Tuesday, December 13, 2016

PENDERHAKAAN MAHATHIR TERHADAP AGONG

[sila baca juga nota-kaki:
Sengketa antara UMNO (Mahathir) dan Sultan Kelantan]

Pada 3 Disember 2016, Kit Siang menelefon Mahathir dan merayunya agar menghadiri Konvensyen DAP. Mahathir bersetuju dengan syarat Kit Siang bersetuju Boboi sebagai calon Pakatan untuk jawatan Perdana Menteri. Kit Siang, pula disebaliknya, menyelitkan syaratnya sendiri : yang beliau hendaklah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Selanjutnya Raja-Raja Melayu (Monarki) hendaklah dihapuskan dan Malaysia ditukar kepada sebuah republik. Dan itulah sebabnya mengapa pada 5 Disember Yang Di Pertuan Agong menggugurkan Mahathir daripada senarai protokol.

Raja Petra Kamarudin
10 Disember 2016


KDYMMT Sultan Kelantan tidak melayan sedikit pun kerenah Mahathir

Semalam, dalam artikel bertajuk 'A royal snub: Mahathir courts the Agong's displeasure' (Satu penghinaan kepada Raja-Raja: Mahathir menimbulkan rasa kurang-senang Agong), kami menyatakan yang Mahathir pada mulanya dijemput ke Pertabalan Agong dan kemudiannya, pada 5 Disember 2016, undangan tersebut telah ditarik balik. Sebenarnya, Agong terdahulu menjemput beliau (iaitu secara automatik sekiranya anda dalam senarai protokol) sedangkan Agong terkini menggugurkan Mahathir daripada senarai protokol dan mengirimkan beliau 'surat menarik-balik undangan' (BACA LAGI DISINI).

Ada sesetengah mereka yang menyalahkan Perdana Menteri Najib Tun Razak berkaitan tamparan kemuka Mahathir ini. Sebenarnya ia bukanlah angkara Najib kerana Perdana Menteri tidak mungkin mampu mengarahkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad, menggugurkan Mahathir daripada senarai protokol atau membatalkan undangan kepadanya bagi majlis Pertabalan. Ia hanya boleh dilakukan oleh peringkat yang lebih tinggi, daripada tuan badan itu sendiri, YMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Sepertimana yang kami nyatakan dalam artikel semalam, rakyat Kelantan secara umumnya dan Istana Kelantan khususnya membenci Mahathir dan telah membenci beliau sejak tahun 1980an lagi apabila beliau mencemuh-fitnah Raja-Raja Melayu dan menjadikan mereka sebagai bahan lawak jenaka seluruh dunia. Malahan media antarabangsa telah turut mempersendakan Raja-Raja Melayu Malaysia disebabkan perbuatan Mahathir. Pada tahun 1990, rakyat Kelantan, atas perkenan Sultan Kelantan waktu itu, DYMM Sultan Ismail Petra, menendang keluar parti Mahathir (UMNO Baru) dan mengundi PAS-Semangat 46 kedalam Kerajaan Negeri Kelantan yang baharu.

UMNO Baru yang ditubuhkan dua tahun sebelumnya, telah dipanggil 'parti Mahathir' dan apa-apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan Mahathir tidak dialu-alukan di Kelantan. Mahathir kemudian nya menghukum penduduk Kelantan dengan membatalkan pemberian geran RM600 juta yang telah pun diluluskan sebelumnya untuk menaik-taraf bekalan air dinegeri tersebut.

Beratus orang penduduk Kelantan mengalami kematian akibat taun jadi mereka perlu menambah-baik bekalan air negeri. Mahathir memperolok-olokkan rakyat Kelantan yang telah mengundi sebuah kerajaan yang tidak pun mampu menghindarkan rakyatnya daripada kematian akibat taun dan mengatakan jika orang-orang Kelantan mahukan RM600 juta tersebut maka mereka lebih baik mengundi UMNO dalam pilihanraya umum yang akan datang. Untuk lima pilihanraya umum yang terakhir rakyat Kelantan masih terus mengundi PAS.


Mahathir dan Kit Siang : nasib disepakati dan Anwar bukan sebahagian daripada perjanjian itu

Ini, ditambah dengan isu-isu yang kami nyatakan dalam artikel terdahulu (A royal snub: Mahathir courts the Agong's displeasure) [sila baca nota-kaki], sudah cukup untuk membuatkan rakyat Kelantan dan Istana Kelantan membenci Mahathir. Lagi pun, beliau bukan sahaja mengisytiharkan perang keatas Sultan, beliau juga telah melumur tangannya dengan darah : darah beratus rakyat Kelantan yang meninggal akibat taun dalam jangka lebih kurang 26 tahun. Tetapi itu belum lagi jadi penyebab mengapa Agong menggugurkan Mahathir daripada senarai protokol dan menarik balik jemputan untuknya kemajlis Pertabalan. Ia adalah disebabkan oleh penderhakaan Mahathir dimana Agong memutuskan bahawa kali ini Mahathir sudah amat keterlaluan.

Pada hari Sabtu, Najib mendedahkan agenda politik DAP : iaitu untuk memusnahkan penguasaan politik Melayu dan melantik seorang Timbalan Perdana Menteri Cina sebagai langkah pertama kepada seorang Perdana Menteri Cina kemudiannya. Ekoran dari itu Lim Kit Siang jadi panik dan menelefon Mahathir dan memujuk-rayu agar beliau menghadiri Konvensyen DAP yang akan diadakan keesokannya. Kit Siang perlukan kehadiran Mahathir untuk menampakkan 'muka Melayu' kekonvensyen tersebut supaya mereka dapat membuktikan bahawa dakwaan Najib salah.

Terdahulunya DAP telah mengumumkan bahawa Mahathir tidak dijemput kekonvensyen dan ini, sudah tentu, mengecewakan orang tua tersebut. Kini Kit Siang merayu agar Mahathir menghadirinya setelah memalukan beliau secara terbuka dengan mengumumkan bahawa beliau tidak diundang. Mahathir menyatakan beliau hanya setuju untuk hadir atas satu syarat : yang Kit Siang bersetuju jika pembangkang memenangi pilihanraya umum akan datang si Boboi nya, Mukhriz, akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Ini meletakkan Kit Siang, yang sebelumnya telah bersetuju sekiranya pembangkang memenangi pilihanraya umum akan datang Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Perdana Menteri, dalam keadaan sulit. Untuk berkata ya bermakna beliau akan mempermainkan Anwar. Walau bagaimana pun, Kit Siang nampak satu peluang disini. Dalam keadaan terdesak mengharapkan Mahathir bersetuju menghadiri konvensyen DAP, Mahathir terlebih-lebih lagi terdesak mengharapkan Kit Siang bersetuju Boboi akan dijadikan Perdana Menteri jika pembangkang memenangi pilihanraya umum akan datang.


Boboi jadi Perdana Menteri dan Kit Siang sebagai TPM/Menteri Kewangan

Selepas berfikir mengenainya seketika, Kit Siang bersetuju dengan syarat beliau hendaklah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Mahathir hanya ambil berat tentang masa hadapan anaknya sebagai Perdana Menteri dan tidak peduli apa yang lainnya terjadi asalkan matlamatnya tercapai. Jadi Mahathir bersetuju dan satu perjanjian dibuat malam itu 3 Disember 2016.

Kit Siang cerdik. Beliau tahu jawatan Timbalan Perdana Menteri digabungkan dengan jawatan Menteri Kewangan akan membuatkannya lebih berkuasa daripada Perdana Menteri. Mahathir, bagaimana pun, merasakan beliau hanya perlu memastikan jawatan Perdana Menteri dahulu dan beliau boleh berunding dengan Kit Siang kemudiannya. Siapa yang akan makan siapa boleh diselesaikan kemudiannya : sama ada Kit Siang makan Boboi atau Boboi makan Kit Siang. Dapatkan dahulu dan laksanakannya kemudian.

Untuk memastikan Mukhriz akan menang pemilihan, Kit Siang bersetuju akan memberikan kerusi Petaling Jaya Utara untuk ditandingi, kerusi yang dimiliki DAP. Dan Anwar, satu lagi calon untuk Perdana Menteri, akan terpaksa dimatikan langkahnya. Dan itu akan dilakukan keesokannya semasa konvensyen DAP dimana Dr Wan Azizah Wan Ismail akan ditempatkan jauh daripada kawasan tengah, disebelah Mat Sabu, sedangkan Mahathir akan diberi tempat ditengah-pentas.


Sekarang kita boleh nampak siapa jadi penentu dan siapa yang berperanan orang-kedua

Ya, posisi tempat duduk bukanlah sembarangan tetapi dirancang sebegitu rapi bagi menghantar isyarat kepada semua yang menghadiri konvensyen DAP. Mahathir dan Kit Siang kini menjadi penentu sedangkan Anwar dan PKR hanyalah pelakon-sampingan. Kerana itulah posisi tempat duduk sentiasa dirancang dengan berhati-hati dalam semua majlis rasmi kerana ianya akan menghantar keluar mesej. Siapa duduk dimana dan disebelah siapa bukan perkara remeh dan, jika anda tersilap, perang boleh meletus. Dan mesejnya pada hari Ahad adalah Anwar bukan lagi releven dalam politik Malaysia.

Mahathir tidak membincangkan 'perjanjian' ini dengan Muhyiddin Yassin terlebih dahulu tetapi sekitar tengah malam beliau telah dimaklumkan mengenainya. Dan ini membuatkan Muhyiddin, yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pilihanraya umum, begitu kecewa sehingga beliau enggan menghadiri konvensyen DAP keesokannya. Jadi sekarang kita ada tiga orang calon Perdana Menteri daripada pembangkang : Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir. Dan jikalau DAP memenangi kerusi parlimen paling banyak dalam pilihanraya umum akan datang (yang akan terjadi) dan jika calon-calon Melayu mereka memenangi kerusi (yang mungkin terjadi) mungkinkah akan ada calon keempat untuk menjadi Perdana Menteri?

Jadi, hari berikutnya, Mahathir menghadiri konvensyen DAP dan beliau bersama Kit Siang membincangkan bukan hanya bagaimana untuk merampas kuasa tetapi juga bagaimana untuk mengekalkan kuasa tersebut. Satu elemen yang paling penting adalah UMNO sinonim dengan Raja-Raja Melayu atau Monarki. Oleh itu, sekiranya anda mahu menghancurkan terus UMNO, anda kenalah menghapuskan Sistem Beraja (Monarki) dan menukar Malaysia kesebuah Republik. Jika tidak UMNO akan sentiasa menjadi ancaman kepada Pakatan Harapan yang diterajui DAP.

Kit Siang – seperti kebanyakan orang-orang DAP yang sememangnya anti-Monarki – bersetuju dengan idea Mahathir. Raja-Raja Melayu mestilah dihapuskan dan Malaysia mesti menjadi sebuah republik. Dalam proses yang sama Islam, yang sentiasa sahaja menjadi masalah besar kepada DAP, tidak lagi menjadi agama rasmi Malaysia oleh kerana tiada lagi Raja-Raja Melayu yang menjadi ketua agama Islam. (BACA : Allah didn't create the world for Muslims alone, Dr M says (Allah tidak mencipta dunia untuk orang Islam semata-mata, kata Dr M)).


Adakah Kit Siang tidak berkongsi sama keceriaan Mahathir?

Dihari yang sama, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Agong sebelumnya, Agong semasa, semua dimaklumkan tentang pakatan baharu ini diantara Mahathir dan Kit Siang. Secara teknikalnya Mahathir telah pun melakukan penderhakaan terhadap Agong. Apa yang perlu dilakukan adalah mengarahkan penangkapan Mahathir dan beliau juga boleh dinafikan wang jaminan. Tetapi itu akan mengubah Mahathir menjadi seorang wira. Sebaliknya, Agong memerintahkan Syed Danial mengirim surat 'pembatalan-jemputan' dengan alasan yang tersangat rapuh : tidak cukup kerusi.

Sesiapa yang pernah menghadiri majlis istana atau ke Istana Negara (saya biasa berlari disekeliling Istana Negara sebagai kanak-kanak berusia sepuluh tahun dalam tahun 1960) akan tahu untuk menambah satu sahaja kerusi tambahan tiada langsung menjadi masalah. Lagi pun, Mahathir adalah seorang bekas Perdana Menteri dan seorang Tun jadi seandainya tidak ada ruang sekali pun untuk menambah kerusi mereka boleh menggugurkan seseorang yang jauh lebih rendah kedudukannya bagi memberi ruang kepada Mahathir. Sebab yang mereka gunakan 'tidak cukup kerusi' sebagai alasan adalah semata-mata untuk menambahkan lagi penghinaan keatas keaiban. Ianya satu alasan yang sesiapa pun tidak mungkin percaya, yang hanyalah bermaksud Mahathir tidak dialu-alukan diistana.

Ia hanya menunggu masa sahaja untuk terjadi. Sebagai seorang Tun, Mahathir seharusnya mengekalkan batas-batas tata-susila kesopanan dan menjaga maruah diri dan mematuhi kod tingkah-laku yang ditetapkan. Ianya tidak mengapa bagi Kit Siang berkelakuan seperti seorang pariah kerana beliau tidak mempunyai apa-apa kedudukan. Tetapi bagi Mahathir berkelakuan seperti Kit Siang dan menjatuhkan dirinya ketahap Kit Siang adalah amat-amat mengaibkan. Sekali pun tiada apa yang berlaku dihujung minggu sebelumnya, Mahathir mungkin tetap jua akhirnya akan dipulaukan (atau tidak sedikit pun diendahkan).

Jika Mahathir mahu berkelakuan seperti Kit Siang dia sepatutnya melepaskan gelaran Tun nya. Seorang Tun mestilah berkelakuan sebagai seorang negarawan kerana beliau telah dianggap sebagai seorang Pemimpin Negara ('Lord of the Realm'). Beliau tidak boleh bertindak seperti seorang pariah dan dalam masa yang sama mengharapkan dirinya dipanggil Tun. Dan selama 24 bulan yang lepas Mahathir telah membuktikan bahawa dia sememangnya tidak layak untuk memegang gelaran Tun tersebut.


Terjemahan artikel Malaysia Today


******************************
[Nota-kaki]

(Petikan dari Harakahdaily)
23 Mac 2016

Kerajaan Kelantan digugat dengan isu Lamboghini (1992)

KERAJAAN PAS KELANTAN DIGUGAT DENGAN ISU LAMBORGHINI SULTAN KELANTAN (23 MAC 1992)

PADA hari ini dalam tahun 1992, usaha menggugat Kerajaan PAS Kelantan telah melalui tahap yang lebih mencabar apabila berita tentang kereta Lamboghini Daiblo 'dilarikan' oleh Sultan Kelantan didedahkan kepada umum.

Isu kereta Lamboghini ini telah berbangkit kerana permusuhan Umno dengan Istana Kelantan yang menyebabkan baginda Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra bertindak membawa keluar kereta tersebut dari Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada 19 Mac 1992, tetapi mula disensasikan pada 23 Mac 1992.

Serangan peribadi terhadap Sultan Kelantan ini berkait rapat usaha Umno menggugat Kerajaan PAS Kelantan yang dituduh oleh mereka menang kerana campur tangan Sultan Kelantan dalam politik kepartian.

Isu Lamborghini ini bermula apabila Sultan Kelantan bertitah kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan dalam bulan November 1991 tentang hasrat baginda untuk membeli kereta tersebut dari Itali dengan wang baginda sendiri dengan dikecualikan cukai import.

Pada 2 Mac 1992, ketika kereta tersebut telah tiba di Subang, Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Kastam enggan membenarkan kereta tersebut dikeluarkan dari Kompleks Kargo sehingga Sultan Kelantan membayar duti import yang dianggarkan bernilai RM2.6 juta.

Usaha Sultan Kelantan untuk berunding dengan pihak kastam dan Menteri Kewangan telah gagal sehingga 16 Mac 1992, yang menyebabkan baginda bertindak pada 19 Mac 1992 untuk mengambil sendiri kereta tersebut di Kompleks Kargo Subang itu.

Isu Sultan Kelantan dimainkan oleh Umno sejak akhir 1990 apabila mereka tewas dalam Pilihan Raya Umum Kelapan pada 21 Oktober 1990 yang didakwa berpunca dari pergeseran Sultan Kelantan dengan Umno dan hubungan rapat baginda dengan pakatan PAS-APU.

Pada 1 Disember 1990, Perhimpunan Agung Umno telah meluluskan usul untuk menyekat Raja-raja Melayu dari terlibat dalam politik, yang diikuti oleh siri-siri penghinaan terhadap Sultan Kelantan seperti perhimpunan haram di hadapan Bangunan Umno Kelantan diketuai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ibrahim Ali yang diikuti pula oleh kenyataan Ketua Penerangan Umno Kelantan, Che Alwi Che Ahmad yang menuduh Sultan Kelantan berpolitik.

Far Eastern Economic Review pada 28 November 1991 melaporkan serangan Umno terhadap Sultan Kelantan dan Raja-raja Melayu secara terbuka di media.

Untuk melegitimasikan tindakan Umno terhadap Sultan Kelantan dalam usaha mereka menggugat Kerajaan PAS Kelantan ini, maka isu kereta Lamboghini ini menjadi senjata terbaik Umno.

Walaupun isu ini pada asalnya hanyalah isu pentadbiran antara Istana Kelantan dengan Kerajaan PAS Kelantan dan Menteri Kewangan, tetapi pada 23 Mac 1992, rakyat Kelantan dikejutkan oleh pendedahan kepada media kononnya Sultan Kelantan telah 'melarikan' kereta tersebut tanpa membayar cukai.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 24 Mac 1992 ketika mengulas isu ini menyifatkan ia adalah satu penganiayaan terhadap Sultan Kelantan sekali gus memalukan Kerajaan PAS Kelantan, sedangkan sejak 2 hingga 21 Mac 1992 Kerajaan Kelantan telah berusaha untuk berunding dengan Menteri Kewangan, tetapi ia tidak dilayan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
23 Mac 2016


No comments:

Post a Comment

::: Arkib Blog :::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Gajah Depan Mata Tak Nampak'

::: Pro-Pakatan Harapan :::

Rujukan Produk & Makanan Halal

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

Kunjungan Terkini

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU