Showing posts with label Nik Aziz Nik Mat. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz Nik Mat. Show all posts

Thursday, February 14, 2013

SIAPA TIPU SIAPA ?


1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.

2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional.

3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.

4. Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu.

5. Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertanggungjawab keatas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.

6. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.

7. Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.

8. Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.

9. Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Dato Asri.

10. Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

11. Pada Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi.

12. Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Tidak ada penipuan oleh UMNO.

13. Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai orang Islam disuruh oleh agama Islam supaya menyambut seruan kedamaian dari musuh. Orang Islam disuruh bersatupadu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.


Chedet.cc
13 Februari 2013

 

Thursday, December 27, 2012

Siapa Yang Takut Hilang Kuasa? Hj Hadi Atau Nik Aziz?


RANTAU PANJANG 26 Dis. 2012 - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak tunduk dengan desakan pelbagai pihak supaya menarik balik amanat yang dibuatnya pada 1981.

Nik Abdul Aziz sebaliknya meminta Abdul Hadi bertemu dan berhujah dengan pihak yang mendesaknya menarik balik amanat yang dibuatnya itu.

“Agama ini bukan hak Haji Hadi seorang, agama ini hak semua, maka kerana apa pihak berkenaan tidak mahu berdepan dengan Haji Hadi, kerana apa, takut?“

Ajar puak penakut ini, takut tidak dapat duit, biar Haji Hadi tegap dengan keputusan dia,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan banjir di sekitar Rantau Panjang di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan pelbagai pihak supaya Abdul Hadi menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO yang dibuat pada 1981.

Petikan dari Utusan Malaysia

Yang jelasnya, siapa yang takut hilang kuasa kalau Hj Hadi menarik balik Amanatnya? Nik Aziz, Nik Aziz! Adakah kerana keinginan mengalahkan UMNO dan dapat duduk di Putrajaya membuatkan Nik Aziz hilang pertimbangan pemikiran yang waras? Bagi penyokong PAS yang masih waras, fikir-fikirkanlah ...

Wednesday, December 19, 2012

DEWA MAKSUM (Setaraf Nabi) PAS Rupanya Seorang PERASUAH Juga?

Nga dan Ngeh bersama Nik Aziz

Hot! TANAH 10,526 EKAR SEBAGAI SYARAT NIZAR JADI MENTERI BESAR PERAK ADALAH BENAR

Masihkah anda ingat sebaik saja kemenangan pakatan di Perak mereka mempunyai masaalah untuk melantik menteri besar.

DAP membantah pada waktu itu kerana wakil rakyat mereka tidak boleh menjadi calon Menteri Besar kerana undang-undang tubuh negeri menetapkan Menteri Besar Perak harus seorang yang beragama Islam.

Pada ketika itu Lim Kit Siang bermati-matian tidak mahu menyerahkan jawatan itu kepada PAS. Malah jawatankuasa eksekutif pusat DAP membantah tidak akan menerima PAS sebagai menteri besar memandangkan DAP menang DUN melebihi daripada PAS atau PKR.


Tak sampai 24 jam, tiba-tiba Lim Kit Siang, Nga Khor Meng dan juga Ngeh Kor Ham bersama Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak.


Disinilah bermulanya episod PAS dan Nizar menjadi boneka DAP di Perak. Pada malam itu berlaku perbincangan peringkat tertinggi diantara PAS dan DAP.

DAP berkeras pada mulanya untuk tidak menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak, setelah berlaku campur tangan Nik Aziz dan PAS bersetuju menerima syarat syarat yang ditetapkan oleh DAP maka Nizar secara rasmi menjadi Menteri Besar Boneka DAP Perak.

Khabarnya sebahagian daripada rundingan tersebut yang mendapat reaksi serta merta oleh Ngeh dan Nga apabila Nik Aziz menawarkan sebidang tanah yang besar di Kelantan sebagai tukaran ganti membenarkan Nizar menjadi Menteri Besar.

Dalam isu ini, bukan saja DAP dengan perlantikan Ngeh dan Nga sebagai exco kanan untuk mengawal sepenuhnya Menteri Besar Perak malah mereka turut mendapat habuan daripada PAS apabila Nik Aziz memberi imbuhan tanah bernilai jutaan ringgit.

Ironinya selepas Kongres DAP di Pulau Pinang, Ngeh dan Nga dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat. Pisau menerima email daripada orang kuat DAP agar mendedahkan siapakah sebenarnya Ngeh dan Nga. Mereka terlibat dengan penyelewengan dan juga menerima rasuah daripada Nik Aziz Menteri Besar Kelantan untuk menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak pada ketika itu.

Modus operandinya mudah, Sebuah syarikat RM2 ditubuhkan Upayapadu Plantation Sdn Bhd. Kemudian Kerajaan negeri Kelantan menganugerahkan tanah kepada syarikat ini keatas 3 penama seperti tertera didokumen dibawah. Kemudian hak milik syarikat diambil alih oleh Ngeh, Nga dan kroni DAP.


Lokasi tanah tersebut di Relai, Daerah Chiku, Gua Musang. Kelantan. Bayangkan rakyat Kelantan sendiri tidak diberi tanah tetapi Nik Aziz dengan semudah itu merasuah 10,526 ekar bernilai lebih 30 juta ringgit kepada DAP.


Surat tuntutan yang dikeluarkan oleh Ngeh & Co adalah syarikat guaman milik Ngeh Koo Ham. Dibawah adalah dokumen selepas pertukaran nama yang telah selesai. Sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30 juta ringgit.


Syarat untuk Nizar menjadi lembu kepada DAP cukup besar nilainya. Selain daripada menjadi lembu DAP, Nizar turut memberikan pulangan yang lumayan kepada Ngeh dan Nga. 11 bulan memerintah kerajaan Perak inilah hasilnya. PAS rasuah DAP, DAP perguna PAS. Yang kaya adalah pasangan bersaudara Ngeh dan Nga.

Hasil keberkatan sogokan tanah balak tersebut, selepas lebih kurang 11 bulan menjadi Menteri Besar Perak, Nizar mengadakan persidangan tergempar DUN dibawah sepohon pokok berhampiran dengan bangunan SUK negeri Perak ..

Catatan sejarah Malaysia - sidang Dewan Undangan Negeri diadakan dibawah pokok


Sunday, September 02, 2012

Laaa, Nik Aziz KECUT Berhujah Dengan Ustaz Fathul Bari Pasal CETEK ILMU AGAMA. Masyaallah !!!



Ulasan TUKANG DOK PEGHATI memang tepat sekali ...


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita sebenarnya terTARIK dengan USAHA Ustaz FATHUL Bari (UFB) untuk DUDUK berSEMUKA dan berBINCANG dengan Pok Nik 'ALAIHISSALAM' berhubung perMASALAHan HUDUD dan tentunya lain-lain perkara meLIBATkan umat ISLAM.. Walaupun HASRAT UFB ini di'REJECT' oleh Pok Nik sama seperti KISRA PARSI mengoyak-ngoyakkan SURAT DAKWAH Rasulullah SAW dahulu, UFB tetap berSIKAP terBUKA dan masih mengHARAPkan Pok Nik menyambut USAHAnya itu.. Namun, semua MAKLUM bahawa 'GEDEBE Kedai LALAT' macam Pok Nik nih mananya nak LAYAN benda-benda macam nih.. Jatuh la 'STANDARD'!

RAMAI sedia MAKLUM Ketua PEMUDA PAS, Nasruddin TANTAWI pun akhirnya terSASUL apabila berBAHAS pasal HUDUD dengan UFB hinggakan terSEBUT pulak KONONnya 'GOD-Father' DAP boleh menerima HUDUD..->KLIK<-

Memang dah PE'EL BURUK Lebai-Lebai DUNGU PAS, diri sendiri yang terSASUL, bila dah KECOH pandai pulak TUDUH orang lain.. Kita PERCAYA mungkin keINGINan UFB bertemu Pok Nik adalah kesinambungan daripada keGAGALan Ketua PEMUDA PAS yang GAGAL menegakkan penDIRIan PAS dalam ISU ini..

Agak-agak andalah, kenapa Pok Nik 'REJECT' perMOHONan UFB untuk DUDUK berSEMUKA dan berBINCANG? ALASAN yang diBERIkan oleh Pok Nik KONONnya dia TIDAK kenal seterusnya memperLEKEHkan UFB sebenarnya TIDAK lebih macam DALIH seorang BUDAK yang MALAS nak pergi SEKOLAH.. Sebenarnya, jika anda TONTON balik KLIP YOUTUBE di bawah ini, anda akan dapat 'HINT' kenapa Pok Nik 'REJECT' untuk berSEMUKA dengan UFB secara RASMI..

Anda masih INGAT lagi KLIP YOUTUBE ini? Kita pernah SIARkan dalam BLOG ini semasa KEMPEN PRK DUN Galas tengah HANGAT..


KLIP YOUTUBE itu memaparkan perTEMBUNGan antara Pok Nik dengan bekas PROF. Madya USTAZ Mohd. Nor DERIS.. Mereka berDUA dahulunya adalah SEKUTU yang kini berSETERU akibat Pok Nik memperTAHANkan PAS yang berSEKONGKOL dengan DAP La'anatullah.. Di dalam KLIP tersebut anda boleh SAKSIkan sendiri REAKSI Pok Nik yang 'HANGIN' semacam apabila terpaksa berSEMUKA dengan seorang ULAMA yang seTANDING (Mungkin lebih HEBAT pasal USTAZ Mohd. Nor DERIS ini PROFESOR?) dengannya.. Pok Nik terpaksa mengHARAPkan Lebai-Lebai DUNGU PAS 'COVERLINE' untuknya ketika itu..

Itulah 'HINT' yang kita MAKSUDkan.. Pok Nik sebenarnya bukanlah SPESIS ULAMA MUKTABAR yang BERANI berHUJAH secara terBUKA berhubung sebarang FATWA atau AJARAN yang diUCAPkannya sendiri.. Pok Nik hanyalah ULAMA 'MURTABAK' yang berGANTUNG kepada keTAKSUBan Lebai-Lebai DUNGU PAS untuk memperTAHANkan segala macam AYAT yang keluar dari MULUTnya terhadap LAWANnya.. Lebai-Lebai DUNGU PAS yang TAKSUB inilah yang akan memperTAHANkannya setiap kali dia MERAPU tak tentu pasal.. SKRIP mereka untuk 'COVERLINE' tentunya dengan memPERTIKAIkan keISLAMan orang lain!

Jika anda TELITI perTEMBUNGan Pok Nik dengan ULAMA atau ILMUWAN ISLAM sepanjang dia jadik MB Kelantan, anda akan DAPATi Pok Nik lebih BANYAK mengelak untuk berSEMUKA sebaliknya Lebai-Lebai DUNGU PAS yang akan 'COVERLINE' memperSOALkan keISLAMan ULAMA atau ILMUWAN ISLAM tersebut.. Sebab itulah Pok Nik 'HANGIN' dengan ULAMA UMNO/BN seperti arwah TS Hamid OTHMAN, TS Yusof NOR, DS Abdullah Md ZIN, Datuk Mashithah IBRAHIM dan RAMAI lagi.. Pok Nik 'HANGIN' kerana dia pasti 'KANTOI' dan orang akan TAHU setakat mana sangatla TINGGI ILMUnya tuh..

Inilah jugak sebabnya GAMBAR-GAMBAR ZUHUD Pok Nik diSEBARkan setiap masa..KeZUHUDan Pok Nik akan meNAIKkan lagi tahap keTAKSUBan Lebai-Lebai DUNGU PAS untuk 'COVERLINE' setiap apa yang Pok Nik MERAPU walaupun sering diperSOALkan oleh RAMAI ULAMA lain.. Oleh itu, tak HAIRANlah KREDIBILITI UFB pun turut diperLEKEHkan hanya kerana dia ingin berSEMUKA secara BAIK.. Tahap penDIDIKan orang pun Pok Nik PERTIKAIkan..
Punyalah Pok Nik nak KATA orang TAGHUT hanya kerana orang tuh belajar di Timur Tengah.. Pok Nik LUPA dia BELAJAR kat Deoband, INDIA tuh BETUL sangat ke? KAH!KAH!KAH!

Bagaimana pulak reaksi Pok Nik bila tengok gambar kat bawah ni ye? Mau rasanya suhu badan Pok Nik meningkat 300 darjah celsius kot ... PECAT, PECAT, PECAAAAATTTT ...



Tuesday, August 21, 2012

Al-Kitab PAS : Himpunan 'Fatwa' Nik Aziz, Bapa 'Parasit Agama Semulajadi'


1. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

2. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - 19 Nov 1992.

3. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - 26 Nov 1994.

4. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - 12 Mei 1999.

5. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, - 3 Julai 1999.

6. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah di Masjid Kg Pulau Melaka.

7. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - 28 April 1999.

8. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - 24 Januari 1999.

9. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - 29 April 1999.

10. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - 4 Ogos 2001.

11. "PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Harakah, 4 Mac 2001. 

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah di Masjid Pengadang Baru, Marang, - Oktober 2001.

21. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3,000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

22. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” –Harakah, 22 Feb 1999. 

23. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ –Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

24. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – 12 Mei 1999 

25. "Kepercayaan manusia kepada kiamat menyebabkan seganas-ganas manusia akan jadi ganas. Kerana dia yakin walau bagaimana ganasnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepan dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir Akulah orangnya sombong, tak dengar kata orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun ada di aku, handalan pun ada di aku, sombong pun di aku. Kalau samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu sombong aku lebih sombong. Percayaan kita manusia kepada akidah nilah, akidah akhirat kita panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – 31 Julai 2002.

26. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

27. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – 12 Ogos 2009. 

28. “Nabi Muhammad waktu dia beranak tu serupa dengan Mat-Mat lain di kampung juga. Mat anak kita, mat budak kampung dengan mat tanah Arab sama saja.”.- Kota Bharu, Kelantan Feb. 2012


Sumber Asal : Keris 7 Lok


Thursday, July 19, 2012

Sedarkah Anda Sekelian Berita Turunnya Wahyu Ini?


 
Cuba anda lihat video diatas sehingga habis, dan anda HAYATI, FAHAMI dan TAFSIRKAN maksud yang disampaikan oleh Nik Abduh Nik Aziz, anak mursyidul am PAS ini.
"Didunia ini tidak ada suatu perjuangan yang lebih suci daripada perjuangan orang-orang PAS, penyokong dan pejuang PAS menuju Putrajaya"

"Mengapa kita mahu ke Putrajaya?. Allah mengarahkan kita (PAS) ke Putrajaya.
Siapakah yang menerima 'wahyu' tersebut? Nik Aziz bapanya atau Nik Abduh sendiri?
Fikir-fikirkanlah bagi mereka yang masih diberi Allah swt kesempurnaan otak untuk berfikir dan mencari kebenaran!

Tuesday, June 26, 2012

Memahami Formula Yang Tersirat Dalam Bendera PAS



Bentuk Bulan Bulat = Bentuk Angka KOSONG (SIFAR).

Gambar Bulan atau Angka KOSONG diabadikan dalam Bendera Parti PAS, yang berlatarkan pula warna HIJAU. Mengapa hijau? Kerana semua pemimpinnya masih belum matang berfikir (masih mentah) walaupun saban waktu begitu ketara terlalu bernafsu untuk memimpin negara. Bolehkah kita mengharapkan pemimpin yang masih mentah daya berfikir untuk memimpin halatuju hidup dan kehidupan kita? Katakanlah TIDAK walaupun terpaksa.

Formula yang mudah untuk difahami : PAS = KOSONGSIFAR atau ZERO = 0.

Mungkin ramai yang tidak perasan ianya juga memberi makna bahawa Sebenar-Benarnya percaya kepada Janji-Janji PAS adalah sama dengan Percaya kepada Janji-Janji KOSONG pemimpin-pemimpinnya, menyeluruh disemua peringkat parti.

Janji-Janji Manis PAS yang termasyhur antara lain adalah Ketentuan Syurga dan Pahala, Tertegaknya Negara Islam di Bumi Malaysia, dan Terlaksananya Undang-Undang Islam dalam pentadbiran Negara. Inilah janji-janji yang sentiasa dicanangkan kepada Lebai-Lebai DUNGU PAS bermula dari terjaga dari tidur hingga kembali melelapkan mata, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, TANPA rasa jemu, rasa malu apatah lagi untuk rasa bersalah.

Kerana itu ramai pemimpin-pemimpinnya seolah-olah hampir berIQ sifar, contoh - melambak diseluruh negara dengan mengeluarkan bermacam-macam fatwa karut-marut, membawa cerita-cerita rekaan yang cukup menghiburkan penyokong taksub mereka sebagai halwa telinga 'penghuni syurga' rekaan mereka, sehingga mereka berTAKEBEER tak mengira tempat dan ketika.

Mereka boleh berjanji apa saja sehingga merentasi Alam Barzah dan Alam Akhirat. Semua terpakai!

Cuba kita lihat janji-janji PAS dibawah ini, dan kita renung-renungkan, adakah ianya akan terlaksana? Kita ambil contoh satu dua sudahlah, tak payah banyak-banyak ...

Senyum Kepuasan 2 Pemimpin Tertinggi PAS Kerana Berjaya
MenDUNGUkan Penyokong Tegar Mereka
Lihat Jamiman No. 1 tu cukuplah. Boleh percaya ke ni? Orang yang MALU nak mengaku Melayu memberi jaminan nak mengangkat mertabat kaum Melayu! Hek eleh ...

Jaminan No. 9. Untuk apa nak dipertahankan? Nak buat jirat Cina seluruh Malaysia? (Contoh kat Kedah).

Jaminan No. 11. Mempertahankan sekolah agama? Tapi mengapa agaknya sampai berdemontrasi dengan DAP membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat kat Perak?

Apa-apa pun, nak tanya PAS ni ... Madrasah Salihiah kat Kedah tu dah robohkan ke belum? Nanti Lebai-Lebai DUNGU PAS kempunan nak beli-belah kat shopping mall yang nak buat atas tapak Madrasah tu!

Friday, June 15, 2012

Kata Dua Nik Aziz - Mahu Haji Atau Mahu Gerenti Syurga ?

FATWA SESAT - UNDI PAS IALAH RUKUN ISLAM KE LIMA GANTI HAJI !

Ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima. Kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz turut bersetuju jika penyokong parti Pas membatalkan niat untuk menunaikan haji jika pilihan raya umum ke-13 diadakan pada musim haji tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mengeluarkan arahan rasmi supaya mereka berbuat demikian kerana ia terserah kepada pucuk pimpinan parti.

Bernama melaporkan, Nik Aziz berkata, Islam tidak mewajibkan mereka pergi mengerjakan Haji setelah nama mereka tersenarai sebagai jemaah haji oleh Tabung Haji pada tahun berkenaan. 

"Malah, Nabi Muhammad sendiri menunaikan haji pada tahun ke-10, sedangkan ayat mengenai wajib haji turun pada tahun keenam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MASS CPR peringkat Negeri anjuran St John Ambulans Malaysia (SJAM) di sini, hari ini.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru didakwa meminta anggota Pas yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya supaya menangguhkan ibadah haji.

Mengenai kerajaan Pas Kelantan menarik balik larangan wanita menyertai tilawah Al-Quran selepas lebih 20 tahun larangan itu dikuatkuasakan, Nik Aziz berkata, perkara itu boleh berubah bergantung kepada keadaan semasa kerana kebanyakan umat Islam kini sudah memahami mengenai agama dan adat sopan dalam masyarakat.

Kerajaan Pas Kelantan mula melarang wanita menyertai tilawah al-Quran di semua peringkat selepas mengambil alih teraju pentadbiran negeri ini pada 1990. Ia menimbulkan isu sehingga ia dibantah oleh Persatuan Qari dan Qariah negeri ini yang meminta kerajaan negeri mengkaji semula larangan itu.

Subhanallah... apakah ini ujian Allah terhadap umat Islam dinegara ini, terlalu dangkal hujah Nik Aziz untuk menyuruh penyokong atau pengundi membatalkan hasrat mereka menunaikan Haji, sedangkan Haji yang mereka ingin tunaikan bukannya haji 'taja' sebaliknya dengan niat kerana Allah Taala.

Apakah Nik Aziz lupakan MATI bila mengatakan Haji itu boleh dilakukan bila-bila masa, Allahuakbar... Nik Aziz lebih mementingkan kuasanya daripada ibadah Haji, Nik Aziz seakan sudah tidak percaya dengan kuasa Allah Taala yang akan membantu perjuangan Islam sekiranya perjuangan itu benar-benar mengikut dasar Islam.

Perkara yang ada didalam RUKUN ISLAM pun boleh diketepikannya demi kegilaan kuasa, atau ada didalam rukun Islam bahawa WAJIB mengundi Pas lebih pada menunaikan Haji, mementingkan rukun Pas lebih pada rukun Islam lebih baik jadi orang Pas dari menjadi orang Islam.

Sebesar mana perjuangan Pas memberi makna kepada Islam sehingga sanggup mengetepikan rukun Islam yang ke 5 itu, kita boleh terima sekiranya perjuangan Pas itu benar-benar mengikut perjuangan Islam, ini perjuangan Pas pun tidak seberapa dan banyak pula bercanggah dengan perjuangan Islam yang sebenarnya.

Pas boleh berpolitik, tidak salah malah ia perlu, tetapi jika sudah memperjudikan Islam kerana kepentingan politik ini satu hal yang tidak betul dan SESAT, Khilaf memang ada didalam Islam, dan kita hormat perbezaan pendapat, tetapi ini adalah perbezaan pendapat yang jelas lebih mementingkan politik daripada rukun Islam yang sebenar.

Kalau Pas sudah laksanakan Hukum Hudud seumpamanya, dan semua pemimpin Pas itu Ulamak bertakwa seadanya, dan boleh jadi mudharat sekiranya penyokong Pas tidak mengundi kerana pergi menunaikan Haji yang boleh menyebabkan runtuhnya empayar Islam dan yang akan naik itu empayar dajjal ketika itu berbaloilah untuk membatalkan niat mereka menunaikan Haji dan boleh jadi lebih WAJIB untuk mereka mempertahankan kuasa Islam itu.

Ini tidak berlaku, kiranya jatuh kerajaan Pas bukan bermakna tumbangnya kerajaan Islam, kerana kerajaan yang akan naik itu lebih Islam daripada kerajaan Pas dan Islam tidak mudharat atau terancam dibawah kuasa itu. Maka apa perlunya untuk menyuruh mereka membatalkan niat menunaikan rukun Islam kelima itu.

Perkara ini perlu jelas dan jangan mudah terkeliru, ISLAM lebih penting dari Pas, tanpa Pas Islam tetap akan berkembang dan langsung tidak mendatangkan mudarat, jadi tidak ada sebab untuk umat Islam membatalkan niat suci mereka kejalan Allah semata-mata kerana Pas.

Inilah ujian Allah terhadap hamba-hambanya supaya kita lebih celik dalam menilai dan membuat keputusan, sangat tidak wajar kenyataan Nik Aziz supaya membatalkan niat untuk menunaikan Haji, dan bagi Gk umat Islam tidak fikir yang seorang perdana Menteri Islam akan mengadakan pilihanraya pada musim Haji yang boleh menyebabkan sebahagian umat Islam tidak dapat mengundi sekaligus tidak berlaku adil kepada mereka yang berhak.

Hal ini mustahil untuk berlaku dibawah seorang Perdana Menteri Islam yang adil, sekiranya ia berlaku maka kuasa Allah lebih berkuasa dari segala-galanya termasuk kuasa seorang Perdana Menteri yang tidak adil. 

Sebagai sebuah negara yang majoriti kemenangan sesebuah parti ditentukan oleh pengundi atas pagar, bukankah ketidakadilan itu akan akan dinilai untuk diputuskan oleh golongan mereka ini. Dengan itu Nik Aziz yang dikatakan Ulamak sepatutnya lebih kena yakin kepada kuasa Allah Taala daripada kuasa manusia.

Didalam meyakini kuasa Allah Taala benar ia perlu ada usaha dan usaha itu tidak bermakna usaha untuk tidak mengerjakan rukun Islam kelima bahkan banyak lagi usaha-usaha lain yang boleh dilakukan daripada menafikan Rukun Islam itu.Oleh yang demikian sedarlah dan kejutkanlah Nik Aziz itu dari terus menyesatkan. Anda Mampu Mengubahnya..

Tuesday, June 12, 2012

Ustaz Azhar Idrus Perli PAS. Nik Aziz : "Reti Bahasa Ke Tak"?

Klik gambar untuk tonton


Perjuangan Nabi Muhammad SAW Sama Dengan Perjuangan Komunis ?


Sekali lagi Pisau ingatkan khawarij PAS sanggup menghalalkan perjuangan komunis hingga menyamakan Nabi Muhammad dengan perjuangan komunis di Tanah Melayu.

Bab nak menghalalkan cara asalkan matlamat tercapai kita serah kat khawarij PAS, Dek kerana nak mempertahankan Mat Sabu dengan komunis presiden khawarij juga sanggup menghalalkan perjuangan komunis dengan samakan Nabi sebagai pengkhianat bangsa.

"Nabi pun dianggap pengkhianat"

Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian.

“Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT,” tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.

Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom.

“Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.,” jelasnya di hadapan lebih 3,000 jemaah.

Katanya, Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri.- Harakah

 
Apa kena mengena rasullulah berperang dengan kafir dengan perjuangan komunis? Adakah komunis memperjuangkan agama Islam? Adakah komunis mempertahankan bangsa dan tanahair?

Adakah komunis berperang menentang melayu kafir jahilliah? Inilah taraf presiden khawarij, kita dah nampak bagaimana timbalan khawarij bermulut longkang berotakkan kepala lutut. Sekarang presidennya pula lebih komunis daripada komunis pula.

Murtad pun dah halal, sekarang komunis pun dah jadi perjuangan fisabillilah....


PISAU.NET


Monday, June 11, 2012

Nik Aziz Minta Bantuan Ulama Syiah Untuk Menang PRU!



 
 

Menurut pengirim, Nik Aziz meminta bantuan dan sokongan penganut syiah di Malaysia untuk mengundi PAS. Tempat pertemuan Nik Aziz dan Ulama Syiah bertempat di Rumah Kelantan. 


Seperti yang kita tahu, ajaran syiah telah lama bertapak dalam PAS. Mungkin pertemuan kali ini, Nik Aziz meminta sokongan penganut syiah yang bukan ahli dan penyokong PAS.

 

Kita tunggu penjelasan rasmi dari PAS selepas ini.

*Kalau benar Nik Aziz jumpa dengan ulama syiah, kenapa berita ini tak keluar dalam Harakah? Adakah ini adalah strategi sulit PAS dalam menghadapi PRU 13? Jika benar, amat jelas PAS semakin terdesak sampai dengan syiah pun PAS sanggup gadaikan perjuangan mereka."


Tuesday, May 29, 2012

Kelebihan-Kelebihan Nabi Muhammad SAW - Menjawab Tuduhan-Tuduhan Liar Nik Aziz

Kulaan Niring

Ini Dalil Khas Buat Nik Aziz Bahawa Nabi Muhammad Bukan Macam Mamat Kampung...


Kepada 'ustaz-ustaz, tok guru-tok guru' yang berkenaan, ini jawapan dan dalil lengkap dari Murabbi Al-Fadhil Ustaz Mohammad Kazim Elias Al-Hafiz kepada kenyataan yang dianggap menghina Nabi Muhammad SAW.

1)  Ada 'orang' yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW sebelum dilantik menjadi Nabi, Baginda sama macam mamat-mamat dikampung, tiada keistimewaan. 

Ini jawabnya :

Sila rujuk kitab 'Kelebihan Rasulullah SAW' yang dikarang oleh As-Syeikh Izzudin Abdul Aziz, yang diterjemah oleh Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman muka surat 8. Surah Al-Anbiyaa' ayat 107, "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam." 

Dalil dari hadis hasan dan sahih, Hadith; “Para Sahabat bertanya, `Ya Rasulullah, bilakah wajibnya Kenabian engkau?’ Baginda menjawab,“Sejak saat ketika Adam masih dalam keadaan antara ruh dan jasad.” - riwayat Tirmidzi 

2)  Ada yang mengatakan, ketika Nabi Muhammad SAW ingin dilahirkan, ibunya Aminah langsung tidak mengetahui bahawa yang dimengandungkan itu adalah bakal Nabi. 

Ini jawabnya : 

Sila rujuk kitab 'Kerasulan Nabi Muhammad SAW' intisari dari Sirah Nabawiyyah karangan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, m/s 24-25, m/s 52-53.

Dalil dari hadis Ibn Al Jauzi : Aminah telah berkata ketika beliau mengandung Rasulullah s.a.w “Saya tidak merasakan saya ini sedang hamil, juga tidak merasa berat seperti yang dirasakan oleh semua wanita yang sedang hamil, namun saya merasa syak wasangka kerana haid saya tidak datang, setelah itu datanglah seseorang kepadaku pada waktu ku dalam keadaan tidur dan terjaga lalu dia berkata:”Apakah engkau merasakan bahawa dirimu sedang hamil? Aku menjawab: Tidak tahu. Dia berkata lagi:"Sesungguhnya kamu telah mengandungkan bayi yang akan menjadi pemimpin dan nabi umat ini, waktu itu adalah hari Isnin"

Dalil dari Al-Quran iaitu dalam surah Toha ayat 38-40: iaitu kisah ibu Nabi Musa, "Tatkala Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya" dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu. "Tatkala saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu: "Mahukah aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?" Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang tenteram hatinya dan supaya ia tidak berdukacita. 

Juga dalil dari Surah As-Saff, ayat 6: "Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibn Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama Ahmad. Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"

3)  Ada yang mengatakan Nabi dilahirkan dalam keadaan bersunat, bersujud, diangkatkan jari, dan mendakwa kisah ini adalah kisah 'scoby-doo by-doo'. 

Ini jawabnya : 

Sila rujuk kitab 'Keistimewaan Rasulullah SAW' karangan Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki m/s 192-193, yang mengemukakan dalil hadis, Baginda bersabda: “Di antara kemuliaan yang diberikan ALLAH SWT kepadaku adalah, aku dilahirkan dalam keadaan sudah dikhitan, kerana itu tidak ada orang yang melihat aurat (kemaluan) ku.” (HR At-Thabrani, Abu Nuaym, al-Khatib dan ibn Asakir). 

Lupakah kamu dengan irhas para-para Nabi? Terdapat 17 nabi lain yang dilahirkan dalam keadaan berkhatan menurut Ibnu Qayyim.

4)  Ada yang mengatakan Rasulullah SAW ketika sama macam budak-budak kampung yang lain. 

Ini jawabnya : 

Sila rujuk kitab 'Sejarah dan Perjuangan Nabi Muhammad SAW' karangan Haji Zainal Ariffin Bin Abbas yang mengemukakan dalil hadis daripada Saidina Ali Bin Abi Talib "Saya tidak pernah terdetik untuk melakukan perbuatan sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat jahiliah melainkan dua kali. Namun Allah melindungi saya daripada melakukannya. Kemudian saya tidak pernah lagi terniat untuk melakukannya sehingga Allah memuliakan saya dengan risalah ini."

Juga dalil dari Surah Ad-Dhuha, ayat 6-8, "Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungi(mu). Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, (3) lalu Dia memberikan petunjuk. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. " 

Nabi anak yatim, tetapi bukan seperti anak-anak yatim yang lain.

5)  Ada yang mengatakan tidak boleh panggil Saiyidina. 

Ini jawabnya: 

Sila rujuk kitab '41 Kelebihan Nabi Muhammad SAW' m/s 18, Allah tidak pernah memanggil Nabi Muhammad SAW dengan nama Muhammad, tetapi Allah memanggil dengan panggilan yang mulia, 'ya ayyuhan nabi, ya ayyuharrasul'. Berbeza dengan para nabi yang lain, Allah memanggil nama, dalil surah Hud, ayat 48 (Nabi Nuh), surah As-Sad ayat 26 (Nabi Daud), surah Maryam ayat 7 (Nabi Zakaria) surah Maryam ayat 12 (Nabi Yahya)6) 

Ada yang mengatakan bahawa tidak perlu menyambut maulid Nabi, kerana kerja Maulid ini tidak pernah sudah. 

Ini jawabnya: 

Sila rujuk kitab 'Sejarah dan Perjuangan Nabi Muhammad SAW' m/s 309-310. Dalil dari surah Maryam ayat 15, yang ditujukan kepada Nabi Yahya, "Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).", ayat 33 "Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan, dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)". 

Kedua-dua dalil ini menunjukkan mengucapkan salam sejahtera adalah baik. Jika ada yang bertanya adakah Nabi pernah menyambut maulid atau tidak, 

Ini jawabnya: 

Sila rujuk kitab 'Sirah An-Nabawiyyah' karangan Prof. Asy Syaikh Sayyid Muhammad 'Alawi Al-Maliki m/s 64-65 membicarakan Rasulullah SAW membesarkan hari kelahiran Baginda. Dalil dari hadis : "menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menjadi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku."

Monday, May 28, 2012

Fatwa "UNDI PAS MASUK SYURGA" Itu Sesat!!


Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram Sahkan "UNDI PAS MASUK SYURGA" Itu Sesat!!


Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.

Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik. - utusan

Fatwa Masuk Syurga : Tiada Keperluan Tarik Kembali - PAS

alt


KUALA LUMPUR, 28 Mei 2012 : PAS menyifatkan tiada keperluan untuk parti itu menarik semula "fatwa" undi PAS masuk syurga biarpun sejak kebelakangan ini parti itu diminta segera menjelaskan semula isu fatwa tersebut oleh kebanyakan pihak.

Utusan Malaysia versi mingguan menyiarkan wawancara dengan Ahli Majlis Fatwa Masjidi Haram Sheikh Dr Sulaiman Saloomi yang menegaskan fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Malah sebelum ini, isu fatwa PAS ini telah dibangkitkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria tahun lalu yang mengatakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa itu sehingga menyebabkan Menteri Besar Kelantan memohon penjelasan.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata parti itu mengambil ketetapan dengan tidak akan melayan isu tersebut sebaliknya mahu memberi fokus kepada persiapan menghadapi PRU13, yang dijangka akan diadakan September ini.

"Saya rasa itu langkah terdesak UMNO yang sudah tidak mempunyai modal dan isu untuk berhadapan dengan PAS. UMNO mainkan semula lagu lama untuk dapatkan simpati rakyat menjelang pilihan raya umum.

"PAS tidak akan menoleh lagi ke belakang untuk layan perkara ini, kita akan tetap dengan perjuangan dan pendirian kita bersama Pakatan Rakyat (PR).

"Kita tidak akan layan perkara macam ini, kita mempunyai agenda dan perancangan yang harus dilakukan segera.

"PAS ada strategi yang harus dilaksanakan, dan semua ini perlu kepada fokus untuk memastikan kejayaan kita," katanya.


KLPos


Friday, May 25, 2012

PAS - Bila Bulan Mengambang Penuh

 
Nik Aziz baru saja melalak melolong pasal muzakarah
tanda bulan PAS tengah mengambang penuh!

Nik Aziz, Hadi Awang Cuba PERANGKAP UMNO Dengan Muzakarah - Najib




KOTA BHARU 23 Mei - Keputusan rasmi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak sebarang bentuk Muzakarah dengan UMNO mendapat maklumbalas bercanggah dari Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menjelaskan akan tetap merealisasikan cadangannya untuk melaksanakan Muzakarah dengan UMNO demi menentukan hala tuju dan matlamat perjuangannya untuk menegakkan syiar Islam.

“Ini keputusan saya dan tidak ada kena-mengena dengan orang lain, jadi saya tak kisah walau ada yang tidak bersetuju. Kita mesti letak syarat bagi menjelaskan maksud sebenar kita mengadakan muzakarah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pasar Kota Jembal di sini, hari ini.

Artikel seterusnya, klik TELUS ATAU PERANGKAP

Strategi politik apa pula digunakan Nik Aziz kali ini ... Dalam suatu masa boleh bertukar fikiran seperti sesumpah.

Dan jika sekiranya muzakarah ini tetap juga Nik Aziz mahu pertahankan, kononnya demi menentukan hala tuju dan matlamat perjuangannya untuk menegakkan syiar Islam.

Sanggupkah beliau dan Hadi Awang menarik kembali kesemua dakwaan, tuduhan dan tohmahan seperti dibawah ini ...





Mudah sebenarnya strategi politik PAS ini ...

Unjuran muzakarah hanya mahu menunjukkan PAS sebagai sebuah 'parti yang terbuka' untuk meyakinkan chauvinist Cina dalam DAP, UMNO bakal terperangkap dalam mainan politik yang bakal merosakkan imej UMNO.

Jika sekiranya UMNO menerima unjuran muzakarah ini, strategi PAS dikira berjaya kerana telah menelanjangkan UMNO sebagai parti 'racist'.

Perlu diingat, UMNO telah sekian lama merekodkan sejarah muhibahnya dengan kaum lain terutama orang Cina dan India di negara ini. Kerana itulah tertubuhnya Perikatan dan Barisan Nasional yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC sebagai parti teras untuk masyarakat Melayu, Cina dan India.

Rakyat semakin lupa kepada 'kontrak sosial' yang telah dipelopori oleh UMNO, MCA dan MIC dalam mencari suatu penyelesaian muktamad dan kestabilan politik diantara semua kaum di Malaysia.

Muzakarah ini bakal dijadikan 'senjata' DAP dalam menunjukkan betapa UMNO cukup 'racist' dan mementingkan orang Melayu sahaja tanpa memikirkan kaum-kaum yang lain.

PAS sebenarnya bertindak sebagai 'pemangkin' untuk pembangkang mencetuskan satu lasi isu sebelum pilihanraya umum ... UMNO sebagai parti yang berdasarkan dan berlandaskan perkauman, orang Melayu semata-mata.

Masih belum nampak lagi strategi yang dimainkan oleh PAS ...


Nik Aziz sebenarnya tahu kesilapan besar PAS kerana sudah bersekongkol dengan Anwar Ibrahim, pemimpin yang mempunyai masalah moral yang cukup tinggi.

Mursidul Am PAS ini juga tahu kesilapan PAS sekarang terlalu banyak bergantung kepada Anwar termasuk dari segi tabung kempen pilihan raya dan kecekapan bermain sandiwara jalanan dan melakukan pembohongan demi pembohongan yang mudah meyakinkan orang fanatik dan jumud.

Cukup untuk rakyat yang celik dari segi pemikiran untuk melihat apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap PAS. Apa yang telah berlaku kepada PAS sekarang ini ...


Nik Aziz, Hadi Awang dan PAS sebenarnya semakin terdesak. Terdesaknya puak-puak ini kerana dalam saat-saat akhir menjelang pilihanraya umum, boleh pula dikeluarkan tawaran muzakarah.

Ini tindakan terdesak dan tertekan PAS sebelum pilinraya umum ke-13. 'Manusia buta' sahaja yang tidak mampu menghidu strategi politik parti fanatik dan jumud ini.

DAP? ... semakin kusut masai setelah keluarnya Tunku Abdul Aziz dari parti chauvinist dan racist ini. Ditambah pula dengan kebodohan Lim Guan Eng cuba untuk merasuah bekas Naib Pengerusi DAP, rosak besar imej DAP.

Sangat mahal harganya dan amat besar pengaruhnya kepada DAP isu yang membabitkan Tunku Abdul Aziz.

Cuma nasihat GWM kepada kepimpinan tertinggi UMNO ... muzakarah ini adalah suatu cerita karut marut. Cerita dongeng alaf baru tulisan Nik Aziz yang diterbitkan oleh PAS.

PAS sebenarnya semakin lumpuh, muzakarah ini sekadar mahu mengeluarkan parti ini dari bilik 'ICU' Hospital Besar Kuala Lumpur ... Itu sahaja.


Gelombang Wangsa Maju


::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU