Showing posts with label Lim Kit Siang. Show all posts
Showing posts with label Lim Kit Siang. Show all posts

Thursday, July 13, 2017

KEROSAKAN YANG KIT SIANG TELAH LAKUKAN KEPADA SEKOLAH CINA

Sekolah Cina adalah satu sumber besar pembiayaan bagi Kit Siang. Wang yang disumbang oleh para dermawan bertujuan untuk pembelajaran anak-anak Cina telah disalah-gunakan untuk membiayai agenda politik Kit Siang dikalangan sekolah Cina. Kit Siang telah meletakkan keseluruhan sistem pendidikan Cina dalam bahaya. Membina kepercayaan atau prinsip (doktrin) kebencian akan membawa akibat dan akibatnya adalah amat tidak baik untuk sekolah-sekolah Cina.
 (Malaysia Today)

Semalam, Malaysiakini memaparkan berita berkenaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang telah dimasukkan kehospital untuk menjalani pembedahan jantung. Anda seharusnya telah melihat komen-komen menjijikkan daripada pembaca-pembaca Malaysiakini mengutuk mempersenda Hadi. Berdasarkan dari komen-komen tersebut, bolehlah dikatakan perhubungan antara kaum di Malaysia telah musnah untuk selama-lamanya. Ianya pasti akan mengambil satu waktu yang agak lama untuk orang Melayu dan orang Cina dapat menganggap diri mereka sebagai sesama rakyat Malaysia kembali. Terang-terangan perpecahan Melayu-Cina sudah tidak boleh diperbaiki lagi.

Ada diantara mereka yang mempersoalkan kita tidak boleh menyalahkan keseluruhan masyarakat atau majoriti dari masyarakat tersebut atas tindakan segelintir atau sekumpulan kecil. Contoh yang mereka berikan adalah: hanya kerana beberapa orang Nazi membunuh enam juta keturunan Yahudi itu tidaklah bermakna keseluruhan bangsa Jerman mesti dipersalahkan.

Itu mungkin benar. Penduduk Jerman dalam tahun 1939 dianggarkan seramai 80 juta dan hanya lebih kurang lapan juta atau 10% adalah ahli parti Nazi. Jadi bagaimana boleh 80 juta bangsa Jerman dipersalahkan atas tindakan lapan juta pengikut Nazi? Dan persoalan yang sama itu jugalah yang orang-orang Cina gunakan: bagaimana mungkin keseluruhan masyarakat Cina Malaysia dipersalahkan atas apa yang dilakukan dan/atau diperkatakan oleh segolongan kecil orang DAP?

Tetapi disebaliknya disinilah persoalan 'jangan persalahkan majoriti atas tindak-tanduk minoriti' terungkai. Dalam tahun 1933, parti Hitler memenangi 44% undi dan dalam tahun 1938 ia memenangi 99% undi. Jadi, walaupun hanya 10% orang Jerman adalah Nazi, 99% daripada yang layak mengundi atau lebih daripada 50% penduduk Jerman telah mengundi mereka. Jadi bagaimana anda boleh berselindung disebalik persoalan 'jangan persalahkan kami atas apa yang 10% masyarakat kami lakukan'. Ia bukan sekadar 10% ahli Nazi tetapi lebih daripada 99% pengundi yang mewakili lebih daripada 50% penduduk Jerman yang memberikan Hitler kuasa.

Cina Malaysia marah dan mengatakan kita tidak boleh menyalahkan sekolah Cina atau sistem pendidikan Cina atas apa yang segelintir orang DAP kata dan lakukan. Superman Hew hanyalah seorang orang-Cina jadi 'satu orang tidak akan mengubah apa-apa' (one swallow does not make a summer), mereka berhujah. Itu benar. Tetapi orang Cina harus waspada tentang apa yang mereka katakan kerana gambaran yang disampaikan adalah ianya bukan hanya segelintir orang DAP atau segolongan kecil orang Cina tetapi sebahagian besar majoriti.

Sibodoh lihat, sibodoh buat (monkey see, monkey do): demonstrasi politik kebencian

Sebagai contoh, semalam Malaysiakini menyiarkan komen-komen dimana orang DAP mengatakan dalam piliharaya akan datang PAS tidak akan memenangi walaupun satu kerusi kerana tidak seorang pun orang Cina akan mengundi PAS – dan tanpa undi orang Cina PAS akan berkubur. Mereka menambah PAS tidak boleh mengharap undi Melayu kerana orang Melayu berpecah kepada banyak parti, tidak seperti Cina dimana lebih 90% berada dibelakang DAP.

Sekarang, inilah yang orang Cina katakan dan ini jugalah yang Malaysiakini siarkan semalam. Jadi orang Cina mengakui, dan Malaysiakini menyiarkan pengakuan mereka, yang mana lebih daripada 90% orang Cina berada dibelakang DAP.

Malah, setiap hari kita membaca komen (dalam Malaysiakini, Free Malaysia Today, Malaysia Chronicle, Malaysia Outlook, The Malaysia Insight, dll) bahawa DAP akan memperolehi 90% undi Cina dalam piliharaya akan datang sedangkan orang Melayu akan berpecah kepada lima parti (UMNO, PAS, PKR, PAN dan Pribumi). Dan kerana itulah Pakatan Harapan mampu memenangi 125 kerusi sedangkan Barisan Nasional akan berkurang kepada 97 kerusi, kata Rafizi Ramli PKR.

Inilah apa yang mereka perkatakan. Dan sebab mengapa Pakatan Harapan mampu memenangi 125 kerusi sedangkan Barisan Nasional akan berkurang kepada 97 kerusi, kata mereka, adalah kerana 90% orang Cina akan mengundi DAP, orang Melayu berpecah kepada lima parti, dan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bersama Pakatan Harapan dan bukannya bersama Barisan Nasional.

Jadi, siapa yang memainkan soal bangsa dan agama disini? DAP dan Pakatan Harapan atau UMNO dan Barisan Nasional? Baca apa yang mereka katakan dalam Malaysiakini, Free Malaysia Today, Malaysia Chronicle, Malaysia Outlook, The Malaysian Insight, dan seterusnya. Baca perkara-perkara menjijikkan yang mereka kata tentang Hadi, Islam dan Melayu dalam Malaysiakini semalam. Dan inilah apa yang sekolah Cina dan pendidikan Cina telah lakukan kepada orang-orang Cina. Dan jika anda tidak berfikir begitu lihatlah video-video dibawah ini. Berdasarkan kepada cara gaya mereka berlagak dan bercakap adakah ini pelajar-pelajar sekolah kerajaan?

https://www.youtube.com/watch?v=8VGNgbFW530
https://www.youtube.com/watch?v=uP1VxT737Ko
https://www.youtube.com/watch?v=6MEQh41aFik
https://www.youtube.com/watch?v=qpQwrsLojAU
Keangkuhan lepasan sekolah Cina DAP ini lebih teruk daripada semasa Mei 1969

Jadi, jika orang Cina mahu menyakinkan rakyat Malaysia bahawa pelampau dan perkauman dikalangan mereka adalah hanya segelintir minoriti maka mereka perlu mula mengotakan kata-kata. Sekadar bercakap adalah tidak memadai. Mereka perlu membuktikannya. Dan diwaktu sekarang ini mereka membuktikan sebaliknya. Jadi pilihan adalah ditangan orang Cina. Apa yang kami sedang lihat adalah Taliban Cina yang sedang dihasilkan oleh sekolah-sekolah Cina. Dan selagi komen-komen seperti yang terdapat dalam Malaysiakini, Free Malaysia Today, Malaysia Chronicle, Malaysia Outlook, The Malaysian Insight, dan lain-lain, berterusan, maka gambaran yang dihasilkan adalah tidak sepertimana yang orang Cina dakwa: iaitu ini adalah perbuatan golongan minoriti. Buktinya, kata Presiden Bush, adalah rasa dalam apa yang dimakan.

Sebenarnya, Lim Kit Siang adalah orang yang secara bersendirian memusnahkan sekolah Cina dengan menyusup kedalam mereka dan mempergunakan mereka untuk agenda politik peribadinya. Kit Siang tahu beratus juta setiap tahun mencurah masuk kesekolah Cina dan dia nampak dia boleh gunakan, atau lebih tepat menyalah-gunakan, wang tersebut yang dimaksudkan bagi tujuan pendidikan untuk membiayai aktiviti-aktiviti politiknya dikalangan sekolah-sekolah Cina. Itu juga bermakna DAP tidak lagi perlu menyalur masuk wang kesekolah-sekolah ini, kerana mereka boleh membiayai kewangan mereka sendiri.

Apa yang para penderma tidak sedar selama bertahun-tahun ini adalah Lim Kit Siang sedang meluaskan cengkamannya keatas sekolah-sekolah Cina sehinggakan boleh menentukan siapa yang mendapat lantikan, siapa yang dinaikkan pangkat atau ditukarkan, dan siapa yang harus diberhentikan. Lama kelamaan semua kakitangan pengajar disekolah Cina memandang Kit Siang sebagai penguasa dan Kapitan Cina pendidikan Cina.

Kanak-kanak Cina diasingkan dua kali seminggu dan menghadiri kelas moral dimana penyemaian budaya (indoctrination) dilakukan

Kepada orang Cina, pendidikan adalah nombor satu dan ekonomi nombor dua. Jadi, jika Kit Siang dapat mengawal halatuju pergerakan pendidikan, dan kemudiannya kesatuan-kesatuan dan persatuan-persatuan perniagaan, (DAP sudah mengawal kongsi gelap atau pergerakan bawah tanah Cina) ini akan menjadikannya Perdana Menteri Cina bayangan Malaysia. Dan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mukhriz Mahathir, dan ramai lagi, mengikut telunjuknya (yang betul-betul membanggakan orang Cina dengan cara Kit Siang memperalatkan orang Melayu untuk menghentam orang Melayu), Kit Siang secara praktiknya sudah boleh menyuruh orang Cina untuk melompat terjun dan mereka akan hanya bertanya untuk berapa tinggi.

Dimasa lalu, sejak 1946, demontrasi jalanan kebanyakannya adalah budaya orang Melayu. Malah dalam tahun 1999 hanya orang Melayu yang keluar sedangkan orang Cina duduk dirumah. Dalam tahun 2007, Kit Siang mahu menguji kekuatan pengaruhnya dan beliau memberitahu orang Cina untuk keluar dan menyertai Bersih. Mereka lakukan, secara berkumpulan, dan Kit Siang tahu itulah masanya untuk melakukan Tsunami Cina. Empat bulan kemudiannya, Malaysia menyaksikan Tsunami Cina dalan pilihanraya umum bulan Mac 2008.

Penyemaian budaya Taliban Cina (Talib bermaksud pelajar dan Taliban adalah untuk ramai) melepasi dari satu generasi telah pun berhasil. Secara dasarnya penyemaian budaya ini adalah untuk menyuci-otak kanak-kanak Cina supaya membenci UMNO, Barisan Nasional, Malaysia, kerajaan, orang Melayu dan Islam. Ibubapa malah memberitahu anak-anak mereka yang belajar diluar negara supaya terus tinggal dinegara dimana mereka belajar dan jangan sibuk untuk pulang ke Malaysia. Di Malaysia, mereka diberitahu, orang Cina akan menghadapi penganiayaan dan diskriminasi. Kerana itu lebih dari satu juta rakyat Malaysia tinggal dan bekerja diluar negara, majoriti dari mereka bukan-Melayu.

Cara penyemaian budaya ini dilakukan boleh dikatakan cukup bijak. Dua kali setiap minggu murid-murid Cina dan Melayu akan diasingkan. Sementara yang Melayu nya dihantar ke kelas agama, yang Cina nya menghadiri kelas moral. Apabila sahaja murid-murid ini diasingkan kanak-kanak Cina ini menerima penyemaian budaya mereka. Kit Siang memastikan guru-guru dikelas moral adalah penyokong tegar DAP. Dan guru-guru kelas moral ini membersih otak kanak-kanak dengan 'nilai-nilai kecinaan', dimana sebenarnya adalah nilai-nilai DAP dan budaya kebencian mereka.


Lebih daripada 85% pemimpin DAP adalah dari sekolah Cina. Cuba perhatikan bagaimana mereka bercakap bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dan anda akan tahu latar belakang pendidikan mereka. Sekitar 95% mereka yang menyokong Bersih adalah dari sekolah Cina. Dan 100% angkatan-siber Tentera Kacang Merah (Red Bean Army cyber-troopers) DAP adalah dari sekolah Cina.

Apa lagi bukti yang anda perlukan berhubung kemusnahan yang sekolah Cina telah lakukan kepada negara? Jadi, jika sepertimana mereka kata, Cina-Cina perkauman dan pelampau daripada sekolah-sekolah Cina adalah dikalangan minoriti dan majoriti orang Cina dari sekolah Cina tidak sebegitu, mereka perlu membuktikannya kerana bukti-bukti nyata menunjuk kearah yang berlawanan.

Apa yang lebih penting adalah Kit Siang telah meletakkan sekolah-sekolah Cina dalam keadaan merbahaya. Pertamanya adalah isu penyalah-gunaan dana yang sekolah-sekolah Cina terima dari para penderma yang sekian lama telah berjumlah berbilion. Kemudiannya ialah pengapian supaya membenci UMNO, Barisan Nasional, kerajaan, orang Melayu dan Islam yang mereka sebarkan.

Dan Kit Siang memberitahu orang Cina adalah wajar untuk membenci kerana orang-orang Melayu telah pun musnah. Dalam pilihanraya umum akan datang DAP akan memperolehi sokongan padu orang-orang Cina sedangkan orang Melayu akan terlalu berpecah-belah sehinggakan tiada siapa pun yang mampu untuk menubuhkan kerajaan tanpa DAP. Dan itulah masanya nanti mata kapak akan jatuh menghentam tengkok orang-orang Melayu.


23 Mei 2017

Sila baca juga artikel-artikel berikut:



Tuesday, May 16, 2017

Sekolah Cina : LUBOK TEMPAT DAP MEMBIAK TALIBAN

Pemberontakan sekolah Cina pada tahun 1987 bukanlah berlaku secara kebetulan tetapi telah dirancang sebegitu rapi. DAP anjurkan penentangan ini supaya sekolah-sekolah Cina akan berterusan dapat mendoktrin anak-anak Cina untuk membenci kerajaan dan segala-galanya yang berkaitan dengan Melayu. Jika kerajaan mengambil alih sekolah-sekolah Cina maka ianya sudah tidak berkemungkinan lagi. Jadi orang Cina melawan balik. Dan ini adalah kesilapan terbesar Anwar dalam sekian banyak kesilapannya, dia tidak mempunyai ‘pelan B’ atau pelan luar jangkaan.

(Malaysia Today)

Ia bermula sebaik selepas Perang Dunia I pada tahun 1919. Golongan pelampau dalam masyarakat Jerman merasa perlu bersedia untuk Perang Dunia II supaya mereka dapat menghukum sesiapa sahaja yang memalukan negara dengan memaksa Jerman menandatangani Perjanjian Versailles. Dan mereka akan memerlukan sekurang-kurangnya satu generasi untuk tujuan tersebut. Jadi ia perlu dimulakan dengan mendoktrin pelajar sekolah daripada tahun satu supaya pada ketika Jerman sudah bersedia untuk Perang Dunia II mereka akan mempunyai sebuah angkatan tentera yang otak mereka telah dicuci-bersih sepenuhnya.

Kit Siang belajar daripada Hitler bagaimana untuk menukar pelajar sekolah menjadi fanatik dan pelampau

Ia adalah sama pada tahun 1979 apabila Rusia menyerang Afghanistan. Amerika perlu untuk mendoktrin kanak-kanak Afghanistan yang mendapat perlindungan dan sebagai pelarian di Pakistan untuk kembali dan menentang Russia. Jadi kanak-kanak ini didoktrin untuk menjadi pejuang Islam atau Mujahideen. Mereka diberikan latihan tentera dan dibekalkan dengan senjata dan kemudian dihantar pulang ke Afghanistan untuk berperang. Sehinggalah tahun 1989, Russia mendapati pelajar-pelajar militan ini yang juga dikenali sebagai Taliban (Talib dalam bahasa Arab bererti pelajar dan Taliban adalah untuk ramai) terlalu kuat untuk dihadapi dan mereka pun berundur ke Moscow.

Jadi, sama ada ianya para belia Hitler atau pelajar Afghan (juga dikenali sebagai Taliban), proses mendoktrin perlu bermula diusia muda dan anda perlu ‘memerangkap’ mereka dalam tahun satu disekolah. Dan itulah strategi Lim Kit Siang selama lebih daripada 30 tahun sejak 1969, untuk mewujudkan Taliban Cina. Dan strategi ini menampakkan hasil pada tahun 2008 apabila kanak-kanak ini akhirnya mencapai umur layak mengundi dan pengundi Cina mencetuskan Tsunami Cina yang hampir menggulingkan Umno dan Barisan Nasional dari berkuasa. 

Pakistan menukar Taliban yang berusia tujuh tahun ini (yang bermaksud pelajar) kepada Mujahideen yang berusia 17 tahun dan menghantar mereka pulang untuk melawan Russia

Sudah tentu, terdapat lebih daripada satu sebab terjadinya Tsunami Cina ini kerana tidak pernah berlaku sesuatu yang hanya berpunca daripada satu sebab sahaja, termasuk politik (baca nota-kaki *1, *2 dan *3). Selalunya ia terjadi atas rangkaian beberapa sebab dan mesti juga wujud pencetus kepada sesuatu kejadian dan kepada rantaian kejadian-kejadian berikutnya. Kajilah sejarah peperangan dalam waktu 200 tahun yang lampau dan anda akan lihat bagaimana ianya terjadi.

Ditahun 1978, Lim Kit Siang telah memberi kita amaran didalam bukunya, ‘Bom Jangka di Malaysia’, berkenaan bagaimana masa hadapan akan tercorak. Itu adalah tahun yang sama dimana DAP mendapat dua kali ganda undi kepada 664,000 daripada dua pilihanraya umum sebelumnya. Bom jangka tidak meletup secara tiba-tiba tetapi akan meletup apabila sampai waktunya. Dan masa letupan tersebut, Kit Siang tahu, mesti berlaku sekurang-kurangnya satu pusingan generasi atau lebih kurang 25-30 tahun dari 1978. Tetapi terlebih dahulu DAP perlulah menyusup masuk kesekolah Cina dan mendoktrin pengundi-pengundi generasi masa akan datang.

Bom jangka atau Tsunami Cina ini sepatutnya berlaku pada tahun 1999. Walau bagaimanapun, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan bijak mengekalkan undi Cina dengan mengancam rusuhan kaum atau 13 Mei Versi 2 jika Barisan Nasional tidak dapat mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen. Orang Cina menjadi begitu takut dan dengan berat hati telah mengundi Barisan Nasional kerana mereka tahu Mahathir mampu melaksanakan ancamannya.

Tidak lama selepas itu DAP memusnahkan pakatan pembangkang, Barisan Alternatif, dan pembangkang telah ‘disembelih’ pada pilihan raya umum 2004 kerananya. Segala-galanya telah menampakkan akan membuahkan hasil yang amat baik ('The goose was ready to lay its golden eggs') pada tahun 2004 tetapi Kit Siang telah menghancurkannya ('slew the goose') pada tahun 2001 hanya kerana dia dan Karpal Singh kehilangan kerusi mereka pada pilihan raya umum 1999 – dan beliau menyalahkan PAS sebagai penyebabnya.

Jadi ia adalah satu peristiwa yang tertangguh. Dari 1999 hingga ke 2004 dan 2004 kepada tahun 2008. Akhirnya bom jangka Kit Siang diletupkan pada tahun 2008 apabila Mahathir bercakap dengan kongsi gelap Cina, pendidik Cina dan persatuan serta pertubuhan perniagaan Cina dan meminta mereka mengundi DAP. Dan satu pelajaran yang amat penting yang Mahathir telah ajarkan kepada orang Cina ialah jika mereka semua bersatu di bawah DAP dan bukannya berpecah kepada DAP, MCA dan Gerakan, seperti yang mereka telah lakukan lebih dari 30 tahun yang lalu, orang Cina boleh merampas kuasa dan juga menjadi Perdana Menteri Malaysia (*4).

DAP menggunakan sekolah Cina untuk menyebar kebencian dan perkauman dan untuk mendoktrin anak-anak Cina agar membenci kerajaan, Umno, orang Melayu dan Islam

Jadi, 30- atau 40 tahun mendoktrin adalah tidak cukup. Itu hanya memberikan DAP ‘angkatan tempur’. Tetapi angkatan tempur ini perlu diperkuatkan dan satu pemicu untuk meletupkannya. DAP telah memperkuatkannya dan Mahathir memetik pemicunya. Akhirnya impian Kit Siang selama 40 tahun menjadi kenyataan tetapi hanya kerana Mahathir yang mahukan ia menjadi kenyataan.

Mahathir melihat ‘bahaya’ sekolah Cina ini bermula tahun 1987. Dan sebab itulah dia menyuruh Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kawal-selia sekolah-sekolah Cina. Tetapi berlaku pemberontakan dan ini hanya menyebabkan Cina dari kedua-dua belah pihak yang berbeza fahaman politik jadi bersatu. Pada masa itu MCA menguasai sekolah Cina dan DAP sudah lama berniat untuk menyusup masuk. Kemelut tahun 1987 tersebut membolehkan DAP campur tangan dan menyusup masuk kedalam sekolah Cina.

Kerajaan mahu melantik guru-guru Cina yang kurang militan dan kurang ekstrim yang sekurang-kurangnya boleh bertutur sedikit Bahasa Malaysia walaupun mereka tidak boleh bercakap bahasa Inggeris dengan betul. Tetapi ahli-ahli politik Cina tidak mengendahkannya. Guru-guru mestilah Cina totok dan bukannya seperti pisang, kuning diluar tetapi putih dibahagian dalam.

Terjadi pemberontakan pada tahun 1987 apabila kerajaan cuba untuk mengawal-selia sekolah-sekolah Cina, yang merupakan tempat membiaknya kebencian dan perkauman

Kerajaan dipaksa berundur dan DAP mengambil peluang untuk campur tangan dan menguasainya. Dan dari situlah bermulanya sekolah Cina menjadi tempat pembiakan perkauman dan cauvinis Cina. Ketika kerajaan mengawal sekolah kebangsaan, DAP menguasai sekolah Cina. Malah DAP boleh menentukan pertukaran guru-guru. Ahli-ahli Parlimen dan Adun DAP begitu dihormati oleh sekolah Cina dan apabila mereka melakukan lawatan, mereka diberikan status VVIP setaraf dengan Menteri Pelajaran.

Kanak-kanak Cina diajar bahawa orang Melayu bukanlah pemilik sebenar negara ini, ianya milik orang Asli. Orang Cina mungkin pendatang tetapi begitu juga orang Melayu. Malah, majoriti orang Cina berhijrah ke Malaysia lama sebelum penghijrahan kebanyakan orang Melayu. Jika takrif Bumiputera adalah mereka yang datang ke Malaysia paling awal, maka orang Cina lah dan bukannya orang Melayu yang sepatutnya menjadi kaum Bumiputera.

Melayu asalnya tinggal diatas pokok sehingga orang Cina datang kenegara ini pada tahun 1800'an. Dan jika orang Cina tidak datang ke negara ini dan membangunkan negara, Malaysia mungkin akan tetap sebuah hutan hingga kehari ini dan orang Melayu mungkin masih tetap tinggal diatas pokok. Hanya kerana orang Cina lah maka wujudnya pekan-pekan dan bandar-bandar di Malaysia. Jika tidak Malaysia hanyalah sebuah kampung besar. Contohnya adalah Kampung Baru ditengah-tengah Kuala Lumpur.

Umno sinonim dengan Melayu dan Islam. Jadi, jika anda mahu mengalahkan orang Melayu dan Islam, anda perlu musnahkan Umno. Dan untuk menghancurkan Umno anda perlu memusnahkan Barisan Nasional, terutama di Sabah dan Sarawak, yang merupakan ‘deposit tetap’ Barisan Nasional.

Untuk membuat orang Sabah dan orang Sarawak membenci Umno mula-mula mereka tanamkan ke dalam minda rakyat Malaysia Timur bahawa negeri-negeri mereka telah dijajah oleh Umno. Jadi kempen ‘Sabah untuk rakyat Sabah’ dan ‘Sarawak untuk rakyat Sarawak’ pun dilancarkan. Kemudiannya kempen anti-Islam pula dilancarkan.

Mereka membawa masuk Al-Kitab Bahasa Malaysia khusus untuk Malaysia Timur (dan diterbitkan di Indonesia) ke Malaysia Barat mengetahui bahawa kerajaan akan bertindak. Mereka mendakwa Al-Kitab ini adalah untuk orang-orang Kristian Indonesia di Malaysia Barat, yang merupakan satu pembohongan. Langkah itu bertujuan untuk memprovokasi kerajaan supaya Al-Kitab akan dirampas dan ini akan digunakan untuk menaikkan kemarahan rakyat-rakyat Sabah dan Sarawak.

Kit Siang menggabungkan penyebaran fitnah dan berita palsu kedalam satu bentuk seni. Taliban Cina yang telah dicuci-otak ini percaya apa sahaja kata-kata Kit Siang dan pemimpin-pemimpin DAP selagi ia datang dari mulut orang DAP. Kit Siang menjadi lebih baik daripada Joseph Goebbels dalam seni propaganda. Ia bukanlah kebetulan bahawa Goebbels adalah orang yang Kit Siang amat minati dan adalah sebab mengapa dia terus menyebut Goebbels berkali-kali dalam tulisan-tulisan diblognya.

Orang yang paling Kit Siang minati adalah Joseph Goebbels dan dia terus menyebut nama itu berulang-ulang kali

Dalam erti kata lain UMNO dan Barisan Nasional telah terperangkap tanpa diduga. Ia adalah satu proses yang sangat perlahan yang mengambil masa yang amat panjang jadi ia tidak begitu terserlah. Jika DAP mempercepatkan langkah tersebut ia akan menjadi terlalu ketara dan mungkin dapat dikesan. Tetapi melewati satu generasi, dan bermula dari tahun satu disekolah, walau pun itu akan mengambil masa selama 20 tahun atau lebih, diwaktu ia telah mencapai masa 20 tahun tersebut adalah sudah terlalu lambat untuk kerajaan mengambil apa-apa tindakan.

Pada tahun 2008, undi DAP melonjak apabila 90% daripada orang Cina mengundi untuk mereka. Ia meningkat sebanyak 60% lagi pada tahun 2013 dan DAP tahu ini adalah masa yang sesuai untuk membuat pukulan maut terakhir. RUU355, yang pada mulanya DAP tidak mempunyai masalah sejak tahun 2003, tiba-tiba telah menjadi satu isu pada tahun 2013. RUU355 telah disebarkan sebagai ‘bukti’ bahawa orang bukan Islam sedang diserang oleh Islam maka orang Kristian mestilah bersatu di belakang DAP untuk kelangsungan hidup mereka.

Tetapi itu belum lagi mencukupi. Bersatu di belakang DAP untuk melindungi diri mereka dari Islam, atau untuk menentang ‘Melayu Umno rasis’, atau untuk mempertahankan sekolah Cina dan pendidikan Cina, atau berjuang untuk kesaksamaan dan penamatan DEB, dan lain-lain, matlamatnya belum lagi cukup “besar”. Ia seharusnya mesti lebih daripada itu. Ia mestilah menjadi hadiah yang paling istimewa. Dan hadiah paling istimewa itu adalah seorang Perdana Menteri Cina Malaysia.

Kini ia telah menjadi impian baru Cina Malaysia semenjak 2013. Itulah yang DAP janjikan kepada orang Cina atas sokongan dan undi mereka. Dan dengan orang Melayu berpecah kepada lima atau enam puak, dan orang Cina bersatu di bawah satu parti, maka impian itu bukan lagi angan-angan kosong tetapi satu kemungkinan yang amat kuat. Dan jika orang Cina boleh mengetuai Thailand, Indonesia, Filipina (Marcos adalah dari keluarga Chua) dan banyak negara atau pulau-pulau lain disekitar Asia Tenggara, siapa boleh mengatakan ia tidak boleh berlaku di Malaysia?

Hari ini orang Cina amat yakin bahawa kuasa politik sudah berada dalam tangan mereka. Orang Cina bersatu teguh dibelakang DAP manakala orang Melayu berpecah belah. Rakyat Malaysia Timur sangat marah dengan orang Melayu dan Islam kerana Al-Kitab dan banyak isu-isu lain yang DAP cetuskan. Itulah sebabnya orang Cina tidak lagi merasa segan silu menyerang secara terbuka orang Melayu dan Islam, sesuatu yang mereka tidak pernah lakukan sebelum 2008.

Sekolah-sekolah Cina telah mengajar orang Cina bahawa maruah dan prinsip tidak mempunyai tempat dalam percaturan takhta kuasa. Malahan, orang Cina tidak mengiktiraf konsep tersebut. Mereka kurang ajar, biadap, tidak bertimbang rasa, dan banyak lagi. Dan alasan yang mereka berikan adalah mereka sudah menderita terlalu lama dan kini adalah masa untuk meluahkan perasaan. Pendidikan mereka berteraskan kebencian dan perkauman. Ini adalah 'Cina baru', Taliban Cina yang sombong, kurang ajar, biadab, suka bergaduh, bermusuhan, tidak berintegriti dan tidak bermaruah, dan kurang nilai-nilai moral dan prinsip.


15 Mei 2017


Bacaan/rujukan yang berkaitan

(*1)  WAJIB TAHU : TSUNAMI CINA - SIAPA DALANGNYA ... (1 : 3)
(*2)  WAJIB TAHU : TSUNAMI CINA - SIAPA DALANGNYA ... (2 : 3)
(*3)  WAJIB TAHU : TSUNAMI CINA - SIAPA DALANGNYA ... (3 : 3)
(*4)  BERKAT TUNJUK-AJAR PERCUMA MAHATHIR KEPADA PPC
5.      ANCAMAN DAP KEPADA SEKOLAH CINA


Sunday, May 14, 2017

ANCAMAN DAP KEPADA SEKOLAH CINA

'Superman' Hew adalah Bin Laden versi Cina. Dan Hew diangkat sebagai wira sebagaimana juga Bin Laden. Terdapat berjuta rakyat Malaysia seperti Hew, semuanya produk sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina. Dan sistem pendidikan Cina menyemai benih kebencian dan perkauman dan adalah lubok ('snake-pit') dimana DAP mendapatkan sokongan, yang mana bukanlah secara kebetulan mengapa 90% pengundi Cina menyokong DAP.

(Malaysia Today)

Untuk membiak pelampau anda perlu mulakan dari sekolah rendah. Anda perlu mendidik mereka diusia muda sebelum mereka mencapai umur yang mudah dipengaruhi. Daripada situ anda bentuk mereka mengikut acuan dan bentuk yang anda inginkan. Sebagaimana mereka berkata, tidak ada pelajar yang tidak baik. Yang ada hanyalah guru yang jahat. Jadi kanak-kanak ini akan menjadi seperti apa bergantung kepada bagaimana para guru membentuk dan mendoktrinkan mereka. Seperti kata bidalan: buah dari pohon yang beracun adalah beracun.

Inilah apa yang mereka telah lakukan kepada kanak-kanak pelarian Afghanistan pada tahun 1979 apabila Russia pertama kali menyerang Afghanistan. Malah, kebanyakan kanak-kanak pelarian ini dilahirkan di Pakistan dan bukannya di Afghanistan. Tetapi mereka telah dididik disekolah pondok atau madrasah di Pakistan untuk menjadi seperti apa akhirnya, mereka yang hari ini kita panggil Taliban.

Dan inilah dia Cina-Cina Malaysia hasil produk daripada sekolah Cina dan pendidikan Cina telah pun menjadi: Taliban Cina. Taliban Cina ini amat sombong, kurang ajar, biadab, suka bergaduh, suka bermusuhan, tidak berintegriti dan bermaruah, dan amat kurang nilai-nilai moral dan tidak berprinsip.

Dan ini pada dasarnya boleh disimpulkan sebagai akibat dari ancaman DAP kepada sekolah Cina.

Usaha kerajaan untuk mengreformasikan sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina terhalang oleh pemberontakan kerana DAP mahu mempertahankan politik benci-membenci dan agenda perkauman mereka

Rakyat Malaysia yang sudah berusia mungkin boleh ingat apa yang berlaku betul-betul tepat 30 tahun dahulu pada tahun 1987. Ditahun 1987, kerajaan cuba untuk mengreformasikan sekolah Cina dengan melantik lebih ramai guru-guru 'moden' atau yang bukan berpendidikan Cina untuk mengetuai sekolah Cina. Serta merta orang-orang Cina memberontak. Mereka tidak mahu 'orang-orang kerajaan' ('bananas') mengetuai sekolah Cina. Mereka mahukan tenaga pengajar yang berpendidikan Cina tegar, ramai yang tidak boleh langsung bercakap bahasa Inggeris dan/atau Bahasa Malaysia.

Rusuhan kaum hampir tercetus kerananya dan kerajaan terpaksa menahan lebih daripada 100 orang, kebanyakannya pemimpin DAP dan pembangkang lainnya, untuk mengelakkan 13 Mei versi 2.0 daripada meletus. Selepas itu kerajaan membiarkan sekolah Cina bersendirian dan tidak lagi cuba campur tangan dan ketika itulah DAP menyusup masuk dan mengambil alih.

DAP tahu jika mereka dapat mengawal sekolah-sekolah Cina dan pendidikan Cina, dalam masa, katakan satu generasi kemudian, produk dari sekolah Cina ini akan terbentuk mengikut acuan dan rupa seperti apa yang DAP mahukan.

Sekolah-sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina adalah tempat membiaknya kebencian dan perkauman

Perubahan ini terlihat amat jelas dan menonjol sejak tahun 2007. Melewati 2008, mereka yang telah didoktrin selama lebih kurang 20 tahun telah mencapai umur layak mengundi dan kemarahan mereka telah dipertontonkan dalam pilihanraya umum 2008, apa yang sekarang dikenali sebagai 'Tsunami Cina'. Pelaburan 30 tahun DAP di sekolah Cina dan pendidikan Cina telah berhasil. Kini terdapat sekumpulan besar mereka yang anti-Melayu, anti-UMNO, anti-Barisan Nasional dan anti-Islam yang sama melampaunya dengan Taliban hasil didikan Pakistan dan dihantar balik ke Afghanistan untuk melawan Russia.

Masalah yang sedang dihadapi Malaysia sekarang adalah sama dengan masalah yang dihadapi oleh Afghanistan. Anda tidak akan mendoktrin seluruh generasi kanak-kanak untuk membenci kerajaan tanpa menanggung akibatnya. Setiap sesuatu ada kesan akibatnya dan akibat dari pendidikan politik kebencian dan perkauman DAP adalah ia menarik Malaysia keambang perang saudara, sama seperti apa yang berlaku di Afghanistan.

Sekiranya kerajaan berjaya melakukan pembaharuan keatas sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina pada tahun 1987 maka apa yang kita lihat pada hari ini mungkin tidak akan pernah berlaku. Walau bagaimana pun, untuk mengelakkan rusuhan kaum, kerajaan mengundurkan diri. Dan, apabila kerajaan mengundur diri, DAP mengambil alih dan memperkenalkan jenama 'pembaharuan' mereka sendiri.

Krisis sekolah Cina tahun 1987 dan penyusupan masuk DAP kesekolah Cina membuahkan hasil 20 tahun kemudiannya apabila Malaysia mengalami 'Tsunami Cina'

Transformasi DAP terhadap sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina adalah untuk berfikir mengikut garis-garis perkauman. DAP kemudiannya mempersembahkan diri sebagai wadah untuk memperjuangkan hak-hak orang Cina dan sebagai sebuah parti yang berjuang menentang penganiayaan terhadap bangsa Cina. Tanggapan yang mereka berikan adalah bangsa Cina di Malaysia mengalami nasib yang sama seperti yang orang-orang Yahudi lalui di Jerman sewaktu pemerintahan Nazi.

Mereka memainkan pemikiran orang Cina dan sentiasa mengingatkan orang Cina bahawa 90% daripada cukai pendapatan dibayar oleh kaum Cina. Sedangkan wang tersebut digunakan untuk membina masjid dan memberi sumbangan percuma kepada orang Melayu dan Bumiputera. Orang Cina bekerja keras dan membayar segala jenis cukai tetapi orang Melayu dan Bumiputera segala-galanya diberikan percuma tanpa perlu membayar apa-apa. Dan sekarang kita ada GST, yang merupakan cukai penggunaan. Jadi orang Cina akhirnya kena membayar lebih disebabkan orang Cina mempunyai lebih banyak wang dan mampu berbelanja lebih daripada orang Melayu.

Orang Cina telah diajar bahawa semua ini adalah tentang 'mereka dan kita'. Ianya berkenaan Cina menentang bukan-Cina. Cina Malaysia sedang mengalami nasib yang sama seperti orang-orang Yahudi dibawah Nazi Jerman. Kerana itu orang Cina perlu bersatu dan melawan balik sebelum mereka dihapuskan sepertimana terjadi kepada orang-orang Yahudi dizaman Nazi Jerman.

Begitulah lebih kurang secara kasarnya peristiwa yang berlaku. Walaupun dengan adanya DEB, yang mana orang Cina katakan sebagai diskriminasi terhadap bangsa Cina, kekayaan orang Cina telah meningkat daripada 30% kepada 70% manakala kekayaan orang Melayu meningkat dari 1% kepada hanya 3% (*1). Dan orang Cina dengan bangganya mengisytiharkan bahawa mereka membayar 90% cukai pendapatan sedangkan orang Melayu membayar terlalu sedikit. Bagaimana orang Cina boleh membayar 90% cukai pendapatan jika mereka telah kehilangan asas ekonomi sepertimana yang mereka dakwa?

Disebalik semua statistik yang tidak dapat dinafikan, orang Cina masih percaya mereka menghadapi diskriminasi dan ketidak-adilan ditangan apa yang mereka panggil 'Kerajaan Melayu'. Mereka tidak dapat memahami bahawa yang sebaliknya adalah benar. Dan ini adalah kerana sejak umur lima tahun mereka telah didoktrinkan disekolah Cina dan oleh pendidikan Cina untuk mempercayainya. Mereka adalah produk daripada sistem pendidikan yang bermotifkan politik, yang menggunakan kebencian dan perkauman sebagai doktrinnya.

Orang seperti Bin Laden tidak dilahirkan, mereka diasuh

Reput, DAP amat gemar ucapkan, bermula daripada kepala. Dan inilah yang paling tepat dimana reputnya sekolah Cina dan pendidikan Cina bermula dari, kepala. Ramai pengetua-pengetua sekolah Cina tidak boleh bertutur dengan betul Bahasa Malaysia mahu pun bahasa Inggeris. Kepada mereka hanya bahasa Cina yang penting manakala Bahasa Malaysia adalah bahasa primitif yang tidak pun mempunyai kata-bahasa sendiri dan hampir seluruh perkataan-perkataan Bahasa Malaysia, kecuali mungkin sepuluh atau seumpamanya, adalah dipinjam dari bahasa asing.

Orang Cina juga dimomokkan jika mereka tidak datang ke Tanah Melayu pada pertengahan 1800'an maka negara ini mungkin sama sekali tidak dibangunkan dan orang Melayu mungkin masih lagi tinggal diatas pokok. Malaysia sepertimana pada hari ini adalah kerana orang-orang Cina dan pekan-pekan dan bandar-bandar tidak akan wujud jika tidak kerana orang Cina. Orang Melayu terhutang budi sebesar-besarnya kepada orang Cina tetapi orang Melayu telah terlupa bahawa orang Cina lah yang membolehkan mereka turun dari atas pokok dan tinggal dirumah-rumah yang sempurna.

Begitu pun orang Cina percaya semua ini semata-mata kerana inilah apa yang mereka pelajari disekolah Cina mereka. Orang Cina diajar sejarah versi mereka, yang merupakan propaganda belaka dan sejarah yang telah diputar belit untuk menyemai rasa kebencian. Ini untuk menyakinkan orang Cina bahawa merekalah yang membangunkan Malaya dan tanpa mereka tidak akan ada Malaysia. Tetapi kemudiannya orang Melayu merampas segala-gala yang orang Cina telah bangunkan kerana orang Melayu terlalu bodoh dan amat pemalas untuk beroleh kejayaan melainkan mereka mengambil jalan pintas dengan merampas apa yang dimiliki oleh orang lain.

Hasil daripadanya terciptalah satu masyarakat yang buruk akhlak yang tidak mengenal erti perkara-perkara seperti nilai-nilai moral, integriti, maruah dan prinsip. Mereka boleh meludah hari ini dan menjilat kembali ludah mereka keesokan harinya. Ini telah mereka tontonkan secara terbuka sejak beberapa dekad yang lalu. Selepas meludah Tengku Razaleigh Hamzah mereka menjilatnya kembali pada tahun 1990. Selepas meludah Anwar Ibrahim mereka menjilatnya kembali pada tahun 1999. Selepas meludah Mahathir mereka menjilatnya kembali pada tahun 2015. Selepas meludah PAS pada tahun 1990 mereka menjilat balik PAS pada tahun 1999. Selepas meludah PAS pada tahun 2001 mereka menjilat balik PAS dalam tahun 2008. Selepas meludah PAS dalam tahun 2015 mereka masih membenarkan PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor.

Jika Perdana Menteri Najib Tun Razak, atas sebab-sebab pelik tertentu, sekiranya meninggalkan UMNO dan berpaling menentang parti lamanya, mereka akan jilat Najib balik selepas berterusan meludahnya selama ini.

'Superman' Hew adalah Bin Laden versi Cina: cetek pemikiran, kasar, sombong, kurang ajar, tidak bermoral, tiada maruah dan integriti, suka bermusuhan, dan bersikap perkauman tegar

Tiada ada yang lebih jelas lagi untuk dipertontonkan selain daripada satu masyarakat yang tidak mempunyai nilai-nilai moral, integriti, maruah dan prinsip-prinsip. Dan Lim Kit Siang sedar mengenainya. Dia tahu bahawa orang Cina dalam masa satu generasi yang lalu atau seumpamanya telah dipersiapkan dengan keadaan ini dan DAP boleh mengeksplotasi 'Cina Baru' ini (ingat 'Melayu Baru' Mahathir yang tidak perlu merasa takut untuk bersikap kurang ajar?).

Kit Siang memahami sistem nilai orang Cina dan cara orang Cina berfikir dan dia tahu dia boleh mempergunakannya tanpa dikesan dalam banyak perkara kerananya. Sebagai contoh, dia boleh duduk bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan membuat perjanjian dengan orang tua tersebut. Orang Melayu memandangnya sebagai sesuatu yang pelik memandangkan apa yang Kit Siang telah katakan tentang Mahathir selama 35 tahun. Kepada orang Cina, bagaimana pun, ia merupakan satu langkah yang bijaksana.

'Superman' Hew Kuan Yau kemudiannya memberitahu orang Cina bahawa Kit Siang sedang mempergunakan Mahathir. DAP mesti gunakan Melayu untuk perkenakan orang Melayu, jerit Hew. Kepada orang Melayu, ini menunjukkan sesungguhnya orang Cina kurang nilai-nilai moral, integriti, maruah dan prinsip-prinsip. Kepada orang Cina, Kit Siang seorang yang pintar manakala Hew adalah seorang wira Cina yang patut mereka arak diatas bahu merentasi bandar-bandar dan kampung-kampung Cina.

Ianya adalah satu set nilai-nilai yang amat berbeza sekali. Dan orang Cina tidak melihat nilai-nilai mereka sebenarnya kurang mempunyai nilai murni. Bagi mereka, inilah 'nilai-nilai Cina', bukannya kekurangan nilai-nilai. Dan ia adalah kerana inilah apa yang sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina telah ajarkan kepada mereka. Kerana itu pariah seperti 'Superman' Hew dianggap sebagai wira oleh orang Cina. Sedangkan dunia tidak mengerti mengapa orang seperti Bin Laden dianggap sebagai wira bukannya pariah kepada sesetengah orang. Keseluruhannya adalah disebabkan oleh sistem pendidikan yang mengajar mereka untuk berfikir sebegitu. 'Superman' Hew adalah Bin Laden versi Cina semata-mata kerana sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina sama-sama menggunakan kebencian dan perkauman sebagai doktrin mereka.


12 Mei 2017


Tuesday, December 13, 2016

PENDERHAKAAN MAHATHIR TERHADAP AGONG

[sila baca juga nota-kaki:
Sengketa antara UMNO (Mahathir) dan Sultan Kelantan]

Pada 3 Disember 2016, Kit Siang menelefon Mahathir dan merayunya agar menghadiri Konvensyen DAP. Mahathir bersetuju dengan syarat Kit Siang bersetuju Boboi sebagai calon Pakatan untuk jawatan Perdana Menteri. Kit Siang, pula disebaliknya, menyelitkan syaratnya sendiri : yang beliau hendaklah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Selanjutnya Raja-Raja Melayu (Monarki) hendaklah dihapuskan dan Malaysia ditukar kepada sebuah republik. Dan itulah sebabnya mengapa pada 5 Disember Yang Di Pertuan Agong menggugurkan Mahathir daripada senarai protokol.

Raja Petra Kamarudin
10 Disember 2016


KDYMMT Sultan Kelantan tidak melayan sedikit pun kerenah Mahathir

Semalam, dalam artikel bertajuk 'A royal snub: Mahathir courts the Agong's displeasure' (Satu penghinaan kepada Raja-Raja: Mahathir menimbulkan rasa kurang-senang Agong), kami menyatakan yang Mahathir pada mulanya dijemput ke Pertabalan Agong dan kemudiannya, pada 5 Disember 2016, undangan tersebut telah ditarik balik. Sebenarnya, Agong terdahulu menjemput beliau (iaitu secara automatik sekiranya anda dalam senarai protokol) sedangkan Agong terkini menggugurkan Mahathir daripada senarai protokol dan mengirimkan beliau 'surat menarik-balik undangan' (BACA LAGI DISINI).

Ada sesetengah mereka yang menyalahkan Perdana Menteri Najib Tun Razak berkaitan tamparan kemuka Mahathir ini. Sebenarnya ia bukanlah angkara Najib kerana Perdana Menteri tidak mungkin mampu mengarahkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad, menggugurkan Mahathir daripada senarai protokol atau membatalkan undangan kepadanya bagi majlis Pertabalan. Ia hanya boleh dilakukan oleh peringkat yang lebih tinggi, daripada tuan badan itu sendiri, YMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Sepertimana yang kami nyatakan dalam artikel semalam, rakyat Kelantan secara umumnya dan Istana Kelantan khususnya membenci Mahathir dan telah membenci beliau sejak tahun 1980an lagi apabila beliau mencemuh-fitnah Raja-Raja Melayu dan menjadikan mereka sebagai bahan lawak jenaka seluruh dunia. Malahan media antarabangsa telah turut mempersendakan Raja-Raja Melayu Malaysia disebabkan perbuatan Mahathir. Pada tahun 1990, rakyat Kelantan, atas perkenan Sultan Kelantan waktu itu, DYMM Sultan Ismail Petra, menendang keluar parti Mahathir (UMNO Baru) dan mengundi PAS-Semangat 46 kedalam Kerajaan Negeri Kelantan yang baharu.

UMNO Baru yang ditubuhkan dua tahun sebelumnya, telah dipanggil 'parti Mahathir' dan apa-apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan Mahathir tidak dialu-alukan di Kelantan. Mahathir kemudian nya menghukum penduduk Kelantan dengan membatalkan pemberian geran RM600 juta yang telah pun diluluskan sebelumnya untuk menaik-taraf bekalan air dinegeri tersebut.

Beratus orang penduduk Kelantan mengalami kematian akibat taun jadi mereka perlu menambah-baik bekalan air negeri. Mahathir memperolok-olokkan rakyat Kelantan yang telah mengundi sebuah kerajaan yang tidak pun mampu menghindarkan rakyatnya daripada kematian akibat taun dan mengatakan jika orang-orang Kelantan mahukan RM600 juta tersebut maka mereka lebih baik mengundi UMNO dalam pilihanraya umum yang akan datang. Untuk lima pilihanraya umum yang terakhir rakyat Kelantan masih terus mengundi PAS.


Mahathir dan Kit Siang : nasib disepakati dan Anwar bukan sebahagian daripada perjanjian itu

Ini, ditambah dengan isu-isu yang kami nyatakan dalam artikel terdahulu (A royal snub: Mahathir courts the Agong's displeasure) [sila baca nota-kaki], sudah cukup untuk membuatkan rakyat Kelantan dan Istana Kelantan membenci Mahathir. Lagi pun, beliau bukan sahaja mengisytiharkan perang keatas Sultan, beliau juga telah melumur tangannya dengan darah : darah beratus rakyat Kelantan yang meninggal akibat taun dalam jangka lebih kurang 26 tahun. Tetapi itu belum lagi jadi penyebab mengapa Agong menggugurkan Mahathir daripada senarai protokol dan menarik balik jemputan untuknya kemajlis Pertabalan. Ia adalah disebabkan oleh penderhakaan Mahathir dimana Agong memutuskan bahawa kali ini Mahathir sudah amat keterlaluan.

Pada hari Sabtu, Najib mendedahkan agenda politik DAP : iaitu untuk memusnahkan penguasaan politik Melayu dan melantik seorang Timbalan Perdana Menteri Cina sebagai langkah pertama kepada seorang Perdana Menteri Cina kemudiannya. Ekoran dari itu Lim Kit Siang jadi panik dan menelefon Mahathir dan memujuk-rayu agar beliau menghadiri Konvensyen DAP yang akan diadakan keesokannya. Kit Siang perlukan kehadiran Mahathir untuk menampakkan 'muka Melayu' kekonvensyen tersebut supaya mereka dapat membuktikan bahawa dakwaan Najib salah.

Terdahulunya DAP telah mengumumkan bahawa Mahathir tidak dijemput kekonvensyen dan ini, sudah tentu, mengecewakan orang tua tersebut. Kini Kit Siang merayu agar Mahathir menghadirinya setelah memalukan beliau secara terbuka dengan mengumumkan bahawa beliau tidak diundang. Mahathir menyatakan beliau hanya setuju untuk hadir atas satu syarat : yang Kit Siang bersetuju jika pembangkang memenangi pilihanraya umum akan datang si Boboi nya, Mukhriz, akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Ini meletakkan Kit Siang, yang sebelumnya telah bersetuju sekiranya pembangkang memenangi pilihanraya umum akan datang Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Perdana Menteri, dalam keadaan sulit. Untuk berkata ya bermakna beliau akan mempermainkan Anwar. Walau bagaimana pun, Kit Siang nampak satu peluang disini. Dalam keadaan terdesak mengharapkan Mahathir bersetuju menghadiri konvensyen DAP, Mahathir terlebih-lebih lagi terdesak mengharapkan Kit Siang bersetuju Boboi akan dijadikan Perdana Menteri jika pembangkang memenangi pilihanraya umum akan datang.


Boboi jadi Perdana Menteri dan Kit Siang sebagai TPM/Menteri Kewangan

Selepas berfikir mengenainya seketika, Kit Siang bersetuju dengan syarat beliau hendaklah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Mahathir hanya ambil berat tentang masa hadapan anaknya sebagai Perdana Menteri dan tidak peduli apa yang lainnya terjadi asalkan matlamatnya tercapai. Jadi Mahathir bersetuju dan satu perjanjian dibuat malam itu 3 Disember 2016.

Kit Siang cerdik. Beliau tahu jawatan Timbalan Perdana Menteri digabungkan dengan jawatan Menteri Kewangan akan membuatkannya lebih berkuasa daripada Perdana Menteri. Mahathir, bagaimana pun, merasakan beliau hanya perlu memastikan jawatan Perdana Menteri dahulu dan beliau boleh berunding dengan Kit Siang kemudiannya. Siapa yang akan makan siapa boleh diselesaikan kemudiannya : sama ada Kit Siang makan Boboi atau Boboi makan Kit Siang. Dapatkan dahulu dan laksanakannya kemudian.

Untuk memastikan Mukhriz akan menang pemilihan, Kit Siang bersetuju akan memberikan kerusi Petaling Jaya Utara untuk ditandingi, kerusi yang dimiliki DAP. Dan Anwar, satu lagi calon untuk Perdana Menteri, akan terpaksa dimatikan langkahnya. Dan itu akan dilakukan keesokannya semasa konvensyen DAP dimana Dr Wan Azizah Wan Ismail akan ditempatkan jauh daripada kawasan tengah, disebelah Mat Sabu, sedangkan Mahathir akan diberi tempat ditengah-pentas.


Sekarang kita boleh nampak siapa jadi penentu dan siapa yang berperanan orang-kedua

Ya, posisi tempat duduk bukanlah sembarangan tetapi dirancang sebegitu rapi bagi menghantar isyarat kepada semua yang menghadiri konvensyen DAP. Mahathir dan Kit Siang kini menjadi penentu sedangkan Anwar dan PKR hanyalah pelakon-sampingan. Kerana itulah posisi tempat duduk sentiasa dirancang dengan berhati-hati dalam semua majlis rasmi kerana ianya akan menghantar keluar mesej. Siapa duduk dimana dan disebelah siapa bukan perkara remeh dan, jika anda tersilap, perang boleh meletus. Dan mesejnya pada hari Ahad adalah Anwar bukan lagi releven dalam politik Malaysia.

Mahathir tidak membincangkan 'perjanjian' ini dengan Muhyiddin Yassin terlebih dahulu tetapi sekitar tengah malam beliau telah dimaklumkan mengenainya. Dan ini membuatkan Muhyiddin, yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pilihanraya umum, begitu kecewa sehingga beliau enggan menghadiri konvensyen DAP keesokannya. Jadi sekarang kita ada tiga orang calon Perdana Menteri daripada pembangkang : Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir. Dan jikalau DAP memenangi kerusi parlimen paling banyak dalam pilihanraya umum akan datang (yang akan terjadi) dan jika calon-calon Melayu mereka memenangi kerusi (yang mungkin terjadi) mungkinkah akan ada calon keempat untuk menjadi Perdana Menteri?

Jadi, hari berikutnya, Mahathir menghadiri konvensyen DAP dan beliau bersama Kit Siang membincangkan bukan hanya bagaimana untuk merampas kuasa tetapi juga bagaimana untuk mengekalkan kuasa tersebut. Satu elemen yang paling penting adalah UMNO sinonim dengan Raja-Raja Melayu atau Monarki. Oleh itu, sekiranya anda mahu menghancurkan terus UMNO, anda kenalah menghapuskan Sistem Beraja (Monarki) dan menukar Malaysia kesebuah Republik. Jika tidak UMNO akan sentiasa menjadi ancaman kepada Pakatan Harapan yang diterajui DAP.

Kit Siang – seperti kebanyakan orang-orang DAP yang sememangnya anti-Monarki – bersetuju dengan idea Mahathir. Raja-Raja Melayu mestilah dihapuskan dan Malaysia mesti menjadi sebuah republik. Dalam proses yang sama Islam, yang sentiasa sahaja menjadi masalah besar kepada DAP, tidak lagi menjadi agama rasmi Malaysia oleh kerana tiada lagi Raja-Raja Melayu yang menjadi ketua agama Islam. (BACA : Allah didn't create the world for Muslims alone, Dr M says (Allah tidak mencipta dunia untuk orang Islam semata-mata, kata Dr M)).


Adakah Kit Siang tidak berkongsi sama keceriaan Mahathir?

Dihari yang sama, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Agong sebelumnya, Agong semasa, semua dimaklumkan tentang pakatan baharu ini diantara Mahathir dan Kit Siang. Secara teknikalnya Mahathir telah pun melakukan penderhakaan terhadap Agong. Apa yang perlu dilakukan adalah mengarahkan penangkapan Mahathir dan beliau juga boleh dinafikan wang jaminan. Tetapi itu akan mengubah Mahathir menjadi seorang wira. Sebaliknya, Agong memerintahkan Syed Danial mengirim surat 'pembatalan-jemputan' dengan alasan yang tersangat rapuh : tidak cukup kerusi.

Sesiapa yang pernah menghadiri majlis istana atau ke Istana Negara (saya biasa berlari disekeliling Istana Negara sebagai kanak-kanak berusia sepuluh tahun dalam tahun 1960) akan tahu untuk menambah satu sahaja kerusi tambahan tiada langsung menjadi masalah. Lagi pun, Mahathir adalah seorang bekas Perdana Menteri dan seorang Tun jadi seandainya tidak ada ruang sekali pun untuk menambah kerusi mereka boleh menggugurkan seseorang yang jauh lebih rendah kedudukannya bagi memberi ruang kepada Mahathir. Sebab yang mereka gunakan 'tidak cukup kerusi' sebagai alasan adalah semata-mata untuk menambahkan lagi penghinaan keatas keaiban. Ianya satu alasan yang sesiapa pun tidak mungkin percaya, yang hanyalah bermaksud Mahathir tidak dialu-alukan diistana.

Ia hanya menunggu masa sahaja untuk terjadi. Sebagai seorang Tun, Mahathir seharusnya mengekalkan batas-batas tata-susila kesopanan dan menjaga maruah diri dan mematuhi kod tingkah-laku yang ditetapkan. Ianya tidak mengapa bagi Kit Siang berkelakuan seperti seorang pariah kerana beliau tidak mempunyai apa-apa kedudukan. Tetapi bagi Mahathir berkelakuan seperti Kit Siang dan menjatuhkan dirinya ketahap Kit Siang adalah amat-amat mengaibkan. Sekali pun tiada apa yang berlaku dihujung minggu sebelumnya, Mahathir mungkin tetap jua akhirnya akan dipulaukan (atau tidak sedikit pun diendahkan).

Jika Mahathir mahu berkelakuan seperti Kit Siang dia sepatutnya melepaskan gelaran Tun nya. Seorang Tun mestilah berkelakuan sebagai seorang negarawan kerana beliau telah dianggap sebagai seorang Pemimpin Negara ('Lord of the Realm'). Beliau tidak boleh bertindak seperti seorang pariah dan dalam masa yang sama mengharapkan dirinya dipanggil Tun. Dan selama 24 bulan yang lepas Mahathir telah membuktikan bahawa dia sememangnya tidak layak untuk memegang gelaran Tun tersebut.


Terjemahan artikel Malaysia Today


******************************
[Nota-kaki]

(Petikan dari Harakahdaily)
23 Mac 2016

Kerajaan Kelantan digugat dengan isu Lamboghini (1992)

KERAJAAN PAS KELANTAN DIGUGAT DENGAN ISU LAMBORGHINI SULTAN KELANTAN (23 MAC 1992)

PADA hari ini dalam tahun 1992, usaha menggugat Kerajaan PAS Kelantan telah melalui tahap yang lebih mencabar apabila berita tentang kereta Lamboghini Daiblo 'dilarikan' oleh Sultan Kelantan didedahkan kepada umum.

Isu kereta Lamboghini ini telah berbangkit kerana permusuhan Umno dengan Istana Kelantan yang menyebabkan baginda Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra bertindak membawa keluar kereta tersebut dari Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada 19 Mac 1992, tetapi mula disensasikan pada 23 Mac 1992.

Serangan peribadi terhadap Sultan Kelantan ini berkait rapat usaha Umno menggugat Kerajaan PAS Kelantan yang dituduh oleh mereka menang kerana campur tangan Sultan Kelantan dalam politik kepartian.

Isu Lamborghini ini bermula apabila Sultan Kelantan bertitah kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan dalam bulan November 1991 tentang hasrat baginda untuk membeli kereta tersebut dari Itali dengan wang baginda sendiri dengan dikecualikan cukai import.

Pada 2 Mac 1992, ketika kereta tersebut telah tiba di Subang, Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Kastam enggan membenarkan kereta tersebut dikeluarkan dari Kompleks Kargo sehingga Sultan Kelantan membayar duti import yang dianggarkan bernilai RM2.6 juta.

Usaha Sultan Kelantan untuk berunding dengan pihak kastam dan Menteri Kewangan telah gagal sehingga 16 Mac 1992, yang menyebabkan baginda bertindak pada 19 Mac 1992 untuk mengambil sendiri kereta tersebut di Kompleks Kargo Subang itu.

Isu Sultan Kelantan dimainkan oleh Umno sejak akhir 1990 apabila mereka tewas dalam Pilihan Raya Umum Kelapan pada 21 Oktober 1990 yang didakwa berpunca dari pergeseran Sultan Kelantan dengan Umno dan hubungan rapat baginda dengan pakatan PAS-APU.

Pada 1 Disember 1990, Perhimpunan Agung Umno telah meluluskan usul untuk menyekat Raja-raja Melayu dari terlibat dalam politik, yang diikuti oleh siri-siri penghinaan terhadap Sultan Kelantan seperti perhimpunan haram di hadapan Bangunan Umno Kelantan diketuai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ibrahim Ali yang diikuti pula oleh kenyataan Ketua Penerangan Umno Kelantan, Che Alwi Che Ahmad yang menuduh Sultan Kelantan berpolitik.

Far Eastern Economic Review pada 28 November 1991 melaporkan serangan Umno terhadap Sultan Kelantan dan Raja-raja Melayu secara terbuka di media.

Untuk melegitimasikan tindakan Umno terhadap Sultan Kelantan dalam usaha mereka menggugat Kerajaan PAS Kelantan ini, maka isu kereta Lamboghini ini menjadi senjata terbaik Umno.

Walaupun isu ini pada asalnya hanyalah isu pentadbiran antara Istana Kelantan dengan Kerajaan PAS Kelantan dan Menteri Kewangan, tetapi pada 23 Mac 1992, rakyat Kelantan dikejutkan oleh pendedahan kepada media kononnya Sultan Kelantan telah 'melarikan' kereta tersebut tanpa membayar cukai.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 24 Mac 1992 ketika mengulas isu ini menyifatkan ia adalah satu penganiayaan terhadap Sultan Kelantan sekali gus memalukan Kerajaan PAS Kelantan, sedangkan sejak 2 hingga 21 Mac 1992 Kerajaan Kelantan telah berusaha untuk berunding dengan Menteri Kewangan, tetapi ia tidak dilayan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
23 Mac 2016


Friday, January 02, 2015

SURAT TERBUKA : Yang Lim Kit Siang TIDAK BERANI Siar Dan Jawab

(Surat terbuka dari seseorang yang telah dihantar kepada blog limkitsiang.com pada 20/12/14, dan tidak pernah dijawab atau disiarkan bagi tatapan pengunjung sehingga kini)


Terjemahan :

Kristian telah menggunakan Holy Bible versi King James lebih daripada 300 tahun yang lalu dan tidak pernah ada mana-mana nama ALLAH dalam kitab suci tersebut. Sesiapa sahaja sentiasa boleh mengesahkan kenyataan ini dengan mudah. Selain itu nama Biblical God selalu disebut sebagai The Father, Lord dan God yang tidak pun merupakan nama. Menjadikan Tuhan Kristian pada dasarnya Tuhan Tanpa Nama.

Kit Siang seharusnya
ikhlas bertanya dirinya sendiri atau kepada paderi gereja Malaysia mengapa tidak ada dimana-mana pun nama ALLAH didalam Holy Bible versi King James? Siapa yang telah memberikan paderi gereja Malaysia "kuasa" dengan sengaja membuat perubahan dalam kitab suci tersebut untuk disesuaikan dengan keperluan peribadi atau agenda politik? Tidakkah usaha "kuasa" penyuntingan pihak Gereja Malaysia itu nanti akhirnya akan menunjukkan bahawa kitab-kitab suci Kristian terdahulu adalah dalam kesesatan yang mengerikan atau tidak sempurna? Anda maksudkan Tuhan Alkitab anda tidak sempurna kerana "Penulis" terlupa untuk menyebut nama Tuhan didalamnya?

Anda benar-benar ingin tahu mengapa sebahagian besar penganut Islam Malaysia tidak bersetuju dengan permintaan paderi gereja Katolik untuk menggunakan kalimah Allah dalam Alkitab
versi Melayu yang telah diubahsuai? Semua paderi gereja Kristian dan pengikut-pengikut mereka telah dengan rela hati menerima pendirian agama bahawa Tuhan Kristian TANPA NAMA mereka memang mempunyai seorang Anak. Sesiapa sahaja boleh mengesahkan kenyataan ini dengan paderi tempatan atau gereja-gereja diluar negara. Kami orang-orang Islam tidak mempunyai apa-apa masalah dengan "Pendirian" penganut Kristian tersebut kerana ia bukan urusan kami untuk mencampuri urusan keagamaan gereja anda di Malaysia. Hanya apabila anda semua  memutuskan untuk menggantikan nama Tuhan yang tidak bernama anda kepada nama ALLAH isu-isu rumit telah terjadi.

Ini akan membuatkan kelihatan seolah-olah ALLAH juga kini mempunyai ANAK. Ini adalah kesalahan pendustaan yang sangat serius atau dosa atau syirik yang kami lakukan seandainya kami (orang-orang Islam) bersetuju dengan tuntutan gereja kerana nampak jelas anda secara sengaja dan dengan penuh kejahilan menyama-tarafkan ALLAH serupa dengan manusia dan haiwan !! Nauzubillah !!! Jika anda berfikir bahawa ALLAH menerima dan gembira dengan niat gereja sila lihat apa yang ALLAH telah tetapkan lebih daripada 1400 tahun yang lalu didalam Al-Quran Yang Mulia.

Dalam SURAH MARYAM 19 : 88 - 92
 
(19:88)
Dan mereka yang kafir berkata: "(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak."
(19:89)
Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
(19:90)
Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap,
(19:91)
Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.
(19:92)
Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak.

Sesiapa sahaja boleh melihat bahawa Allah benar-benar murka dan terfikirkah anda bahawa kenyataan tersebut telah pun terjadi lama sebelum anda Lim Kit Siang dilahirkan ke dunia ini. Selama lebih dari 50 tahun yang lalu sebahagian besar orang-orang Sabah dan Sarawak telah ditipu oleh paderi gereja. Mengapa saya berkata demikian? Kerana Holy Bible
versi King James sendiri telah melarang anda semua daripada membuat apa-apa kerja "pengubahsuaian" dalam kitab tersebut. Tidak percayakan saya? Cuba baca ayat-ayat Alkitab di bawah dan kaji makna perkataan dan fikirkan secara mendalam.

Deutronomy 4: 2.

Kamu tidak akan menambah kepada perkataan yang ku perintahkan kepadamu, janganlah kamu mengurangi sedikitpun daripadanya, supaya kamu dapat memelihara perintah-perintah TUHAN mu, yang ku sampaikan kepadamu
 
ATAU
 
"... Setiap perkataan Tuhan adalah sempurna; dia adalah perisai kepada mereka yang berlindung padanya. Jangan menambah kata-katanya, atau dia akan memurkai anda dan membuktikan bahawa anda adalah PENDUSTA. "    -   Revelation 22:18.
 
ATAU
 
Jangan menambah kata-katanya, atau dia akan memurkai anda, dan anda akan dianggap sebagai seorang PENDUSTA.    -   Proverbs 30: 5
 
Tanya diri anda siapa yang patut anda percaya? Adakah Holy Bible atau manusia paderi, atau "pengubahsuai" bible Malaysia yang mahu dianggap suci? Kerana telah jelas Kitab Suci Alkitab telah menganggap mereka sebagai PENDUSTA dan jika anda masih dengan mereka maka anda membuktikan kepada kami bahawa hanya PENDUSTA sahaja yang akan percayakan PENDUSTA.




::: teks asal ::: 

http://theunspinners.blogspot.com/2014/12/ada-gereja-dan-pemimpin-kristian.html


An OPEN LETTER TO LIM KIT SIANG

(posted on 20/12/14 to blog.limkitsiang.com which he never responded or shown to website visitor until today)

The Christian had been using the Holy Bible King James version more than 3oo years ago and there never was any ALLAH name in the holy scriptures. Anybody can always verify with these statement with ease. Beside that the Biblical God name is always mentioned as The Father, Lord and God which is not even a name. Making the Christian biblical God is basically a nameless God.

Kit Siang should sincerely asked himself or the Malaysian church priest why was that there was no ALLAH name any where in the Holy Bible King James version? Who gave the Malaysian church priest “authority” to deliberately make changes in the holy scriptures to suit with your own requirement or political agenda? Wouldn’t that Malaysian Church “authority” editing effort will eventually shows that the earlier Christian holy scriptures was in dire error or not perfect? You mean your Biblical God is not perfect because the “Author” of the book have forgotten to mention God name there?

You really wanted to know why most Malaysian Muslim disagreed with the Catholic church priest demand for the kalimah Allah to be used in the Malay Bible modified version? All Christian church priest and their followers have conveniently accepted the religious stance that their Christian Biblical nameless God do have a Son. Anybody can always verify the statement with your local priest or overseas churches. We Muslim have no real problem with that Christian “stance” because it was none of our business to look into your Malaysian church religious affair. It is when you people decided to replace the nameless God name into ALLAH name the complicated issues has started.

These will make it appeared that ALLAH now may have a SON too. This is a very serious blaspheme offence or Sin or SYIRIK that we have committed should we (Muslim) agreed with the Church claim because clearly you people have deliberately and ignorantly degraded ALLAH similar to man and animals!! NAUZUBILLAH !!! If you think that ALLAH doesn’t mind and happy with the church intent just look at what ALLAH had decreed more than 1400 years ago in the Noble Al Quran?

In SURAH MARYAM 19:88 – 92

(19:88) They claim: “The Most Compassionate Lord has taken a son to Himself.”
(19:89) Surely you have made a monstrous statement.
(19:90) It is such a monstrosity that heavens might well-nigh burst forth at it, the earth might be cleaved, and the mountains fall
(19:91) at their ascribing a son to the Most Compassionate Lord.
(19:92) That they should invoke a son for (Allah) Most Gracious.

Anybody can see that ALLAH is really furious and mind you that statement had been around long before you Lim Kit Siang were even been born into this world. For more than 50 years ago most of the Sabahan and Sarawakian have been cheated by the Church priest. Why I said this ? Because even the Holy Bible King James version have forbid you people from making any “editing” works in the scriptures. Don’t believe me ? Just read the biblical verses below and study the words meaning and think very carefully.

Deutronomy 4:2.
Ye shall not add unto the word which I command you, neither shall ye diminish aught from it, that ye may keep the commandments of the Lord your God which I command you
 
OR
 
“…Every word of God is flawless; he is a shield to those who take refuge in him.
Do not add to his words, or he will rebuke you and prove you a LIAR. ”    -   Revelation 22:18.
 
OR
 
Don’t add to his words, or he will rebuke you, and you will be shown to be a LIAR   -   Proverbs 30:5
 
Asked yourself who you should trust now? Would it be the Holy Bible or the Malaysian mortal priest or wannabe HOLYSEE bible editor? Because clearly even the holy Bible scriptures have recognized them as a LIAR and if you still with them then you have just prove to us that only a LIAR will belief another LIAR.


(Komen Anonymous pada December 25, 2014 at 5:02:00 PM, dipetik dari blog The Unspinners)


::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU