan pada tahun 1983. Pengerusinya, Carl Gershman adalah seorang ahli neo-konservatif. Untuk pengetahuan, Rahimi Othman, bekas setiausaha Anwar pernah mendedahkan surat Anwar kepada Gershman yang bertujuan meminta dana juga.

Seorang wartawan barat, William Blum dalam tulisan bertajuk “NED and Project Democracy” mendedahkan NED telah campur tangan di dalam hubungan di negara- negara luar dengan memberikan dana, kemahiran teknikal, latihan, bahan-bahan pelajaran, komputer, mesin faks, mesin fotokopi, dan kereta kepada kumpulan politik yang terpilih, organisasi masyarakat, kesatuan, puak penentang, kumpulan pelajar, penerbit dan akhbar, dan sebagainya atas tujuan menggulingkan kerajaan yang sah bagi membolehkan pemimpin yang pro-Amerika/neocon berkuasa.

Sebelum ini NED telah melakukan perubahan kerajaan di Panama, Nicaragua, Haiti dan kini diteruskan lagi di Timur Tengah dan Thailand.

NDI mengaku telah mengadakan beberapa program di Malaysia bagi menghadapi pilihanraya 2008. Program tersebut melibatkan Research for Social Advancement (REFSA), BERSIH Amnesty International Malaysia (AIM), All Women’s Action Society (AWAM), Centre for Independent Journalism (CIJ), Komuniti Masyarakat (KOMAS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Women’s Aid Organisation (WAO), Writer’s Alliance for Media Independence (WAMI), Bar Council dan beberapa yang lain.

Jika dibuat sedikit kajian anda akan mendapati bahawa hampir semuanya yang disebut diatas menerima dana dari NED dan juga OSI (Open Society Insitute) yang dimiliki oleh George Soros.

Maka, kita berbalik kepada soalan tentang kenapa mereka ini memberi dana kepada BERSIH?

Tidak lain tidak bukan ialah untuk menumbangkan kerajaan Islam yang sah di Malaysia untuk digantikan dengan kerajaan yang lebih liberal, plural dan patuh kepada kumpulan neo-konservatif.

Inilah sedikit sebanyak tentang siapa penaja BERSIH.

Jika masih lagi ada yang bersikap skeptical dan bertanya kenapa NED atau NDI perlu ‘mengganggu’ Malaysia, jawapan terbaik ialah rujuklah kepada Al-Quran tentang bagaimana orang-orang Yahudi itu tidak akan duduk diam selagi mereka tidak dapat mengalahkan Islam.


Gerakan Timur
Isnin, 30 April 2012

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU