Showing posts with label Jenaka. Show all posts
Showing posts with label Jenaka. Show all posts

Tuesday, May 08, 2018

Selingan Lucu : TABIB, SINGSEH DAN TAIK AYAM ...




Al-kisah kononnya, ada dua orang sahabat baik, seorang Arab dan seorang Cina. Mereka kebingungan kerana bisnes yang mereka buat makin hari makin tidak menguntungkan dan kedua-duanya hampir bangkrap.

Puas mereka berdua memerah otak berfikir dan akhirnya sepakat untuk mencuba membuka klinik kesihatan dengan menawarkan rawatan pengubatan alternatif.

Maka si Arab pun jadi tabib dan si Cina menjadi singseh.

Setelah seminggu beroperasi, klinik si tabib masih belum dikunjungi sesiapa untuk mendapatkan rawatan, tapi klinik si singseh dibanjiri pesakit. Puas si tabib berfikir bagaimana untuk menyaingi si singseh.

Si tabib mendapat satu ide lalu memasang satu iklan besar dihadapan kliniknya "JIKA TIDAK SEMBUH WANG DIKEMBALIKAN 3 KALI GANDA".

Taktiknya menjadi, pesakit makin ramai datang kekliniknya.

Sekarang giliran si singseh pula resah, dia mencari akal, "Haiyaa, moleh mikin untung pula-pula sakiet dan tatak simboh lagi uwang lapat oooo ..."

Dia pun pergi keklinik si tabib.

Monday, April 30, 2018

LAWAK HUJUNG MINGGU : Seorang 'Bangsat' Dan Seorang 'Bangla' ...

Cerita ni dihantar oleh seorang sahabat melalui WhatsApp, entah betul berlaku atau tidak, tidak diketahui kebenarannya. Walau bagaimana pun, ia bolehlah dianggap sebagai satu lawak jenaka hujung minggu ...

( Sekadar hiasan )

Seorang lelaki dari Kuala Lumpur didalam perjalanannya telah singgah disebuah surau di Kedah untuk menunaikan solat.

Memandangkan baru saja masuk waktu sembahyang, dan lelaki itu telah siap sedia menunggu, Tok Imam berkata kepadanya "tolong bang sat".

Mendengar kata-kata Tok Imam, lelaki itu melompat bangun dan terus memaki Tok Imam kerana berfikir Tok Imam memanggilnya "BANGSAT'.

Terjadi kekecohan sehingga seorang jemaah lain memberitahu lelaki tersebut bahawa sebenarnya apa yang diucapkan oleh Tok Imam membawa maksud "Tolong azan sekejap".

Lelaki itu terdiam tersipu malu seketika, terus meminta maaf kepada Tok Imam, sambil berkata "Tok Imam bang la".

Kali ini Tok Imam pula mengamuk kerana menganggap lelaki tersebut membalas balik dengan menggelar dirinya "BANGLA".


Begitulah ceritanya ...


Wednesday, April 25, 2018

Lawak Bulan Madu : Tak henti-henti dikerjakan


Ini adalah kisah empat orang pengantin baru yang baru dinikahkan oleh orang tuanya....

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Mas.

Satu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak ni serentak.

Selepas selamat diijab-kabulkan, ke-empat-empat anak itu bercadang untuk pergi berbulan madu. Siti pergi bulan madu ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Mas ke Pulau Pangkor.

Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "Nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, hantar SMS dengan menggunakan slogan iklan yang ringkas, padat dan tepat."

Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.

Dalam beberapa hari, terima SMS dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered' . Dicari-cari kedua suami isteri akan iklan Standard Chartered. Tersenyum kedua-duanya membaca iklan yang bertulis "Besar, Teguh dan Peramah."

Syukur, bahagialah si Siti.

Esoknya terima pula SMS dari Seri yang bertulis 'Nescafe'. Segera dicari iklan Nescafe. Tersenyum suami isteri membaca slogan iklan yang bertulis "Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir."

Alhamdulillah, bahagialah si Seri ...

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula SMS dari Murni yang bertulis 'KFC'. Dicari iklan KFC. Tersenyum kedua mereka membaca slogan iklan yang bertulis 'Hingga Menjilat Jari.'

Bahagia juga si Murni dengan suaminya...

Seminggu berlalu, tiada lagi berita dari Mas. Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Maklumlah ini kali pertama mereka berenggang anak beranak.

Masuk minggu kedua minggu... tak ada jugak SMS.

Wednesday, March 19, 2014

"Mana Nak Letak Muka Kami?" JADI KAMI CABAR BALIK ...



SUNGAI KINABATANGAN, 17 MAC 2014

Penduduk di sekitar Sungai Kinabatangan gempar apabila segerombolan Buaya Tembaga didapati terdampar di persisiran sungai jam 10.47 pagi tadi.

Kehadiran buaya-buaya ini menarik minat orang ramai untuk melihat buaya-buaya ini sehinggakan pesisir sungai dipenuhi oleh orang ramai sekitar Kinabatangan.

Jabatan Perhilitan yang dihubungi kemudiannya tiba kira-kira setengah jam kemudian mengesahkan buaya-buaya tersebut merupakan spesies yang kuat sentap. Beberapa petugas dilihat cuba untuk menenangkan buaya-buaya tersebut.

Salah seekor buaya tersebut membuat permintaan untuk ditemuramah oleh pemberita.

Pemberita dari Rawters yang tiba kemudiannya cuba menemuramah wakil kepada gerombolan buaya tersebut. Buaya tersebut hanya ingin dikenali sebagai Duda Senang.

"Seumur hidup saya 99 tahun ini tidak pernah ada mana-mana manusia yang menampar keturunan kami. Maruah kami sejak berzaman sebagai raja sungai tercalar kerana ada Bomoh yang mendakwa pernah menampar kami."

"Jadi saya selaku Raja Buaya mencabar Datuk Raja Bomoh untuk turun ke sungai ini dan menampar muka salah seekor dari kami jika dia handal orangnya!"

Duda Senang yang turut mendakwa selaku keturunan ketiga Bujang Senang, Raja Buaya Sarawak ketika ditanya apakah punca dia memberi amaran tersebut, berkata:

"Kami malu diketawakan oleh Memerang, Biawak Pasir, Ular Air, malahan Udang Galah pun ketawa melihat kami, kerana menyangka kami pernah ditampar manusia, mana nak letak muka kami?"


Sumber : Rawters
Diterjemah ke Bahasa Melayu oleh blogger Rezqeen Hill


Tuesday, March 11, 2014

Selingan : Lawak Jenaka : "SIAPA NAMPAK BURUNG SAYA?"


Hobi Ketua Umum sebuah kampung adalah memelihara burung.

Ketua Umum suka main burung. Tiap-tiap hari Ketua Umum main burung.

Pada suatu hari tiba-tiba dia mendapati burungnya hilang. Oleh kerana tersangat marah atas kehilangan burungnya, dia mengumpulkan hampir keseluruhan penduduk kampung yang rata-rata penyokong kuatnya sebagai ketua. Hampir 200 penduduk datang ke balai raya.

Ketua Umum : "Siapa ada burung?"

Semua lelaki yang hadir terus berdiri.

Ketua Umum sedar yang cara dia bertanya salah ...

Ketua Umum : "Bukan burung itu maksud saya, ... duduk-duduk." "Siapa pernah nampak burung?"

Semua wanita berdiri.

Ketua Umum bertambah marah ...

Ketua Umum : "Maksud saya, siapa pernah nampak burung yang bukan miliknya?"

Setengah wanita berdiri.

Ketua Umum semakin gugup ...

Ketua Umum : "Maaf sekali lagi ... Maksud saya adalah, siapa pernah tengok burung saya .."

SEMUA ORANG BERDIRI ...

Ketua Umum : "Haramjadah ..."


(Sumber asal dari blog Daeng Selili)

Monday, July 01, 2013

Tip Terbaik Untuk Datang Awal Ke Masjid Waktu Subuh ...

Lagi satu Lawak Jenaka. Betul ke? Atau tak pernah tengok filem P Ramlee "Madu Tiga"?


Ada seorang penuntut ilmu melihat gurunya sangat awal datang ke masjid menunaikan solat Subuh. Setiap kali dia datang ke masjid pada awal pagi, dia akan mendapati gurunya sudah lebih dahulu sampai.

Maka si murid bertanya kepada gurunya : "Wahai Tuan Guru, bolehkah Tuan Guru beritahu kepada saya teknik dan resepi datang ke masjid awal?"

Maka Sang Guru menjawab soalan muridnya dengan bertanyakan soalan : "Adakah kamu sudah berkahwin?"

Si Murid menjawab : "Belum Tuan Guru".

Maka Sang Guru lalu berkata : "Berkahwinlah".

Mengikut arahan Tuan guru maka si murid tersebut terus berkahwin. Namun yang menghairankan dirinya, bukannya dia semakin awal ke masjid, malah semakin lambat ke masjid. Maka, setelah beberapa hari keadaan berlarutan, dia lalu mengadu kepada guru tersebut.

"Tuan Guru menyuruh saya berkahwin, dan saya telah pun berkahwin dengan harapan akan semakin cepat ke masjid namun yang berlaku sebaliknya. Saya bukan semakin awal ke masjid malah semakin lambat".

Maka Tuan Guru menjawab : "Berkahwinlah satu lagi".

Terkejut dengan jawapan gurunya tersebut. Kalau seorang isteri sudah lambat ke masjid apatah lagi berkahwin dua. Namun, disebabkan patuh dengan arahan gurunya maka dia berkahwin pula dengan isteri yang kedua. Namun keadaan masih berterusan sedemikian. Malah lebih lambat. Dia tetap terkalah dengan gurunya yang sentiasa lebih awal berada di masjid.

Sekali lagi dia mengadukan perkara ini kepada gurunya. Maka jawapan yang diberikan oleh gurunya sangat memeranjatkan dirinya.

Kata Tuan Guru : "Kalau begitu, kahwinlah seorang lagi".

Maka beliau sekali lagi melaksanakan arahan gurunya tersebut. Pada satu pagi, ketika Tuan Guru datang ke masjid. Beliau terkejut melihat muridnya sudah berada di masjid. Lebih awal daripada dirinya.

Tuan Guru bertanya sambil tersenyum : "MasyaAllah, apa rahsia kamu datang awal ke masjid pada pagi ini?"

Jawab Si Murid : "Bukan setakat datang awal Tuan Guru, malah saya tidur di masjid terus. Rahsianya : Kahwin 3. Pening kepala saya dengan semua, akhirnya masjidlah yang terbaik untuk bermalam".

Tuan Guru tersenyum lalu berkata : "Alhamdulillah, kamu dah jumpa teknik dan rahsia datang awal ke masjid ".


Ini pun aku cedok habis-habisan dari blog Kulaan Niring


Pakai Lilin Saja Le !

BOSAN POLITIK: Bosanlah setiap hari baca kisah politik saja; elok cari cerita lawak pulak, buat seronok-seronok ... (tapi ini kisah sepasang suami isteri 'otak kuning' pulak dah ...)


Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "Ayang, period I dah lewat sebulan, tapi I tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar-benar pasti.

Pada suatu hari, rumah pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakan dalam pembayaran bil elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata "Ini rumah Encik Mahfuz ker?"

"Iya, saya ni isterinya. Ada apa encik?"

Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu. "APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab "Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check online".

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu???"

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan "Rileks puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, "Nanti saya bincang dengan suami saya".

Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ.

Keesokan harinya, selepas si Mahfuz ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. Awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! Bisness apa korang buat niii?? Nak kena saman kerr???"

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahfuz ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "Sabar encik, sabar encik. Apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Mahfuz naik berang.

"APAAA?? Nak bayar korang? Belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap "Kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya ..........."

Si Mahfuz mencelah "Apa??? Pppotong??? Abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???"

Pegawai TNB tu pun cakap "Nampak gayanye .. ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRR LAAAAAAAA".

???????????? ??????? .. ......... .........



Lawak ni aku ciplak tanpa sensor dari blog Aku Peduli Apa @ APA


Sunday, July 01, 2012

Jenaka Yang PALING TEPAT buat PAS

Errr nampak ke?


Kambing dan ayam berkawan baik sejak dari dilahirkan lagi. Pada suatu hari, ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing. Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam: "Kambing, pekabo?"

Kambing: "Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni."

Ayam: "Takde ke mana. Sesajalah nak tengok reaksi engko".

Kambing: "Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam,kan?"

Ayam: "Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya."

Kambing: "Kenapa?"

Ayam: "Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi telur nampak..."

Friday, May 18, 2012

Kisah Seram Di Sebalik Penutupan Penjara Pudu!

KAMUNTING CENTRAL


Artikel ini bertujuan bagi mengungkap peristiwa di sebalik kejadian penutupan Penjara Pudu tidak lama dulu. Apakah rahsia sebenar yang berlaku disebalik penutupan nya yang secara tiba-tiba. Walhal, penjara pudu sama sekali tidak harus dirobohkan memandangkan ia adalah hasil tinggalan sejarah lama. Tahu kah anda apa kah rahsia atau kejadian yang pernah berlaku sebelum keputusan untuk merobohkan Penjara Pudu di Kuala Lumpur ini di laksanakan?

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "BilikTerakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIKTERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati di tali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya.

Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, "Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaa".. "Ahmad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha HaHa " Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa ...

"Tahniah kerana minat membaca. P/s: aku pun terkena... so apa salahnya foward kat org lain lak kan dan ianya tidak ada kena mengena dengan hal kerajaan Barisan Nasional ....hahahaha!

Wednesday, April 25, 2012

MELAYU PAS, INDIA PKR dan CINA DAP,,,, LAWAK BEB ?


Baru-baru ini adalah seorang kawan menceritakan kisah (dongeng) ini.

Menurut ceritanya terdapat 3 orang kontraktor yang dipanggil mengadap ahli lembaga pengarah sebuah agensi kerajaan untuk membentangkan cadangan projek membina sebuah dewan masyarakat.

Kontraktor pertama adalah seorang berbangsa Melayu. Dengan memakai kopiah dan berbaju kemeja biasa, beliau memasuki bilik mesyuarat pengarah dan membentangkan mengenai projek tersebut.

“Kos projek ini adalah 1 juta” kata kontraktor itu di akhir pembentangan.

Terkejut ahli lembaga pengarah dengan pengumuman itu.

“Harga ini terlalu murah, mampu ke Tuan Haji menyiapkan projek ini ?”tanya salah seorang ahli lembaga pengarah.

“Saya ni kerja ikhlas dan ambil untung sedikit saja, jadi memanglah saya mampu” balas kontraktor Melayu ini.

Maka ahli lembaga pengarah semuanya terharu dan mereka mula membuat keputusan bahawa mungkin inilah kontraktor terbaik untuk menjalankan projek ini.

Selepas kontraktor ini keluar, masuk pula seorang kontraktor kedua berbangsa India untuk membentangkan projek yang sama.

“Harga yang saya cadangkan adalah 1.5 juta”, kata kontraktor India ini di akhir pembentangan.

“Kenapa mahal sangat ? tapi Pak Haji tu baru 1 juta saja”, tanya ketua lembaga pengarah.

“Tuan-tuan sekalian, Pak Haji tadi tidak tahu mengenai harga barangan yang tengah naik. Tak lama lagi harga besi, simen, minyak dan batu akan naik. Jadi ini adalah harga yang paling baik dan saya dapat siapkan projek ini sebaik mungkin”, balas kontraktor India ini.

Semua ahli lembaga pengarah mula mengangguk setuju. Mereka mula melihat bahawa Pak Haji tadi adalah orang yang tidak mampu menjalankan projek itu sehingga habis. Mungkin kontraktor India ini adalah yang terbaik kerana dia berfikiran kehadapan dan tahu mengenai projek ini dengan baik.

Akhir sekali, dipanggil kontraktor yang ketiga, seorang yang berbangsa Cina untuk membentangkan projek ini. Pada saat ini sebenarnya semua ahli lembaga pengarah sudahpun membuat keputusan untuk mengambil kontraktor India sebagai pilihan utama mereka.

“Harga projek ini saya cadangkan adalah RM 2.5 Juta”, kata kontraktor Cina ini di akhir pembentangannya.

“Huh ? Mahalnyaaaaa….. Kamu tahu tak ?, Pak Haji tadi hanya RM 1 juta, kontraktor India itu hanya RM 1.5 juta. Kenapa kamu punya tiba-tiba RM 2.5 juta”, kata salah seorang daripada ahli lembaga pengarah.

Ahli lembaga pengarah yang lain pun mula mengelengkan kepala tanda tidak setuju. Mereka mula berbisik sesama sendiri bagi memastikan tidak ada ahli lembaga pengarah yang bersetuju.

Akhirnya semua terdiam menanti apakah alasan yang akan diberikan oleh kontraktor Cina ini.

“Saya punya harga adalah yang terbaik. RM 1.5 juta adalah harga untuk menyiapkan projek ini dan bakinya RM 1 juta adalah untuk tuan-tuan semua”, Jawab kontraktor Cina ini dengan senyuman manis di muka.

Semua ahli lembaga pengarah spontan gelak riang dan terus bersetuju dan menganugerahkan projek ini terus kepada kontraktor Cina ini.

MKP Ayat Sempoi ; Melayu PAS janji tak tunai macam Mat Sabu, India macam yang dok ada dalam PKR,,,, Cina pulak sudah tentu LGE Ketua Menteri Paling Celaka dalam sejarah Pulau Pinang....Yang tertipu siapa?


25/4/2012
 

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU