Showing posts with label Majlis Peguam. Show all posts
Showing posts with label Majlis Peguam. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Ambiga Mengaku Majlis Peguam Sendiri Ada Pengundi Hantu. Hipokrasi !!


HHalem

“Malah dalam angka 1,000 orang ini (yang mengundi) juga termasuk pengundi hantu”
"Bukankah ini menunjukkan amalan hipokrasi"?


"Amalan kebiasaan kata Ambiga, amalan kebiasaan untuk ada pengundi hantu, amalan kebiasaan untuk mana-mana ahli masuk kedalam mesyuarat tanpa pengesahan kad pengenalan, amalan kebiasaan untuk mengundi dengan cara angkat tangan, amalan kebiasaan hanya enam orang ditugaskan untuk mengira undi ribuan yang hadir."


...KLPos...
Ahli Majlis Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendedahkan amalan menyokong usul, resolusi dan undi dalam badan professional itu tidak mengikut peruntukan Seksyen 65(4A) Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Beliau berkata demikian setelah menghadiri Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) Majlis Peguam dan mendapati amalan dan praktis dalam mendapatkan satu keputusan terhadap resolusi badan guaman itu tidak melambangkan tahap profesionalisme, ketelusan, keadilan dan integriti yang sepatutnya.

Sebelum itu, Khairul Azam dikatakan akan memfailkan saman terhadap Majlis Peguam bagi memohon deklarasi bahawa EGM badan guaman itu sebagai tidak sah dan terbatal turut memberi gambaran sebenar apa yang berlaku sewaktu proses pengundian sesuatu resolusi dijalankan.

"Tidak ada sebarang tindakan tersusun yang dilakukan untuk mengesahkan mereka yang hadir pada mesyuarat tersebut”

"Terlalu mudah untuk mengundi pada mesyuarat itu. Saya hanya perlu memberikan nombor keahlian badan guaman itu. Tidak ada sebarang pemeriksaan dan semakan terhadap kad pengenalan untuk mengesahkan keahlian mereka yang hadir," kata Khairul Azam.


Beliau turut bertanya kepada Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang mengumumkan kehadiran 1,270 orang pada mesyuarat tersebut agar membuat kiraan semula dan pengesahan ahli majlis yang sebenar kerana mendapati pelatih dalam kamar, wartawan dan kumpulan yang tidak diketahui status kelayakan mereka turut menyokong usul mengecam tindakan pihak polis terhadap peserta Bersih 3.0.

"Apabila saya menimbulkan isu tersebut sewaktu majlis sedang berlangsung, saya telah diejek dan menerima provokasi seolah-olah saya telah melakukan kesilapan," katanya.

"Saya berasa pelik kerana presiden badan guaman itu berkata ia adalah amalan kebiasaan setiap kali mesyuarat diadakan. Saya terpanggil untuk melakukan sesuatu terhadap prosedur dan amalan tidak profesional ini”


Sebelum itu, Mesyuarat Agung Luarbiasa tersebut dengan 939 undi telah menyokong resolusi mengecam tindakan pihak polis terhadap peserta Bersih 3.0.

"Saya juga berkesempatan berjumpa dengan bekas presiden dan Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga yang hadir dan bertanyakan apakah ini merupakan amalan biasa yang dilakukan setiap kali Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luarbiasa diadakan," kata Khairul Azam.

"Saya terkejut dengan pengakuan Ambiga bahawa tatacara yang dilakukan setiap kali mesyuarat badan guaman itu adalah sesuatu amalan yang biasa dan normal," tambah Khairul Azam.


"Amalan kebiasaan kata Ambiga, amalan kebiasaan untuk ada pengundi hantu, amalan kebiasaan untuk mana-mana ahli masuk kedalam mesyuarat tanpa pengesahan kad pengenalan, amalan kebiasaan untuk mengundi dengan cara angkat tangan, amalan kebiasaan hanya enam orang ditugaskan untuk mengira undi ribuan yang hadir," kata Khairul Azam dengan nada yang kesal.

Beliau yang kecewa dengan penjelasan tersebut turut mempertikaikan tindakan Ambiga selaku Pengerusi Bersih 3.0 yang menempelak Suruhanjaya Pilihanraya dan kerajaan tidak melakukan sesuatu terhadap isu pengundi hantu, namun berdiam diri dan mengakui sudah menjadi amalan kebiasaan dalam mana-mana mesyuarat Majlis Peguam untuk tidak melakukan sesuatu terhadap pengundi hantu.

"Bukankah ini menunjukkan amalan hipokrasi," tanya Khairul Azam.

"Ada 14,100 ahli yang berdaftar dengan Majlis Peguam dan mereka yang hadir dalam mesyuarat ini tidak sampai 1,000 orang. Malah dalam angka 1,000 orang ini juga termasuk pengundi hantu," kata beliau.

"Majoriti ahli yang berdaftar tidak hadir pada Mesyuarat Agung Luarbiasa kerana mereka ini protes dengan tindakan segelintir pihak.”

"Majoriti ahli berdaftar sebenarnya mempertikaikan mengapa Majlis Peguam terlalu sibuk memperjuangkan isu-isu luaran, isu politik sedangkan isu dalaman yang melibatkan kebajikan ahli, sistem kehakiman negara, sistem e-filing dan sebagainya yang melibatkan profesion guaman itu sendiri langung tidak diperjuangkan badan tersebut," kata Khairul Azam.

"Dimanakah letaknya integriti dan profesionalisme badan guaman ini," kata Khairul Azam dengan nada kecewa.


Sebelum itu, Majlis Peguam turut menerima tamparan apabila seorang peguam, Ranjit Singh Dhillon, dari J Kaur, Ranjit & Associates mempertikaikan badan professional guaman itu yang didakwa menyembunyikan fakta bahawa peserta perhimpunan Bersih 3.0 telah memasuki kawasan larangan justeru melanggar perintah mahkamah.

Ranjit turut mempersoalkan sikap dan tindakan Presiden Majlis Peguam itu yang dilihat seolah-olah mewakili pemimpin dan parti-parti pembangkang, dan tidak lagi dilihat sebagai sebuah badan profesional yang bebas dan non partisan.

Beliau yang kesal menyatakan mukasurat 26 laporan awal badan itu menyebut peserta perhimpunan BERSIH 3.0 telah melakukan provokasi terhadap pihak polis, sekaligus membidas Lim Chee Wee yang membisu mengapa tidak disebutkan siapa sebenarnya yang mencetuskan keganasan pada perhimpunan itu.

"Adakah kita layak digelar professional, adakah kita layak bergelar peguam," kata Ranjit.

Peguam itu turut mendakwa pihak polis tidak melakukan apa-apa terhadap perusuh setelah mereka merempuh hadangan sejauh 50 meter sehingga menyebabkan ketegangan dan harta awam dirosakkan.

"Apa yang anda jangka pihak berkuasa akan lakukan setelah perusuh memasuki kawasan larangan," soal Ranjit.

Beliau turut melontarkan soalan kepada presiden badan itu.

"Adakah kita yang bernaung dibawah badan guaman ini secara jujur mahu mengakui memang terdapat mereka yang mengambil kesempatan atas kejadian tersebut?”

Monday, May 14, 2012

SIAPA SOKONG BAR COUNCIL DAN SUHAKAM..???

THE DUKE'S BLOG

Sebenarnya, saya sudah muak dengan kerenah Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malayasia (SUHAKAM) yang seolah-olah begitu bodoh dalam menghukum cara pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berhadapan dengan himpunan Bershit 3.0 pada hujung April lalu.

bcMajlis Peguam yang dipengerusikan oleh “anak didik” Ambiga, kelihatan begitu bebal dengan kenyataannya yang mengutuk PDRM yang dikatakan bertindak ganas terhadap para peserta himpunan Bershit tempohari.

Begitu juga dengan SUHAKAM yang menyatakan bahawa pihak polis tidak wajar menembak gas pemedih mata di kawasan awam sekaligus menyalahkan pihak berkuasa kerana bertindak begitu di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Masjid India dan beberapa kawasan terbabit yang huru-harakan puak-puak Bershit.

Persoalannya, bagaimanakah cara yang “PALING WAJAR” bagi pihak berkuasa berhadapan dengan himpunan yang mempergunakan perkataan “himpunan aman” dan kemudiannya bertindak ganas di tempat awam serta pihak berkuasa?

Dalam mengkritik tindakan pihak berkuasa terhadap “sahabar-sahabat karib” Majlis Peguam dan SUHAKAM itu, mereka langsung tidak memberikan cadangan atau cara bertindak yang mereka fikir “wajar” untuk “mengajar” perusuh-perusuh berbaju kuning itu.

Apakah tindakan polis terhadap perusuh-perusuh itu ganas? Ya, memang ganas. Namun, perlu diingat bahawa pihak PDRM yang bertindak ganas kepada mereka-mereka yang melampau batas sahaja. Pada yang tidak melampau dan mengikut arahan pihak berkuasa, mereka sedikit pun tidak dijentik!

Saya ingin bertanya kepada semua peguam-peguam yang kononnya bijak pandai dan profesional itu, sekiranya datang beratus orang berbaju kuning ke rumah mereka, menggoncang pagar, memaki hamun dan membaling objek keras sebagai membantah yuran guaman mereka yang dikatakan tidak berpatutan, apa yang mereka rasa?

Sekiranya mereka mendapat injunksi mahkamah supaya ratusan orang di depan rumah mereka tidak diganggu atau diceroboh dan diberikan puluhan anggota polis berkawal di depan rumah mereka, dan kemudiannya ratusan orang tersebut tetap merempuh masuk ke rumah mereka serta membelasah polis-polis tersebut, apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh anggota polis berkenaan?

Apakah anggota polis itu wajar menadah muka, kepala dan tubuh badan mereka untuk dipukul dengan topi keledar, kayu, besi, botol, batu dan pelbagai objek merbahaya yang lain dan bertahan begitu saja tanpa sebarang tindakan lain?

Apakah peguam-peguam itu fikir seluruh anggota polis di Malaysia ini layak dilayan seperti “punching bag”? Apa kata kalau puak-puak yang merusuh itu menjadikan peguam-peguam itu saja sebagai “punching bag”?

Mungkin dengan cara itu maka Majlis Peguam akan menyatakan tindakan ganas PDRM terhadap perusuh itu wajar? Begitu?

Kenyataan SUHAKAM yang menyatakan bahawa “polis tidak wajar menembak gas pemedih mata di kawasan awam” adalah kenyataan yang paling bodoh dalam sejarah hak asasi manusia di seluruh dunia.

Kalau perusuh menggunakan kawasan awam sebagai lokasi untuk mereka merusuh, apakah wajar PDRM menembak gas pemedih mata di kawasan hutan? Kalau tidak ditembak ke kawasan awam tempat perusuh membuat kacau, di mana harus ditembak gas pemedih mata tersebut?

Saya fikir, barisan SUHAKAM yang menyatakan pendirian sebegitu bodoh hanya menjatuhkan reputasi hak asasi manusia sahaja. PDRM menembak gas pemedih mata itu untuk menyuraikan rusuhan yang dilakukan di tempat awam dan perusuh-perusuh itu bertindak melampau terhadap pihak berkuasa itu.

Jelas dalam bukti-bukti yang dipamerkan oleh PDRM menyaksikan puak pelampau itu menceroboh, bertindak ganas dan menyerang pihak berkuasa itu terlebih dahulu sebelum polis bertindak.

Saya fikir, panel-panel SUHAKAM yang mengeluarkan kenyataan tersebut lebih wajar untuk meletak jawatan saja dari badan bebas itu kerana jelas ia merupakan satu kenyataan yang tidak masuk akal dan tidak adil sama sekali.

Majoriti rakyat marah pada Bershit dan Pakatan Haram yang menghuru-harakan ibunegara, mereka bersorak “padan muka” pada puak-puak tersebut dan mengucapkan tahniah kepada pihak PDRM atas kecekapan mereka bertindak “ganas yang wajar” terhadap puak-puak pelampau itu.

Peliknya, Majlis Peguam dan SUHAKAM pula yang “buta” dan mengeluarkan kenyataan bodoh serta tidak adil kepada wira-wira negara yang berjaya mengawal keamanan negara dari keganasan melampau puak-puak perusuh itu.

Apa Majlis Peguam dan SUHAKAM “makan suap” ke?

Sunday, May 13, 2012

BAR COUNCIL Yang Caca Merba & Ada Pengundi Hantu!!

Dari blog Dr MIM, Saturday, May 12, 2012.

Pendedahan seorang peguam tentang masaalah sangat besar dalam Bar Council!

Baca di bawah :



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada rakan-rakan wartawan yang hadir ke Sidang Media Khas ini. 

Saya, Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz, seorang Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya dan beramal di Tetuan Azam Aziz & Co. Majlis Peguam melalui Circular No 092/2012 bertarikh 4 hb Mei 2012 kepada semua Ahli Majlis Peguam dan Pelatih Dalam Kamar satu Notis EGM Malaysian Bar yang di adakan pada 11 hb Mei 2012 jam 3 petang bertempat di Sunway Putra Hotel KL. 

Notis tersebut turut mengandungi Agenda EGM iaitu :-

1. “To discuss the motion in relation to the events of and surrounding the public rally on 28 April 2012 organised by BERSIH 3.0, and matters in connection therewith, proposed by Lim Chee Wee (Chairman Bar Council) on behalf of the Bar Council dated 4 May 2012; and”

2. Any other matters.


Saya telah hadir ke lokasi EGM kira-kira jam 3.10 minit petang pada hari tersebut. Saya telah beratur di kaunter pendaftaran dan apabila tiba giliran saya, urusetia bahagian pendaftaran telah bertanyakan nombor keahlian saya. Selepas beliau membuat semakan komputer dan mengesahkan nama saya, saya di minta menandatangani borang kehadiran dan terus di berikan pelekat sebagai pas masuk ke dalam dewan.

Saya memasuki dewan kira-kira jam 3.30 petang dan EGM baru hendak di mulakan. Saya melihat dewan yang berkapasiti 1,000 tempat duduk itu hampir penuh dan saya melihat ada tagging untuk kawasan tempat duduk bagi Peguam dan Pelatih Dalam Kamar. 

Namun saya dan semua orang di dalam dewan kelihatan bebas untuk duduk di mana-mana berdasarkan perbezaan warna stiker yang di pakai oleh masing-masing. Saya sendiri duduk di barisan kerusi bertanda “Chambering Pupils” dan tiada sesiapa menghalang saya daripada duduk di situ.

Begitu juga dengan Chambering Pupils yang saya lihat turut duduk di celah-celah peguam yang lain di barisan-barisan berhadapan dengan saya. 

Saya melihat Peguam akan memakai stiker bewarna Oren dan Pelatih dalam kamar memakai stiker bewarna biru dan saya juga melihat stiker bewarna kuning yang saya tidak pasti apa statusnya dan semuanya duduk bercampur-campur di merata-rata tempat.

Presiden Majlis Peguam ketika ingin memulakan EGM mengumumkan kehadiran melebihi 1,000 orang dan menurut beliau korum telah mencukupi. Beliau juga bersenda apabila menyatakan bahawa kehadiran ke EGM ini jauh melebihi kehadiran ahli Bar Council ke AGM Tahunan Bar Council dan di sambut tepukan dan sorakan mereka yang hadir. 

Kira-kira 30 minit saya duduk di dalam dewan tersebut, saya bangun menuju ke mikrofon untuk memohon izin bercakap. Apabila keizinan di berikan, saya merujuk kembali kepada angka 1,000 lebih ahli yang hadir seperti yang di umumkan oleh Presiden Majlis Peguam sebentar tadi. 

Saya menuntut agar beliau menyatakan secara spesifik daripada 1,000 orang yang hadir itu berapa ramaikah antaranya merupakan Peguam dan Pelatih Dalam Kamar kerana saya melihat 3 warna stiker yang berbeza berselerakan duduk di dalam dewan. Saya mencadangkan agar kaedah pengiraan yang lebih telus dan professional di gunakan untuk mengesahkan korum.

Saya mempersoalkan sedemikian kerana saya ragu-ragu samada benar atau tidak korum 500 orang Peguam itu telah mencukupi kerana Pelatih Dalam Kamar tidak lagi di kira sebagai ahli Majlis Peguam dan mereka tidak layak mengundi. Saya juga mempersoalkan tentang keabsahan identiti semua orang yang hadir ke EGM pada hari tersebut kerana ketika pendaftaran, Urusetia langsung tidak meminta apa-apa dokumen pengenalan diri dari saya dan hanya semata-mata percaya kepada sebutan nombor keahlian saya.

Saya juga melihat semua yang mendaftar di kaunter pendaftaran dalam jarak dan selang masa yang sama seperti saya juga tidak di minta mengemukakan apa-apa bukti dokumen pengenalan diri. Saya merasakan ramai “pengundi hantu” bakal mengundi dalam EGM Bar Council ini.

Saya juga mengesahkan beberapa orang wartawan dan orang awam telah menyeludup masuk ke dalam dewan sebagai “Peguam” kerana beberapa orang daripada mereka telah menemui saya di luar dewan dan menyatakan sokongan mereka terhadap persoalan yang saya telah timbulkan dan apabila saya ingin bertukar-tukar namecard dengan mereka serta bertanya mereka dari firma yang mana, mereka tersenyum lalu menunjukkan id PRESS kepada saya yang di sembunyikan di dalam poket. 

Dan mereka memakai stiker berwarna Oren sama seperti “Peguam” yang lain. Saya juga mempersoalkan tentang stiker yang di berikan kepada setiap “ahli” kerana tiada terdapat sebarang nombor siri atau ciri-ciri keselamatan tertentu bagi mengelakkan bilangan stiker di keluarkan melebihi jumlah kehadiran atau stiker tersebut boleh sewenang-wenangnya di berikan kepada sesiapa sahaja kerana langsung tiada identifikasi nombor siri dan identity pemakainya di adakan oleh sebuah badan yang di katakan professional seperti Bar Council.

Presiden Bar Council menjawab bahawa “Ini sememangnya menjadi amalan kebiasaan setiap kali AGM atau EGM Bar Council sejak sekian lama dan beliau menyindir saya dengan menyatakan saya perlu membiasakan diri dengan “tradisi” dalam Majlis Peguam seperti ini kerana beliau lebih lama menjadi ahli berbanding saya.

"Saya tidak berpuas hati dengan jawapan beliau tersebut dan saya mengulangi kesangsian saya terhadap identity semua yang hadir di dalam dewan EGM dan seterusnya mewajarkan untuk saya mempercayai bahawa korum 500 orang Peguam itu tidak dapat di sahkan dan seterusnya saya meragui kesahan perjalanan EGM ini mengikut peruntukan seksyen 65(4A) Akta Profesion Undang-undang 1976 iaitu berkaitan korum. 

Walaupun saya berseorangan dan di sorak dengan pelbagai ajukan provokasi terhadap saya, saya tetap kekal berdiri mempertahankan pendirian saya. Sesungguhnya Kebebasan Bersuara saya seperti yang terjamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan kelihatan tidak di hormati oleh majoriti “peguam” di dalam dewan EGM tersebut.

Apabila tiba waktu mengundi, saya melihat system yang di gunakan oleh sebuah badan yang kononnya professional ini tiada bezanya dengan kaedah pemilihan ketua darjah murid di sekolah rendah iaitu secara mengangkat tangan. Walaupun Presiden Majlis Peguam mengingatkan bahawa Pelatih Dalam Kamar tidak boleh mengundi, tetapi saya melihat dengan jelas mereka yang memakai stiker selain daripada warna oren turut mengangkat tangan. 

Hanya 6 orang di tugaskan untuk mengira tangan yang di angkat oleh melebihi 1,000 orang dalam dewan tersebut. Kemudian Presiden Majlis Peguam dengan bangganya mengumumkan bahawa seramai 1,265 orang hadir ke EGM tersebut dan 939 orang mengundi bersetuju dengan usul manakala hanya 16 orang ahli yang tidak menyokong usul. 

Maka “rules of majority” terpakai.Saya sangat tidak berpuas hati dengan cara pengendalian EGM sebuah badan yang di katakan Profesional dan berpengaruh seperti Bar Council ini terutamanya ketika Bar Council terlalu lantang mengkritik menuntut supaya pembersihan daftar pemilih SPR, mengkritik kesilapan menaip nombor kad pengenalan pengundi dalam daftar pemilih, menimbulkan keraguan terhadap beberapa nombor kad pengenalan pengundi yang bertindan, memperjuangkan penggunaan dakwat kekal dalam pengundian, menunjukkan perasaan anti terhadap kewujudan Pengundi Hantu dalam daftar pemilih menuntut SPR supaya bersikap Profesional dan berbagai lagi tuntutan Bar Council sebelum ini TETAPI MALANGNYA proses perjalanan EGM dan AGM Bar Council ini sendiri carca marba dan di penuhi pengundi hantu yang berlakon sebagai “Peguam”.

Jika mengendalikan EGM untuk jumlah 1000 orang pun kelihatan carcamarba, tidak sistematik, menyediakan banyak ruang untuk penipuan pengundian, ketiadaan satu system daftar pemilih untuk hanya 1,000 orang peguam pun gagal di lakukan oleh Majlis Peguam, bagaimana mereka boleh tanpa rasa malu mempertikaikan pihak lain yang terpaksa menguruskan daftar pemilih bagi berjuta orang pengundi dan melibatkan lokaliti pengundian di seluruh Negara yang di desaknya seharusnya sempurna sedangkan EGM Bar Council sendiri ramai pengundi hantu? 

Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Ayam berkokok berderai-derai, ekor sendiri bergelumang tahi.Kuman seberang lautan jelas nampak, gajah di depan mata tak nampak pulak. Jika tinggal di rumah kaca, jangan membaling batu ke rumah kaca jiran sebelah.Jangan bercakap soal kebersihan jika diri sendiri adalah pengotor.

Oleh itu, DEMI UNTUK MEMELIHARA INTEGRITI DAN PROFESIONALISME BADAN PEGUAM DARIPADA DI ROSAKKAN SECARA SEWENANG-WENANGNYA OLEH INDIVIDU-INDIVIDU BERKEPENTINGAN TERTENTU DAN DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT TERHADAP SIKAP BERKECUALI DAN BERTINDAK MENGIKUT SALURAN PERUNDANGAN BERASASKAN PRINSIP KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, saya dengan ini memanggil Sidang Media Khas ini untuk memaklumkan bahawa SEBAGAI AHLI MAJLIS PEGUAM, SAYA ADALAH BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGGUNAKAN SALURAN PERUNDANGAN YANG SAH UNTUK MENGEMBALIKAN INTEGRITI MAJLIS PEGUAM.

Maka saya berhasrat untuk mengambil satu tindakan undang-undang terhadap Majlis Peguam yang antara lain permohonan saya kepada mahkamah nanti meliputi SATU PERMOHONAN DEKLARASI BAHAWA EGM BAR COUNCIL BERTARIKH 11 HB MEI 2012 SEBAGAI TIDAK SAH DAN TERBATAL.

Saya menyerahkan sepenuhnya kepada Mahkamah nanti untuk membuat sebarang keputusan dan perintah.




Tu Diaaa.. Peguam-peguam kata Peguam yang sokong BERSHIT "BODOH"


Dicatat oleh pisau kedah di Media Kedah.



Beberapa ahli Majlis Peguam Malaysia melabel Majlis Peguam Malaysia sebagai ‘bodoh’ dan bersifat berat sebelah dalam meluluskan resolusi mengutuk tindakan polis ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Mereka mendakwa Majlis Peguam telah gagal untuk memainkan peranan berkecuali dan menilai tindakan ganas peserta demonstrasi BERSIH.

“Majlis Peguam hanya berminat untuk memberi tumpuan kepada tuduhan bahawa polis melakukan keganasan. Mereka bukan mahu melihat keganasan yang sebenarnya berlaku terhadap polis oleh orang ramai!,” kata peguam dari Selangor Ab Bakar Sidek.

Beliau mendakwa Majlis Peguam adalah lebih merupakan satu badan politik.

“Mereka datang ke sini hanya mahu membuat resolusi dan bercakap mengenai tindakan polis. Jangan salah anggap, saya juga tidak bersetuju apa sahaja bentuk keganasan polis tetapi kita perlu melihat bahawa polis juga adalah mangsa keganasan dan kebodohan penganjur Bersih.”

Ab Bakar kemudian dengan lantang menyuarakan bahawa beliau malu menjadi ahli Majlis Peguam.

“Hari ini saya sungguh malu dan saya merasakan adalah tiba masanya perlu ditubuhkan satu majlis alternatif selain dari Majlis Peguam ini. Alangkah lagi baik jika kami mempunyai badan yang benar-benar profesional dan berkecuali,” katanya dengan nada yang tinggi selepas berakhirnya mesyuarat agung luar biasa (EGM).

“Mengapa perlu kita membenarkan mereka para peserta BERSIH berada di jalanan seperti Pariah?” kata Ab Bakar, sambil diherdik oleh peguam-peguam berhampiran yang melaungkan “BERSIH 4!”

“Awak lihat sendiri bagaimana mereka ini. Adakah ini satu badan professional? Majlis ini bertindak seperti satu badan politik dan ini adalah satu kumpulan yang bodoh belaka!” kata beliau sambil menambah adiknya adalah seorang anggota polis bertugas yang telah diserang oleh peserta BERSIH pada 28 April.

Seramai 1,270 ahli Majlis hadiri pada EGM, semalam dengan 939 menyokong resolusi mengutuk tindakan polis ketika BERSIH 3.0 manakala hanya 16 menentang.

Sementara itu, peguam dari Kedah Tan Keng Liang juga jelas tidak gembira dengan perjalanan EGM hari ini.

“Majlis tidak mahu melihat terdapat kumpulan lain yang terjejas dengan perhimpunan BERSIH tersebut termasuklah pemandu teksi, para peniaga, syarikat pengangkutan awam dan lain-lain.

“Kumpulan tersebut perlu dimasukkan di dalam resolusi tersebut. Namun, EGM hari ini tidak mahu memasukkan kumpulan ini. Sebenarnya keputusan resolusi hari ini bukanlah sebenarnya sebulat suara. Ada yang menentang tidak seperti di edisi EGM yang terdahulu,” kata Keng Liang.





@malaysianbar Terbabit Dengan Doktrin Pembangkang?



Dicatat oleh Keris 7 Lok, 10 May 2012


Buat kesekian kalinya, Majlis Peguam menyerlahkan siapa sebenarnya mereka, iaitu salah satu dari beberapa badan atau pertubuhan yang merupakan rangkaian dari parti pembangkang.

Badan atau pertubuhan rangkaian dari parti pembangkang boleh dilihat dalam berbagai bentuk, antaranya BERSIH, Kumpulan Hijau dan bermacam-macam lagi yang memakai nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Tidak musthail, jika diteliti, ahli-ahli kesemua kumpulan ini hampir semuanya adalah orang yang sama dan juga mempunyai modus operandi yang sama iaitu cuba membuat huru-hara melalui demonstrasi atau provokasi.

Inilah yang terjadi dalam BERSIH 3.0 di mana BERSIH membuat demonstrasi sementara Majlis Peguam membuat 'provokasi'.

Sebagai peguam, ahli-ahli mereka pastinya cukup bijak memutarbelit dan memanipulasi fakta. Dan inilah yang mereka lakukan selama ini demi untuk mencapai matlamat ‘merombak’ Malaysia mengikut acuan yang mereka inginkan. ‘Bentuk’ Malaysia yang mereka inginkan boleh dilihat dalam isu-isu yang diperjuangkan mereka. Antaranya, hak LGBT dan juga hak untuk murtad, yang mana dianggap mereka sebagai hak asasi dan keadilan bagi manusia sejagat.

Bagaimanapun, bagi mencapai matlamat ini di Malaysia, agama Islam, Melayu dan Raja-raja menjadi penghalang utama dan kerana itu perlu dihapuskan, sama ada melalui pilihanraya yang mana peluang mereka adalah agak tipis, atau melalui jalanraya, atau apa saja.

Maka tidak hairanlah Majlis Peguam menjadi rangkaian pembangkang kerana pembangkang, iaitu DAP dan PKR juga berpegang kepada matlamat yang sama. PAS walaubagaimanapun, tidak faham dan tidak tahu apa-apa dan hanya menurut saja asalkan ada peluang untuk ke Putrajaya.

Apabila BERSIH 3.0 gagal, dan menjadi senjata makan tuan kepada pembangkang, maka Majlis Peguam pantas membela sekutu mereka bagi memastikan matlamat untuk memburukkan Malaysia tercapai. Dengan itu, mereka telah bertindak menutup mata dan telinga tentang hakikat bahawa BERSIH 3.0 telah melanggar undang-undang sejak dari mula lagi apabila tidak menunaikan janji untuk ‘Duduk dan Bantah’ dengan aman.

BERSIH 3.0 juga melanggar undang-undang dengan mengingkari arahan polis untuk bersurai.

Dan kemuncaknya BERSIH 3.0 telah melanggar perintah mahkamah bahawa Dataran Merdeka adalah haram bagi mereka.

Undang-undang dan mahkamah adalah dua perkara yang seharusnya diangkat bagaikan ‘berdaulat’ bagi para peguam. Malah, dalam perbicaraan, sekiranya pihak pendakwa memperolehi bukti secara tidak sah, walaupun bukti tersebut jelas merujuk kepada pesalah, peguam akan berhujah agar pesalah wajib dibebaskan dari tuduhan. Begitulah tingginya kedudukan undang-undang dan mahkamah bagi para peguam sehinggakan ia mengatasi keadilan itu sendiri.

Namun, dalam isu BERSIH 3.0, Majlis Peguam telah berhujah dengan tidak berdasarkan undang-undang mahupun keadilan, tetapi emosi dan sentimen politik semata-mata.

Ini terbukti apabila Majlis Peguam bersikap 'bacul' dengan memanipulasi laporan daripada 78 sukarelawan yang memerhatikan BERSIH 3.0 dari enam penjuru.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh seorang peguam, Ranjit Singh Dhillon melalui rakaman video youtube mempersoalkan kenyataan bercanggah oleh Pengerusi Majlis Peguam, Lim Chee Wee serta tindakannya menyembunyikan perkara sebenar tentang bagaimana keganasan tercetus dalam BERSIH 3.0. Menurut laporan tersebut, perusuh telah terlebih dahulu mengganas sebelum polis bertindak balas.

Kata Ranjit, "Undang-undang adalah sesuatu yang khusus. Kita sepatutnya berkhidmat untuk rakyat. Laporkan apa yang sebenarnya berlaku dan serahkan kepada rakyat untuk menilai,"

Kita bernasib baik, masih ada peguam yang waras dan professional seperti Ranjit dalam negara ini. Jika tidak, bagaimana negara boleh berfungsi dengan baik apabila peguam-peguam asyik membela pesalah tanpa langsung mengambil kira kebenaran, keadilan, undang-undang mahupun perintah mahkamah.

Tidak tahulah sama ada Majlis Peguam masih mempunyai sedikit maruah untuk merasa malu apabila sikap berat sebelah dan tidak adil mereka terdedah. Kita harap Majlis Peguam dapat belajar sesuatu dari pendedahan ini iaitu hak asasi manusia itu tetap tertakluk kepada undang-undang. Justeru, walau apapun kecenderungan politik, prinsip hidup atau kepercayaan agama, setiap seorang rakyat termasuk juga para peguam, adalah wajib akur kepada undang-undang.

Bukankah ini perkara paling asas dalam bidang guaman?


K7L : Jangan nak kata undang-undang hanya milik peguam ye?.. 

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU