Showing posts with label Pilihanraya Umum. Show all posts
Showing posts with label Pilihanraya Umum. Show all posts

Wednesday, February 15, 2017

Antara Sebab Mengapa BN Tetap Menang Pilihanraya Umum ..

Rahimi Osman


Minggu lepas, saya berjumpa dengan beberapa orang rakan yang dahulunya UMNO, tetapi kini telah menyertai parti pembangkang. Bagi saya tidak ada masalah untuk ‘lepak’ dengan mereka, berbeza padangan politik ini tidak seharusnya dijadikan sebab untuk bermusuhan. Jika Tun Mahathir dan Anwar akhirnya boleh berkawan, kenapa tidak yang di bawah ini. Selagi tidak menolak konsep asal penubuhan Malaysia, maka perbezaan itu cumalah perbezaan pandangan mengenai sesuatu isu.

Antara topik utama yang dibicarakan adalah di mana kekuatan sesebuah parti politik? Saya lontarkan pendapat berdasarkan pengalaman saya yang tidak seberapa.

Selalunya di Malaysia, kekuatan sesebuah parti itu diukur dengan jumlah kehadiran perhimpunan, ceramah ataupun kongres. Saya lihat kawan-kawan dari PPBM selalu berbangga dengan kehadiran ribuan orang ke ceramah Tun Mahathir di merata tempat. Jadi adakah ini boleh dijadikan kayu ukur keputusan PRU nanti?

Tidak! Saya teliti dan lihat gambar-gambar ceramah Tun Mahathir, ianya masih tidak boleh malah jauh untuk melawan kehadiran ceramah reformasi Anwar pada tahun 1998 dan juga pra-tsunami politik 2008. Walaupun Tun M mencatatkan kehadiran ribuan orang, tetapi tidak mampu mencapai jumlah seperti Anwar. Ketika saya bertugas dengan Anwar, saya bertangggungjawab menyusun program-program ceramah menjelang PRU2008. Secara purata Anwar akan berceramah dalam 7-9 program pada satu hari.

Jika kehadiran kurang dari 5 ribu untuk program pada siang hari dan kurang dari 10 ribu untuk ceramah perdana waktu malam, ianya dianggap ‘gagal’. Anwar tidak akan gembira dan saya perlu buat post mortem. Kerana selalunya pada setiap ceramah Anwar mampu menarik minima 10-15 ribu orang di sesuatu tempat.

Dengan kekerapan ceramah dan kekuatan kehadiran seperti ini pun, ianya masih belum mampu menumbangkan Barisan Nasional. Isu sewaktu itu pun banyak, dan harga petrol ketika itu adalah RM2.70 seliter!

Jadi di mana terletaknya kekuatan UMNO dan Barisan Nasional?

Walaupun kita lihat di media sosial dan di bandar-bandar orang ramai marahkan BN atas pelbagai isu. Persoalannya, adakah yang memaki hamun BN dan Najib di media sosial ini pengundi? Adakah mereka mengundi di kawasan yang BN menang ataupun kebanyakan mereka mengundi di kawasan-kawasan bandar yang memang BN sudah kalah? Jika tambah 100 ribu undi pembangkang di setiap kawasan bandar pun, tidak akan ada kesan kepada BN.

Jumlah undi keseluruhan BN mungkin akan berkurangan, itu sahaja. Tetapi daripada segi kerusi saya yakin BN akan terus mengekalkan majoriti di Parlimen.

Kekuatan sebenar UMNO dan BN terletak pada beberapa faktor. Antaranya adalah pada wakil rakyat, calon dan jentera parti di bahagian-bahagian. Mereka ini kerap turun ke kawasan dan menyantuni pengundi. Orang Melayu ini hatinya lembut, walaupun marah dengan kenaikan harga minyak masak tetapi mereka tidak akan sampai hati undi calon lain selain dari YB mereka. Manakan tidak, kalau di kedai YB belanja minum kopi, bila sakit atau mati YB pasti datang, anak nak sekolah YB tolong, anak masuk universiti YB tolong, bayar bil elektrik tertunggak pun YB bantu.

Berbanding dengan pembangkang yang kerap menghantar calon payung terjun, sudah tentu pengundi lebih selesa dengan calon mereka sendiri yang mereka kenali. Jika pembangkang menurunkan calon tempatan sekali pun, calon tersebut kurang dikenali kerana tidak selalu memberikan khidmat kepada pengundi. Mereka cuma dikenali melalui penganjuran program ceramah menghentam kerajaan.

Bila saya pulang ke Pekan, saya selalu bertanya kepada pengundi-pengundi di sana mengenai Najib. Ada yang sambil menitiskan air mata kasihankan Najib yang selalu diserang, dia kata orang kampungnya sangat kasihkan pada Tun Razak dan Najib yang selalu membantu mereka. Inilah sentimen orang kawasan Najib terhadap Najib sendiri, walaupun di bandar ramai yang menentang. Sebab itu bila Tun Mahathir ajak orang kalahkan Najib di Pekan, saya cuma mampu ketawa sahaja. Ini saranan tak masuk akal. Tambahan pula di Pekan terdapat kem Tentera yang cukup besar, kebiasaannya Tentera akan mengundi kerajaan memerintah sedia ada.

Ada beberapa Menteri dan Ahli Parlimen BN yang selalu dikutuk dan dibenci oleh orang ramai, tetapi bila tiba waktu PRU mereka ini tetap menang besar di kawasan masing-masing. Mungkin apa yang mereka tidak tahu, Menteri dan MP ini setiap minggu turun ke kawasan kadang-kadang berkain pelikat dan menaiki motor untuk bertemu serta membantu rakyat.

Perpecahan Pembangkang

Antara faktor lain adalah perpecahan pembangkang itu sendiri. Semakin dekat dengan Pilihanraya semakin besar retak mereka. Lebih-lebih lagi apabila perbincangan pengagihan kerusi diadakan. Jika dahulu Anwar berjaya untuk memastikan satu lawan satu di Semenanjung, tetapi Anwar masih gagal memastikan perkara yang sama di Sabah dan Sarawak. Walaupun Anwar berulang kali ke Sabah dan Sarawak untuk berunding, tetapi parti politik di sana mempunyai pendirian masing-masing dan tidak mudah menyerah kalah dalam perbincangan.

Kini dengan adanya beberapa parti baru yang mempunyai kekuatan tersendiri seperti PPBM dan Warisan, pengagihan kerusi akan bertambah rumit. Adakah PKR dan DAP akan memberikan laluan kepada kerusi yang mereka sudah menang? Ataupun parti-parti baru ini akan tercampak ke kerusi kubu-kubu kuat BN dan mungkin terpaksa lawan 3 penjuru dengan parti pembangkang lain? PAS yang sudah tidak sehaluan dengan Pakatan Harapan juga pasti akan masuk gelanggang.

Jika di Semenanjung pun sukar untuk berunding satu lawan satu, apatah lagi di Sabah dan Sarawak. Dan tidak ada parti boleh memerintah kerajaan Persekutuan tanpa mendapat jumlah kerusi yang banyak di Sabah dan Sarawak. Janganlah penyokong pembangkang di Semenanjung marah pada rakyat di Sabah Sarawak kerana terus menerus mengundi BN sedangkan pemimpin pembangkang sendiri tak boleh berkerjasama.

Rakyat juga akan tertanya, dengan segala ikon yang ada dalam setiap parti blok pembangkang, siapa akan jadi Perdana Menteri jika mereka menang? Anwar, Wan Azizah, Mukhriz, Muhyiddin, Azmin atau Mahathir? Ini bukan soal kecil, kalau hari ni menang esok sudah mula gaduh, ke mana rakyat dan negara? Adakah kerajaan yang mereka tubuhkan tidak akan berkepala sehingga mereka selesai berbincang? Itupun jika perbincangan tersebut boleh selesai. Kerusi Perdana Menteri ini lain macam panas nya!

Jadi pengundi akan mengambil jalan selamat dengan mengundi BN, sudah tentu esok tidak ada yang bergaduh nak jadi Perdana Menteri. Jika Najib adalah Presiden UMNO maka Najib lah yang jadi Perdana Menteri. Presiden parti-parti komponen faham dan setuju hal itu, tidak dipertikai dan tiada masalah.

Ilusi ‘Angin Perubahan’

Perkara di atas tidak akan berubah, bukan dalam masa terdekat. Sudah lebih 10 tahun pembangkang berbincang dan berwacana, hasilnya tetap sama. Malah semakin besar keretakan yang berlaku. Penyokong pembangkang perlu menghadapi realiti bahawa perbincangan pemimpin mereka tidak lebih seperti lepak minum teh tarik di kedai mamak. Apabila keluar kata-kata dari pemimpin pembangkang mengatakan bahawa mereka akan berbincang dan mencari kata sepakat, saya dan beberapa rakan yang pernah bertugas di sana mesti ketawa besar. Dari dulu, itulah yang disebut setiap kali mesyuarat… dah 10 tahun!

Akhirnya penyokong pembangkang akan terus dibuai mimpi dengan ilusi ‘angin perubahan’ sedangkan pemimpin pembangkang tahu ianya mustahil. Tiba pilihanraya anak-anak muda ini akan optimis bahawa parti pembangkang akan menumbangkan BN. Mereka akan menjerit Inikalilah! Dan pada malamnya mereka sendiri akan kecewa dengan keputusan PRU.

Saya punyai ramai rakan di bandar yang menyokong pembangkang. Rakan sekolah saya di Damansara juga majoritinya menyokong pembangkang dan yakin BN akan tumbang. Sudah beberapa pilihanraya keyakinan mereka tetap tidak berubah. Sebabnya, mereka tidak tahu kekuatan BN kerana tidak pernah turun ke kawasan luar bandar dan tengok cara BN bekerja.

Wakil rakyat BN turun kampung setiap minggu, beri khidmat dan beri pelbagai bantuan. Pemuda, Wanita, Puteri UMNO juga begitu – wajb setiap minggu ada program dengan rakyat. Program penerangan, sukan, kebajikan, keusahawanan dan macam-macam lagi. Di setiap kawasan pula wujud beberapa koperasi dengan sokongan YB untuk jana pendapatan rakyat setempat.

YB dan pemimpin bahagian kenal hampir semua orang dan hampir semua orang di kawasan tersebut pernah bertemu YB. Tidak kira lah di pejabat, kenduri, pasar malam atau kedai kopi. Mereka nampak batang hidung YB.

Pada waktu yang sama cuba pergi cari jentera atau pemimpin pembangkang di kawasan tersebut, jika tidak di program ceramah umum maka mereka akan ceramah di kedai kopi. Itu sahaja. Apa yang saya nyatakan ini dalah realiti di kebanyakan kawasan luar bandar yang menjadi kubu kuat BN.

Ramai yang ketawa apabila ceramah-ceramah atau program UMNO cuma dihadiri 100-200 orang, tetapi hakikatnya 100-200 itu adalah benar-benar pengundi di kawasan tersebut. Ianya cara menyampaikan mesej yang lebih berkesan berbanding ceramah pembangkang yang mampu menarik ribuan orang tetapi ramainya adalah ‘political tourist’(pemerhati politik).

Beberapa pilihanraya telah diadakan selepas kerajaan perkenalkan sistem cukai yang cukup kontroversi iaitu GST. PRK Rompin – selang sebulan selepas GST dilaksanakan menyaksikan BN kekal menang dengan majoriti selesa. PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar juga diadakan selepas segala isu seperti 1MDB, GST dan Mahathir vs Najib timbul tetapi BN masih menang besar. Begitu juga PRN Sarawak menyaksikan BN menyapu hampir kesemua kerusi yang ditandingi.

Saya bukan bersikap yakin dan angkuh kerana saya sekarang ahli UMNO, ini adalah realiti sebenar. Ketika kempen PRU 2008, saya tanya Anwar sendiri “Datuk Seri yakin kita boleh menang?”. Anwar cuma jawab “yakin kurangkan majoriti 2/3 BN”. Bila saya tanya kenapa tidak yakin boleh tubuh kerajaan terus dia cuma senyum dan cakap “Sabah Sarawak mana kita boleh menang”. Sebabnya mudah, kerana di sana pertandingan lebih dari 2 penjuru.

Tetapi Anwar tetap tunjuk yakin dalam setiap ceramahnya dengan berkata BN akan tumbang dan dia akan turunkan harga minyak lepas jadi Perdana Menteri. Itulah yang terjadi hari ini, penyokong terus dibuai mimpi kerana pemimpin ‘buat-buat yakin’ BN akan tumbang.

Sewaktu 2008 dan 2013, boleh dikatakan kekuatan dan kesatuan pembangkang itu berada di tahap tertinggi. Tetapi masih tidak boleh mengalahkan BN, apa yang buat anda rasa BN akan tumbang dalam keadaan pembangkang berpecah sekarang?


Monday, May 14, 2012

Saya Tidak Yakin BN Akan Menang PRU 13 Sebelum 28 April 2012

RBF Online

Penggal ke 12 Parlimen Malaysia berbaki tidak sampai setahun lagi dan PRU ke 13 boleh diadakan bila-bila masa dari sekarang hingga April 2013.

Banyak pihak meramalkan hari ini (Isnin 14 Mei 2012) parlimen akan dibubarkan. Saya berpendapat dan yakin itu tidak berlaku.

Saya jangkakan PRU 13 akan diadakan sebelum bulan Ramadhan menjelma. Paling lewat pun hari mengundi akan berlangsung seminggu sebelum puasa bermula.

Beberapa hari lepas saya ada bertanya rakan-rakan pembaca, adakah BN akan kembali memerintah selepas PRU kelak ? Lihat di sini....

Rata-rata respon yang diterima menyatakan keyakinan BN akan kembali membentuk kerajaan pada PRU 13 kelak ?

Semoga ramalan anda tepat....

Banyak pihak mengatakan PRU 13 adalah ibu kepada segala pilihanraya. Ya, memang benar, istilah itu tepat sekali. BN hendak mempertahankan kuasa yang hanya tinggal sedikit sahaja lagi sebelum tergelincir. Manakala pembangkang pula sedang galak berusaha untuk mencapai kuasa yang hanya sedikit sahaja lagi untuk digapai.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, untung kacang butir kita mamah.....

Tanggal 8 Mac 2008 adalah satu hari yang meninggalkan sejarah hitam buat BN apabila buat julung-julung kalinya mereka hilang 2/3 di Dewan Rakyat. Selepas dari tanggal itu sokongan kepada pembangkang semakin hari semakin bertambah. Orang-orang Umno sendiri pun ramai yang cabut lari untuk naik kapal baru,  dan Umno serta BN semakin hari semakin lemah. Nak pakai baju Umno takut, bendera tidak berani pasang, pelekat kereta ditanggalkan dan yang paling malang apabila ada ahli Umno yang tidak lagi mahu mengaku sebagai ahli Umno kerana malu. Sebaliknya mereka mengaku sebagai rakyat yang tidak berparti.

Pembangkang semakin syok dan galak dengan sokongan yang mereka terima. Berbagai-bagai benda-benda bodoh yang mereka lakukan. Anwar yang sudah lama tidak meliwat pun berani kembali meliwat. Dia tahu sekiranya kantoi dia boleh kata itu Umno punya kerja kerana dengkikan kepadanya akibat sokongan kepada pembangkang semakin hari semakin meningkat ketika itu.

Pembangkang menang pilihanraya demi pilihanraya kecil bermula di Permatang Pauh ke Kuala Trengganu, bawa ke Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai, Penanti dan Permatang Pasir. Pembangkang terus dibuai mimpi indah dan mereka terus syok serta yakin mereka akan menang PRU 13.

Disebelah pihak BN pula telah berlaku perubahan pucuk kepimpinan dan beberapa transformasi telah diperkenalkan oleh Datuk Najib. Berkat usaha dan semangat juang yang tinggi dari pucuk pimpinan dan penyokong-penyokong setia BN yang tidak kenal erti mengalah, akhirnya BN mula menemui rentak di Bagan Pinang dan Hulu Selangor. Kemudian tewas pula di Sibu. Selepas itu menang pula di Galas , Batu Sapi , Tenang dan Kerdau.

Daripada 2008 hingga 2011 ada 16 pilihanraya kecil. Keputusannya, 8 dimenangi BN dan 8 dimenangi pembangkang. Boleh lihat di sini

Keputusan pilihanraya kecil tersebut tidak boleh dijadikan kayu ukur oleh BN sebagai penanda aras pada PRU 13. Bagi pembangkang lain pula ceritanya. Kemenangan 8 kerusi tersebut menjadi mereka terus syok dan sudah tidak nampak benda lain selain dari Putrajaya. Mereka terus dengan kerja-kerja bodoh, fitnah yang tidak habis-habis terhadap PM dan isteri, manakala Pas telah membuka keahlian mereka kepada penganut agama lain serta menjadikan PAS yang selama ini milik islam dengan berkongsi Pas bersama-sama hindu, kristian , buddha  (PAS FOR ALL).

Tidak setakat itu sahaja Pas yang selama ini tebal islamiknya sanggup pula menggadaikan kalimah Allah serta membawa masuk pemimpin-pemimpin DAP serta PKR yang bukan islam ke dalam surau dan masjid. Pemimpin Pas pula masuk gereja. Tidak tamat setakat itu, Pas gugurkan pula perjuangan islam yang mereka dukung sejak Pas ditubuhkan. Tidak tamat lagi, Pas pecat pula Dr Hasan Ali kerana mempertahankan orang-orang islam dari murtad. Semuanya dilakukan demi untuk menjaga hati DAP dan PKR serta bagi memastikan Pas berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama DAP dan PKR apabila mereka ke Putrajaya kelak.

Bagi PAS, DAP dan PKR undi cina lebih penting dan boleh merealisasikan impian mereka ke Putrajaya. Mereka tahu undi melayu akan berpecah kepada dua atau tiga. Manakala undi cina pula mutlak kepada mereka. Mereka terus syok, lepas bersih 2 , buat pula bersih 3, dan sekarang sedang merancang bersih 4.

Sekarang saya hendak bersama rakan-rakan pembaca yang telah menyatakan pandangan mereka dalam tulisan yang lepas samada BN boleh menang atau tidak PRU 13 ?

Pendapat saya....

Sebelum 28 April 2012 , saya merasakan kedudukan BN dan pembangkang 50-50. Maknanya tidak ada keyakinan yang kuat dalam diri saya yang BN boleh menang pada ketika itu.

Bagaimanapun suasana telah berubah selepas rusuhan bersih 28 April 2012. Saya yakin BN akan terus membentuk kerajaan selepas PRU 13. Cuma saya belum yakin samada BN boleh mendapat majoriti 2/3 atau tidak di Dewan Rakyat ? Saya hanya merasakan BN akan kekal lebih kurang sama dengan kedudukan sekarang.

Tetapi,  saya yakin BN boleh dapat majoriti 2/3 sekiranya pembangkang adakan sekali demo bersih atau bersih 4. Oleh yang demikian kepada penyokong-penyokong BN sekalian sama-samalah kita semua berdoa agar pembangkang dapat adakan bersih 4 dengan segera jika kita mahu menang 2/3.

Bersih 2 tahun 2011 meninggalkan persepsi yang sangat tidak baik kepada kerajaan BN. Namun rusuhan bersih 3 telah mencuci semua persepsi itu. Persepsi buruk terhadap polis dan kerajaan yang tertanam dalam minda rakyat pada bersih 2 kini dicuci oleh pembangkang sendiri. Rakyat mula sedar apa yang dilakukan polis pada masa itu benar dan tepat. Hari ini pula kesan yang tidak baik itu kembali kepada mereka.

Rata-rata masyarakat tidak boleh menerima keganasan yang pembangkang lakukan semasa rusuhan 28 April. Masyarakat tidak boleh menerima apabila melihat anggota polis dipukul, disepak , diterajang dan kereta polis diterbalikkan. Sebaliknya masyarakat boleh menerima apabila melihat polis memukul dan menangkap perusuh. Jawapan mereka senang, "siapa suruh buat jahat dan siapa suruh buat kacau" ?

Yang tidak boleh terima perusuh dipukul dan boleh menerima anggota polis  dipukul, disepak , diterajang, kereta polis diterbalikkan adalah dikalangan juak-juak dan pencacai setia pembangkang. Orang seperti itu sudah tidak boleh buat apa-apa lagi. Orang-orang bodoh yang taksub memang akan berada dalam mana-mana kumpulan . 

Dalam Quran Allah sudah nyatakan terang-terangan tiada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad SAW dan itulah Nabi yang terakhir. Akan tetapi apabila ada ketua-ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya Nabi, pun masih ada lagi manusia yang percayakannya. Paling malang lagi ada dikalangan mereka yang percaya kepada individu yang mengaku Nabi itu adalah dikalangan mereka-mereka yang terpelajar serta golongan profesional. Jadi kalau setakat peguam-peguam pekak dan sengal majlis peguam yang mengadakan EGM hujung minggu lepas semata-mata taksub kepada pembangkang, apa kita hairan ?

Kepada pembangkang, terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka. Putrajaya kini hanya tinggal impian akibat kebodohan sendiri. Rakyat sudah beri peluang kepada kamu tahun 2008 , dan sepatutnya peluang itu digunakan sebaik mungkin untuk membuktikan yang kamu semua lebih baik dari BN. Tapi sayangnya kamu semua tidak menunjukkan kematangan dan kecerdikan. Kamu semua bodoh dan rakus. Peluang hanya datang sekali dan tak datang banyak-banyak  kali. Sekarang campaklah impian kamu untuk Putrajaya di Plaza Tol Kajang.

Jangkaan saya parti pembangkang yang akan kalah teruk dalam PRU 13 adalah Pas. PKR pula akan tewas teruk di kerusi-kerusi melayu. Manakala yang terus gah dan gah, mara dan mara adalah DAP. Maka tidak salah selama ini apabila kita katakan DAP GANTI PAS.

Wednesday, April 25, 2012

Exco Selangor Sahkan Perjalanan Pilihanraya Di Malaysia Telus


"Umno jangan bermimpi di siang hari untuk menawan Selangor kerana negeri ini akan kekal dengan kerajaan sekarang, malah Putrajaya juga ditawan PR" - Yaakob Sapari Adun (PKR) Kota Anggerik, merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Di saat pembangkang sibuk dengan perhimpunan yang bakal diadakan Sabtu ini atas alasan perjalanan pilihanraya di Malaysia tidak betul, tiba-tiba pemimpin mereka sendiri mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan mereka bukan sahaja mampu mengekalkan Selangor, malah mereka juga akan menang di peringkat pusat.

Itu buktinya mereka yakin dan percaya kepada perjalanan sistem pilihanraya yang dikendalikan SPR. Jika mereka tahu SPR menipu dan memihak kepada BN, sudah tentu awal-awal lagi mereka akan kata kita akan kalah dalam pilihanraya akan datang kerana kejahatan SPR.


Rakan-rakan yang saya hormati sekalian, apa yang mereka rancang dan apa yang mereka nak buat Sabtu ini tidak lain tidak bukan adalah bagi menjayakan agenda jahat pihak-pihak asing untuk menjahamkan Malaysia.

Bukan soal perjalanan pilihanraya tidak betul atau lain-lain. Soalnya mereka adalah ejen-ejen yang diupah oleh anasir asing untuk menimbulkan huru-hara sepertimana yang terjadi di negara-negara Arab.

Sebelum PRU 2008 pernahkah kita mendengar nama Ambiga ? Walaupun dia pernah menjadi Presiden Majlis Peguam tetapi dia tidak popular dan masyarakat tidak mengenalinya. Orang yang tidak dikenali, tiba-tiba Amerika boleh panggil dan diberi anugerah keberanian antarabangsa pada tahun 2009. Sudah tentu ada makna besar yang terselindung disebalik penganugerahan tersebut. Amerika sebagai sebuah kuasa besar dunia, ingat senang-senang ke nak beri anugerah kalau tidak ada hajat terselindung ?


Ceritanya beginilah, ianya sama seperti peristiwa Anwar Ibrahim diberi sambutan karpet merah di Washington April 1998. Secara logik akal cubalah anda fikir, Anwar sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri ketika itu diberi sambutan dengan karpet merah, tembakan meriam serta memeriksa perbarisan. Logik ke seorang TPM yang hanya berkelulusan kesusasteraan melayu diberi sambutan sebegitu rupa ? Sudah tentu ianya ada maksud terselindung. Samalah seperti kisah Ambiga.

Balik bab pilihanraya....apabila bercakap bab ini saya punya kayu ukurnya senang sahaja. Kelantan sejak tahun 1990 jatuh kepada Pas. PRU 1995 , 1999 , 2004 dan 2008 semuanya telah berlalu dan BN gagal merampas Kelantan dari Pas.

Tahun 2004 Pas menang di Kelantan hanya dengan majoriti dua kerusi. Dan di Dun Kemuning Pas hanya menang dengan majoriti 1 undi. Pada masa itu air liur pemimpin-pemimpin BN Kelantan meleleh sampai ke dagu dan berkata sikit ja lagi. Kalaulah benar SPR itu alat kepada BN, masa itu Pas dah tumbang. Bukan banyak nak tipu pun, setakat 1 undi dan 1 kerusi sahaja. Tetapi itu tidak berlaku.

Tahun 2008, anda semua sebagai saksi dan lihat bagaimana BN kehilangan Selangor, Kedah. Perak, Pulau Pinang serta nyaris-nyaris kehilangan Negeri Sembilan dan BN hilang 2/3 di Dewan Rakyat. Kalaulah SPR main kotor dan alat kepada BN, tak merasa orang-orang Pas nak duduk dalam pejabat pentadbiran Kerajaan Selangor hari ini.

Nik Aziz mula bertanding dalam pilihanraya pada 1967 dalam pilihanraya kecil Parlimen Kelantan Hilir. Kemudian bertanding dalam PRU 1969, 1974, 1978 , 1982 , 1986 , 1990 , 1995, 1999 , 2004 dan 2008. Kesemuanya 11 kali dalam tempoh 45 tahun dan tidak pernah kalah. Kalaulah SPR itu jahat, menipu dan alat BN , tak boleh ke mereka bagi Nik Aziz kalah sekali ?

Semenjak 2008 hingga 2011 ada 16 pilihanraya kecil. Mereka menang 8 dan BN menang 8. Kalaulah SPR itu alat kepada BN dan dikawal oleh BN, apa ke jadahnya nak bagi mereka menang. Apatah lagi di Permatang Pauh. Lebih baik pancung Anwar awal-awal.


Permatang Pauh (PKR)
Kuala Terengganu (Pas)
Bukit Gantang (Pas)
Bukit Selambau (PKR)

Batang Ai (BN)
Manek Urai (Pas)
Penanti (PKR) - BN tidak bertanding
Permatang Pasir (PAS)

Bagan Pinang (BN)
Hulu Selangor (BN)

Sibu (DAP)
Galas (BN)
Batu Sapi (BN)
Tenang (BN)
Kerdau (BN)
Merlimau (BN)


Waktu awal-awal mereka menang berderet-deret bercakap bukan main besar lagi kononnya rakyat dah tolak Umno dan BN. Apabila BN tidak bertanding dalam PRK Penanti bukan main lagi mereka mengejek BN takut kalah dan sebagainya.

Di hujung-hujung musim apabila BN menang berderet-deret termasuk berjaya merampas kerusi Galas dari Pas, mulalah suara-suara syaitan kedengaran menyalahkan SPR dan menuduh BN main kotor. Termasuklah tuduhan yang paling gila dari presiden Pas (presiden yang tiada kuasa) BN lepaskan air di empangan semasa PRK Tenang sehingga pengundi Pas tidak boleh keluar mengundi.

Waktu mereka menang termasuklah berjaya merampas kerusi BN di Kuala Terengganu dan Sibu, Datuk Najib tidak menyalahkan sesiapa dan berkata menerima keputusan dengan hati terbuka, bukti demokrasi di Malaysia berjalan lancar dan akan lakukan post mortem untuk kaji punca kekalahan. Itu jawapan orang yang ada akal. Orang yang menerima ketentuan Qada dan Qadar. Dia musahabah diri dan perbaiki apa yang tidak betul. Dan orang seperti itu boleh berjaya berbanding dengan orang yang sering menyalahkan orang lain diatas kegagalannya.

Baru-baru ini di Kedah, Datuk Najib sebagai seorang PM sanggup merendahkan dirinya memohon maaf kepada rakyat atas kesilapan BN sehingga mereka ditolak dalam PRU yang lepas. Dan berkata BN belajar atas kesilapan lalu serta akan memperbaiki keadaan. Seorang PM telah menunjukkan sifat yang mulia dengan merendah diri kepada rakyat memohon maaf.

Apabila Datuk Najib mohon maaf , pembangkang mengutuk, mengeji, mengejek serta memperli tindakan Datuk Najib. Apakah rakyat tiada otak untuk memikir dan menilai sikap kebudak-budakan mereka itu ? Apabila kalah pilihanraya , SPR yang dituduh menipu....

Nak harap mereka minta maaf atau muhasabah diri, jangan haraplah. Bercakap pasal Islam bergegar-gegar pentas ceramah, tapi bila dah kantoi menipu jangan kata nak minta maaf, malah menambahkan lagi penipuan adalah.

Orang yang tidak mengakui kesilapan sendiri dan tidak bermuhasabah diri hidupnya tidak akan kemana. Satu lagi orang yang suka menipu atau hidup atas penipuan. Hidup mereka tidak tenteram dan tidak akan berjaya. Semua pakej itu lengkap ada pada pembangkang yang wujud di Malaysia hari ini. Jadi, sampai bila pun mereka tidak akan berjaya selagi mereka tidak buang semua perangai itu.


RBF Online
25/4/2012


SPR Dijadikan Kambing Hitam Untuk Menutup Kebodohan Mereka


Keputusan pilihanraya ke 12 pada tahun 2008 menunjukkan 49 % rakyat Malaysia menolak BN dan 51 % memilih BN.

Hasilnya BN hilang 2/3 di Dewan Rakyat dan tewas di empat negeri. Pada masa itu BN berada dalam keadaan tidak keruan dan parti Pas, DAP dan PKR terus mendapat tempat di hati rakyat.

Rakyat percaya pakatan pembangkang dan rakyat pilih mereka. Tetapi sayangnya mereka tidak menggunakan sebaik mungkin kesempatan yang rakyat berikan untuk menunjuk dan membuktikan kepada rakyat bahawa mereka lebih baik dari BN.

Sejak hari pertama mereka mentadbir negeri-negeri yang dirampas daripada BN atau sejak hari pertama mereka menjadi wakil rakyat sehinggalah ke hari ini, mereka lebih banyak buat kerja-kerja bodoh yang tidak disukai atau bertentangan dengan budaya rakyat Malaysia. Akibat kebodohan mereka itu dan kecerdikan BN melakukan pelbagai transformasi menjadikan situasi kini kembali memihak kepada BN.

Di negeri-negeri yang mereka bentuk kerajaan, walaupun telah menjadi kerajaan tetapi otak mereka masih lagi otak kelas E. Tidak menunjukkan sikap sebagai sebuah kerajaan. Masih lagi mengamalkan cara atau budaya politik bodoh.

Contoh, apabila timbul kes rasuah di Selangor dan siasatan dilakukan oleh SPRM. Khalid Ibrahim sebagai seorang ketua kerajaan, sepatutnya menunjukkan sikap yang profesional dan contoh yang baik sebagai ketua dengan memberi kerjasama kepada SPRM. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Dia juga terikut-ikut dengan cara pencacai-pencacai PKR membuat tuduhan-tuduhan yang tidak baik kepada SPRM dan menghalang SPRM untuk melakukan siasatan.

Jangan ingat rakyat tak nampak semua itu, rakyat nampak. Mereka perhatikan dan mereka buat perbandingan bagaimana sikap pemimpin-pemimpin BN apabila orang mereka disasat atau didakwa oleh SPRM. Kemudian orang akan bercakap dan lama kelamaan ianya tersebar secara meluas.


Satu lagi contoh, isu demonstrasi air di Masjid Negara pada hujung 2010. Orang ramai pun pelik melihat apabila seorang MB yang mengetuai sebuah kerajaan boleh menganjurkan satu perhimpunan haram dan nak berarak di KL.

Begitu juga dengan perhimpunan-perhimpunan haram yang lain sebelum ini. Kita boleh lihat bagaimana mereka yang ada jawatan dalam kerajaan mereka turut terlibat.

Itu belum dikira lagi dengan fatwa karut marut oleh Nik Aziz dan kebodohan-kebodohan lain yang Pas lakukan. Semua itu antara yang menjadi punca mereka semakin ditolak sekarang ini.

Orang ramai nampak semua itu dan mereka boleh buat penilaian. Jangan ingat apabila anda mendapat sokongan 10-20 ribu orang pengikut anda, maka anda terus membuat tafsiran semua rakyat Malaysia bersama anda. Ingat....berjuta lagi yang kamu tak nampak. Pengundi terbesar bukan ahli Umno, MCA, MIC, PAS, PKR , DAP atau lain-lain parti. Pengundi terbesar adalah rakyat yang tidak berparti atau tidak berpolitik. Yang memenuhi demonstrasi atau ceramah-ceramah majoritinya adalah mereka yang ahli parti yang undi mereka sudah dijamin tidak akan hilang.

Terus teranglah saya katakan, seandainya sejak 2008 hingga ke hari ini pakatan pembangkang betul-betul gunakan kepercayaan yang rakyat berikan kepada mereka dan buktikan mereka lebih baik dari BN, maka tidak mustahillah BN akan tumbang dalam PRU akan datang.

Dalam soal berpolitik pakatan pembangkang sebenarnya tak cerdik. Dalam soal fitnah dan propaganda, YA. Bab itu mereka memang cekap.

Majoriti rakyat Malaysia tidak suka kepada perhimpunan yang mengganggu kehidupan seharian mereka atau kekecohan. Tapi itulah yang mereka pilih. Apabila tidak dapat sokongan rakyat, mulalah buat tuduhan kerajaan dan SPR menipu.

Seperti yang saya kata diatas, mereka ingat apabila mereka dapat sokongan 20-30 ribu pengikut mereka, maka seluruh rakyat Malaysia menyokong mereka.


Contoh kebodohan mereka berpolitik. Kes flat Kg Kerinchi. Disana ada 477 keluarga yang diminta berpindah bagi memberi laluan kepada pembinaan rumah baru untuk mereka. Rumah ganti sementara dan segala urusan pemindahan ditanggung beres. Apabila rumah baru siap mereka akan kembali ke tempat itu dengan rumah yang lebih selesa dan bernilai lebih tinggi.

Seramai 433 orang gembira dan setuju dengan tawaran yang diberikan kerajaan. Datang pembangkang hasut 34 orang supaya jangan berpindah dan lawan kerajaan. BN dapat sokongan 433 orang, PKR pula dapat sokongan 34 orang. Jadi, siapakah yang lebih cerdik ? Jika ditakdirkan dalam 433 orang itu ada 100 orang penyokong pembangkang, mereka pun akan jadi benci kepada pembangkang kerana tindakan-tindakan bodoh itu. Bila kalah pilihanraya, SPR yang disalahkan. Padahal mereka yang bodoh.

Begitu juga dalam hal penyenaraian Felda. Disaat ribuan peneroka-peneroka Felda bersetuju dan gembira dengan langkah yang diambil kerajaan untuk menyenaraikan Felda , pembangkang pula cari sokongan 8 orang peneroka Felda pergi fail injuksi untuk halang mesyuarat. Sudah tentu yang ribuan orang lagi akan marah. Apabila datang pilihanraya nanti dan mereka kalah, SPR lagi yang menjadi mangsa.


Beberapa kerat pemimjam-pemimjam PTPTN yang enggan bayar hutang, itu mereka pertahankan. Dengan anggota polis yang ratusan ribu orang mereka bergaduh. Apabila kalah undi Pos, SPR juga yang disalahkan.

Penjenayah seperti Kugan, mereka pertahankan sampai ke lubang kubur. Orang yang menjadi mangsa jenayah sudah tentu akan marah. Apabila orang tolak mereka dalam pilihanraya, SPR juga yang disalahkan.

Hassan Ali orang yang mendapat sokongan orang-orang melayu di Selangor mereka pecat. Khalid Samad yang dibenci orang-orang melayu di Selangor mereka julang. Apabila kalah pilihanraya, SPR juga yang kena.

Menjelang pilihanraya yang tidak berapa lama lagi dan mereka sedar yang mereka semakin ditolak oleh rakyat, maka mereka akan gerakan satu perhimpunan Sabtu ini kononnya nak protes sistem pilihanraya yang dikatakan tidak betul. Semuanya untuk mengabui mata rakyat bagi menutup kesalahan sendiri dan membuat tuduhan jahat kepada kerajaan.

Teruskanlah perhimpunan Sabtu ini dan kalau boleh beraraklah keliling KL. Ada maklumat yang mengatakan mereka nak duduk di Dataran Merdeka sehingga 1 Mei. Duduklah sampai pilihanraya pun tak mengapa. Lagi kamu buat bodoh lagi kami sokong kerana kebodohan kamu menguntungkan kami.


Posted by RBF Online
Selasa, 24 April 2012



::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU