Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Thursday, April 19, 2018

STRATEGI DAP BAGI MENCETUSKAN TSUNAMI MELAYU

Pada tahun 1990, Barisan Nasional memenangi 53% undi dan 70% kerusi sementara perikatan longgar PAS-Semangat-DAP memenangi 40% undi dan 20% kerusi. Itulah titik peringatan bagi kedua-dua UMNO dan DAP dan mereka sedar bahawa orang Melayu lah yang menentukan siapa yang menubuhkan kerajaan. Oleh itu, sekiranya UMNO mahu terus memerintah, ia mestilah terus mendapatkan sokongan orang Melayu. Dan sekiranya DAP mahu membentuk kerajaan, ia kena melakukannya melalui orang Melayu. DAP, secara bersendiri, tanpa orang Melayu, tidak akan pergi kemana-mana. Sindrom Ali Baba, yang mana ianya sebahagian daripada kebudayaan korporat Malaysia, sekarang mesti diperluaskan juga kedalam politik.

Pilihanraya Umum Ke-14 Malaysia akan diadakan pada 9 Mei 2018. Tetapi ini sebenarnya pilihanraya kali yang ke-15 bagi UMNO dan PAS (termasuk juga MCA dan MIC). Pilihanraya yang pertama telah diadakan pada 27 Julai 1955 apabila UMNO menang 34 kerusi. MCA 15, MIC dua dan PAS (diwaktu itu dipanggil Parti Islam Se Malaya) hanya satu. Diketika itu pun Parti Perikatan UMNO, MCA dan MIC hanya memenangi 81% jumlah undi tetapi hampir 100% jumlah kerusi (atau 51 daripada 52 kerusi).

Dua hari selepas PRU14 yang akan datang pada 9 Mei 2018, iaitu pada 11 Mei 2018, UMNO akan merayakan ulangtahun penubuhannya pada 11 Mei 1946.

Hakikat politik Malaysia sejak dari awal lagi adalah ianya sentiasa gabungan pimpinan-UMNO melawan PAS. Dalam tahun 1959, Perikatan memenangi 51% jumlah undi dan 71% jumlah kerusi, melawan PAS yang memenangi 21% jumlah undi dan 12% jumlah kerusi.

Dalam tahun 1963, Malaysia telah ditubuhkan dan dalam Pilihanraya Umum tahun 1964 Perikatan telah memenangi 58% undi dan 85% jumlah kerusi sedangkan PAS memenangi 15% undi dan 9% jumlah kerusi. Barisan Soaialis melakukan lebih baik daripada PAS dengan 16% keseluruhan undi tetapi memenangi hanya 2% keseluruhan kerusi.

Dengan itu, secara ringkasnya, politik Malaysia sememamgnya sentiasa suatu 'pertarungan orang Melayu' diantara gabungan pimpinan-UMNO dan PAS, dengan parti-parti bukan-Melayu sekadar memainkan 'peranan sokongan'.


PRU14 pada dasarnya adalah diantara BN, PKR dan PAS

Wednesday, April 11, 2018

PASTI. PPBM Di Ambang Pembatalan Pendaftaran

RoS keluar perintah PPBM dibubarkan sementara


BERNAMA
Kemaskini: 05/04/2018

PUTRAJAYA -- Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) hari ini mengeluarkan perintah pembubaran sementara terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), memberikannya tempoh 30 hari untuk melengkapkan butiran yang diperlukan atau berdepan pembubaran.


Tuesday, April 02, 2013

Dalang Dan Tikam Belakang Berhubung Video Seks Pemimpin PKR


Satu Kupasan dan Ulasan terbaik dari Gelombang Wangsa Maju

Klik gambar untuk baca seterusnya ...


Tuesday, October 30, 2012

Saluran propaganda untuk pembangkang

Dzulkarnain Taib, Presiden KWMM

Mukaddimah

SECARA tiba-tiba nama Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) menjadi perhatian kebelakangan ini. Boleh dikatakan hampir setiap hari pembongkaran demi pembongkaran didedahkan oleh Presiden KWMM, DZULKARNAIN TAIB terutama yang melibatkan isu kapal selam Scorpene.

Katanya, tindakan yang dilakukan oleh Suaram disifatkan sebagai mengancam keamanan negara dan sekali gus membenarkan pihak asing mencampuri urusan Malaysia.

Kepada wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID dan jurugambar IZHAM JAAFAR, bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan ini berkata, tindakan Suaram terus-terusan memfitnah kerajaan dalam isu itu adalah jelas bermotifkan politik.

Pengalaman berkhidmat dengan Suara Keadilan menyedarkannya betapa etika kewartawanan tidak diberi perhatian oleh organ parti pembangkang itu sebaliknya hanya menjadi saluran propaganda dan fitnah yang efektif.

“Yang jelas peranan mereka lebih kepada menyebar propaganda dan fitnah terhadap kerajaan walaupun hakikatnya ia langsung tidak benar dan hanya mahu memburukkan imej kerajaan di mata rakyat," kata Dzulkarnain.

MINGGUAN: Bagaimana sebenarnya pembangkang menggerakkan medium media mereka?

DZULKARNAIN: Sebenarnya sebelum Pilihan Raya Umum 2008, pihak pembangkang telah aktif berkempen melalui medium Internet terutamanya melalui blog dan sebagainya. Mereka seolah-olah mendapat suatu tenaga baru melalui penggunaan media sosial baru ini. Saya boleh katakan nisbah antara blogger pembangkang dan BN adalah antara 15 ke 20 blogger propembangkang berbanding hanya satu di pihak blogger pro-UMNO atau BN. Itu menjadi faktor bagaimana pihak pembangkang begitu menguasai dunia maya. Terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan terutama yang menghentam kerajaan. Sama ada isu ditimbulkan itu benar atau tidak, ia bukan menjadi ukuran dan keutamaan pembangkang.

Apa yang menjadi keutamaan dalam pemberitaan mereka?

DZULKARNAIN: Keutamaan mereka adalah mendedahkan sebanyak mungkin isu yang boleh dipolitikkan untuk menghentam kerajaan. Melalui cara ini mereka akan cuba mewujudkan satu persepsi negatif kepada rakyat yang selama ini menyokong kuat BN. Mereka telah melancarkan propaganda dan fitnah melalui laman-laman sosial dan media baru. Saya mahu menjelaskan di sini bahawa taktik ini masih diteruskan sehingga kini malah dengan lebih kerap. Sebenarnya kebenaran bukanlah matlamat mereka kerana ia lebih sebagai propaganda. Taktik ini jika kita lihat lebih kurang sama dengan apa yang dilakukan oleh Menteri Propaganda Nazi, Joseph Groebbels, iaitu apabila berkali-kali kita menyatakan sesuatu itu sebagai benar walaupun hakikatnya ia satu penipuan, kerana minda dari sudut psikologi, apabila diulang banyak kali akhirnya orang akan mempercayainya. Jadi itulah strategi lama namun masih berkesan yang diamalkan oleh pihak pembangkang sehingga kini.

Jika begitu, apakah strategi yang digunakan dalam memanipulasi berita dan fakta?

DZULKARNAIN: Saya lihat pembohongan, fitnah dan character assasination adalah sebahagian daripada strategi utama mereka. Kita boleh lihat sekarang ini dalam isu Scorpene. Ia telah dijadikan satu isu yang besar dan membawanya ke peringkat antarabangsa dan Mahkamah Perancis. Tidak cukup bagi mereka melempar fitnah melalui ceramah dan medium media baru. Apa sebenarnya agenda mereka kerana semua pertanyaan yang diluahkan mereka sudah terjawab? Malah Ketua Audit Negara telah pun menjawab bahawa segala urusan melibatkan Scorpene adalah mengikut prosedur dan perundangan. Namun pihak pembangkang masih berterusan memfitnah kerajaan walaupun jelas Mahkamah Perancis sudah menetapkan pendiriannya. Malah saya ada terbaca baru-baru ini pihak pembangkang cuba menganjurkan satu jelajah ke seluruh negara untuk mendedahkan isu Scorpene walaupun tidak ada isu sebenarnya dalam hal ini.

Kenapa pihak ini begitu bersungguh-sungguh mahu menjadi plaintif dalam perbicaraan ini?

DZULKARNAIN: Sebab itu KWMM membuat sidang akhbar membongkar status Suaram sebagai plaintif. Sejak Mac lalu, pihak mahkamah Perancis telah menolak permohonan Suaram untuk menjadi plaintif. Untuk menjadi plaintif mereka perlu mempunyai kepentingan dalam urusan pembelian Scorpene. Oleh itu jelas ini adalah usaha Suaram untuk menipu Mahkamah Perancis dan apabila pihak mahkamah menyedarinya maka mereka menolak usaha ini. Sekarang ini mereka tidak ada kena-mengena malah tidak boleh bersuara dalam isu Scorpene.

Mereka cuba pula untuk menjadi plaintif bersama namun mereka mahu bersekutu dengan siapa? Kenapa Suaram begitu bersungguh-sungguh mahu menjadi plaintif? Ini adalah sebab undang-undang Perancis berbeza yang mana apabila mereka diterima menjadi plaintif, mereka akan diberi kebenaran ke atas kesemua dokumen yang terlibat dalam urusan pembelian Scorpene. Maka apabila mereka boleh mendapat kesemua maklumat itu maka mereka akan berterusan memfitnah dan memutarbelitkan isu dan fakta mengenai perkara ini kepada umum. Ini yang mereka mahukan sebenarnya dan kami mendedahkan bahawa mereka bukan lagi plaintif dalam perbicaraan malah mereka hanyalah satu pertubuhan haram yang tidak berdaftar.

Boleh ceritakan latar belakang saudara semasa berada di akhbar Suara Keadilan?

DZULKARNAIN: Apabila saya ditawarkan menjadi Pengarang Bersekutu akhbar itu pada 2008 dan kartunis Zunar ialah Ketua Pengarangnya, satu perkara yang saya sangat terkejut adalah, saya diberitahu jika mahu bekerja di akhbar ini paling penting adalah wajib percaya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terlibat dalam perlakuan liwat. Saya terdiam dan agak terkejut. Sebagai orang media, saya ada perkiraan sendiri iaitu masuk ke akhbar ini kerana ingin tahu bagaimana media pembangkang beroperasi dan apakah prinsip kewartawanan yang mereka pegang. Kemudiannya Suara Keadilan telah diambil alih oleh pengurusan baru dan saya dilantik sebagai Ketua Pengarang. Saya cuba membawa prinsip-prinsip arus perdana dalam akhbar itu supaya ia boleh menjadi satu wadah profesional dalam membuat laporan berita. Jika pemberitaan kami lebih bertanggungjawab walaupun bersuara pembangkang, mungkin kami akan lebih dihormati.

Saya memegang jawatan itu selama setahun namun sepanjang saya memegang jawatan itu, akhbar itu masih sah dari sudut perundangan kerana permitnya sah. Yang pasti walaupun saya cuba membawa pembaharuan namun mereka sebenarnya tidak memberi tumpuan kerana yang penting bagi mereka, ia perlu menjadi satu saluran propaganda dan fitnah yang efektif untuk mereka. Akibatnya akhbar itu banyak disaman. Jawapan kenapa saya berhenti dan kemudian bertindak keluar PKR adalah kerana saman RM200 juta terhadap saya dan beberapa yang lain berhubung isu Felda bankrap. Apabila saya melihat kembali peristiwa itu saya berpandangan adalah tidak adil untuk memfitnah Felda yang telah begitu berjasa kepada orang Melayu dalam usaha meningkatkan taraf hidup mereka.

Bagaimana boleh timbul masalah sehingga disaman?

DZULKARNAIN: Apabila kita mahu mengatakan sesuatu perkara, kita juga perlu melihat kemungkinan apakah kita juga ada kemungkinan bertindak salah dalam hal itu. Saya berpandangan ketika itu adalah tidak betul untuk meletakkan tajuk utama sebagai 'Felda bankrap' dan ia sebenarnya perlu diletakkan tanda tanya di pengakhiran tajuk itu. Jadi mungkin ia sekadar kami menimbulkan persoalan namun pihak atasan langsung tidak bersetuju dan tetap dengan tajuk berkenaan. Saya sudah melihat kami akan disaman dan ia benar-benar berlaku. Kita sedia maklum bahawa mereka mahu mempopularkan akhbar mereka namun bukanlah senantiasa semua berita yang dikeluarkan perlu disensasikan. Kita faham jika terdapat sesuatu berita yang mahu disensasikan namun bukan semua apatah lagi berita dan artikel yang dikeluarkan itu lebih kepada fitnah dan pembohongan.

Bagaimana hubungan Suara Keadilan dengan akhbar-akhbar parti lain seperti Harakah dan Roket?

DZULKARNAIN: Sepanjang saya berada di Suara Keadilan, saya tidak nampak sebarang kerjasama antara kesemua akhbar ini. Masing-masing hanya buat hal masing-masing yang bertumpu kepada aliran pemikiran mereka sendiri. Oleh itu saya berani menyatakan bahawa pakatan pembangkang ini tidak sekuat mana kerana sesama media mereka pun tidak wujud persefahaman yang jelas. Bagaimana mereka mahu menguruskan peranan media jika tiada persefahaman sesama mereka. Yang jelas peranan mereka lebih kepada menyebar propaganda dan fitnah terhadap kerajaan walaupun hakikatnya ia langsung tidak benar dan hanya mahu memburukkan imej kerajaan di mata rakyat.

Bagaimana saudara melihat kritikan yang dilemparkan NUJ terhadap KWMM baru-baru ini?

DZULKARNAIN: Memang mereka menyatakan bahawa kami ini dilihat seolah-olah menyebelahi kerajaan. Namun bagi saya, apa salahnya. Apakah timbul masalah jika kami menyokong kerajaan? Ada juga pihak NGO media yang tidak menyokong kerajaan namun kami tidak merungut atau membuat sebarang aduan mengenai mereka. Ini kerana kita perlu faham bahawa kita adalah pengamal media maka kita perlu berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menerima semua hujah dan fakta yang dikemukakan. Jika pihak NUJ mengatakan kami berat sebelah maka saya cabar mereka supaya mengeluarkan hujah dan komentar mengenai isu Scorpene. Ini mungkin boleh mengimbangi pandangan saya mengenai isu ini dan saya mahu mereka berani ke depan. Mungkin mereka melihat kami lebih kepada prokerajaan namun sebenarnya kami lebih kepada pro-Malaysia. Kami tidak menyokong secara membabi buta namun yang penting adalah keselamatan negara, bebas daripada campur tangan asing dan pada masa, perpaduan dan keharmonian rakyat perlu menjadi keutamaan.


Artikel Asal di Utusan Malaysia
© Utusan Melayu (M) Bhd


Friday, August 31, 2012

DAP Menyediakan Api Dan Petrol Untuk Melayu PAS dan PKR Membakar Negara


Adakah Peristiwa MEI 1969 Akan Berulang Kembali ?


https://www.youtube.com/watch?v=Z3-tGYXu91Y

Cina sudah tidak sabar untuk mengambil alih negara ini daripada Melayu. Secara bersendirian mereka tidak mampu untuk melakukannya. Tetapi kini mereka boleh lakukannya dengan cara mengLEMBUkan Pas dan PKR.

Apabila melihat gambar serta video diatas bagaimana anak-anak cina melakukan aksi buang air besar dan memijak gambar seorang PM Melayu mengingatkan kita kepada peristiwa tahun 1969 bagaimana pelampau-pelampau cina yang didalangi DAP pada masa itu membawa penyapu untuk menyapu orang Melayu di Kampung Baru.

Masa itu juga mereka pergi di depan pelajar-pelajar perempuan Melayu di UiTM dan kencing di depan mereka dari atas lori. Apa yang berlaku malam tadi boleh dikatakan hampir sama dengan apa yang terjadi pada tahun 1969. Cuma tidak dapat dipastikan samada peristiwa 13 Mei 1969 akan berulang kembali atau tidak hasil dari peristiwa malam tadi.

Jika video diatas memaparkan bagaimana anak-anak cina memijak gambar PM, video dibawah pula memaparkan bagaimana bangsa Melayu memijak gambar isteri PM.

https://www.youtube.com/watch?v=_RnAN3ecgxI

Ikuti ulasan Zamzarina disini

Kita semua boleh melihat dengan mata sendiri apa yang mereka lakukan. Memberi kuasa kepada Pas dan PKR tidak ubah seperti memberi kuasa kepada pelampau-pelampau cina yang didalangi DAP.

Kebanyakan pelampau-pelampau cina adalah suku sakat kepada komunis. Kita semua tahu bagaimana sifat kebinatangan komunis yang pernah wujud di negara kita satu masa dulu.

Manakala Pas dan PKR tidak ubah seperti sikitol-sikitol atau melayu yang menjadi ejen komunis satu masa dulu.

Kita telah Merdeka selama 55 tahun. Malaysia daripada sebuah negara yang boleh dikatakan kosong semasa kita ambil alih dari penjajah telah dimajukan sebaik mungkin dalam tempoh 55 tahun.

Setelah 55 tahun Merdeka dan kita bebas melakukan apa sahaja adakah kita mahu kembali berundur kebelakang dengan dijajah kembali oleh suku sakat komunis ?

Tepuk dada tanya selera....

Tidak ada orang yang telah hidup senang mahu kembali hidup susah. Jika itu yang orang-orang Melayu di Malaysia mahu, silakan.....

Pepatah ada menyebut, 'menyesal kemudian tiada gunanya'.


Sumber :RBF Online


Monday, August 13, 2012

BAPA FITNAH NEGARA ... In The Making


Anwar Ibrahim semakin terperangkap dengan permainan fitnah yang dilakukannya terhadap Najib Tun Razak.

Mana lagi lorong-lorong fitnah yang mahu digunakan Anwar Ibrahim untuk meloloskan diri dari dikaitkan sebagai perancang utama fitnah untuk menjatuhkan kredibiliti Najib Tun Razak.

Anwar Ibrahim adalah pemandu kereta yang sedang berpusing-pusing di round about, langsung tak nampak jalan keluar.

Suka atau tidak ... semua jari semakin dan telah menuding ke arah Anwar. Anwar Ibrahim adalah mastermind dalam gerakan memfitnah dan mengaibkan Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Akuan Bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam hasil gerak kerja Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa, M Puravalen, yang menuduh Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya sememangnya dirancang oleh Anwar ... GWM cukup pasti ... 100 peratus.

Masakan tidak, Balasubramaniam dibayar untuk membuat Akuan Bersumpah ini ... dan Anwar secara peribadi tahu mengenai perkara ini.

Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan.


BAPA FITNAH NEGARA ... In The Making

Sejarah tidak pernah melakukan pembohongan. Yang melakukan pembohongan terhadap sejarah adalah Anwar Ibrahim sendiri.


Rentetan peristiwa dan pengakuan kali pertama Raja Petra Kamaruddin dalam temubual eksklusif wartawan TV3 di Australia sudah menoktahkan Anwar Ibrahim adalah mastermind gerak saraf fitnah terhadap Najib Tun Razak.

Anwar ... dengan bantuan Nik Nazmi dan Din Merican adalah dalang utama fitnah mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor.

Pendedahan RPK ini adalah fitnah terancang paling keji dilakukan oleh Anwar dengan sokongan parti, penyokong dan cybertrooper pembangkang.


Matlamat utama hanya satu ...jatuhkan imej dan kredibiliti Najib Tun Razak di mata rakyat.

RPK mengaku didesak membuat Akuan Bersumpah mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Najib Tun Razak.







RPK mengaku bahawasanya Anwar Ibrahim adalah tok dalang utama yang memberi 'green light' untuk meneruskan fitnah terhadap Najib Tun Razak, setelah dipujuk oleh Nik Nazmi dan Din Merican.

Lebih jelas lagi, RPK turut mengaku Akuan Bersumpah ini dilakukan semata mata untuk meranapkan peluang Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah Badawi.


BAPA FITNAH NEGARA ... Pre and Post Production

Fitnah Anwar Ibrahim sekali lagi dibongkar dan dinafikan oleh 'machai'nya sendiri, Raja Petra Kamaruddin a.k.a RPK.

Sekali lagi Tian Chua menggunakan teknik 'superimposed' gambar Altantuya didakwa sedang menjamu selera bersama DS Najib ... Walhal gambar sebenar Najib Tun Razak di World Economic Forum digunakan untuk memfitnah dan menjatuhkan kredibiliti beliau.

SUARAM dijadikan 'vehicle' untuk meneruskan kelansungan fitnah dalam mengaitkan Altantuya dan Najib Tun Razak.

Idea untuk memulakan kempen isu pembelian kapal selam Scorpene dengan Najib Tun Razak sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 telah dimulakan oleh R. Sivarasa dan Tian Chua sejak dari tahun 2009.

Sekali lagi Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa memainkan peranan utama dalam pembentukan 'character assasination' Perdana Menteri ... justeru mengaitkan Altantuya dengan Najib Tun Razak.

Perlu diingat bahawa kes ini bukan mengenai Altantunya namun mengenai dakwaan jika berlakunya rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene.

Tribunal De Grande instance di Paris hanya menyiasat dakwaan ketidakpatuhan dalam kontrak pembelian kapal selam Scorpene.

Haram jadahnya pembangkang kerana kes ini langsung tidak pernah dibicarakan, namun mewar-warkan seperti perbicaraan mahkamah sedang berlangsung.

SUARAM memulakan peranan mengambil alih peranan dari Anwar Ibrahim, melalui kenyataan dalam Malaysiakini oleh Dr Kua Kia Soong pada bulan November 2009.

Sejak SUARAM membuat penyerahan dokumen kepada Tribunal De Grande instance di Paris, setiap kenyataan yang lahir dari SUARAM cukup mengelirukan dan tidak benar.

Motivasi utama SUARAM hanya mahu mensensasikan dan memperbesarkan hal kematian Altantunya untuk dikaitkan dengan urus niaga kapal selam.

Walhal mahkamah di Perancis ini sedang dan hanya mencari hubungkait wang yang dibayar kepada Perimekar.


BAPA FITNAH NEGARA ... Film Preview

Gambar paling kiri diambil dari laman web Asia Sentinel yang mendakwa Altantuya berada di Paris. Namun begitu gambar yang sama di'superimposed'kan Tian Chua untuk mengaitkan kononnya Altantuya bersama DS Najib di Paris ... Bukankah ini fitnah paling nyata.

Idea keji Anwar adalah untuk mensensasikan kematian Altantuya.

Peranan penyerang berbisa diletakkan di bahu SUARAM untuk 'membuktikan' fitnah, Anwar hanya pemilik kelab Fitnah FC ... Mahu idea fitnah ini dirasionalisasikan sebagai bukti.

SUARAM menggunakan peluang sebaik-baiknya sebagai strategi propaganda untuk terus menghidupkan isu kaitan Altantuya dengan Najib Tun Razak dengan mengketengahkan berbagai spekulasi dan persepsi politik.

SUARAM juga menggunakan isu pembelian dua buah kapal selam Scorpene bagi mengaitkan Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya.

Gambar-gambar mendiang Altantuya di laman web Asia Sentinel mula dikaitkan kononnya beliau berada di Perancis.

Cybertrooper pembangkang dijadikan alat untuk 'membenarkan' fitnah gambar-gambar mendiang Altantuya kononnya berada di Perancis.

Benarkah mendiang ini pernah bersama Razak baginda berada di Perancis? Walhal pihak polis Perancis mendakwa Altantuya tidak pernah berada di Paris.

Gambar yang di dakwa laman web Asia Sentinel sebagai bukti bahawa Altantuya berada di hadapan bangunan Notre Dame Cathedral, Paris sebenarnya adalah suatu pembohongan besar.

Altantuya sebenarnya tidak berada di Paris, malah mendiang ini sebenarnya bergambar dihadapan sebuah bangunan Gothic Cathedral Duomo, di Milan, Itali.

Rakyat akhirnya termakan fitnah yang diaminkan oleh blogger dan facebooker pembangkang. Barangkali lumayan bayarannya untuk 'membenarkan' fitnah.

Fitnah dan kesilapan propaganda Anwar semakin terdedah. Ini juga adalah kesilapan SUARAM dalam memainkan peranan sebagai penyebar fitnah.

Perjanjian Scorpene telah ditandatangani pada 5 Jun, 2002 di Kuala Lumpur.

Razak Baginda bertemu dengan Altantuya dan memulakan urusan dalam bulan November atau Disember 2004. Urusan berakhir pada tahun 2005.


BAPA FITNAH NEGARA ... Most Pathetic Movie of The Decade


Mungkin Allah lebih sayangkan Najib Tun Razak dari Anwar Ibrahim ...

Pendedahan mengenai komplot fitnah di sebalik Akuan Bersumpah P. Balasubramaniam yang menuduh Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu ... semakin menjerut leher Anwar.

RPK telah mendedahkan Balasubramaniam dibayar untuk membuat Akuan Bersumpah ini ... dan Anwar secara peribadi tahu mengenai perkara ini.

Rakyat perlu melihat dan berfikir dengan secara waras ...

Dua Akuan Bersumpah yang dilakukan oleh Raja Petra Kamaruddin dan P. Balasubramaniam ini ... diketahui secara jelas dan mendapat izin dari Anwar Ibrahim.

Perkara paling pokok ... Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini berdiam diri dan tidak menyanggah pembabitannya.


Sumber Asal : Gelombang Wangsa Maju

Thursday, June 07, 2012

SUARAM : Siapakah Dalang Dibelakang NGO Ini?


SUARAM, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh keluarga bekas banduan ISA iaitu pesalah yang mengancam keselamatan negara, sering menggambarkan pertubuhan itu sebagai telus, bebas dan berjuang demi hak asasi manusia dan keadilan.   Ia ditubuhkan pada 5 Ogos 1989 selepas Operasi Lalang dengan perjuangan utamanya adalah untuk menghapuskan ISA yang bagi mereka menafikan hak seseorang untuk dibicarakan.

Namun, bagi rakyat Malaysia yang rasional dan bijak menganalisis maklumat, SUARAM adalah pertubuhan yang berjuang untuk memastikan negara sentiasa terdedah kepada bahaya dengan memberikan hak, masa dan ruang kepada penjenayah atau pengganas untuk beroperasi.

Bagi rakyat Malaysia juga, SUARAM hanyalah salah satu dari berbagai-bagai bentuk penyamaran pembangkang, atau lebih spesifik PKR dan DAP dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan.   SUARAM sama sekali tidak bebas, tidak telus dan tidak memperjuangkan keadilan mahupun hak sesiapa.

SUARAM hanya memperjuangkan politik pembangkang yang bermatlamatkan negara republik, pemikiran liberal dan menghapuskan bukan sahaja hak dan kedudukan istimewa, tetapi segala-galanya yang berakar dan bertiangkan agama Islam dan budaya Melayu.

Warna sebenar SUARAM terserlah dengan jelas sekali apabila NGO ini begitu beria-ia menjuarai isu kapal selam scorpene yang kononnya dibicarakan di mahkamah Perancis.  

Ia bermula dengan SUARAM membuat aduan di mahkamah Perancis berhubung DCN, iaitu syarikat pembuat kapal selam negara itu kerana kononnya membayar sejumlah rasuah kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia.   Aduan ini diperbesarkan dengan pembohongan bahawa Perdana Menteri dan isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusan jualbeli scorpene.  Altantuya dikatakan dibunuh kerana meminta sebahagian dari rasuah terbabit.   Lanjutan itu, SUARAM juga memainkan cerita kononnnya PM akan akan disapina oleh mahkamah Perancis.  

Semua ‘butir-butir’ kes disebarkan oleh SUARAM melalui siri-siri sidang akhbar, antaranya pada 3 Mei dan 26 Mei baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sehingga hari ini, maklumat mengenai kes hanya didapati dari kenyataan atau ‘air-liur’ SUARAM dan para peguam mereka tanpa memberikan apa-apa bukti langsung.  

Air liur SUARAM itulah yang diambil oleh para blogger dan pemimpin pembangkang sebagai bukti sahih hatta seolah-olah keputusan penghakiman, dan kemudiannya disebarkan sebagai ‘makanan minda’ kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan telah bertindak bijak dengan tidak melatah dalam kes ini.  Sebaliknya PM membuat penafian secara tenang, bersumpah secara Islam dan memberi penjelasan secara baik di dalam Dewan Rakyat.   Langkah yang berhati-hati diambil agar tidak mengganggu proses mahkamah yang dikatakan oleh SUARAM sebagai sedang berjalan di Perancis.  Hanya SUARAM yang tidak sabar-sabar menunggu keputusan mahkamah dan ke sana ke mari menghebahkan membuat berbagai-bagai kenyataan.

Kesungguhan SUARAM mendahului mahkamah dalam isu ini tidak sukar untuk difahami.   Memandangkan SUARAM adalah pembangkang dan pembangkang adalah SUARAM, maka sudah pastilah pilihanraya yang semakin hampir menjadi punca isu ini dimainkan dengan bersungguh-sungguh oleh mereka akhir-akhir ini.

Bukti bahawa SUARAM adalah pembangkang tidak sukar untuk dikemukakan.  Lihat sahaja senarai nama orang-orang penting NGO tersebut, dan kita akan mendapati bahawa mereka adalah juga orang-orang penting di dalam pakatan pembangkang Malaysia.  Antaranya:

1.      Cynthia Gabriel, Pengarah SUARAM dan juga ‘key-person’ dalam pembohongan isu scorpene.  Beliau juga adalah Ahli Majlis Daerah Petaling Jaya, dilantik oleh kerajaan PKR negeri Selangor.

2.      Dr. Kua Kia Soong adalah bekas Ahli Parlimen DAP

3.      Sivarasa Rasiah adalah Ahli Parlimen PKR, Subang, Petaling

4.      Irene Fernandez adalah Ahli Majlis Tertinggi PKR.

5.      Dr. Syed Husin Ali adalah bekas Timbalan Presiden PKR.

6.      Tian Chua adalah Ahli Parlimen PKR, Batu.

7.      S.Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia

8.      Dr. Nasir Hashim, Presiden Parti Sosialis Malaysia

9.      Elizabeth Wong, bekas ko-ordinator SUARAM dan sekarang adalah ADUN PKR di Selangor

10.   Premesh Chandran bekerja dengan Malaysiakini dan rakan karib Tian Chua.  Kedua-dua mereka adalah ahli Network of Overseas Collective of Australia bersama dengan Elizabeth Wong.

Kesimpulannya, SUARAM tiada bukti penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya.  SUARAM juga tidak bukti bahawa rasuah telah berlaku dalam pembelian scorpene.

Tetapi, kita ada bukti bahawa SUARAM bukan bertindak sebagai badan bebas dan telus kerana SUARAM adalah jelmaan pembangkang yang matlamatnya hanyalah untuk memburukkan dan menjatuhkan kerajaan.   Justeru, tidak hairanlah SUARAM tidak langsung teragak-agak untuk menipu, memutarbelit malah mereka-reka cerita mengenai rasuah hinggalah pembunuhan, semata-mata untuk mencapai matlamat mereka.

Tuesday, June 05, 2012

KeJATUHan REJIM MUBARAK sebenarnya PERINGATAN kepada REJIM PAS + PKR + DAP La'anatullah itu sendiri!

The Sense, Credibility and Accountability


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Akhirnya MANTAN PRESIDEN Mesir Hosni MUBARAK diHUKUM penjara seUMUR hidup kerana keSALAHan memBUNUH RAKYATnya yang berDEMONSTRASI di Dataran TAHRIR.. SeWAJARnya kita jugak patut 'TAKE NOTE' bahawa RUSUHAN BERSIH 3.0 jugak sebenarnya berTUJUAN untuk menumpahkan DARAH kemudiannya menyalahkan Kerajaan UMNO/BN.. Malangnya, Allah SWT masih memelihara NEGARA ini daripada ANCAMAN yang jelas diATUR oleh ZIONIS Neo-CON untuk mengHANCURkan NEGARA ini.. Adalah jelas RAKYAT di NEGARA ini bukannya seperti Mesir dan lebih WARAS berBANDING Pak-Pak ARAB di sana!

Walaupun ada puak-puak PR khususnya Lebai-Lebai DUNGU dalam PR cuba menyamakan REJIM Mubarak dengan Kerajaan UMNO/BN, HAKIKAT yang JELAS lagi TERANG di depan MATA ialah REJIM MUBARAK 100% SAMA dengan REJIM Pok Nik 'ALAIHISSALAM', peMAKAN GAJI BUTA selama 23 TAHUN! ->KLIK<-

Kenapa TIDAK? Cuba anda BANDINGkan FAKTA berikut:-

- Kalau RAKYAT Mesir MARAHkan REJIM MUBARAK yang jelas menJADIkan NEGARA itu MUNDUR, begitu jugak dengan REJIM Pok Nik di Kelantan yang jelas meMUNDURkan Kelantan hingga nak buat MASJID pun tak mampu? 

- EKONOMI Mesir TIDAK berdaya SAING, menguncup dan terpaksa berGANTUNG kepada NEGARA-NEGARA Barat.. ->KLIK<-

SAMAlah jugak dengan REJIM Pok Nik yang berGANTUNG kepada PERUNTUKAN Kerajaan PUSAT selama 23 TAHUN! REJIM Pok Nik hanya mampu menambah DEFISIT berJUTA RM dalam BAJET Kerajaan NEGERI.. ->KLIK<-

- REJIM Mubarak diKATAkan RAPAT dengan REJIM Israel.. REJIM Pok Nik pulak berSEKUTU RAPAT dengan 'KAWAN baik Israel' yang mengatakan "Supporting all efforts to protect the security of the state of Israel!".. ->KLIK<-

Cumanya RAKYAT Kelantan agak MALANG berbanding RAKYAT Mesir kerana terpaksa menerima BEKALAN air KARAT selama berPULUH TAHUN.. ->KLIK<- 

Walaupun Kerajaan UMNO/BN zaman TUN Dr. Mahathir pernah menyumbangkan RM600 JUTA kepada REJIM Pok Nik untuk penambahbaikkan BEKALAN air BERSIH.. Dah diSONGLAP ke mana DUIT sebanyak itu, kenalah TANYA kat Pok Nik dan EXCO 'ERDOGAN'nya tuh.. Itu pun ada HATI nak buat 'HIGHWAY' RM1.8 BILION pulak! DUIT siapa pulak agaknya nak diKAUT lepas nih? 

TIDAKkah FAKTA di atas memBUKTIkan perSAMAan antara REJIM MUBARAK dengan REJIM Pok Nik? Sukar untuk RAKYAT menerima bahawa Kerajaan UMNO/BN menyerupai REJIM MUBARAK kerana RAKYAT nampak apa yang PEMIMPIN UMNO/BN lakukan.. Sebab itulah TUN Dr. Mahathir SELAMBA aje menyahut CABARan 'AH BENG TUA peMAKAN BABI' yang menuduh beliau memPUNYAi SKANDAL kewangan selama 22 TAHUN sebagai PM.. 

"Dia (Lim) boleh buka apa-apa fail, sekarang pun tak apa. Nak bawa saya pergi ke mahkamah pun boleh. Saya tak takut apa-apa pun,->KLIK<-

Ya.. TIDAK ada pun yang perlu diTAKUTkan dek UGUTan 'AH BENG TUA peMAKAN BABI ini'! Siapa dia nak cakap begitu sedangkan RAKYAT di NEGARA ini masih ingat bagaimana PARTI 'AH BENG TUA peMAKAN BABI' ini cuba MENYOGOK Tunku AZIZ yang meLETAK JAWATAN sebagai Naib PRESIDEN DAP La'anatullah seterusnya KELUAR dari PARTI 'AH BENG CILAKAK' ini? ->KLIK<-

Dalam KONTEKS yang diNYATAkan, dapatkah anda sebagai RAKYAT memBAYANGkan apa akan jadik jika NEGARA kita ini 'DiJAJAH' oleh REJIM Pok Nik peMAKAN GAJI BUTA + REJIM anak-beranak 'KAWAN BAIK Israel' + REJIM 'AH BENG peMAKAN BABI' yang KUAT beri SOGOKkan? TIDAKkah ini meJADIkan NEGARA ini jadi lebih TERUK berBANDING Mesir di bawah REJIM MUBARAK? MOGA diJAUHkan Allah SWT..

Sunday, May 27, 2012

Gagalnya Himpunan Dan Konvensyen Belia Selangor

SUNDAY, MAY 27, 2012


BeBUDAK 'DROP' IPT ini PUNCA keGAGALan Himpunan & Konvensyen Belia Selangor! KAH!KAH!KAH!

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

- Kita sentiasa PERCAYA bahawa Timbalan PRESIDEN PAS dan Naib PRESIDEN PAS MP Pokok SENA bukanlah SPESIS manusia yang PANDAI mengGUNAkan OTAK, jauh sekali LAYAK nak diLABELkan sebagai ULAMA..

- Kita sentiasa PERCAYA bahawa DINASTI Lim dan DINASTI Singh di dalam DAP La'anatullah AKHIRnya akan memBAWA keCELAKAan kepada para 'AH BENG' peMAKAN BABI seperti mana terCATAT dalam SEJARAH di benua ASAL mereka!

- Kita sentiasa PERCAYA bahawa Penasihat PKR ANAK-berANAK patut cari PRODUSER dari Indonesia untuk buat satu SINETRON tetang KISAH KELUARGA mereka ala-ala siri DALLAS, atau DYNASTY pada era 80-an..

Apa yang kita ingin SEBUT di sini ialah betapa DUNGUnya mereka cuba untuk memperBODOHkan RAKYAT pada hari ini demi kePENTINGan POLITIK mereka.. Mereka TIDAK boleh menTADBIR sebuah NEGARA yang mana MAJORITI RAKYATnya berPENDIDIKan dan berILMU.. Apabila RAKYAT terasa mereka diperBODOHkan, memang BURUK padahnya.. TAKTIK memperBODOHkan RAKYAT demi kePENTINGan POLITIK hanyalah TAKTIK yang diAMALkan oleh ZIONIS Neo-CON di US sendiri.. REJIM Keluarga Bush telah memBUKTIkan PERKARA ini bila mengHERET NEGARAnya berPERANG tanpa ASAS yang KUKUH..

Dalam KONTEKS cuba mengalahkan UMNO/BN, seWAJARnya PR mencari IDEA yang lebih BERNAS dan biar NAMPAK CERDIK sikit.. CONTOHnya, semasa UMNO/BN mengANJURkan Hari BELIA NEGARA (HBN), tiba-tiba Kerajaan NEGERI Selangor pun nak CIPLAK dan TIRU IDEA yang sama.

MALANGnya, mereka ternyata GAGAL dan berTAMBAH BESAR 'KeMALUan' mereka kerana keGAGALan mereka untuk menyaingi HBN di Putrajaya diDEDAHkan oleh MEDIA di INTERNET! Bayangkan kalau 'EVENT' yang cuba menyaingi HBN pun hanya keLIHATan lebih banyak KERUSI dari ORANG? Buat RUGI bagi FULUS aje..

TAMBAH mengGELIkan HATI ialah apabila diTONJOLkan beBUDAK 'DROP' IPT sebagai 'TOKOH' di PENTAS utama Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012 (HKBS) anjuran Kerajaan NEGERI Selangor.. Aduhaii... Siapa MALAUN nih? Apa JASA dia pada PKR atau PAS atau DAP La'anatullah? Memang mengHABISkan FULUS aje!


Kita TENGOK GAMBAR itu BANYAK kali pun kita GELAK tak HENTI-HENTI.. Rasa KASIHAN pun ada.. Ini buat HIMPUNan untuk ORANG ke untuk kerusi PLASTIK kaler BIRU? Atau pun mungkin ada kawan 'INVISIBLE' Pok Nik 'ALAIHISSALAM' yang dok kat setiap kerusi tuh dan SENGAJA mengHALIMUNANkan DIRI untuk HKBS ini? Entahlah.. TENGOK dari SUDUT mana pun memang LAWAK! HE!HE!HE!

Terus-terang KATAlah, PUNCA utama keGAGALan HKBS anjuran Kerajaan NEGERI Selangor ini diSEBABkan mereka menJEMPUT beBUDAK 'DROP' IPT tuh sebagai 'TETAMU istimewa'! Jelas sekali pengANJUR HKBS ini begitu DUNGU atau memang NIAT dia untuk KEBAS FULUS bagi HKBS ini dengan memperGUNAkan beBUDAK 'DROP' itu yang sememangnya BODOH? Kesian MB GAGAP! KAH!KAH!KAH!


Seperti yang kita SEBUT di awal tadi, kalau berSUNGGUH nak REBUT kuasa POLITIK pun janganlah cuba memperBODOHkan RAKYAT.. SEJARAH dah memBUKTIkan NEGARA ini TIDAK akan sesekali diPERINTAH oleh PEMIMPIN yang BODOH lagi nak perBODOHkan RAKYAT.. UMNO/BN sendiri pernah mengALAMInya apabila memBIARkan 'Menantu BABAH' PM ke-4 dan RAKAN-RAKAN 'Level 4 BOYS'nya cuba masuk CAMPUR urusan penTABDIRan NEGARA.. Sedangkan yang LULUSan Oxford + Cambridge pun diTOLAK bila RAKYAT tahu mereka cuba diperBODOHkan, takkanlah beBUDAK 'DROP' ini PERASAN mereka lagi HEBAT? Belajar TESL pun HANCUS, ada HATI nak PERASAN diri tuh HEBAT? HE!HE!HE!

Monday, April 30, 2012

NIK AZIZ TUDUH PKR PUNCA RUSUHAN BERSIH !!!


Pergh!!! Gempak Gila Si Wali Terompah ni. Sampai hati dia tuduh orang UMNO yang menjadi dalang kekecohan di Dataran Merdeka.

Si Wali Terompah tu sebenarnya tak nak mengaku kata Parti Angguk Saja tu terlibat dalam rusuhan dan menimbulkan keganasan pada ketika itu.
"Saya tak hadir (pada perhimpunan haram itu) sebab uzur. Dari laporan yang saya terima mereka jadi begitu kerana ada sebab. Tak kan keluar rumah nak tinggal anak bini sanggup buat macam itu.

"Orang PAS dididik berakhlak dan berdisiplin. Mesti ada sebab mereka jadi berang dan saya yakin orang PAS tak buat perkara itu," katanya yang melahirkan rasa dukacita terhadap insiden tersebut.
Disebabkan orang PAS ni semuanya 'berdisiplin' dan 'berakhlak', maknanya yang merusuh tu semalam ialah orang PKR la kan. Ke orang UMNO jugak yang merusuh???

Dalam masa yang sama, Si Wali Terompah tu juga turut mengeluarkan kenyataan bahawa ianya bukan satu tindakan yang salah untuk bagi wang kepada peserta.


Baca seterusnya di Semut Hitam ...

Wednesday, April 25, 2012

SPR Dijadikan Kambing Hitam Untuk Menutup Kebodohan Mereka


Keputusan pilihanraya ke 12 pada tahun 2008 menunjukkan 49 % rakyat Malaysia menolak BN dan 51 % memilih BN.

Hasilnya BN hilang 2/3 di Dewan Rakyat dan tewas di empat negeri. Pada masa itu BN berada dalam keadaan tidak keruan dan parti Pas, DAP dan PKR terus mendapat tempat di hati rakyat.

Rakyat percaya pakatan pembangkang dan rakyat pilih mereka. Tetapi sayangnya mereka tidak menggunakan sebaik mungkin kesempatan yang rakyat berikan untuk menunjuk dan membuktikan kepada rakyat bahawa mereka lebih baik dari BN.

Sejak hari pertama mereka mentadbir negeri-negeri yang dirampas daripada BN atau sejak hari pertama mereka menjadi wakil rakyat sehinggalah ke hari ini, mereka lebih banyak buat kerja-kerja bodoh yang tidak disukai atau bertentangan dengan budaya rakyat Malaysia. Akibat kebodohan mereka itu dan kecerdikan BN melakukan pelbagai transformasi menjadikan situasi kini kembali memihak kepada BN.

Di negeri-negeri yang mereka bentuk kerajaan, walaupun telah menjadi kerajaan tetapi otak mereka masih lagi otak kelas E. Tidak menunjukkan sikap sebagai sebuah kerajaan. Masih lagi mengamalkan cara atau budaya politik bodoh.

Contoh, apabila timbul kes rasuah di Selangor dan siasatan dilakukan oleh SPRM. Khalid Ibrahim sebagai seorang ketua kerajaan, sepatutnya menunjukkan sikap yang profesional dan contoh yang baik sebagai ketua dengan memberi kerjasama kepada SPRM. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Dia juga terikut-ikut dengan cara pencacai-pencacai PKR membuat tuduhan-tuduhan yang tidak baik kepada SPRM dan menghalang SPRM untuk melakukan siasatan.

Jangan ingat rakyat tak nampak semua itu, rakyat nampak. Mereka perhatikan dan mereka buat perbandingan bagaimana sikap pemimpin-pemimpin BN apabila orang mereka disasat atau didakwa oleh SPRM. Kemudian orang akan bercakap dan lama kelamaan ianya tersebar secara meluas.


Satu lagi contoh, isu demonstrasi air di Masjid Negara pada hujung 2010. Orang ramai pun pelik melihat apabila seorang MB yang mengetuai sebuah kerajaan boleh menganjurkan satu perhimpunan haram dan nak berarak di KL.

Begitu juga dengan perhimpunan-perhimpunan haram yang lain sebelum ini. Kita boleh lihat bagaimana mereka yang ada jawatan dalam kerajaan mereka turut terlibat.

Itu belum dikira lagi dengan fatwa karut marut oleh Nik Aziz dan kebodohan-kebodohan lain yang Pas lakukan. Semua itu antara yang menjadi punca mereka semakin ditolak sekarang ini.

Orang ramai nampak semua itu dan mereka boleh buat penilaian. Jangan ingat apabila anda mendapat sokongan 10-20 ribu orang pengikut anda, maka anda terus membuat tafsiran semua rakyat Malaysia bersama anda. Ingat....berjuta lagi yang kamu tak nampak. Pengundi terbesar bukan ahli Umno, MCA, MIC, PAS, PKR , DAP atau lain-lain parti. Pengundi terbesar adalah rakyat yang tidak berparti atau tidak berpolitik. Yang memenuhi demonstrasi atau ceramah-ceramah majoritinya adalah mereka yang ahli parti yang undi mereka sudah dijamin tidak akan hilang.

Terus teranglah saya katakan, seandainya sejak 2008 hingga ke hari ini pakatan pembangkang betul-betul gunakan kepercayaan yang rakyat berikan kepada mereka dan buktikan mereka lebih baik dari BN, maka tidak mustahillah BN akan tumbang dalam PRU akan datang.

Dalam soal berpolitik pakatan pembangkang sebenarnya tak cerdik. Dalam soal fitnah dan propaganda, YA. Bab itu mereka memang cekap.

Majoriti rakyat Malaysia tidak suka kepada perhimpunan yang mengganggu kehidupan seharian mereka atau kekecohan. Tapi itulah yang mereka pilih. Apabila tidak dapat sokongan rakyat, mulalah buat tuduhan kerajaan dan SPR menipu.

Seperti yang saya kata diatas, mereka ingat apabila mereka dapat sokongan 20-30 ribu pengikut mereka, maka seluruh rakyat Malaysia menyokong mereka.


Contoh kebodohan mereka berpolitik. Kes flat Kg Kerinchi. Disana ada 477 keluarga yang diminta berpindah bagi memberi laluan kepada pembinaan rumah baru untuk mereka. Rumah ganti sementara dan segala urusan pemindahan ditanggung beres. Apabila rumah baru siap mereka akan kembali ke tempat itu dengan rumah yang lebih selesa dan bernilai lebih tinggi.

Seramai 433 orang gembira dan setuju dengan tawaran yang diberikan kerajaan. Datang pembangkang hasut 34 orang supaya jangan berpindah dan lawan kerajaan. BN dapat sokongan 433 orang, PKR pula dapat sokongan 34 orang. Jadi, siapakah yang lebih cerdik ? Jika ditakdirkan dalam 433 orang itu ada 100 orang penyokong pembangkang, mereka pun akan jadi benci kepada pembangkang kerana tindakan-tindakan bodoh itu. Bila kalah pilihanraya, SPR yang disalahkan. Padahal mereka yang bodoh.

Begitu juga dalam hal penyenaraian Felda. Disaat ribuan peneroka-peneroka Felda bersetuju dan gembira dengan langkah yang diambil kerajaan untuk menyenaraikan Felda , pembangkang pula cari sokongan 8 orang peneroka Felda pergi fail injuksi untuk halang mesyuarat. Sudah tentu yang ribuan orang lagi akan marah. Apabila datang pilihanraya nanti dan mereka kalah, SPR lagi yang menjadi mangsa.


Beberapa kerat pemimjam-pemimjam PTPTN yang enggan bayar hutang, itu mereka pertahankan. Dengan anggota polis yang ratusan ribu orang mereka bergaduh. Apabila kalah undi Pos, SPR juga yang disalahkan.

Penjenayah seperti Kugan, mereka pertahankan sampai ke lubang kubur. Orang yang menjadi mangsa jenayah sudah tentu akan marah. Apabila orang tolak mereka dalam pilihanraya, SPR juga yang disalahkan.

Hassan Ali orang yang mendapat sokongan orang-orang melayu di Selangor mereka pecat. Khalid Samad yang dibenci orang-orang melayu di Selangor mereka julang. Apabila kalah pilihanraya, SPR juga yang kena.

Menjelang pilihanraya yang tidak berapa lama lagi dan mereka sedar yang mereka semakin ditolak oleh rakyat, maka mereka akan gerakan satu perhimpunan Sabtu ini kononnya nak protes sistem pilihanraya yang dikatakan tidak betul. Semuanya untuk mengabui mata rakyat bagi menutup kesalahan sendiri dan membuat tuduhan jahat kepada kerajaan.

Teruskanlah perhimpunan Sabtu ini dan kalau boleh beraraklah keliling KL. Ada maklumat yang mengatakan mereka nak duduk di Dataran Merdeka sehingga 1 Mei. Duduklah sampai pilihanraya pun tak mengapa. Lagi kamu buat bodoh lagi kami sokong kerana kebodohan kamu menguntungkan kami.


Posted by RBF Online
Selasa, 24 April 2012



::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU