Monday, January 14, 2013

WAJIB KETAHUI : RAHSIA Mengapa Tarikh 12 Januari Dipilih Untuk HKR


Kenapa Angka 112? Ada Agenda Kristian?

Perhimpunan Bersih 4.0 semalam, atau yang “rebranding”nya berbunyi KL#112, telah berlalu pergi. Tercapai atau tidak niat dan hasrat mereka untuk mengumpul sejuta orang itu tidak mahu kita bicara di sini. Sepertimana tajuk di atas, kenapa angka yang dipilih untuk menandai perhimpunan ini ialah 112?

Ianya berlangsung pada 12hb Januari 2013. Sepatutnya angka 121 yang dipilih. Bukankah setahun yang lalu angka 901 digunakan untuk perhimpunan di Jalan Duta pada hari keputusan pembicaraan Anwar, iaitu 9hb Januari 2012. Dengan mengguna format yang digunapakai di Malaysia (bukan di Amerika Syarikat) angka yang logik diguna untuk perhimpunan semalam ialah 121 atau 1201.

Dengan sedikit carian dalam internet kita dapat temui angka 112 adalah suatu angka yang ada kaitan dengan Bible Kristian dari susun atur angka dalam bahasa Hebrew yang memberi pengertian Tuhan mereka. Kajian numerologi dari susunan abjad dari 22 abjad dalam bahasa Hebrew ini memberikan pengertian angka 112 itu bermaksud “The LORD God” atau YHVH Elohim [YHVH = Yahaweh (atau Jehovah), inilah nama yang sebetulnya untuk Tuhan Kristian, bukannya Allah, perkara ini dibicara dalam posting Paderi Indonesia akui kalimah Allah hanya untuk orang Islam - [klik untuk baca]

Of great significance is the fact that the number 112, the order number of the triangle, is the Hebrew gematria of JEHOVAH-ELOHIM or LORD God.

The Triangle is the 112th triangular number 6328 and 112 is the value of Jehovah-Elohim (LORD God) and 6328 in ascending digits is 2368, the value of Jesus Christ. (http://www.fivedoves.com)

Dalam pada kalimah Allah hendak mereka hina dengan menyamakan Allah Yang Maha Esa dengan Tuhan Triniti mereka, puak-puak gereja mengajak rakyat Malaysia berhimpun mengagungkan “The LORD God” mereka. Umat Islam kita berpecah dalam isu kalimah Allah – dalam pada sesetengah mereka membenarkan puak gereja mengguna kalimah Allah mereka inilah pulak yang mengagungkan pula angka yang mengangkat nama Tuhan Kristian ini. Astaghfirullah.

Apakah ada dalam pakar strategi perhimpunan semalam yang membawa agenda Kristian?

Wallahu’alam


Paderi Indonesia akui kalimah Allah hanya untuk orang Islam

12 January, 2013

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Seorang paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar mengakui bahawa kalimah Allah adalah khas untuk umat Islam.

Perkara itu didedahkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang merujuk kepada perakuan didalam buku tulisan paderi tersebut iaitu Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular.

Yahweh

Katanya, berdasarkan buku itu, Jahja memberitahu bahawa kata yang tepat bagi nama Tuhan sembahan orang Kristian berasaskan bahasa asli perjanjian lama, iaitu Ibrani (bahasa digunakan orang Yahudi) ialah Elohim.

Menurut Wan Zahidi, jika diterjemah ke bahasa Arab, maka kata yang tepat bagi menggantikan Elohim ialah Ilah bukan Allah, berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab iaitu Inskripsi Zabad pada tahun 512.

“Sehubungan itu, Yayasan Lentera Bangsa yang diasaskan oleh Jahja telah menerbitkan kitab suci Indonesia Literal Translation (KS-ILT) yang mana terjemahan itu tidak lagi tertera kalimah Allah, sebaliknya menggunakan Elohim sebagai nama sembahan orang Kristian.


Sumber dari Utusan Malaysia.

Baca teks penuh dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di sini


::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU