Sunday, May 14, 2017

ANCAMAN DAP KEPADA SEKOLAH CINA

'Superman' Hew adalah Bin Laden versi Cina. Dan Hew diangkat sebagai wira sebagaimana juga Bin Laden. Terdapat berjuta rakyat Malaysia seperti Hew, semuanya produk sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina. Dan sistem pendidikan Cina menyemai benih kebencian dan perkauman dan adalah lubok ('snake-pit') dimana DAP mendapatkan sokongan, yang mana bukanlah secara kebetulan mengapa 90% pengundi Cina menyokong DAP.

(Malaysia Today)

Untuk membiak pelampau anda perlu mulakan dari sekolah rendah. Anda perlu mendidik mereka diusia muda sebelum mereka mencapai umur yang mudah dipengaruhi. Daripada situ anda bentuk mereka mengikut acuan dan bentuk yang anda inginkan. Sebagaimana mereka berkata, tidak ada pelajar yang tidak baik. Yang ada hanyalah guru yang jahat. Jadi kanak-kanak ini akan menjadi seperti apa bergantung kepada bagaimana para guru membentuk dan mendoktrinkan mereka. Seperti kata bidalan: buah dari pohon yang beracun adalah beracun.

Inilah apa yang mereka telah lakukan kepada kanak-kanak pelarian Afghanistan pada tahun 1979 apabila Russia pertama kali menyerang Afghanistan. Malah, kebanyakan kanak-kanak pelarian ini dilahirkan di Pakistan dan bukannya di Afghanistan. Tetapi mereka telah dididik disekolah pondok atau madrasah di Pakistan untuk menjadi seperti apa akhirnya, mereka yang hari ini kita panggil Taliban.

Dan inilah dia Cina-Cina Malaysia hasil produk daripada sekolah Cina dan pendidikan Cina telah pun menjadi: Taliban Cina. Taliban Cina ini amat sombong, kurang ajar, biadab, suka bergaduh, suka bermusuhan, tidak berintegriti dan bermaruah, dan amat kurang nilai-nilai moral dan tidak berprinsip.

Dan ini pada dasarnya boleh disimpulkan sebagai akibat dari ancaman DAP kepada sekolah Cina.

Usaha kerajaan untuk mengreformasikan sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina terhalang oleh pemberontakan kerana DAP mahu mempertahankan politik benci-membenci dan agenda perkauman mereka

Rakyat Malaysia yang sudah berusia mungkin boleh ingat apa yang berlaku betul-betul tepat 30 tahun dahulu pada tahun 1987. Ditahun 1987, kerajaan cuba untuk mengreformasikan sekolah Cina dengan melantik lebih ramai guru-guru 'moden' atau yang bukan berpendidikan Cina untuk mengetuai sekolah Cina. Serta merta orang-orang Cina memberontak. Mereka tidak mahu 'orang-orang kerajaan' ('bananas') mengetuai sekolah Cina. Mereka mahukan tenaga pengajar yang berpendidikan Cina tegar, ramai yang tidak boleh langsung bercakap bahasa Inggeris dan/atau Bahasa Malaysia.

Rusuhan kaum hampir tercetus kerananya dan kerajaan terpaksa menahan lebih daripada 100 orang, kebanyakannya pemimpin DAP dan pembangkang lainnya, untuk mengelakkan 13 Mei versi 2.0 daripada meletus. Selepas itu kerajaan membiarkan sekolah Cina bersendirian dan tidak lagi cuba campur tangan dan ketika itulah DAP menyusup masuk dan mengambil alih.

DAP tahu jika mereka dapat mengawal sekolah-sekolah Cina dan pendidikan Cina, dalam masa, katakan satu generasi kemudian, produk dari sekolah Cina ini akan terbentuk mengikut acuan dan rupa seperti apa yang DAP mahukan.

Sekolah-sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina adalah tempat membiaknya kebencian dan perkauman

Perubahan ini terlihat amat jelas dan menonjol sejak tahun 2007. Melewati 2008, mereka yang telah didoktrin selama lebih kurang 20 tahun telah mencapai umur layak mengundi dan kemarahan mereka telah dipertontonkan dalam pilihanraya umum 2008, apa yang sekarang dikenali sebagai 'Tsunami Cina'. Pelaburan 30 tahun DAP di sekolah Cina dan pendidikan Cina telah berhasil. Kini terdapat sekumpulan besar mereka yang anti-Melayu, anti-UMNO, anti-Barisan Nasional dan anti-Islam yang sama melampaunya dengan Taliban hasil didikan Pakistan dan dihantar balik ke Afghanistan untuk melawan Russia.

Masalah yang sedang dihadapi Malaysia sekarang adalah sama dengan masalah yang dihadapi oleh Afghanistan. Anda tidak akan mendoktrin seluruh generasi kanak-kanak untuk membenci kerajaan tanpa menanggung akibatnya. Setiap sesuatu ada kesan akibatnya dan akibat dari pendidikan politik kebencian dan perkauman DAP adalah ia menarik Malaysia keambang perang saudara, sama seperti apa yang berlaku di Afghanistan.

Sekiranya kerajaan berjaya melakukan pembaharuan keatas sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina pada tahun 1987 maka apa yang kita lihat pada hari ini mungkin tidak akan pernah berlaku. Walau bagaimana pun, untuk mengelakkan rusuhan kaum, kerajaan mengundurkan diri. Dan, apabila kerajaan mengundur diri, DAP mengambil alih dan memperkenalkan jenama 'pembaharuan' mereka sendiri.

Krisis sekolah Cina tahun 1987 dan penyusupan masuk DAP kesekolah Cina membuahkan hasil 20 tahun kemudiannya apabila Malaysia mengalami 'Tsunami Cina'

Transformasi DAP terhadap sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina adalah untuk berfikir mengikut garis-garis perkauman. DAP kemudiannya mempersembahkan diri sebagai wadah untuk memperjuangkan hak-hak orang Cina dan sebagai sebuah parti yang berjuang menentang penganiayaan terhadap bangsa Cina. Tanggapan yang mereka berikan adalah bangsa Cina di Malaysia mengalami nasib yang sama seperti yang orang-orang Yahudi lalui di Jerman sewaktu pemerintahan Nazi.

Mereka memainkan pemikiran orang Cina dan sentiasa mengingatkan orang Cina bahawa 90% daripada cukai pendapatan dibayar oleh kaum Cina. Sedangkan wang tersebut digunakan untuk membina masjid dan memberi sumbangan percuma kepada orang Melayu dan Bumiputera. Orang Cina bekerja keras dan membayar segala jenis cukai tetapi orang Melayu dan Bumiputera segala-galanya diberikan percuma tanpa perlu membayar apa-apa. Dan sekarang kita ada GST, yang merupakan cukai penggunaan. Jadi orang Cina akhirnya kena membayar lebih disebabkan orang Cina mempunyai lebih banyak wang dan mampu berbelanja lebih daripada orang Melayu.

Orang Cina telah diajar bahawa semua ini adalah tentang 'mereka dan kita'. Ianya berkenaan Cina menentang bukan-Cina. Cina Malaysia sedang mengalami nasib yang sama seperti orang-orang Yahudi dibawah Nazi Jerman. Kerana itu orang Cina perlu bersatu dan melawan balik sebelum mereka dihapuskan sepertimana terjadi kepada orang-orang Yahudi dizaman Nazi Jerman.

Begitulah lebih kurang secara kasarnya peristiwa yang berlaku. Walaupun dengan adanya DEB, yang mana orang Cina katakan sebagai diskriminasi terhadap bangsa Cina, kekayaan orang Cina telah meningkat daripada 30% kepada 70% manakala kekayaan orang Melayu meningkat dari 1% kepada hanya 3% (*1). Dan orang Cina dengan bangganya mengisytiharkan bahawa mereka membayar 90% cukai pendapatan sedangkan orang Melayu membayar terlalu sedikit. Bagaimana orang Cina boleh membayar 90% cukai pendapatan jika mereka telah kehilangan asas ekonomi sepertimana yang mereka dakwa?

Disebalik semua statistik yang tidak dapat dinafikan, orang Cina masih percaya mereka menghadapi diskriminasi dan ketidak-adilan ditangan apa yang mereka panggil 'Kerajaan Melayu'. Mereka tidak dapat memahami bahawa yang sebaliknya adalah benar. Dan ini adalah kerana sejak umur lima tahun mereka telah didoktrinkan disekolah Cina dan oleh pendidikan Cina untuk mempercayainya. Mereka adalah produk daripada sistem pendidikan yang bermotifkan politik, yang menggunakan kebencian dan perkauman sebagai doktrinnya.

Orang seperti Bin Laden tidak dilahirkan, mereka diasuh

Reput, DAP amat gemar ucapkan, bermula daripada kepala. Dan inilah yang paling tepat dimana reputnya sekolah Cina dan pendidikan Cina bermula dari, kepala. Ramai pengetua-pengetua sekolah Cina tidak boleh bertutur dengan betul Bahasa Malaysia mahu pun bahasa Inggeris. Kepada mereka hanya bahasa Cina yang penting manakala Bahasa Malaysia adalah bahasa primitif yang tidak pun mempunyai kata-bahasa sendiri dan hampir seluruh perkataan-perkataan Bahasa Malaysia, kecuali mungkin sepuluh atau seumpamanya, adalah dipinjam dari bahasa asing.

Orang Cina juga dimomokkan jika mereka tidak datang ke Tanah Melayu pada pertengahan 1800'an maka negara ini mungkin sama sekali tidak dibangunkan dan orang Melayu mungkin masih lagi tinggal diatas pokok. Malaysia sepertimana pada hari ini adalah kerana orang-orang Cina dan pekan-pekan dan bandar-bandar tidak akan wujud jika tidak kerana orang Cina. Orang Melayu terhutang budi sebesar-besarnya kepada orang Cina tetapi orang Melayu telah terlupa bahawa orang Cina lah yang membolehkan mereka turun dari atas pokok dan tinggal dirumah-rumah yang sempurna.

Begitu pun orang Cina percaya semua ini semata-mata kerana inilah apa yang mereka pelajari disekolah Cina mereka. Orang Cina diajar sejarah versi mereka, yang merupakan propaganda belaka dan sejarah yang telah diputar belit untuk menyemai rasa kebencian. Ini untuk menyakinkan orang Cina bahawa merekalah yang membangunkan Malaya dan tanpa mereka tidak akan ada Malaysia. Tetapi kemudiannya orang Melayu merampas segala-gala yang orang Cina telah bangunkan kerana orang Melayu terlalu bodoh dan amat pemalas untuk beroleh kejayaan melainkan mereka mengambil jalan pintas dengan merampas apa yang dimiliki oleh orang lain.

Hasil daripadanya terciptalah satu masyarakat yang buruk akhlak yang tidak mengenal erti perkara-perkara seperti nilai-nilai moral, integriti, maruah dan prinsip. Mereka boleh meludah hari ini dan menjilat kembali ludah mereka keesokan harinya. Ini telah mereka tontonkan secara terbuka sejak beberapa dekad yang lalu. Selepas meludah Tengku Razaleigh Hamzah mereka menjilatnya kembali pada tahun 1990. Selepas meludah Anwar Ibrahim mereka menjilatnya kembali pada tahun 1999. Selepas meludah Mahathir mereka menjilatnya kembali pada tahun 2015. Selepas meludah PAS pada tahun 1990 mereka menjilat balik PAS pada tahun 1999. Selepas meludah PAS pada tahun 2001 mereka menjilat balik PAS dalam tahun 2008. Selepas meludah PAS dalam tahun 2015 mereka masih membenarkan PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor.

Jika Perdana Menteri Najib Tun Razak, atas sebab-sebab pelik tertentu, sekiranya meninggalkan UMNO dan berpaling menentang parti lamanya, mereka akan jilat Najib balik selepas berterusan meludahnya selama ini.

'Superman' Hew adalah Bin Laden versi Cina: cetek pemikiran, kasar, sombong, kurang ajar, tidak bermoral, tiada maruah dan integriti, suka bermusuhan, dan bersikap perkauman tegar

Tiada ada yang lebih jelas lagi untuk dipertontonkan selain daripada satu masyarakat yang tidak mempunyai nilai-nilai moral, integriti, maruah dan prinsip-prinsip. Dan Lim Kit Siang sedar mengenainya. Dia tahu bahawa orang Cina dalam masa satu generasi yang lalu atau seumpamanya telah dipersiapkan dengan keadaan ini dan DAP boleh mengeksplotasi 'Cina Baru' ini (ingat 'Melayu Baru' Mahathir yang tidak perlu merasa takut untuk bersikap kurang ajar?).

Kit Siang memahami sistem nilai orang Cina dan cara orang Cina berfikir dan dia tahu dia boleh mempergunakannya tanpa dikesan dalam banyak perkara kerananya. Sebagai contoh, dia boleh duduk bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan membuat perjanjian dengan orang tua tersebut. Orang Melayu memandangnya sebagai sesuatu yang pelik memandangkan apa yang Kit Siang telah katakan tentang Mahathir selama 35 tahun. Kepada orang Cina, bagaimana pun, ia merupakan satu langkah yang bijaksana.

'Superman' Hew Kuan Yau kemudiannya memberitahu orang Cina bahawa Kit Siang sedang mempergunakan Mahathir. DAP mesti gunakan Melayu untuk perkenakan orang Melayu, jerit Hew. Kepada orang Melayu, ini menunjukkan sesungguhnya orang Cina kurang nilai-nilai moral, integriti, maruah dan prinsip-prinsip. Kepada orang Cina, Kit Siang seorang yang pintar manakala Hew adalah seorang wira Cina yang patut mereka arak diatas bahu merentasi bandar-bandar dan kampung-kampung Cina.

Ianya adalah satu set nilai-nilai yang amat berbeza sekali. Dan orang Cina tidak melihat nilai-nilai mereka sebenarnya kurang mempunyai nilai murni. Bagi mereka, inilah 'nilai-nilai Cina', bukannya kekurangan nilai-nilai. Dan ia adalah kerana inilah apa yang sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina telah ajarkan kepada mereka. Kerana itu pariah seperti 'Superman' Hew dianggap sebagai wira oleh orang Cina. Sedangkan dunia tidak mengerti mengapa orang seperti Bin Laden dianggap sebagai wira bukannya pariah kepada sesetengah orang. Keseluruhannya adalah disebabkan oleh sistem pendidikan yang mengajar mereka untuk berfikir sebegitu. 'Superman' Hew adalah Bin Laden versi Cina semata-mata kerana sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina sama-sama menggunakan kebencian dan perkauman sebagai doktrin mereka.


12 Mei 2017


::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU