Showing posts with label Suhakam. Show all posts
Showing posts with label Suhakam. Show all posts

Monday, May 14, 2012

SIAPA SOKONG BAR COUNCIL DAN SUHAKAM..???

THE DUKE'S BLOG

Sebenarnya, saya sudah muak dengan kerenah Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malayasia (SUHAKAM) yang seolah-olah begitu bodoh dalam menghukum cara pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berhadapan dengan himpunan Bershit 3.0 pada hujung April lalu.

bcMajlis Peguam yang dipengerusikan oleh “anak didik” Ambiga, kelihatan begitu bebal dengan kenyataannya yang mengutuk PDRM yang dikatakan bertindak ganas terhadap para peserta himpunan Bershit tempohari.

Begitu juga dengan SUHAKAM yang menyatakan bahawa pihak polis tidak wajar menembak gas pemedih mata di kawasan awam sekaligus menyalahkan pihak berkuasa kerana bertindak begitu di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Masjid India dan beberapa kawasan terbabit yang huru-harakan puak-puak Bershit.

Persoalannya, bagaimanakah cara yang “PALING WAJAR” bagi pihak berkuasa berhadapan dengan himpunan yang mempergunakan perkataan “himpunan aman” dan kemudiannya bertindak ganas di tempat awam serta pihak berkuasa?

Dalam mengkritik tindakan pihak berkuasa terhadap “sahabar-sahabat karib” Majlis Peguam dan SUHAKAM itu, mereka langsung tidak memberikan cadangan atau cara bertindak yang mereka fikir “wajar” untuk “mengajar” perusuh-perusuh berbaju kuning itu.

Apakah tindakan polis terhadap perusuh-perusuh itu ganas? Ya, memang ganas. Namun, perlu diingat bahawa pihak PDRM yang bertindak ganas kepada mereka-mereka yang melampau batas sahaja. Pada yang tidak melampau dan mengikut arahan pihak berkuasa, mereka sedikit pun tidak dijentik!

Saya ingin bertanya kepada semua peguam-peguam yang kononnya bijak pandai dan profesional itu, sekiranya datang beratus orang berbaju kuning ke rumah mereka, menggoncang pagar, memaki hamun dan membaling objek keras sebagai membantah yuran guaman mereka yang dikatakan tidak berpatutan, apa yang mereka rasa?

Sekiranya mereka mendapat injunksi mahkamah supaya ratusan orang di depan rumah mereka tidak diganggu atau diceroboh dan diberikan puluhan anggota polis berkawal di depan rumah mereka, dan kemudiannya ratusan orang tersebut tetap merempuh masuk ke rumah mereka serta membelasah polis-polis tersebut, apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh anggota polis berkenaan?

Apakah anggota polis itu wajar menadah muka, kepala dan tubuh badan mereka untuk dipukul dengan topi keledar, kayu, besi, botol, batu dan pelbagai objek merbahaya yang lain dan bertahan begitu saja tanpa sebarang tindakan lain?

Apakah peguam-peguam itu fikir seluruh anggota polis di Malaysia ini layak dilayan seperti “punching bag”? Apa kata kalau puak-puak yang merusuh itu menjadikan peguam-peguam itu saja sebagai “punching bag”?

Mungkin dengan cara itu maka Majlis Peguam akan menyatakan tindakan ganas PDRM terhadap perusuh itu wajar? Begitu?

Kenyataan SUHAKAM yang menyatakan bahawa “polis tidak wajar menembak gas pemedih mata di kawasan awam” adalah kenyataan yang paling bodoh dalam sejarah hak asasi manusia di seluruh dunia.

Kalau perusuh menggunakan kawasan awam sebagai lokasi untuk mereka merusuh, apakah wajar PDRM menembak gas pemedih mata di kawasan hutan? Kalau tidak ditembak ke kawasan awam tempat perusuh membuat kacau, di mana harus ditembak gas pemedih mata tersebut?

Saya fikir, barisan SUHAKAM yang menyatakan pendirian sebegitu bodoh hanya menjatuhkan reputasi hak asasi manusia sahaja. PDRM menembak gas pemedih mata itu untuk menyuraikan rusuhan yang dilakukan di tempat awam dan perusuh-perusuh itu bertindak melampau terhadap pihak berkuasa itu.

Jelas dalam bukti-bukti yang dipamerkan oleh PDRM menyaksikan puak pelampau itu menceroboh, bertindak ganas dan menyerang pihak berkuasa itu terlebih dahulu sebelum polis bertindak.

Saya fikir, panel-panel SUHAKAM yang mengeluarkan kenyataan tersebut lebih wajar untuk meletak jawatan saja dari badan bebas itu kerana jelas ia merupakan satu kenyataan yang tidak masuk akal dan tidak adil sama sekali.

Majoriti rakyat marah pada Bershit dan Pakatan Haram yang menghuru-harakan ibunegara, mereka bersorak “padan muka” pada puak-puak tersebut dan mengucapkan tahniah kepada pihak PDRM atas kecekapan mereka bertindak “ganas yang wajar” terhadap puak-puak pelampau itu.

Peliknya, Majlis Peguam dan SUHAKAM pula yang “buta” dan mengeluarkan kenyataan bodoh serta tidak adil kepada wira-wira negara yang berjaya mengawal keamanan negara dari keganasan melampau puak-puak perusuh itu.

Apa Majlis Peguam dan SUHAKAM “makan suap” ke?

Suhakam gunting dalam lipatan, empat ahlinya pro pembangkang!

Sanggah Tok Janggut


Mereka menyokong pesalah undang-undang..

SUHAKAM bukan lagi badan bebas malah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ini sudah terjebak malah menjebakkan diri dalam politik kepartian dan ada angggota mereka berselindung di sebalik nama Hak Asasi sedangkan dalam masa yang sama sedang mencucuk jarum serta memainkan peranan untuk Suruhanjaya ini menjadi tunggangan kepada pembangkang.

Suruhanjaya Hak Asasi ini yang sepatutnya berfungsi sejajar dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan, peruntukan undang-undang sedia ada dalam konteks Negara Malaysia iaitu demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan sudah tergelicir dari landasan asas penubuhan mereka kerana suruhanjaya ini lebih mengambil pendekatan hak asasi Negara barat untuk diaplikasikan dalam Negara ini.

SUHAKAM menyokong gerakan Bersih untuk menggulingkan kerajaan dengan kekerasan kerana kononnya itu adalah hak asasi rakyat untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka,Suhakam menyokong kempen LGBT kerana kononnya rakyat berhak memilih selera nafsu masing-masing sedangkan Islam adalah agama Persekutuan yang ada halal dan haramnya.Atau adakah Suhakam ini kumpulan haramjadah?

Kita hairan bagaimana Suhakam boleh menyokong pesalah undang-undang?Mereka boleh menyokong penjenayah,mereka boleh mengenepikan undang-undang sedia ada kononnya kerana mahu mempertahankan hak asasi.Kita juga hairan bagaimana Suhakam boleh menyokong rusuhan yang berniat untuk menggulingkan kerajaan dan kita lagi hairan,kerajaan seperti tidak pedulia dengan tindakan Suhakam yang semakin menyelwenag peranan dan tanggungjawab mereka?Makan gaji butakah mereka ini?

Lebih malang lagi Pesuruhjaya Suhakam adalah orang Islam tetapi dalam masa yang sama menyokong segala gerakan seks bebas sedangkan dalam Islam adalh haram kahwin sejenis,lesbian,gay,biseksual dan transesksual namun inilah yang Pesuruhjaya beragama islam ini sokong dan galakkan.

Empat ahli SUHAKAM penyokong kuat pembangkang?
Suhakam sudah jadi badan yang cukup mengarut dan tidak pelik juga kerana empat orang anggota Suhakam tersebut dilihat begitu condong menyokong parti pembangkang dan sebab itulah apa sahaja yang pembangkang lakukan walaupun tidak mendapat sokongan majority rakyat tetapi akan disokong oleh Suhakam,mereka ini akan meletakkan segala kesalahan kepada kerajaan serta agensi penguatkuasaan lain.

Mereka akan bersungguh menyiasat ataupun membuat pendengaran awam dan selepas itu mereka akan buat keputusan mengecam kerajaan ataupun polis kerana tindakan melanggar hak asasi manusia ataupun rakyat Negara ini malah sejak penubuhan Suhakam,mereka ini dilihat sebagai antara penyumbang kepada kemusnahan tamadun bangsa di Negara ini dan menjadikan Negara lebih huru hara.

Setakat ini tidak ada keputusan mereka menyebelahi rakyat terbanyak ataupun kerajaan,mereka lebih menjaga hak asasi pembangkang daripada hak asasi rakyat lain yang berjuta lagi membenci segala keganasan dan kerosakan yang pembangkang lakukan dan kesempatan kerana ada empat orang anggota Suhakam yang menyokong.pembangkang sentiasa diberikan tonik untuk menyegarkan gerakan pengkhianatan mereka terhadap agama,bangsa dan Negara ini.

Sikap Suhakam yang terlaku memberikan muka kepada pembangkang cukup memualkan dan mereka juga dilihat mahu menjadi satu badan politik sedangkan asas penubuhan mereka yang bernaung terus di bawah DYMM YDP Agong adalah sebaliknya dan hak asasi seperti yang disebutkan awakl tadi haruslah berpkasi kepada tamadun ataupun budaya dan agama anutan ramai di Negara ini.

Pesalah undang-undang yang dibela Suhakam..
Sikap berat sebelah Suhakam cukup ketara.mereka bukan jadi agen ataupun pelaksan mempertahankan hak asasi manusia tetapi mereka telah bersama-sama menjadi penceroboh menganggugugat hak asasi ramai dan kalau beginilah sikap serta tingkah laku Suhakam,mereka tidak layak untuk bersuruhanjaya di Malaysia ini.

Kalau Majlis Peguamnya yang kita sifatkan sebagai ladang menghimpunkan golongan pengganas bertauliah dan perlu dibubarkan,Suhakam juga perlu diambil tindakan merombak struktur ahli-ahli Suruhanjaya mereka.Bak kata sendaan,mereka ini `menghabihkan boreh’ semata-mata dan kalau diumpamakan mereka ini seperti malukut tepian gantang,ada tak menambah,tiada tidak mengurang.

PM Najib harus mengadap semula DYMM YDP Agung untuk mengambil titah Tuanku bagi merombak struktur kepimpinan suruhanjaya ini bagi digantikan dengan kepimpinan baru yang benar-benar menjiwai aspirasi rakyat,undang-undang dan kedudukan Negara ini malah lebih penting Suhakam bukan sahaja dilihat bebas tetapi perlu menjadi bebas sepenuhnya daripada sebarang pengaruh ataupun tekanan politik.

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU