Showing posts with label Krisis Kewangan Negara. Show all posts
Showing posts with label Krisis Kewangan Negara. Show all posts

Saturday, November 26, 2016

Mahathir Serang Ringgit Untuk Kenakan Najib?


Mahathir dan pengikutnya terlibat dalam serangan keatas Ringgit pada tahun 1997 dan, sekali lagi, dia menyerang Ringgit dalam usahanya untuk menggulingkan Najib. Mereka mahu Ringgit jatuh kepada lima Ringgit berbanding satu dollar Amerika dengan harapan ia dapat menjatuhkan Najib. Oleh kerana mereka tidak dapat menggulingkan Najib dengan menggunakan isu 1MDB, mereka kini menggunakan strategi yang sama mereka gunakan untuk menjatuhkan Anwar : serang Ringgit.

Raja Petra Kamarudin
24 November 2016

Dalam tempoh antara 1990-1996, nilai eksport dari Malaysia telah berkembang sebanyak 18% setiap tahun. Diantara Jun 1997 dan Januari 1998, satu krisis kewangan telah melanda seumpama api membakar sekam merentasi 'ekonomi harimau' (“tiger economies”) Asia Tenggara. Apabila ringgit menjunam berbanding dollar AS, Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohammed, memberi ucapan yang menegaskan bahawa pembiaya antarabangsa, George Soros, adalah kepala penyangak dalam konspirasi untuk memiskinkan negara-negara Asia Tenggara dengan menyerang matawang mereka.

The Asian Financial Crisis, oleh Charles W.L.Hill, University of Washington (BACA SELANJUTNYA DISINI).

Soros, yang telah membiayai kumpulan pro-demokrasi diseluruh Eropah Timur sejak sebelum berakhirnya komunisme suku abad yang lalu, telah kerap menjadi sasaran kerajaan Hungary, yang juga telah menuduh beliau membantu menyemarakkan gelombang bersejarah pelarian yang telah melimpah memasuki Eropah sejak tahun lepas. “Hungary dan Poland berhak menuntut lebih penghormatan,” kata Orban dalam temubual dengan radio tempatan Kossuth yang dikendalikan pada hari Jumaat. “Dibelakang pemimpin-pemimpin Parti Demokrat kita pasti melihat George Soros. Mulutnya adalah Clinton tetapi suaranya adalah George Soros.” - Bloomberg (BACA SELANJUTNYA DISINI).


Peranan George Soros dalam membuat ketidak-stabilan kerajaan-kerajaan di Eropah, Asia dan Timur Tengah tidak memerlukan perbincangan lanjut. Kekukuhan fakta itu adalah sama seperti fakta bahawa Adolf Hitler adalah anti-Yahudi dan telah merekayasa ‘Penyelesaian Terakhir’, pelan tindakan untuk penghapusan semua orang Yahudi. Dan fakta bahawa Soros dibelakang Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997 juga satu fakta yang tidak boleh dipertikaikan. Tetapi ada satu fakta yang jarang disebut. Dan faktanya mengenai peranan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam serangan keatas Ringgit.

Kejatuhan ekonomi pada tahun 1985 telah dipanggil kemelesetan. Pasaran saham merudum pada 19hb Oktober 1987 dikenali sebagai “Black Monday”. Tetapi kejatuhan Ringgit pada 1997 dipanggil krisis kewangan. Dan sebab 1997 adalah krisis kewangan dan bukannya kemelesetan adalah kerana asas ekonomi masih sangat kuat tetapi kejatuhan Ringgit adalah kerana serangan dan bukannya disebabkan kelemahan dalam ekonomi negara.

Sementara Mahathir meletakkan penyebab keruntuhan 1997 terpikul dibahu Soros, apa yang tidak pernah disebut dan tidak diketahui ramai (selain daripada orang-orang dikalangannya) adalah bahawa Soros tidak melakukannya secara sendirian. Mahathir dan 'budak-budak' suruhannya bekerjasama secara seiringan dengan Soros.

Seperti yang kita telah bincangkan berkali-kali dalam ruangan ini, Mahathir mempunyai kira-kira RM100 bilion yang diletakkan dibawah pemegang amanah, proksi, penama dan kroni manakala Tun Daim Zainuddin mempunyai RM60 bilion lagi dibawah kumpulan pemegang amanah, proksi, penama dan kroninya sendiri. Tidak disangsikan selepas itu Daim cukup bijak untuk mendapatkan kembali RM60 bilion tersebut dan kini meletakkannya diluar negara kedalam lebih-kurang sedozen bank-bank di Eropah Timur, Afrika dan Amerika Latin – sementara Mahathir tidaklah sebijak itu untuk melakukannya (dan kini terperangkap).


Apa yang dibisikkan dahulu pada 1997 dikoridor kuasa dalam lingkungan kewangan dan perbankan adalah terdapatnya hartawan-hartawan tertentu dikenali sebagai orang-orang Mahathir sedang bermain pasaran matawang. Sekitar 1995, apabila saya membuat keputusan untuk menjadi seorang penulis sepenuh masa, saya menjual banyak perniagaan atau saham-saham dalam syarikat-syarikat saya dan menutup mana-mana yang tidak berdaya maju. Saya terpaksa menanggung kerugian yang agak serius tetapi masih mampu untuk menyelamatkan sedikit wang, walaupun tidak dalam jutaan.

Saya kemudian letakkan wang itu di Singapura dan melabur dalam pelbagai matawang. Penasihat kewangan saya dari salah satu bank-bank utama di Singapura berkata beliau akan memantau pasaran dan akan menasihatikan kami bila untuk diselamatkan jika kita perlu untuk menyelamatkannya. Pada 1997, saya menerima panggilan daripadanya dan dia memberitahu kami untuk membuat tindakan menyelamat (“bail out”). Kita lakukan seperti yang dinasihatkan dan mengalihkan wang kedalam unit amanah. Tidak disangsikan lagi bahawa ini merupakan pelaburan jangka panjang tetapi sekurang-kurangnya simpanan masa-depan (“nest egg”) inilah yang membolehkan kami membeli sebuah kediaman di UK ini apabila kami membuat keputusan berpindah kesini 12 tahun kemudiannya pada 2009.

Bagaimanapun, persoalannya adalah, pada tahun 1997 kami telah dinasihatkan untuk “bail out” dan menjual kesemua matawang yang kami ada. Dan sebab kenapa kami dinasihatkan supaya “bail out” adalah bukan kerana Soros tetapi kerana orang-orang suruhan Mahathir sedang “melakukan sesuatu”. Saya fikir mereka gunakan ungkapan '“selling short” untuk menjatuhkan Ringgit'. Dan bank-bank Singapura tahu mengenainya. Salah seorang orang Daim, seorang Datuk berbangsa Cina, kemudiannya mengesahkannya apabila kami membincangkan perkara itu pada 2010.

Sudah tentu, apabila Ringgit jatuh semua orang yang melakukan “short sell” akan membuat bertan-tan wang. Dan Menteri Kewangan ketika itu, Anwar Ibrahim, akan dipersalahkan kerananya. Dan apabila Anwar membuat perjanjian dengan IMF untuk membantu menyelamatkan Malaysia, Mahathir menuduh Anwar sebagai agen asing dan bekerjasama dengan kuasa asing untuk menjajah Malaysia, bukan secara ketenteraan tetapi dari segi ekonomi.


Mahathir kemudiannya memberitahu Majlis Tertinggi Umno bahawa Anwar melakukan satu perbuatan khianat tetapi satu-satunya perkara yang mereka boleh gunakan untuk menyingkirkan beliau adalah liwat. Jadi, jenayah Anwar adalah pengkhianatan tetapi alasan untuk menggulingkan beliau adalah liwat. Itulah kebiasaan Mahathir dan dia melakukannya sekali lagi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak – alasannya adalah 1MDB tetapi sebab sebenar adalah Najib enggan membantu Mukhriz memenangi pemilihan parti.

Ini telah menjadi modus operandi atau SOP Mahathir sekian lama. Dia boleh berada dibelakang sesuatu perkara dan membuat orang nombor duanya nampak bersalah. Musa Hitam menulis bahawa dia telah dipersalahkan kerana Memali dan terpaksa menanggung beban kesalahan (“stigma”) tragedi tersebut selama 30 tahun sedangkan ia sebenarnya angkara (“baby”) Mahathir. Begitu juga dengan kerugian Forex RM30 bilion pada tahun 1992 – Jaafar Hussein telah dihukum kerananya walhal sebenarnya itu adalah ‘operasi’ Mahathir, sama seperti dia bermain pasaran timah dan rugi keseluruhannya. Dan kemudian kita menghadapi Krisis Kewangan Asia 1997.

Orang-orang Mahathir membuat timbunan wang apabila matawang merudum. Dan bank-bank tahu terlebih dahulu apa yang akan terjadi, kerananyalah mengapa saya, juga, dapat menyelamatkan dan mengalihkan dana-dana saya kepada unit amanah. Dan Anwar telah dimusnahkan dan dipaksa meninggalkan pejabat kerana ‘pengkhianatan’, walaupun mereka menggunakan pertuduhan liwat dan bukannya pengkhianatan keatas Anwar.

Malah, dakwaan bahawa Anwar bekerjasama dengan Soros untuk menjatuhkan Ringgit adalah karut. Anwar mempunyai hubungan dengan IMF, Bank Dunia dan broker-broker kuasa di Amerika Syarikat yang bukan pun kawan Soros. Soros hanya ada seorang kawan sahaja : wang. Jadi wang Mahathir (dan juga yang ditangan pemegang amanah dan proksi beliau, termasuk Daim dan geng) menjadi sahabat kepada Soros.

Hari ini, Mahathir sekali lagi bekerjasama dengan Soros untuk menyerang Ringgit. Mahathir telah mencuba selama dua tahun sejak Disember 2014 untuk menyingkirkan Najib dengan menggunakan isu 1MDB. Tetapi ianya tidak berhasil. Jadi sekarang Mahathir telah mengubah strategi. Beliau menyerang Ringgit dan berharap ini akhirnya akan menyebabkan Najib tersingkir. Malah, ramai yang telah pun menyalahkan Najib kerana kejatuhan Ringgit. Jadi sedikit sebanyak ianya bolehlah dianggap berhasil. Mereka bercakap tentang Ringgit yang akhirnya akan menjunam keparas RM5 berbanding USD dan sekiranya ianya terjadi Najib akan terpaksa mengemas beg dan beredar pergi.

Ada yang mengatakan bahawa Mahathir adalah seorang ahli politik Machiavelli yang bijak. Itu tidaklah berapa benar. Machiavelli akan menggelupor didalam kuburnya dan jika beliau masih ada pada hari ini dia akan mengutuk Mahathir dan tidak akan menganggap beliau sebagai salah seorang muridnya. Machiavelli sebenarnya tidak mempunyai prinsip-prinsip tertentu dan dia tidak akan melakukan sesuatu perkara sepertimana Mahathir lakukan.

Sebagai contoh, Machiavelli tidak akan menyerang ekonominya sendiri kerana berbuat demikian akan menyusahkan orang ramai dikalangannya sendiri. Machiavelli sebenarnya agak nasionalis dan menggunakan rakyat sendiri sebagai 'bahan kemusnahan yang tidak dapat dielakkan' (“collateral damage”) adalah satu penganiayaan dan pengkhianatan. Mahathir, bagaimanapun, tidak mempunyai masalah dengan berbohong dan bertipu helah sementara segala-galanya musnah asalkan dia dapat menyingkirkan semua musuh-musuhnya.


Machiavelli adalah seorang putera raja jadi dia mempunyai maruah dan sifat-sifat yang mulia. Sejauh mana pun seseorang mahukan kemenangan, tetapi tidaklah sampai mengorbankan apa yang orang Melayu panggil maruah. Mahathir, bagaimanapun, bukanlah seorang bangsawan seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, dan lain-lain, tidak mempunyai sedikit pun keraguan untuk menjilat kembali ludah sendiri, seperti apa yang dia lakukan sekarang.

Sudah tentu, puak Pakatun – seperti orang-orang DAP, PKR dan PAN – tiada nampak masalah dengan apa yang Mahathir lakukan. Malah orang-orang Pribumi juga selesa begitu. Sementelah mereka ini tidak dilahirkan bermaruah jadi menjilat balik ludah sendiri dianggap sebagai boleh diterima selagi anda memperoleh kuasa politik. Puak Pakatun ini samalah seperti pelacur yang membuka kelangkang kaki mereka untuk mendapat keuntungan kewangan.

Satu lagi sifat Machiavelli adalah pemimpin perlu disayangi, dihormati dan ditakuti. Mahathir tidak mengambil berat tentang semua itu. Selagi anda rasa takut kepadanya, ianya sudah cukup baik. Dia tidak memerlukan kasih sayang dan rasa hormat anda. Najib, sebaliknya, lebih mementingkan rasa kasih sayang dan hormat rakyat dan kerana itulah sebabnya beliau sangat berhati-hati tentang cara bagaimana beliau berhadapan dengan musuh politiknya. Mahathir tidak peduli sebesar zahrah pun apa yang anda fikirkan tentang dirinya dan dia telah pun menegaskannya begitu.


Seperti kata Musa Hitam, Mahathir sebenarnya adalah seorang yang sangat sombong dan tidak boleh menerima kritikan dengan baik kerana dia menganggap dirinya lebih sempurna daripada orang lain dan beliau menganggap orang Melayu sebagai satu bangsa yang sangat bodoh. Oleh itu dia tidak merasa ragu sedikit pun untuk menjatuhkan martabat dirinya kepada pariah politik, sebagaimana yang telah terjadi. Mahathir tahu Pakatan Harapan tidak ada masalah untuk bekerja dengan pariah kerana kebanyakan pemimpin Pakatan sendiri adalah pariah. Itulah sebabnya mengapa Pakatan boleh menerima Mahathir sebagai pemimpin mereka.

Hanya pembangkang yang sangat terdesak akan menerima orang seperti Mahathir sebagai pemimpin mereka. Apabila anda tidur bersama seekor kala jengking yang telah menyengat anda kesekian kalinya sebelum ia mendedahkan keadaan anda yang begitu terdesak. Pakatan secara dasarnya sedang ketandusan ide dan hilang punca (“scraping the bottom of the barrel”) dan mereka akan membayar harga yang amat tinggi akibat pergabungan mereka dengan Mahathir. Pilihanraya umum akan datang akan membuktikan keseluruhan kesilapan besar yang telah dibuat oleh Pakatan Harapan dengan meletakkan cita-cita mengatasi prinsip-prinsip.


Terjemahan dariMalaysiaToday


Monday, September 10, 2012

Mengenang Kembali Jasa Tun Dr Mahathir - Penyelamat Negara


----------------------------------------
(TERKINI - 26/11/2016) SILA BACA JUGA :
MAHATHIR SERANG RINGGIT UNTUK KENAKAN NAJIB?
Mahathir dan pengikutnya terlibat dalam serangan keatas Ringgit pada tahun 1997 dan, sekali lagi, dia menyerang Ringgit dalam usahanya untuk menggulingkan Najib. Mereka mahu Ringgit jatuh kepada lima Ringgit berbanding satu dollar Amerika dengan harapan ia dapat menjatuhkan Najib. Oleh kerana mereka tidak dapat menggulingkan Najib dengan menggunakan isu 1MDB, mereka kini menggunakan strategi yang sama mereka gunakan untuk menjatuhkan Anwar : serang Ringgit.
----------------------------------------


DR. MAHATHIR - PENYELAMAT NEGARA
Oleh Nor Mohamed Yakcop 

Dalam artikel ini, saya ingin menghuraikan serba sedikit tentang satu keputusan yang begitu bermakna, berani dan bijaksana yang telah diambil oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 1 September 1998. Pada tarikh tersebut, Dr. Mahathir Mohamad, sebagai pemimpin Malaysia, dengan penuh keyakinan, telah mengambil keputusan untuk melaksanakan rejim kawalan pertukaran asing terpilih (selective exchange control regime). Peluang yang terbuka ekoran langkah-langkah 1 September 1998 bukan sahaja memberi kekuatan kepada Malaysia untuk terus mengharungi krisis ekonomi yang melanda negara, malah Malaysia muncul sebagai negara yang semakin kuat dan mantap. Adalah tidak sukar untuk meramalkan apa agaknya yang akan terjadi kepada negara tercinta sekiranya langkah-langkah tersebut tidak dilaksanakan.

Pada masa itu, saya berjumpa dengan Dr. Mahathir Mohamad hampir setiap hari dan setiap kali pertemuan saya dengan beliau, raut wajah dan perwatakkan beliau menampakkan keresahan kerana memikirkan situasi ekonomi yang tidak menentu. Ini adalah disebabkan beliau berasa hairan kerana pada waktu itu asas-asas ekonomi negara begitu kukuh sekali. Beliau sedar bahawa krisis luar biasa itu adalah berpunca daripada konspirasi penyangak-penyangak matawang, dengan sokongan bank-bank antarabangsa, yang telah lama membuat perancangan yang begitu rapi untuk meruntuhkan ekonomi Malaysia. Kesedaran itulah yang mendorong Dr Mahathir Mohamad mengerah segala usaha dan keringatnya untuk mencari jalan terbaik bagi menghentikan kegiatan manipulasi dan serangan spekulasi matawang asing yang begitu kompleks serta mencabar. Beliau juga sedar bahawa tindak balas yang tidak tepat akan hanya menjerumuskan Malaysia kedalam kitaran ganas kemiskinan. Bak kata pepatah, tersilap langkah, antan patah lesung hilang. Dalam keadaan yang begitu genting, saya sering melihat Dr. Mahathir Mohamad, walaupun dalam keadaan kesihatan yang kurang sihat, seperti demam dan batuk-batuk, begitu tabah dan terus berusaha siang dan malam, tanpa mengenal erti jemu, untuk mencari formula demi menyelamatkan ekonomi negara.

Selepas pelan tindakan dilaksanakan pada 1 September 1998, Dr Mahathir Mohamad tidak berehat. Sebaliknya, beliau terus mempengerusikan mesyuarat Exco Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) setiap hari bagi membincangkan, menghalusi dan memantau keadaan ekonomi serta menyusun langkah-langkah ke arah mengukuhkan ekonomi. Petunjuk dan data-data ekonomi penting seperti pelaburan, perbelanjaan, eksport dan import serta banyak lagi data-data dianalisis pada setiap hari. Tidak ada pemimpin di negara membangun mahupun sedang membangun yang pernah melakukan tindakan seperti ini. Ini membuktikan kelebihan Dr. Mahathir. Hakikatnya, Dr. Mahathir menyelamatkan Malaysia, bukan sahaja melalui keberanian beliau melaksanakan pelan tindakan unorthodox pada 1 September 1998, tetapi juga melalui kerajinan dan kecekapan beliau dalam memantau situasi ekonomi setiap hari, supaya tindakan segera dapat diambil untuk menangkis sebarang ancaman dan memperbaiki keadaan, jika perlu.

Sekiranya Malaysia tidak melaksanakan langkah-langkah unorthodox pada bulan September 1998, sebahagian besar syarikat perniagaan akan menjadi muflis. Kadar faedah yang tinggi akan meningkatkan tanggungan hutang mereka. Apabila mereka jatuh seperti domino, bank-bank dan institusi kewangan akan runtuh kerana hutang tidak berbayar (NPL) yang terlalu besar. Apabila bank-bank runtuh, kekangan kredit akan menjadi lebih parah, menyebabkan syarikat-syarikat yang sedia maju tidak mendapat pinjaman. Perniagaan mereka akan menguncup dan akhirnya mereka juga akan terjejas teruk. Seterunya Kerajaan pula tidak akan dapat memungut hasil yang mencukupi untuk membiayai perbelanjaan.

Akibat kegagalan bank dan korporat, kadar pengangguran akan meningkat dengan ketara dan seterusnya satu lagi kitaran kegagalan syarikat dan bank akan menyebabkan satu lagi pusingan pengangguran. Inilah apa yang dikatakan kitaran ganas. Apabila jumlah pengangguran meningkat, jalinan sosial di Malaysia akan terungkai dan seterusnya menyebabkan kegawatan sosial dan politik. Ini akan menyebabkan dana dari luar tidak masuk ke Malaysia, kerana pelabur asing tidak akan masuk ke dalam negara yang tidak menentu kestabilan sistem politiknya. Dalam tahun 1997 dan 1998, senario ini adalah satu bencana yang menunggu masa untuk berlaku. Namun, ia tidak berlaku kerana kebijaksanaan Dr. Mahathir melaksanakan pelan tindakan unorthodox pada 1 September 1998.

Negara-negara jiran kita juga kembali pulih kerana Malaysia melaksanakan kawalan pertukaran asing terpilih. Beberapa bulan sebelum 1 September 1998, pengurus hedge funds telah merancang untuk melemahkan kadar ringgit kepada RM5 bagi setiap AS$1, dan mengambil tindakan yang sama terhadap mata wang Thailand, Indonesia dan Korea Selatan.

Mereka telah pun mula melaksanakan rancangan ini sedikit demi sedikit. Apabila Malaysia secara mengejut melaksanakan pelan tindakannya pada 1 September 1998, mereka panik dan bukan sahaja membeli semula ringgit, tetapi juga mata wang negara-negara rantau ini. Paling penting, mereka terpaksa membatalkan rancangan serangan tersebut dan tidak berani membuat serangan sedemikian sehingga sekarang. Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa langkah Dr. Mahathir melaksanakan pelan tindakan unorthodox pada bulan September 1998 bukan sahaja telah menyelamatkan Malaysia tetapi juga negara-negara di rantau ini.

Satu lagi kesan positif kepada Korea Selatan, Thailand dan Indonesia berikutan langkah-langkah kawalan pertukaran asing yang dilaksanakan Malaysia ialah sikap IMF dan negara-negara Barat. Atas sebab-sebab yang telah kita ketahui, IMF dan lain-lain negara Barat tidak mahu kawalan mata wang asing Malaysia berjaya kerana kejayaan langkah berkenaan akan menjejaskan kredibiliti dasar globalisasi dan pasaran bebas yang mereka perjuangkan. Oleh itu, bagi IMF adalah penting untuk memastikan Korea Selatan, Thailand dan Indonesia, yang tidak melaksanakan kawalan pertukaran asing dan sebaliknya menerima bantuan IMF, menghasilkan kejayaan yang jauh lebih baik daripada Malaysia. Ini dilakukan, bukan kerana IMF benar-benar mahu negara-negara tersebut berjaya, tetapi hanya untuk menunjukkan bahawa cara yang dipilih oleh Malaysia adalah salah. Bagi Malaysia, lebih banyak bantuan yang diberikan oleh IMF kepada negara-negara ini adalah lebih baik. Ini bukan sahaja dari segi kemanusiaannya, iaitu ingin melihat jiran kita makmur, tetapi juga dari segi kepentingan Malaysia sendiri, kerana kemakmuran jiran-jiran kita akan meningkatkan perdagangan serantau dan kestabilan politik serantau yang akan menguntungkan Malaysia.

Kemenangan Malaysia

It was the worst of times. It was the best of times. Ungkapan ini mungkin diucapkan oleh penyair untuk menggambarkan tempoh dua tahun yang diharungi negara mulai Julai 1997, apabila krisis kewangan di Asia mula menunjukkan belangnya. Ia adalah satu tempoh yang paling perit berikutan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia semasa melalui tempoh ini.

Ia juga adalah satu tempoh yang paling menarik kerana ia menampakkan beberapa kualiti terbaik Dr. Mahathir Mohamad khasnya dan rakyat Malaysia amnya untuk membuktikan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia adalah satu jalinan masyarakat yang kukuh yang mempunyai kemampuan dan keupayaan untuk menerima gegaran serta kejutan, bahkan tabah menghadapinya.

Dr. Mahathir Mohamad telah beberapa kali menegaskan bahawa satu pengajaran dari krisis 1997 - 1998 ialah kita perlu mempersiapkan dan memperlengkapkan diri supaya kita mempunyai daya ketahanan yang cukup kuat untuk menangkis dan menangani krisis-krisis kewangan dan serangan ekonomi yang berlaku pada masa hadapan. Kita perlu sedar bahawa kebanyakan krisis kewangan dan krisis ekonomi adalah di luar kawalan kita. Ia muncul dengan tiba-tiba dalam bentuk dan pola yang sukar diramalkan. Apa yang mustahak, mengikut pendapat Dr. Mahathir, ialah jika berlaku krisis, kita mesti mempunyai keyakinan yang kuat untuk melakukan sesuatu yang dianggap mustahil, dengan syarat ia dilakukan untuk kepentingan rakyat keseluruhannya. Kita akan berjaya sekiranya kita bijaksana, berakhlak dan berani sepertimana yang ditegaskan oleh filasuf Kung Fu Tze: Yang bijaksana tidak keliru, yang berakhlak tidak gundah gulana, yang berani tidak gentar.

Kita tidak harus mengharapkan apa-apa pujian daripada negara-negara barat atau media-media mereka kerana kita melakukannya bukan untuk mendapat pujian atau untuk memuaskan hati mereka. Kita melakukannya kerana kita tahu bahawa apa yang kita lakukan adalah langkah yang tepat demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat keseluruhannya.

Dalam melaksanakan pelan unorthodox pada bulan September 1998, Dr Mahathir telah membuktikan bahawa sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh secara teratur, berpasukan, berstrategi dan terancang, adalah tidak mustahil untuk menentang lawan kita yang jauh lebih gagah dan perkasa daripada kita dengan cara kita sendiri.

Satu lagi pengajaran, khasnya daripada krisis kewangan 1997 - 1998, yang selalu ditekankan oleh Dr. Mahathir Mohamad, ialah proses globalisasi tidak semestinya membawa kemakmuran kepada kesemua negara di dunia ini. Di peringkat awal, pelonggaran halangan perdagangan, dasar perniagaan mata wang yang bersifat antarabangsa dan aliran modal jangka pendek yang tidak terbatas dianggap satu perkara yang membawa manfaat kepada negara maju dan negara membangun. Namun apa yang dianggap baik kepada negara maju tidak semestinya baik untuk negara membangun. Krisis kewangan, yang hanya membabitkan negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, membuktikan tesis ini dengan jelas. Ini bermakna proses globalisasi yang dicanangkan oleh Barat perlu diselidiki serta dikaji secara halus dan bijaksana sebelum kita menerimanya bulat-bulat.

Sungguhpun kita telah berjaya memulihkan ekonomi negara, Dr. Mahathir Mohamad telah menyedarkan kita bahawa kita tidak boleh berlapang dada dan merasa lega. Perjalanan kita masih jauh. Tugas kita masih banyak lagi. Kita perlu memakmurkan kembali Malaysia agar ia dapat mencapai taraf negara maju, membasmi kemiskinan hingga ke akar umbi, dan menjana satu budaya bangsa yang murni, sanggup bekerja keras dan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hidup untuk semua lapisan rakyat Malaysia.

Kejayaan kita dalam pertembungan antara globalisasi dan kawalan modal adalah satu pencapaian yang boleh kita banggakan, kerana kita, melalui kepimpinan dan kebijaksanaan Dr. Mahathir Mohamad, dapat mengelak daripada menjadi negara penerima Dana IMF. Tetapi kita harus bersedia setiap masa dan sentiasa beringat setiap waktu supaya krisis yang sama, sekiranya datang kembali, boleh ditangani dengan pendekatan dan langkah-langkah yang matang, kreatif dan bijaksana.

Kesimpulan

Dalam kehidupan setiap pemimpin, ada beberapa ketika yang merupakan saat-saat penuh genting, bererti dan bermisteri. Saat-saat di mana seseorang pemimpin membuat keputusan penting yang akan mencorakkan kehidupan bangsanya di kemudian hari. Dr Mahathir Mohamad sudah tentunya telah melalui banyak saat-saat seperti ini dalam masa 22 tahun beliau memimpin negara tercinta. Antara saat-saat seperti ini, 1 September 1998 merupakan saat yang penuh rahmat untuk bangsa Malaysia. Pada tarikh tersebut Dr Mahathir Mohamad, sebagai pemimpin Malaysia, telah mengambil keputusan berani untuk melaksanakan pelan tindakan unorthodox dan sekaligus menyelamatkan Malaysia.


::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU