Showing posts with label Ustaz Kazim Elias. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Kazim Elias. Show all posts

Tuesday, May 29, 2012

Kelebihan-Kelebihan Nabi Muhammad SAW - Menjawab Tuduhan-Tuduhan Liar Nik Aziz

Kulaan Niring

Ini Dalil Khas Buat Nik Aziz Bahawa Nabi Muhammad Bukan Macam Mamat Kampung...


Kepada 'ustaz-ustaz, tok guru-tok guru' yang berkenaan, ini jawapan dan dalil lengkap dari Murabbi Al-Fadhil Ustaz Mohammad Kazim Elias Al-Hafiz kepada kenyataan yang dianggap menghina Nabi Muhammad SAW.

1)  Ada 'orang' yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW sebelum dilantik menjadi Nabi, Baginda sama macam mamat-mamat dikampung, tiada keistimewaan. 

Ini jawabnya :

Sila rujuk kitab 'Kelebihan Rasulullah SAW' yang dikarang oleh As-Syeikh Izzudin Abdul Aziz, yang diterjemah oleh Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman muka surat 8. Surah Al-Anbiyaa' ayat 107, "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam." 

Dalil dari hadis hasan dan sahih, Hadith; “Para Sahabat bertanya, `Ya Rasulullah, bilakah wajibnya Kenabian engkau?’ Baginda menjawab,“Sejak saat ketika Adam masih dalam keadaan antara ruh dan jasad.” - riwayat Tirmidzi 

2)  Ada yang mengatakan, ketika Nabi Muhammad SAW ingin dilahirkan, ibunya Aminah langsung tidak mengetahui bahawa yang dimengandungkan itu adalah bakal Nabi. 

Ini jawabnya : 

Sila rujuk kitab 'Kerasulan Nabi Muhammad SAW' intisari dari Sirah Nabawiyyah karangan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, m/s 24-25, m/s 52-53.

Dalil dari hadis Ibn Al Jauzi : Aminah telah berkata ketika beliau mengandung Rasulullah s.a.w “Saya tidak merasakan saya ini sedang hamil, juga tidak merasa berat seperti yang dirasakan oleh semua wanita yang sedang hamil, namun saya merasa syak wasangka kerana haid saya tidak datang, setelah itu datanglah seseorang kepadaku pada waktu ku dalam keadaan tidur dan terjaga lalu dia berkata:”Apakah engkau merasakan bahawa dirimu sedang hamil? Aku menjawab: Tidak tahu. Dia berkata lagi:"Sesungguhnya kamu telah mengandungkan bayi yang akan menjadi pemimpin dan nabi umat ini, waktu itu adalah hari Isnin"

Dalil dari Al-Quran iaitu dalam surah Toha ayat 38-40: iaitu kisah ibu Nabi Musa, "Tatkala Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya" dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu. "Tatkala saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu: "Mahukah aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?" Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang tenteram hatinya dan supaya ia tidak berdukacita. 

Juga dalil dari Surah As-Saff, ayat 6: "Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibn Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama Ahmad. Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"

3)  Ada yang mengatakan Nabi dilahirkan dalam keadaan bersunat, bersujud, diangkatkan jari, dan mendakwa kisah ini adalah kisah 'scoby-doo by-doo'. 

Ini jawabnya : 

Sila rujuk kitab 'Keistimewaan Rasulullah SAW' karangan Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki m/s 192-193, yang mengemukakan dalil hadis, Baginda bersabda: “Di antara kemuliaan yang diberikan ALLAH SWT kepadaku adalah, aku dilahirkan dalam keadaan sudah dikhitan, kerana itu tidak ada orang yang melihat aurat (kemaluan) ku.” (HR At-Thabrani, Abu Nuaym, al-Khatib dan ibn Asakir). 

Lupakah kamu dengan irhas para-para Nabi? Terdapat 17 nabi lain yang dilahirkan dalam keadaan berkhatan menurut Ibnu Qayyim.

4)  Ada yang mengatakan Rasulullah SAW ketika sama macam budak-budak kampung yang lain. 

Ini jawabnya : 

Sila rujuk kitab 'Sejarah dan Perjuangan Nabi Muhammad SAW' karangan Haji Zainal Ariffin Bin Abbas yang mengemukakan dalil hadis daripada Saidina Ali Bin Abi Talib "Saya tidak pernah terdetik untuk melakukan perbuatan sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat jahiliah melainkan dua kali. Namun Allah melindungi saya daripada melakukannya. Kemudian saya tidak pernah lagi terniat untuk melakukannya sehingga Allah memuliakan saya dengan risalah ini."

Juga dalil dari Surah Ad-Dhuha, ayat 6-8, "Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungi(mu). Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, (3) lalu Dia memberikan petunjuk. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. " 

Nabi anak yatim, tetapi bukan seperti anak-anak yatim yang lain.

5)  Ada yang mengatakan tidak boleh panggil Saiyidina. 

Ini jawabnya: 

Sila rujuk kitab '41 Kelebihan Nabi Muhammad SAW' m/s 18, Allah tidak pernah memanggil Nabi Muhammad SAW dengan nama Muhammad, tetapi Allah memanggil dengan panggilan yang mulia, 'ya ayyuhan nabi, ya ayyuharrasul'. Berbeza dengan para nabi yang lain, Allah memanggil nama, dalil surah Hud, ayat 48 (Nabi Nuh), surah As-Sad ayat 26 (Nabi Daud), surah Maryam ayat 7 (Nabi Zakaria) surah Maryam ayat 12 (Nabi Yahya)6) 

Ada yang mengatakan bahawa tidak perlu menyambut maulid Nabi, kerana kerja Maulid ini tidak pernah sudah. 

Ini jawabnya: 

Sila rujuk kitab 'Sejarah dan Perjuangan Nabi Muhammad SAW' m/s 309-310. Dalil dari surah Maryam ayat 15, yang ditujukan kepada Nabi Yahya, "Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).", ayat 33 "Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan, dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)". 

Kedua-dua dalil ini menunjukkan mengucapkan salam sejahtera adalah baik. Jika ada yang bertanya adakah Nabi pernah menyambut maulid atau tidak, 

Ini jawabnya: 

Sila rujuk kitab 'Sirah An-Nabawiyyah' karangan Prof. Asy Syaikh Sayyid Muhammad 'Alawi Al-Maliki m/s 64-65 membicarakan Rasulullah SAW membesarkan hari kelahiran Baginda. Dalil dari hadis : "menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menjadi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku."

Thursday, May 17, 2012

Pengalaman Ustaz Kazim Berceramah di Negara Singapura

Sungai Rapat Online



Berceramah hanya boleh sehingga jam 10.30 malam sahaja, jika ceramah masih juga berjalan semua lampu akan dimatikan. Itulah pengalaman Ustaz Kazim yang dijemput berceramah dinegara Singapura yang kononnya bagi cina DAP sebuah negara yang bebas dan demokrasi.

Ustaz Kazim berkata lagi tujuan beliau pergi berceramah adalah untuk mengutip derma bagi membina semula pagar Surau yang dirobohkan oleh kerajaan Singapura kerana pagar Surau terlebih hanya 4" masuk dalam rizab jalan.

Begitulah azabnya umat Islam di negara Singapura yang tidak pernah mendapat bantuan walau sesen pun. Mereka mencari dana sendiri untuk membina surau, itu pun di atas tanah persendirian.

Mereka pula dilarang menggunakan pembesar suara semasa azan. Jika nak azan juga tidak boleh sehingga 14 harakat cuma satu atau dua harakat sahaja.

Berceramah di sana kata ustaz Kazim akan dipantau oleh beberapa 'Special Branch' (SB). SB akan memastikan ceramah ustaz Kazim tidak lari daripada tajuk. Yang paling kerajaan Singapura pantang apabila menyebut nama Lim Kuan Yew. Jika Ustaz Kazim menyebut sahaja Lim Kuan Yew maka SB akan terus datang mematikan mikrofon, menutup lampu dan meminta Ustaz Kazim kemas barang dan terus balik ke Malaysia.

Mereka masih menggunakan undang-undang ISA yang lebih teruk daripada Malaysia tetapi kenapa pemimpin Cina DAP beriya-iya untuk memansuhkan ISA.

Ustaz Kazim berkata lagi pengalaman beliau berceramah disebuah Masjid empat tingkat yang dihadiri lebih 4 ribu jemaah apabila hendak memulakan ceramah permit belum sampai, undang-undang di Singapura jika tiada permit tidak seorang pun dibenarkan untuk berceramah walaupun dalam kawasan Masjid. Jika Ustaz Kazim berceramah juga Ustaz Kazim akan disenaraihitam dan tidak lagi boleh memasuki negara Singapura pada masa akan datang.

Negara Singapura inilah yang dijadikan model apabila pemimpin cina DAP memerintah. Pemimpin cina DAP kerap turun ke Singapura untuk membuat perjumpaan sulit dengan Lim Kuan Yew bagi membincangkan bagaimana cara untuk penubuhan negara berlandaskan pluralisme.

Ada juga ulamak politik Pas Nik Aziz mengagung-agungkan Lim Kuan Yew yang terang-terang menindas umat Islam di Negara Singapura.

Begitulah penipuan pemimpin cina DAP terhadap orang Melayu yang mereka katakan mudah diperkudakan untuk merosakkan negara Malaysia ini dan seterusnya pemimpin cina kafir ini akan mengambilalih tampuk pemerintahan di Malaysia, masa itu bari kita tahu langit tinggi ke rendah

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU