Monday, December 05, 2016

BERKAT TUNJUK-AJAR PERCUMA MAHATHIR KEPADA PPC (PERSATUAN PERNIAGAAN CINA)

Permainan talam dua muka PPC

Melayu bersatu atau berpecah oleh parti politik mereka. Cina bersatu dengan kesatuan dan persatuan mereka dan tidak peduli sangat tentang parti politik. Cina boleh mengubah sokongan daripada satu pihak kepada yang lain atau menyokong kedua-dua belah jurang politik selagi ia bermanfaat kepada agenda Cina mereka. Dan tentang inilah apa yang Mahathir sentiasa ingatkan orang Melayu apabila beliau berkata: 'Melayu Mudah Lupa'.

Raja Petra Kamarudin
1 Disember 2016

Insya Allah, kita akan berjuang hingga keakhir hayat dan sehingga titisan darah yang terakhir,” tegas Perdana Menteri Najib Tun Razak, sebagaimana dilapurkan oleh Free Malaysia Today (BACA DISINI).

Islam dan Melayu akan lemah jika DAP memerintah : Najib,” lapur The Sun Daily (BACA DISINI).


Najib memberi amaran bahawa perjuangan keakhir hayat dan sehingga titisan darah terakhir telah bermula : pantang berundur dan tidak akan menyerah kalah.

Pada Perhimpunan UMNO tahun lepas Najib telah pun mengisytiharkan 'pantang berundur dan tidak akan menyerah kalah'. Dan Najib tunjukkan apa yang beliau maksudkan apabila beliau mengambil tindakan tertentu untuk menghapuskan musuh-musuh dalam selimut UMNO dan telah memaksa Tun Dr Mahathir bertindak keluar parti.

Najib telah bertekad untuk menghapuskan duri dalam daging dipihaknya, sepertimana perumpamaan orang Melayu, tidak akan membiarkan seorang pun terlepas untuk tujuan itu. Najib perlu bertindak sedemikian sebelum beliau menghadapi piliharaya akan datang dan, sebagaimana Najib sendiri katakan, pilihanraya akan datang sudah pun hampir tiba.

Najib sudah tidak merasa bimbang tentang UMNO dan hal-hal dalaman parti. Beliau sudah mempunyai kawalan keatas parti dan juga kerajaan. Tidak ada seorang pun dalam kerajaan yang berani mengasah 'pisau' (taring) selepas apa yang Najib lakukan kepada mereka yang merancang untuk menikam beliau dibelakang. Ramai yang sedang menjilat luka-luka mereka dan merasakan mereka tidak sepatutnya bersekongkol dalam konspirasi Mahathir.

Bagaimana pun, walau pun Najib telah dapat menyelesaikan masalah UMNO dan kerajaan, masih terdapat beberapa perkara yang belum diselesaikan didalam Barisan Nasional sendiri. Dan perkara yang tidak selesai ini adalah berkaitan dengan Cina yang menyokong kedua-dua belah jurang pemisah politik dan mendapat manfaat daripada kedua belah pihak, tidak kiralah sebelah mana yang menang.

Alat yang mengikat erat kedua-dua belah pihak perbezaan politik ini adalah Persatuan Perniagaan Cina atau PPC ('Chinese Trade Association' atau 'CTA'). Pada Jun 2006, Mahathir melancarkan gerakan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimana pun 18 bulan kemudiannya, Abdullah masih dipejabatnya dan beliau enggan melepaskan jawatan. UMNO tidak akan sesekali mengusir Abdullah sepertimana yang Mahathir harap mereka akan lakukan.

Satu-satunya cara untuk membuat UMNO menyingkirkan Abdullah adalah dengan meletakkan parti dalam keadaan kebimbangan kehilangan kuasa. Itulah satu perkara yang ahli-ahli politik tersangat takut melebihi rasa takutnya kepada Tuhan, takut kehilangan kuasa. Jadi Mahathir meminta Ling Liong Sik dan Matthias Chang bercakap dengan PPC, kebanyakannya adalah ahli MCA dan ramai adalah ahli seumur hidup parti, supaya orang Cina mengubah sokongan dan mengundi DAP sebaliknya.

Kami telah pun, sebenarnya, menerangkan semua ini dalam artikel-artikel terdahulu disini :






Hasil daripada itu adalah, kerusi Parlimen DAP – yang hanya 9, 10 dan 12 pada tahun-tahun 1995, 1999 dan 2004 – meningkat kepada 28 pada 2008 dan 38 pada 2013. Dan dalam pilihanraya akan datang DAP mensasarkan untuk 45 atau 46 kerusi Parlimen, jumlah maksima parti-parti Cina boleh menang (atau mungkin juga 50 jika mereka dapat berpakat dengan PKR untuk beberapa kerusi 'tradisi' PKR).

Hakikatnya DAP tidak pun mempunyai 200,000 ahli berdaftar sedangkan mereka mengumpul hampir dua juta undi bermakna kebanyakannya bukan ahli-ahli DAP dan mereka sebenarnya ahli-ahli MCA yang mengundi DAP.

DAP mendakwa pada 2008 sekitar 85% orang-orang Cina mengundi mereka, pada 2013 ianya melonjak ke 90%, dan dalam pilihanraya akan datang ianya akan menjadi 95%. Ini bermakna hampir keseluruhan orang-orang Cina, ramai yang bukan ahli-ahli DAP dan sebenarnya ahli-ahli MCA, mengundi untuk pembangkang. Anda tidak perlu menjadi seorang PhD untuk mencongaknya.

Persoalannya, mengapa orang-orang MCA membantu DAP? Jawapannya agak mudah. Orang-orang Cina tidak bersatu melalui parti-parti politik sepertimana orang-orang Melayu. Pada kebanyakan orang Melayu, UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO (atau PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS). Orang Cina, bagaimanapun, terikat oleh kesatuan dan persatuan mereka. Kerana itu bila berbangkit isu-isu seperti sekolah dan bahasa anda akan dapati DAP dan MCA bersatu dan bercakap sebagai satu suara (sesuatu yang anda tidak akan jumpa dikalangan orang-orang Melayu yang tidak pun dapat bersetuju atas hukum Syariah).

Melayu lawan Melayu, Cina bersatu

Ramai daripada anda mungkin tidak perasan permusuhan politik diantara orang-orang Melayu akan terbawa-bawa kepada mereka tidak menziarahi kematian atau bersembahyang bersama Melayu lain dari parti lawan. Orang-orang Cina, bagaimana pun, tidak berapa peduli sama-ada anda dari DAP atau MCA. Dan Mahathir mengetahui perkara ini. Jadi dia meminta Liong Sik dan Matthias mendapatkan bantuan orang-orang Cina MCA menyokong dan mengundi DAP supaya negeri kediaman Abdullah, Pulau Pinang, dapat diserahkan kepada pembangkang dan Perdana Menteri akan dipaksa meletakkan jawatan dalam keadaan mengaibkan.


Mahathir mengajar PPC satu perkara yang amat penting : iaitu sekarang ia boleh menjadi satu broker-kuasa dan kuasa-penentu. Ia tidak lagi hanya sekadar memainkan peranan sosial dan ekonomi dalam masyarakat Cina. Ia juga boleh memainkan peranan politik dan satu peranan politik yang juga teramat penting baginya.

Mahathir membantu PPC merasai nikmat kuasa seperti memberi anak singa menikmati rasa darah. Apabila anak singa merasai darah dan ia mendapati ia menyukai rasanya ia akan mahu lagi. Dan PPC telah merasai nikmat kuasa dan ia menyukainya jadi ia mahu lebih lagi.

Untuk mengawal masyarakat Cina anda perlu mengawal persatuan-persatuan perniagaan Cina, sekolah-sekolah Cina dan akhbar-akhbar Cina. Sekolah-sekolah Cina dan akhbar-akhbar Cina, bagaimana pun, bergantung sumber kewangan daripada persatuan-persatuan perniagaan Cina. Jadi sekiranya anda boleh mengawal PPC, anda boleh mengawal yang lain-lainnya sama selagi anda mengawal aliran kewangannya.

Sejauh mana Cina DAP berterusan menuduh Melayu UMNO 'makan dedak', realitinya ialah Cina juga 'makan dedak'. Mereka menuduh orang Melayu mempunyai mentaliti tongkat tetapi hakikatnya adalah orang Cina juga perlukan tongkat untuk terus hidup. Satu-satunya perkara ialah Cina membuat penyamaran cara mereka memberi dedak kepada masyarakat mereka jadi ia tidak terlalu ketara.

Sebagai contoh, PPC mengawal dan menentukan berapa banyak pengiklanan pergi ke The Star, akhbar milik-MCA. Wang tersebut tidak diberi terus kepada The Star tetapi kepada sebuah agensi yang dilantik untuk mengendalikan pengiklanan. Agensi ini kemudiannya menyerahkan RM50 juta setahun kepada MCA dan RM35 juta lagi kepada Presiden MCA untuk membiayai aktiviti-aktiviti politik mereka. Ini, sudah tentu, tambahan kepada berjata-juta yang MCA terima daripada kerajaan.

Tetapi dalam pada itu ada perangkapnya. Bagi memastikan The Star membuat cukup keuntungan pengiklanan bagi membayar RM85 juta ini setahun, MCA dan/atau pemimpin-pemimpinnya mestilah tidak boleh mencampuri perjalanan pengurusan akhbar. The Star mestilah keseluruhannya bebas dan akan menentukan apa jua yang ia perlu untuk menjana wang. Dan atas terma dan syarat inilah PPC akan memastikan wang akan terus mengalir.

Dan itulah apa yang ramai mungkin perhatikan : walau pun The Star dimiliki oleh MCA ia nampak lebih condong terhadap pembangkang. Gambaran yang anda dapat ialah The Star adalah pro-DAP dan anti-UMNO atau anti-kerajaan. Ia sebenarnya satu situasi yang unik. Ianya seperti PAS memiliki Harakah tetapi Harakah menyokong UMNO dan anti-PAS (atau seganjil apabila Malaysiakini menjadi pro-Islam dan anti-Kristian).

MCA : mengambil 'dedak' daripada kedua belah pihak dan melaksanakan agenda pembangkang

Sudah tentu, gambaran yang kita dapat MCA adalah sipengecut yang tidak berani mencabar PPC dan/atau The Star. Tetapi adakah mereka benar-benar pengecut atau mereka hanya bermain talam dua muka? Dengan bermain talam dua muka MCA memperoleh wang daripada kedua belah pihak : daripada PPC begitu juga daripada kerajaan. Atas semua itu mereka boleh menjadi sebahagian daripada kerajaan dan memperoleh jawatan-jawatan Kabinet.


Kesudahannya UMNO dan ahli-ahli MCA yang tertipu. Terdapat suatu lakonan kepura-puraan yang berterusan dimainkan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi PPC, MCA dan DAP. Mereka memberikan gambaran bahawa mereka berpuak sedangkan hakikatnya mereka berkerjasama seiringan. Dan MCA memang tidak mempunyai banyak pilihan tetapi terpaksa mengikut arus atau kalau tidak mereka akan dimusnahkan pada pilihanraya akan datang.

DAP tidak mahu membunuh terus MCA. Jika mereka lakukan akibatnya ia akan menyatukan orang-orang Melayu menentang ancaman DAP yang sangat kuat. DAP akan membiarkan MCA mendapat 7-8 kerusi pada pilihanraya akan datang sekiranya mereka sama-sama bermain sandiwara. Jika mereka enggan MCA akan berkesudahan tanpa sebarang kerusi.

Ianya juga sangat sesuai dengan MCA. UMNO akan terus membantu MCA berjuta-juta ditambah lagi dengan jawatan-jawatan kerajaan untuk memastikan MCA terus hidup. Jika tidak MCA mungkin akan mati dan DAP akan mendapat manfaatnya. UMNO takutkan DAP yang dominan jadi ia memastikan MCA terus hidup, dan DAP juga perlukan MCA terus hidup agar dia ada proksi dalam kerajaan.

Mahathir tidak akan upaya merancang lebih baik lagi dan ianya sudah menghampiri tahap terbaik jika tidak kerana hakikat apa yang terjadi bukanlah rahsia dan Najib sangat menyedarinya. Dan Najib akan menghadapinya dengan caranya sendiri dan mengambil masanya sendiri. Dan hari ini Najib telah menyampaikan amarannya tentang apa yang akan berlaku.

Sementara itu, The Star masih terus dengan liputan anti-UMNO dan pro-pembangkangnya. The Star memutar-belitkan berita kecil menjadi berita besar selagi ianya berpihak kepada pembangkang dan tidak memihak kepada UMNO atau pun kerajaan. The Star terus memainkan isu 1MDB walaupun ianya bukan lagi satu isu. Mereka juga memainkan taktik menakut-nakutkan berkaitan ekonomi Malaysia seolah-olah 'perang terakhir dunia' (“Armageddon”) sudah terlalu hampir. Dan hakikat yang The Star dilihat sebagai akhbar 'kerajaan' dan bukan akhbar pembangkang memberikan orang-ramai rasa 'keselesaan' yang ianya tidak pernah berbohong dan sentiasa memaparkan kebenaran.

Bagaimana pun, mungkin kita patut ambil perhatian apa yang Mahathir perkatakan 15 tahun dahulu bila beliau membaca sajaknya semasa Perhimpunan Agong UMNO bertajuk 'Melayu Mudah Lupa'.


Sajak Melayu Mudah Lupa


Terjemahan dariMalaysiaToday



::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU