Showing posts with label S. Ambiga. Show all posts
Showing posts with label S. Ambiga. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

SAH. Para Lebai Dungu PAS Kena 'Liwat' Terang-Terangan




Live Yahoo! chat (status jam 1550) dengan Bos Besar Bersih, Ambiga Sreevanesan. Jelas sekali beliau menyokong tuntutan kerusi Perdana Menteri kepada bukan Islam. Sekarang PAS hendak kata apa lagi?!!

Penat-penat berdemo bertempur dengan Polis, last-last kena liwat dengan anak Hindu! Padan MUKA!!!

(Terjemahan)

"3:52   Ambiga Sreenevasan - Tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan hanya sesuatu bangsa (kaum) boleh menjadi PM."


Mymassa


Friday, May 11, 2012

Antara Hak Untuk Berdemonstrasi, Privasi Dan Mencari Rezeki

POSTED BY PANGLIMA HARIMAUfriday, may 11, 2012.





Kita tidak tahu sama ada S.Ambiga adalah seorang yang keliru, dungu atau semata-mata hipokrit. Beliau yang menganggap diri sendiri sebagai juara hak asasi manusia kini terjerit-jerit menafikan hak manusia lain untuk mencari rezeki dan berhimpun di depan rumahnya.



Seolah-olah hilang pertimbangan Ambiga benar-benar berang apabila 20 peniaga Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) yang kerugian akibat BERSIH 3.0 menuntut pampasan darinya dan bertindak berniaga di hadapan rumahnya.



Alasan Ambiga ialah mereka telah menceroboh privasinya. Malah beliau juga menempelak mereka sebagai penyangak.



Benar, Ambiga ada hak privasi, tetapi beliau perlu ingat bahawa peniaga-peniaga juga ada hak berhimpun dan mencari rezeki di mana saja mereka suka. Lagipun, bukankah Ambiga juga yang menunjukkan contoh bahawa manusia boleh berhimpun di mana saja termasuk di kawasan perniagaan, walaupun ia akan menggugat hak manusia lain untuk mencari rezeki.



Dan Ambiga jugalah yang menunjukkan contoh bahawa manusia ada hak untuk menceroboh ke kawasan larangan dan mengingkari perintah pihak berkuasa jika mereka suka.



Adalah pelik apabila peniaga yang berhimpun dan berniaga dengan aman dipanggil penyangak sedangkan mereka langsung tidak merosakkan harta benda Ambiga sepertimana perusuh ternakan Ambiga dalam BERSIH 3.0 merosakkan kereta polis termasuk mencederakan anggota polis.



Ambiga juga tidak boleh marah jika peniaga mengotorkan kawasan rumahnya kerana itu adalah hak mereka, sepertimana pihak BERSIH 3.0 berhak mengotorkan Kuala Lumpur dengan sampah sarap dan darah pada 28 April lalu.



Dalam kes ini, Ambiga perlu ingat bahawa sekurang-kurangnya beliau dan jiran-jiran langsung tidak mengalami apa-apa kerugian dari segi kewangan. Kesan kepada Ambiga dan jiran-jiran hanyalah dari segi perasaan terganggu atau rimas.



Tetapi, apa yang dialami oleh peniaga-peniaga tersebut ketika BERSIH 3.0, ialah kerugian yang bukan sedikit. Itupun belum lagi dikira dengan kerugian dalam BERSIH 2.0 yang belum dilunaskan oleh Ambiga.



Sedarkah Ambiga, bahawa peniaga-peniaga inilah rakyat marhaen yang konon dibela oleh Ambiga melalui BERSIH.



Justeru, kenapakah rakyat marhaen yang hanya berniaga kecil-kecilan ini perlu dipanggil penyangak hanya kerana ingin menuntut hak mereka yang telah dirampas oleh Ambiga dalam BERSIH yang lalu?



Maka, tidak salahlah jika kita berkata bahawa Ambiga dan BERSIH tidak pernah mewakili suara rakyat marhaen tetapi hanya segelintir rakyat yang menyokong pembangkang sahaja.



Jika Ambiga benar-benar berniat baik dan seorang pejuang hak rakyat yang ikhlas, beliau tidak akan sekali-kali menempelak atau naik berang dengan peniaga-peniaga ini. Sebaliknya beliau akan turun bersemuka dengan mereka, meminta maaf dan mendengar keluhan mereka dan berjanji akan melakukan sebaiknya untuk membantu dengan apa jua cara yang termampu.



Tetapi, Ambiga sememangnya berniat jahat dan tidak ikhlas. Ini telah pun terbukti apabila beliau dengan selamba mencuci tangan enggan bertanggungjawab apabila perusuh ternakannya ditangkap ataupun cedera. Sedikit pun beliau tidak peduli dengan nasib mereka jauh sekali menjenguk mereka yang dihospital, sedangkan mereka juga mewakili rakyat marhaen yang konon diperjuangkannya.



Maka terbuktilah sudah buat kesekian kalinya, siapa Ambiga, iaitu seorang hipokrit dan pengkhianat negara. Apapun, terima kasih diucapkan kepada para peniaga Ikhlas yang berjaya membuat seekor iblis keluar dari penyamarannya.

Thursday, May 03, 2012

Kenang Kembali : Apa Itu IFC Dokongan Ambiga



Mengapa Bersih dan IFC ada kaitan? Kerana pendokong mereka adalah orang yang sama iaitu Ambiga. Mari kita renung kembali apa itu IFC serta tuntutan melampau mereka.

Apa itu IFC (Inter Faith Commission)

IFC berasal dari IRC ( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.

Matlamat Penubuhan IFC

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.

Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam
  1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
  2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
  4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam
  5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
  7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
  8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
  9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
  10. Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
  11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
  12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
  13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
  14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Ancaman Utama IFC terhadap Islam

  1. Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.
  2. Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.
  3. Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.
  4. Orang-orang Islam bebas untuk murtad.
IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara.

K7L : Itupun Nik Aziz kata wajib turun demo Bersih?..wajib sokong penentang Islam?..


Keris 7 Lok
Khamis, 3 May 2012


Tuesday, May 01, 2012

EKSKLUSIF !!! KISAH BENAR #BERSIH3.0 !!! KEJADIAN REFORMASI TAHUN 1998 BERULANG KEMBALI ??? WAJIB BACA !!!

Perhimpunan BERSIH 3.0 ternyata satu perhimpunan yang paling jijik dalam sejarah Malaysia abad ini. Reformasi 1998 ketika saya bersama KeADILan dulu sama jer apa yang berlaku pada BERSIH 3.0. Memandangkan objektif perhimpunan hanyalah untuk membuat kemusnahan, maka itulah saja hasilnya yang dapat kita lihat iaitu ‘kemusnahan’ semata-mata. Tragedi Reformasi 1998 berlaku sekali lagi. Dulu mereka membakar motor polis, membakar tong sampah dan apa saja yang berda di jalanraya. Apa pun yang terjadi kita harus memanjatkan kesyukuran ke Hadirat Allah S.W.T kerana kemusnahan yang terjadi tidaklah sebesar mana. Ini kerana jumlah manusia tidak berguna di Malaysia yang sanggup menyertai perhimpunan itu tidaklah ramai, hanya sekitar 25,000 orang sahaja.

Jika ianya seramai yang dilaporkan oleh Meloyakini, Harakah dan Anwar Ibrahim iaitu 250,000, 100,000 dan 200,000 tentulah kadar kemusnahan yang terjadi adalah lebih teruk lagi. Malah tidak mustahil, berita jam 8.00 malam pada 28hb April itu, kita akan melihat rancangan khas Anwar berucap sebagai Perdana Menteri baru. Nak ker anda dapat Perdana Menteri Baru seperti Anwar Ibrahim yang memulakan Provokasi ni ??? muahahaha.

Sekali lagi saya beritahu anda, oleh kerana itu tidak berlaku, maka wajarlah kita mengucapkan Alhamdulillah kerana Allah S.W.T masih sayangkan Malaysia dan membiarkan sedikit kemusnahan terjadi bagi membolehkan kita menilai dan berfikir mana yang benar mana yang salah. Malaysia setakat ini masih dipelihara dan selamat dari dipimpin oleh boneka Yahudi, alat kafir harbi serta seorang biseksual yang korup. Kerana kasih sayang Allah S.W.T jugalah maka Hadi Awang, Presiden PAS masih bersama kita hari ini, walaupun mengalami sesak nafas dan pitam pada hari perhimpunan tersebut. Mungkin juga apa yang terjadi kepada beliau itu sebagai menunjukkan kemurkaan Allah akibat sanggup duduk di belakang Ambiga Sreevanesan, seorang kafir harbi pendokong hak LGBT dan murtad dalam usahanya membuat kemusnahan untuk menggulingkan kerajaan Islam, yang menentang pendiriannya. Cuba anda bayangkan, jika Hadi Awang terus ‘padam’ pada ketika itu, maka ‘pemergiannya’ adalah dalam keadaan beliau sedang dipimpin oleh Ambiga !!! Saya tak minta, cuma minta anda 'bayangkan'.

Bukti Anwar dan Azmin Ali cetus provokasi

Bagaimana Hadi Awang menilai kejadian tersebut, saya pun tahu tahu, hmmm..Tetapi, anda kena ingat, Hadi yang kita tahu adalah seorang Ulama bongkak, riak, sombong, angkuh dan tidak pernah merendah diri, jauh sekali mengaku salah dan meminta maaf. Biarpun telah disentak dengan kejadian sesak nafas dalam perjuangan haram, saya tidak yakin yang Hadi akan mengambil masa untuk berhenti sejenak bagi menilai semula kedudukan dirinya dalam perjuangan BERSIH, Pakatan Rakyat dan PAS. Hadi Awang telah terlanjur membuat perjanjian dengan syaitan dan tidak mampu melepaskan diri dari perangkap itu.

Nampaknya kata-kata Nik Aziz bahawa PAS sanggup bekerjasama dengan syaitan untuk memusnahkan UMNO telah menjadi kenyataan dan dipegang sebagai satu perjanjian. Kerana itulah, Hadi Awang sanggup turun padang dan Nik Aziz pula menghulurkan wang untuk membantu perjuangan syaitan. Lebih menggerunkan lagi ialah apabila Nik Aziz begitu riak dan megah menunjuk-nunjuk sifat ‘pemurah’ kerana sanggup menghulurkan duit poket sendiri. Beliau berkata, “mana ada pemimpin sepertinya yang sanggup keluar duit poket sendiri ???” Bukankah sifat menunjuk-nunjuk itu juga adalah sifat syaitan?

Kini, semua ini diperlihatkan kepada rakyat Malaysia secara jelas. Dan ayat-ayat Allah S.W.T mengenai Ulama-ulama jahat juga jelas. Tiada yang tidak jelas, melainkan yang jelas-jelas belaka sama ada dalam bentuk kata-kata mereka sendiri, perbuatan mereka, video dan rakaman telefon mereka, bukti-bukti saintifik serta pandangan rambang mengenai perjuangan PAS dalam Pakatan Haram mahupun BERSIH, bahawa mereka itu secara keseluruhannya bertindak begitu bertentangan dengan Islam. Maka,janganlah kita mengundang kemurkaan Allah S.W.T dengan menidakkan yang jelas.



Badut Rakyat.
Selasa, 1 Mei 2012


Monday, April 30, 2012

IKUT SUNNAH AMBIGA


Ambiga memang handal dan tinggi ilmu pukaunya. Apa tidaknya? Yang menggelar diri mereka Tok Guru, punnn dah mengikut sunnah Ambiga dengan memakai pakaian kuning.

Maka tak hairan le kalau berpuluh ribu lagi yang boleh terpedaya, lebih-lebih lagi mereka yang masuk PAS kebanyakan adalah orang-orang jahil yang dulunya dah banyak buat dosa dan kesalahan yang kononnya dengan menjadi ahli PAS dapat mencuci dosa yang lalu.

Nasib baik bodoh-bodoh ni tak mati masa BERSIH 3 tu, kalau tak silap-silap kain kapan juga berwarna kuning!


Tenggara is Southeast
Isnin, 30 April 2012

BERSIH 3.0: George Soros Kecewa Apabila Anwar Ibrahim Gagal Tumbangkan Kerajaan Melalui Demo Ganas!


Tamat sudah episod duka rakyat Malaysia dalam satu lagi perhimpunan di Kuala Lumpur yang dipanggil BERSIH 3.0. Sebenarnya, sejak Anwar Ibrahim dipecat, rakyat Malaysia sudah lali dengan perhimpunan demi perhimpunan yang menuntut entah apa-apa.

Himpunan ini selalunya didalangi oleh pihak Anwar sendiri dan kadangkalanya oleh pihak minoriti yang sengaja menangguk di air keruh. Bagi mengabui mata ramai konon mereka mewakili sebahagian besar rakyat, mereka menggelarkan diri mereka dengan berbagai-bagai nama yang hampir semuanya merupakan NGO haram, iaitu tidak berdaftar.

Tidak perlu rasanya untuk kita cuba merasionalkan tuntutan BERSIH kerana penulis yakin hampir semua rakyat Malaysia sedia maklum bahawa BERSIH bukannya memperjuangkan pilihanraya bersih. Yang mungkin tidak tahu apa-apa, hanyalah segelintir penyokong mereka yang sempit dan cetek pengetahuannya dalam soal politik negara dan juga politik dunia. Bagi golongan ini, walau apapun jawapan dan penjelasan yang diberikan, tidak akan sampai ke otak mereka kerana mereka tidak pernah ingin mencarinya.

Hakikatnya, matlamat BERSIH hanyalah satu iaitu membuat huru-hara dan memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Ini semua orang tahu. Tetapi mungkin tak semua tahu tentang dari mana datangnya dana untuk menggerakkan satu demonstrasi besar seperti BERSIH.

Bersih 2.0 menyaksikan sebanyak 120,000 TShirt di edar dan khabarnya Bersih 3.0 juga sama akan mencetak dalam jumlah yang sama. Dari mana datangnya modal untuk mencetak T.Shirt sebegitu banyak? Dan dari mana datangnya modal untuk menampung kos logistik, telekomunikasi dan kebajikan para pemimpin atasan, bawahan dan peserta? Semua ini memakan jumlah jutaan ringgit. Itu belum termasuk program-program pra-BERSIH seperti mesyuarat, perjumpaan, kos penginapan, pengangkutan, perhubungan, alatulis, banner, poster, bayaran kepada penulis, pemikir, kumpulan propaganda dan lain-lain.

Justeru, dari mana datangnya dana ini?

Pada 27 Jun 2011, Ambiga Sreevanasan, iaitu pengerusi BERSIH 2.0 telah membuat kenyataan berikut kepada media, “BERSIH ada menerima sejumlah kecil sumbangan daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) bagi projek-projek lain, yang tiada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 bulan depan.”

Pokoknya di sini, bukanlah kecil atau besar sumbangan tersebut tetapi dari siapa dan kenapa? Tentang untuk apa ia digunakan, Ambiga boleh kelentong apa saja kerana beliau pastinya baru tersedar yang perkara yang didedahkannya itu akan menjerat dirinya. Justeru, eloklah kita kaji sendiri apakah ‘projek-projek’ lain yang disebut Ambiga?

Untuk tujuan ini, kita harus terlebih dahulu mendalami siapa NDI yang memberi sumbangan ‘kecil’ kepada BERSIH?

NDI adalah salah satu dari empat komponen NED atau National Endowmen for Democracy. Di dalam laman web NDI sendiri, iaitu www.ndi.org juga ada melaporkan bahawa program NDI di Malaysia adalah ditaja oleh NED.

Siapa atau apakah NED?

NED (National Endowment for Democracy), adalah salah sebuah yayasan dana demokrasi, topeng CIA yang didalangi neocon di Amerika Syarikat (AS). NED diasas oleh Ronald Reagan pada tahun 1983. Pengerusinya, Carl Gershman adalah seorang ahli neo-konservatif. Untuk pengetahuan, Rahimi Othman, bekas setiausaha Anwar pernah mendedahkan surat Anwar kepada Gershman yang bertujuan meminta dana juga.

Seorang wartawan barat, William Blum dalam tulisan bertajuk “NED and Project Democracy” mendedahkan NED telah campur tangan di dalam hubungan di negara- negara luar dengan memberikan dana, kemahiran teknikal, latihan, bahan-bahan pelajaran, komputer, mesin faks, mesin fotokopi, dan kereta kepada kumpulan politik yang terpilih, organisasi masyarakat, kesatuan, puak penentang, kumpulan pelajar, penerbit dan akhbar, dan sebagainya atas tujuan menggulingkan kerajaan yang sah bagi membolehkan pemimpin yang pro-Amerika/neocon berkuasa.

Sebelum ini NED telah melakukan perubahan kerajaan di Panama, Nicaragua, Haiti dan kini diteruskan lagi di Timur Tengah dan Thailand.

NDI mengaku telah mengadakan beberapa program di Malaysia bagi menghadapi pilihanraya 2008. Program tersebut melibatkan Research for Social Advancement (REFSA), BERSIH Amnesty International Malaysia (AIM), All Women’s Action Society (AWAM), Centre for Independent Journalism (CIJ), Komuniti Masyarakat (KOMAS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Women’s Aid Organisation (WAO), Writer’s Alliance for Media Independence (WAMI), Bar Council dan beberapa yang lain.

Jika dibuat sedikit kajian anda akan mendapati bahawa hampir semuanya yang disebut diatas menerima dana dari NED dan juga OSI (Open Society Insitute) yang dimiliki oleh George Soros.

Maka, kita berbalik kepada soalan tentang kenapa mereka ini memberi dana kepada BERSIH?

Tidak lain tidak bukan ialah untuk menumbangkan kerajaan Islam yang sah di Malaysia untuk digantikan dengan kerajaan yang lebih liberal, plural dan patuh kepada kumpulan neo-konservatif.

Inilah sedikit sebanyak tentang siapa penaja BERSIH.

Jika masih lagi ada yang bersikap skeptical dan bertanya kenapa NED atau NDI perlu ‘mengganggu’ Malaysia, jawapan terbaik ialah rujuklah kepada Al-Quran tentang bagaimana orang-orang Yahudi itu tidak akan duduk diam selagi mereka tidak dapat mengalahkan Islam.


Gerakan Timur
Isnin, 30 April 2012

Friday, April 27, 2012

Dari Dataran Merdeka Ke Stadium Merdeka Bakal Menyaksikan Pertumpahan Darah

"Niat mereka adalah Mengganas pada 28hb ini"

Bermula esok akan ramai penyokong Pakatan PAS,DAP dan PKR akan masuk ke Kuala Lumpur bagi menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0. Paling ramai yang hadir dijangkakan datangnya dari Kelantan ekoran Fatwa Nik Aziz yang mewajibkan rakyat Kelantan turun ke Demo Bersih. Turut sama menghantar kontijen ke Perhimpunan BERSIH adalah negeri Selangor dan Kedah dan Pulau Pinang.

Pakatan Pembangkang di negeri lain juga menghantar ahli mereka ke Demo BERSIH kali ini dan boleh Gomo katakan jumlah yang hadir berkemungkinan sekitar 30 ribu orang yang mana merupakan satu perhimpunan yang paling ramai pernah dibuat pembangkang.

Namun demikian sasaran utama yang sebelum ini dinyatakan oleh Anwar Ibrahim adalah kehadiran ahli peserta seramai 500 ribu orang. Dan jika 30 ribu sahaja yang hadir maka membuktikan bahawa Demo tersebut telah GAGAL sebelum berlangsungnya hari tersebut pada 28 hb ini.

Apa yang menarik untuk Gomo ulas disini adalah penolakkan Ambiga dengan tawaran yang telah diberikan pihak DBKL, Stadium Bukit Jalil, Stadium Merdeka dan juga jaminan keselamatan oleh pihak PDRM jika Ambiga mengadakan perhimpunan aman di Stadium yang ditawarkan. Mengapa AMbiga ketua pada BERSIH 3.0 ini menolak tawaran yang telah diberikan?

Ambiga menyatakan tawaran tersebut lambat ditawarkan dan masa yang tidak cukup maka pihak BERSIH tidak dapat bersetuju dengan tawaran yang diberikan untuk diadakan perhimpunan aman di Stadium. Betul ke masa tidak cukup?


"Mereka sememangnya mahukan Keganasan"

Gomo lihat apa yang dinyatakan Ambiga ini tidak lain dan tidak bukan sememangnya satu alasan yang Bodoh dan tidak berakal sama sekali. Mana mungkin masa tidak cukup jika lokasi yang hendak ditukarkan itu adalah bersebelahan sahaja dengan Dataran Merdeka.

Stadium Merdeka yang jaraknya kira kira 3 kilometer dari Dataran Merdeka semestinya tidak memberikan sebarang masaalah untuk pihak BERSIH menukar plan perhimpunan mereka. Apakah berbatu jauh sampai patah tulang lutut jika berarak ke Stadium Merdeka?

Jika benar mendatangkan masaalah buat para peserta perhimpunan BERSIH sekalipun pihak Polis pastinya akan membantu para pendemo ini dengan memberikan laluan buat mereka untuk menuju ke dalam Stadium Merdeka. Pendek kata tidak ada sebarang halangan buat mereka ini untuk berhimpun di Dataran Merdeka jika niat mereka ikhlas dan suci untuk berhimpun.

Tapi bila tawaran yang baik untuk berhimpun ditolak maka kita rakyat Malaysia pastinya sudah mengetahui apa niat mereka ini pihak BERSIH yang didalangi Pemimpin Pembangkang. Lain dan tidak bukan adalah kerana agenda mereka yang cuba mencuetuskan huru hara pada 28hb ini di kawasan orang ramai yang akhirnya akan menyebabkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas mereka.

Itu sebenarnya yang mereka mahukan iaitu Rusuhan yang kemudiannya akan dicanang seluruh dunia bahawa Malaysia menzalimi peserta perhimpunan BERSIH. Mereka akan jaja akan kekejaman pihak POLIS walhalkan sejak dari peringkat awal lagi pihak Kerajaan Malaysia, Polis, DBKL sudah memberikan tawaran yang terbaik buat mereka malah jaminan keselamatan juga diberikan dalam memastikan perhimpunan BERSIH yang mereka lakukan berjalan lancar.   Baca seterusnya di PAPAGOMO.


Thursday, April 26, 2012

Wednesday, April 25, 2012

Exco Selangor Sahkan Perjalanan Pilihanraya Di Malaysia Telus


"Umno jangan bermimpi di siang hari untuk menawan Selangor kerana negeri ini akan kekal dengan kerajaan sekarang, malah Putrajaya juga ditawan PR" - Yaakob Sapari Adun (PKR) Kota Anggerik, merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Di saat pembangkang sibuk dengan perhimpunan yang bakal diadakan Sabtu ini atas alasan perjalanan pilihanraya di Malaysia tidak betul, tiba-tiba pemimpin mereka sendiri mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan mereka bukan sahaja mampu mengekalkan Selangor, malah mereka juga akan menang di peringkat pusat.

Itu buktinya mereka yakin dan percaya kepada perjalanan sistem pilihanraya yang dikendalikan SPR. Jika mereka tahu SPR menipu dan memihak kepada BN, sudah tentu awal-awal lagi mereka akan kata kita akan kalah dalam pilihanraya akan datang kerana kejahatan SPR.


Rakan-rakan yang saya hormati sekalian, apa yang mereka rancang dan apa yang mereka nak buat Sabtu ini tidak lain tidak bukan adalah bagi menjayakan agenda jahat pihak-pihak asing untuk menjahamkan Malaysia.

Bukan soal perjalanan pilihanraya tidak betul atau lain-lain. Soalnya mereka adalah ejen-ejen yang diupah oleh anasir asing untuk menimbulkan huru-hara sepertimana yang terjadi di negara-negara Arab.

Sebelum PRU 2008 pernahkah kita mendengar nama Ambiga ? Walaupun dia pernah menjadi Presiden Majlis Peguam tetapi dia tidak popular dan masyarakat tidak mengenalinya. Orang yang tidak dikenali, tiba-tiba Amerika boleh panggil dan diberi anugerah keberanian antarabangsa pada tahun 2009. Sudah tentu ada makna besar yang terselindung disebalik penganugerahan tersebut. Amerika sebagai sebuah kuasa besar dunia, ingat senang-senang ke nak beri anugerah kalau tidak ada hajat terselindung ?


Ceritanya beginilah, ianya sama seperti peristiwa Anwar Ibrahim diberi sambutan karpet merah di Washington April 1998. Secara logik akal cubalah anda fikir, Anwar sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri ketika itu diberi sambutan dengan karpet merah, tembakan meriam serta memeriksa perbarisan. Logik ke seorang TPM yang hanya berkelulusan kesusasteraan melayu diberi sambutan sebegitu rupa ? Sudah tentu ianya ada maksud terselindung. Samalah seperti kisah Ambiga.

Balik bab pilihanraya....apabila bercakap bab ini saya punya kayu ukurnya senang sahaja. Kelantan sejak tahun 1990 jatuh kepada Pas. PRU 1995 , 1999 , 2004 dan 2008 semuanya telah berlalu dan BN gagal merampas Kelantan dari Pas.

Tahun 2004 Pas menang di Kelantan hanya dengan majoriti dua kerusi. Dan di Dun Kemuning Pas hanya menang dengan majoriti 1 undi. Pada masa itu air liur pemimpin-pemimpin BN Kelantan meleleh sampai ke dagu dan berkata sikit ja lagi. Kalaulah benar SPR itu alat kepada BN, masa itu Pas dah tumbang. Bukan banyak nak tipu pun, setakat 1 undi dan 1 kerusi sahaja. Tetapi itu tidak berlaku.

Tahun 2008, anda semua sebagai saksi dan lihat bagaimana BN kehilangan Selangor, Kedah. Perak, Pulau Pinang serta nyaris-nyaris kehilangan Negeri Sembilan dan BN hilang 2/3 di Dewan Rakyat. Kalaulah SPR main kotor dan alat kepada BN, tak merasa orang-orang Pas nak duduk dalam pejabat pentadbiran Kerajaan Selangor hari ini.

Nik Aziz mula bertanding dalam pilihanraya pada 1967 dalam pilihanraya kecil Parlimen Kelantan Hilir. Kemudian bertanding dalam PRU 1969, 1974, 1978 , 1982 , 1986 , 1990 , 1995, 1999 , 2004 dan 2008. Kesemuanya 11 kali dalam tempoh 45 tahun dan tidak pernah kalah. Kalaulah SPR itu jahat, menipu dan alat BN , tak boleh ke mereka bagi Nik Aziz kalah sekali ?

Semenjak 2008 hingga 2011 ada 16 pilihanraya kecil. Mereka menang 8 dan BN menang 8. Kalaulah SPR itu alat kepada BN dan dikawal oleh BN, apa ke jadahnya nak bagi mereka menang. Apatah lagi di Permatang Pauh. Lebih baik pancung Anwar awal-awal.


Permatang Pauh (PKR)
Kuala Terengganu (Pas)
Bukit Gantang (Pas)
Bukit Selambau (PKR)

Batang Ai (BN)
Manek Urai (Pas)
Penanti (PKR) - BN tidak bertanding
Permatang Pasir (PAS)

Bagan Pinang (BN)
Hulu Selangor (BN)

Sibu (DAP)
Galas (BN)
Batu Sapi (BN)
Tenang (BN)
Kerdau (BN)
Merlimau (BN)


Waktu awal-awal mereka menang berderet-deret bercakap bukan main besar lagi kononnya rakyat dah tolak Umno dan BN. Apabila BN tidak bertanding dalam PRK Penanti bukan main lagi mereka mengejek BN takut kalah dan sebagainya.

Di hujung-hujung musim apabila BN menang berderet-deret termasuk berjaya merampas kerusi Galas dari Pas, mulalah suara-suara syaitan kedengaran menyalahkan SPR dan menuduh BN main kotor. Termasuklah tuduhan yang paling gila dari presiden Pas (presiden yang tiada kuasa) BN lepaskan air di empangan semasa PRK Tenang sehingga pengundi Pas tidak boleh keluar mengundi.

Waktu mereka menang termasuklah berjaya merampas kerusi BN di Kuala Terengganu dan Sibu, Datuk Najib tidak menyalahkan sesiapa dan berkata menerima keputusan dengan hati terbuka, bukti demokrasi di Malaysia berjalan lancar dan akan lakukan post mortem untuk kaji punca kekalahan. Itu jawapan orang yang ada akal. Orang yang menerima ketentuan Qada dan Qadar. Dia musahabah diri dan perbaiki apa yang tidak betul. Dan orang seperti itu boleh berjaya berbanding dengan orang yang sering menyalahkan orang lain diatas kegagalannya.

Baru-baru ini di Kedah, Datuk Najib sebagai seorang PM sanggup merendahkan dirinya memohon maaf kepada rakyat atas kesilapan BN sehingga mereka ditolak dalam PRU yang lepas. Dan berkata BN belajar atas kesilapan lalu serta akan memperbaiki keadaan. Seorang PM telah menunjukkan sifat yang mulia dengan merendah diri kepada rakyat memohon maaf.

Apabila Datuk Najib mohon maaf , pembangkang mengutuk, mengeji, mengejek serta memperli tindakan Datuk Najib. Apakah rakyat tiada otak untuk memikir dan menilai sikap kebudak-budakan mereka itu ? Apabila kalah pilihanraya , SPR yang dituduh menipu....

Nak harap mereka minta maaf atau muhasabah diri, jangan haraplah. Bercakap pasal Islam bergegar-gegar pentas ceramah, tapi bila dah kantoi menipu jangan kata nak minta maaf, malah menambahkan lagi penipuan adalah.

Orang yang tidak mengakui kesilapan sendiri dan tidak bermuhasabah diri hidupnya tidak akan kemana. Satu lagi orang yang suka menipu atau hidup atas penipuan. Hidup mereka tidak tenteram dan tidak akan berjaya. Semua pakej itu lengkap ada pada pembangkang yang wujud di Malaysia hari ini. Jadi, sampai bila pun mereka tidak akan berjaya selagi mereka tidak buang semua perangai itu.


RBF Online
25/4/2012


::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU