Showing posts with label Peristiwa Bukit Kepong. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa Bukit Kepong. Show all posts

Monday, September 23, 2013

Kisah Sebenar Kekejaman Komunis Di Bukit Kepong

EKSKLUSIF !!!

 
Wawancara wartawan Mingguan Malaysia dengan Datuk Seri J.J.Raj 

SOALAN : Apakah kaitan Datuk Seri dengan peristiwa Bukit Kepong ???

J.J RAJ : Sebelum saya pergi lebih jauh saya mahu berikan fakta asas berhubung peristiwa ini. Peristiwa ini berlaku pada 23 Februari 1950 dan sehari sebelum itu iaitu pada 22 Februari masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina. Pada masa itu saya merupakan Ketua Polis Daerah (OCPD) Pagoh. Sebagai Ketua Polis Daerah saya diberi tanggungjawab menjaga 20 balai polis dan 20 pondok polis dan Balai Polis Bukit Kepong adalah salah satu daripadanya.

Datuk Seri J.J RAJ

Difahamkan sehari sebelum peristiwa menyayat hati itu berlaku, Datuk Seri dilapor telah melawat Balai Polis Bukit Kepong. Boleh Datuk Seri ceritakan ???

J.J RAJ : Ya, pada 22 Februari (1950) saya telah melawat Balai Polis Bukit Kepong bersama 10 anggota. Kami bertolak daripada Balai Polis Daerah Pagoh menuju Balai Polis Lenga dengan cara menaiki kenderaan. Masa yang kami ambil antara satu hingga dua jam. Pernah terjadi dalam pertengahan jalan ketika kami ke Lenga, berlaku serang hendap daripada pihak komunis. Sebab itu kita sentiasa berwaspada. Apabila sampai di Balai Polis Bukit Kepong saya menemui Allahyarham Sarjan Jamil Mohd. Shah dan anggota-anggotanya serta tidak ketinggalan Tok Penghulu kawasan tersebut. Tok Penghulu Bukit Kepong pada masa itu bernama Penghulu Ali. Kami kemudian makan tengah hari bersama dan kemudian saya melakukan rondaan di Pekan Bukit Kepong bersama Sarjan Jamil, Penghulu Ali dan beberapa orang mata-mata dengan menggunakan basikal. Pekan Bukit Kepong tidak besar. Di sini terdapat kita-kira 30 buah kedai yang para peniaganya terdiri daripada orang Cina. Dari segi komposisi penduduk pula saya anggarkan penduduk Melayu lebih kurang 1,300 dan mereka tinggal di kampung-kampung.



Seterusnya apa yang berlaku ???

J.J RAJ : Kira-kira pukul 7 malam saya tamatkan lawatan saya di Bukit Kepong dan bersedia untuk pulang semua ke Pagoh. Ketika berada di Jeti Bukit Kepong untuk pulang saya sempat meninggalkan pesan kepada Sarjan Jamil. Saya kata kepada Sarjan Jamil 'Tok Jamil jaga diri baik-baik'. Pada masa itu Tok Penghulu, Sarjan Jamil dan orang kampung turut mengiringi kepulangan saya.

Adakah itu kata-kata terakhir Datuk Seri kepada Sarjan Jamil sebelum berlaku peristiwa Bukit Kepong pada pagi esoknya ???

J.J RAJ : Saya anggap begitulah. Ia umpama pesanan akhir saya kepada Sarjan Jamil dan semua anggota polis di Bukit Kepong sebelum berlakunya peristiwa serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada keesokannya. Saya masih ingat jawapan Sarjan Jamil: "Jangan bimbang tuan OCPD, kita akan jaga, biar putih tulang jangan putih mata''. Ketika ayat ini diungkapkan saya kurang faham dan saya mula faham selepas peristiwa ini berlaku. Sebenarnya semasa kita meronda pada petang 22 Februari terdapat 180 pengganas komunis telah mula mengepong di belakang balai polis. Kita tidak nampak kerana kawasan tersebut merupakan kawasan hutan.

Peristiwa serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong

Apa yang berlaku pada pagi 23 Februari 1950 di Bukit Kepong ???


J.J RAJ : Tepat pukul pukul 4.30 pagi (23 Februari), pengganas komunis telah meniup trompet buat kali pertama dan mereka telah melepaskan tembakan ke arah Balai Polis Bukit Kepong. Sebaik sahaja menyedari balai telah diserang, Sarjan Jamil dan semua anggota yang kesemuanya berjumlah 20 orang mengambil tempat masing-masing di kubu di kawasan balai untuk berbalas tembakan. Tembak menembak berlaku sehingga pukul 6.30 pagi. 180 orang komunis yang melakukan serangan ini dilengkapi dengan senjata-senjata automatik berbanding 20 orang kita cuma dilengkapi dua pucuk senjata automatik dan jika hendak dibandingkan kekuatan anggota, kekuatan komunis adalah tujuh kali ganda lebih daripada kekuatan polis. Sungguhpun begitu pihak komunis masih gagal memasuki balai walaupun telah melakukan serangan selama dua jam.

Kira-kira pukul 6.30 pagi, pihak komunis telah meniup trompet untuk kali kedua dan sejurus selepas itu tembakan dihentikan serta merta. Kemudian salah seorang anggota komunis yang bernama Mat Indera dengan menggunakan pembesar suara telah meminta polis menyerah diri sekiranya mahu selamat. Mat Indera berkata demikian sebanyak tiga hingga empat kali.

Sarjan Jamil menjawab yang pihak polis tidak sesekali menyerah diri. Dia berkata, biar putih tulang tetapi jangan putih mata. Ketika itu ramai di kalangan anggota telah meninggal dunia dan ada juga yang cedera parah. Sebaik sahaja Sarjan Jamil berkata demikian, pihak komunis meniup trompet buat kali ketiga dan selepas itu berlaku serangan bertali arus daripada kumpulan pengganas itu. Kali ini serangan bukan setakat di belakang balai malah ia meliputi sekeliling balai. Walaupun begitu komunis tetap gagal memasuki kawasan bala sehinggalah mereka melakukan serangan dengan molotov cocktail hingga menyebabkan balai terbakar. Ketika itu barulah Sarjan Jamil dan anggota-anggota yang lain lari ke kubu bersebelahan untuk menyerang balik komunis. Mereka tidak menyerah diri. Mereka terus melakukan serangan terhadap komunis. Namun begitu ada anggota yang terkorban semasa melarikan diri ke kubu lain akibat tembakan pihak komunis. Ketika itu juga komunis berjaya masuk ke kawasan balai dan membunuh saki baki anggota polis kita termasuk Sarjan Jamil. Berdasarkan rekod kita seramai 27 orang terkorban dalam peristiwa itu. 14 anggota polis, lima anggota polis bantuan, empat isteri polis dan empat anak-anak polis. Empat lagi anggota polis mengalami cedera parah.

Pukul berapa Datuk Seri dapat tahu peristiwa serangan itu ???

J.J RAJ : Saya terima laporan kejadian ini kira-kira pukul 6 pagi daripada Balai Polis Lenga. Laporan ini diterima hasil daripada maklumat orang Kampung Durian Chondong. Kampung ini terletak antara Lenga dan Bukit Kepong. Dahulu kami adalah sebuah keluarga besar. Kami amat mengenali penghulu-penghulu di kampung-kampung berdekatan. Saya diberitahu, Penghulu Kampung Durian Chondong terkeliru sama ada bunyi tembakan yang didengar itu adakah bunyi tembakan atau mercun. Akhirnya penghulu kampung tersebut mengambil keputusan menghantar dua orang anak buah menaiki sampan membuat laporan ke Balai Polis Lenga mengenai bunyi tembakan itu. Dari Lenga, laporan terus sampai ke pengetahuan saya di Pagoh.

Selepas menerima laporan saya serta 10 anggota lain bergegas ke Balai Polis Bukit Kepong dan perjalanan memakan masa hampir tiga jam. Sesampai di sana saya lihat balai polis sudah terbakar dan beberapa mayat anggota polis yang terkorban juga turut hangus. Menteri Besar Johor ketika itu, Datuk Onn Jaafar turut datang melawat. Saya tabik hormat kepada Datuk Onn dan Datuk Onn terus mengarahkan saya menguruskan anak-anak buah saya terutama yang mengalami kecederaan. Empat anggota polis yang tercedera telah dihantar ke hospital dengan segera dengan menaiki bot. Hasil tinjuan saya juga mendapati bot polis milik Balai Polis Bukit Kepong juga terbakar.

Datuk Seri J.J Raj (empat dari kiri) ketika menyandang jawatan
Ketua Polis Daerah Pagoh bersama sebahagian anggota
Balai Polis Bukit Kepong.


"Saya kagum dengan semangat perjuangan mereka (pasukan polis Bukit Kepong) pada masa itu, dan saya masih mengagumi mereka sehingga ke hari ini" - kata-kata daripada salah seorang pengganas komunis yang menyerah diri yang terlibat dalam serangan Bukit Kepong.
Petikan dari buku "Spearhead in Malaya" oleh J.W.G Morgan


Badut Rakyat
Isnin, 12 September 2011


Sunday, September 22, 2013

Komunis Membebaskan Malaya Dari Penjajahan Jepun? Hanya Komunis Sahaja Yang Percaya!


Jentayuabaka : PERCUBAAN KOMUNIS BUNUH PANGLIMA ATM GAGAL

Ketika Saya Melawat Allahyarham Tun Ibrahim Ismail (2009)

SAYA (Al-Azharri Siddiq) mungkin antara insan yang beruntung kerana beberapa bulan sebelum allahyarham Tun Ibrahim Ismail meninggal dunia, saya sempat menemuramah beliau tentang banyak peristiwa di sebalik tabir di negara kita ini.

Allahyarham Tun Ibrahim berkongsi pengalaman beliau semasa dihantar ke Akademi Tentera British yang masyhur di Agra, India bersama-sama dengan mantan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Hussien Onn.

Beliau juga menceritakan detik beliau ditahan oleh tentera Jepun pada tahun 1944 selama 8 bulan sehinggalah beliau dibebaskan setelah Jepun mengaku kalah.

Antara jasa beliau yang paling besar ialah memperjuangkan kedudukan pangkat pegawai tinggi Melayu yang diberi taraf rendah berbanding pangkat pegawai tinggi British. Menurut Tun Ibrahim, semasa berkhidmat dengan Tentera Darat India dalam Perang Dunia Kedua, beliau diterima sebagai mempunyai kedudukan yang sama dengan pegawai British yang lain. Malangnya apabila beliau balik ke Tanah Melayu, beliau diperlakukan sebagai orang bawahan pegawai British. Kejayaan Tun Ibrahim memperjuangkan perkara ini telah memberi makna yang besar kepada generasi hari ini.

Kisah perjuangan Tun Ibrahim boleh dibaca melalui buku beliau yang bertajuk “ IBRAHIM PAHLAWAN MELAYU “ versi Bahasa Malaysia terbitan Dewan Bahasa & Pustaka tahun 2008 dan “ IBRAHIM : The Malay Warrior “ versi Bahasa Inggeris terbitan Pelanduk Publications tahun 2005. Semoga jasa dan bakti yang dicurahkan oleh Tun Ibrahim kepada agama, bangsa dan Negara akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Pasukan Tentera PKM di Tanah Melayu

BAGAIMANA KAMU TERGAMAK MAAFKAN CHIN PENG

Pada malam 23 Februari 1953, Pasukan tentera Komunis PKM lebih daripada 100 kekuatan menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Komunis membunuh seluruh anggota keselamatan serta keluarga mereka anak isteri tanpa belas kasihan. Mereka dibunuh dengan kejam termasuk dibakar hidup-hidup.

Penghulu Ali cuba memberi bantuan dengan mengumpul pasukan Pengawal Kampung. Di dalam perjalanan ke Balai Polis Bukit Kepong, Penghulu Ali dibunuh diseksa dengan sangat-sangat kejam. Kamu mahu tahu bagaimana Penghulu Ali dibunuh dan diterodok dengan senjata tajam Komunis? Saya tidak sanggup ceritakan, anda carilah sendiri cerita itu.

Cerita lain kekejaman PKM yang diketuai Chin Peng anda boleh ke Universiti Malaya dan membuat bacaan di sana. Jika mereka yang pro-Komunis dan pro-PKM atau yang pro-Chin Peng mengatakan Chin Peng juga berjuang menentang penjajah, mengapa mereka membunuh Ketua Kampung Melayu, Anak Bini orang Melayu, Polis Melayu, Askar Melayu, Pengawal Kampung Melayu malah hampir membunuh Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) walhal negara kita sudah lama merdeka (1976)!

Kem-Kem Komunis (PKM) Di Tanah Melayu

KOMUNIS MENIPU UNTUK MEMERINTAH

Pada 7 hingga 26 Ogos 1944, agen British yang berada di Tanah Melayu ditemui oleh agen-agen PKM untuk meminta bantuan senjata, makanan dan ubat-ubatan. PKM berjanji akan membantu pihak British menghalau penjajah Jepun.

Dengan mengggunakan kapal-kapal perang British dan Kapal Selam Diraja Severn, pihak British yang berpangkalan di Ceylon dan India bersetuju memberi bantuan tersebut.

Siapakah yang mengalahkan Jepun? PKM atau pasukan Bersekutu British?

Sekarang ini, anda boleh baca orang-orang pro-Komunis (atau yang memang Komunis), kononnya PKM lah yang menghalau Jepun dari Tanah Melayu.

Kita mesti kembali kepada sejarah untuk menjawab isu ini. Apabila pasukan Bersekutu diketuai Amerika mengebom Hiroshima dan Nagasaki, kerajaan Jepun menyerah kalah. PKM dan Chin Peng kah yang mengebom Hiroshima dan Nagasaki?

PKM keluar dari dalam hutan-hutan di Tanah Melayu, masuk secara rakus dan ganas ke bandar-bandar dan kampung-kampung memerintah secara kejam. Bintang-Bintang 3 bermaharajalela dan membunuh sesiapa sahaja yang mereka anggap sebagai musuh mereka.

Pasukan British terlalu lewat sampai ke Tanah Melayu mengakibatkan PKM dan Bintang 3 mengambil kesempatan memerintah dengan cara gila, ganas dan rakus.

Allahyarham Tun Ibrahim Berketar-ketar Menurunkan Tandatangan
Beliau Ke atas Buku "Ibrahim Pahlawan Melayu"

TUN IBRAHIM MENDARAT

Apabila Tun Ibrahim mendarat di Pulau Pinang setelah hampir sebulan berada di dalam kapal selam perairan Ceylon-Burma-Tanah Melayu, beliau sendiri hampir menerima nasib tidak menentu.

Lama selepas itu, pada tahun 1976, satu percobaan menembak Tun Ibrahim di Kuala Lumpur oleh anggota PKM tidak berjaya. Tun Ibrahim terselamat kerana kenderaan yang sepatutnya dinaiki Tun Ibrahim hanya dinaiki oleh pembantu-pembantu beliau. Tun Ibrahim hanya lewat beberapa jam sebelum melalui simpang jalan yang sama.

PKM dan Chin Peng hanya menyerah kalah pada tahun 1989 apabila beliau melihat keruntuhan 'jenama' Komunis di merata dunia. Soviet Union dan negara-negara Komunis di barat seperti Poland, Chechoslavakia, keruntuhan Jerman Timur, Vietname Utara dan sebagainya runtuh.

Regimen Ke-10 PKM yang bertahan di hutan-hutan di Pahang juga semakin berundur ke selatan Thai. Di mana Chin Peng ketika itu? Chin Peng berada di Beijing, hal ini dibuktikan apabila Komunis Melayu Shamsiah Fakeh berjumpa Chin Peng di Beijing. Anda perhatikan, orang-orang Melayu seperti Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dibiarkan di dalam hutan, dan Chin Peng berada di Beijing menikmati kesenangan kehidupan yang diberikan oleh pemerintah Parti Komunis China.

Bagi saya, Chin Peng atau Ong Boon Hua sudah mati, namun legasi kejahatannya sukar dilupakan. Mereka yang kudung kakinya, buta mata mereka, hilang anak bini secara kejam, putus tangan dan pelbagai penderitaan lagi masih ramai yang masih hidup.

Jika di hadapan kamu sekarang ada mangsa-mangsa kekejaman Komunis dan PKM, yang buta mata, kudung kaki, putus tangan, cacat anggota tubuh badan, apakah kamu akan katakan kepada kejahatan Komunis, PKM dan ketua mereka Chin Peng?

Kenangan: Tandatangan Allahyarham Tun Ibrahim Di Atas Buku Beliau

Nota: Kepada yang belum sempat membaca kisah-kisah yang berkaitan, sila layari di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/search?q=anugerah+panglima

Sebelum beliau meninggal dunia, sebuah buku Kisah Sebenar 13 Mei 1969 sedang beliau usahakan supaya generasi akan datang mengetahui kisah sebenar buku itu.

Jika saya Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO, saya akan segerakan terbit buku itu, untuk menangkis putar-belit mereka yang menipu dalam tragedi 13 Mei itu. Namun, apakan daya saya hanya penulis biasa, kata Profesor Emeritus Khoo Kay Kim di bawah.

Prof. Emeritus Khoo Kay Kim Menulis Mukadimah Dalam Buku Saya (DMS).

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU