Jadi, ya, PAS dan Hadi adalah kuasa penentu (kingmaker) dalam banyak perkara daripada apa yang anda boleh bayangkan. Seandainya terjadi penggantungan Parlimen, dan sekiranya PAS dan/atau Hadi mengatakan mereka memilih Barisan Nasional daripada Pakatan Harapan, maka Baginda Yang Di Pertuan Agong akan merestui kerajaan Barisan Nasional untuk mengangkat sumpah dan Majlis Raja-Raja akan menyokong Baginda. Dan Azmin mengetahui perkara ini, dan dia juga tahu kebongkakan DAP dan Kit Siang akan hanya menambah kemurkaan Raja-Raja.
Ramai yang tidak dapat memahami mengapa
sebilangan pemimpin PKR, terutamanya Menteri Besar Selangor Azmin
Ali, enggan meminggirkan PAS walaupun secara hakikatnya PAS bukanlah
ahli Pakatan Harapan. Malah, ia adalah DAP dan bukannya PKR yang
membubarkan Pakatan Rakyat dan mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat
sudah tidak wujud lagi. Itu sebenarnya merupakan keputusan sendirian
oleh DAP dan tidak dilakukan secara persetujuan bersama dengan PKR
dan PAS. Dan sebab DAP melakukannya, adalah supaya mereka dapat
menyingkirkan PAS.
Masalahnya dengan rakyat Malaysia ialah
ramai yang tidak mempedulikan sejarah dan sentiasa melihat setiap perkara secara
berasingan tanpa mengambil kira latar belakang sejarah kepada
peristiwa tersebut. Dan itulah sebabnya mengapa ramai yang digelar
'penganalisis politik' melakukan tugas yang amat menyedihkan dalam
menganalisa keadaan politik semasa.
Begitu jugalah apabila kita bercakap
tentang peristiwa, katakanlah 30 atau 40 tahun yang lalu, mereka
membalas dengan mengatakan mengapa bercerita tentang kisah lama?
Peristiwa-peristiwa lama tidak penting. Tetapi setakat itu sahajalah.
Sekiranya tidak kerana 'kisah-kisah lama' inilah hari ini Malaysia
mungkin 95% Melayu bukannya hanya sekadar 50% seperti sekarang. Jadi
'kisah-kisah lama' inilah yang membuatkan Malaysia sepertimana ianya
pada hari ini.
Jadi usahlah pedulikan 'kisah-kisah
lama' sehingga merugikan diri anda sendiri kerana dengan cara
begitu anda tidak akan faham mengapa Azmin Ali dan pemimpin PKR yang
lain mempunyai pandangan yang berbeza mengenai PAS berbanding dengan,
katakan, DAP. Dan hari ini, dari penelitian saya yang lebih baik,
saya akan mendedahkan mengapa PAS tersangat penting kepada Pakatan
Harapan dan mengapa Lim Kit Siang telah membuat satu kesilapan
terbesar dalam kerjaya politiknya selama 54 tahun dengan
menyingkirkan PAS.
Menyorot kembali keawal 1980an Tun Dr
Mahathir Mohamad memutuskan beliau tidak lagi mahu mengekalkan sistem
perkongsian kuasa yang telah wujud sejak Merdeka. Malaysia adalah
sebuah negara yang paling unik didunia kerana ia mempunyai empat
cabang kerajaan (sedangkan kebanyakan negara hanya mempunyai tiga
atau kurang). Empat cabang kerajaan ini adalah Perundangan
(Parlimen), Kehakiman (mahkamah dan sistem undang-undang), Monarki
(Majlis Raja-Raja) dan Eksekutif (Perdana Menteri).
Hadi mempunyai satu hubungan istimewa
dengan Raja-Raja yang bermula sejak 1980an
Maka Mahathir mula meruntuhkan Parlimen
(menjadikannya tunduk patuh kepada Perdana Menteri dengan memecat
atau menggantung Ahli-Ahli Parlimen yang menentangnya). Kemudiannya
Badan Kehakiman (membuang semua hakim yang beliau tidak dapat kawal
dan melantik calon pilihannya ke Badan Kehakiman). Dan akhirnya
Monarki atau Majlis Raja-Raja (Mahathir melancarkan apa yang sekarang
dikenali sebagai 'Krisis Perlembagaan').
Anwar Ibrahim adalah aksesori (penyeri
tambahan) kepada Krisis Perlembagaan ini dan beliau berkongsi
pandangan yang sama dengan Mahathir bahawa Monarki mestilah
dihapuskan sepertimana di India dan Indonesia dan Malaysia seharusnya
ditukar kepada sebuah Republik. Tetapi PAS tidak bersetuju dengan
cadangan ini. PAS percaya bahawa Sistem Beraja (Monarki) haruslah
dikekalkan dan Abdul Hadi Awang telah mengetuai demontrasi
pro-Monarki dihadapan istana Sultan Terengganu di Kuala Terengganu
untuk menunjukkan sokongan.
Azmin Ali menjadi Menteri Besar
Selangor hanya kerana Hadi Awang dan PAS bersetuju dengannya, kerana
itulah DAP tersangat marah
Ahli dan penyokong PAS dari seluruh
negeri Terengganu diangkut dengan bas ke Kuala Terengganu dan puluhan
ribu ahli dan penyokong PAS berhimpun dihadapan istana untuk
mendengar ucapan pro-Monarki oleh pemimpin-pemimpin PAS. Akhirnya Krisis Perlembagaan gagal dan Malaysia kekal
sebagai Sistem Beraja, walaupun Sistem Raja Berperlembagaan. Apa yang
lebih penting adalah rancangan Mahathir dan Anwar untuk menukar
Malaysia mejadi sebuah Republik telah gagal.
Kebanyakan Raja-Raja pada hari ini
adalah masih muda lebih daripada 30 tahun dahulu dan belum lagi
menaiki takhta. Tetapi kesemua mereka tahu bahawa satu-satunya sebab
mengapa hari ini mereka dapat mewarisi takhta adalah kerana PAS dan
Hadi. Jika tidak Perlis tidak lagi mempunyai Raja, Negeri Sembilan
tidak lagi mempunyai Yang Di Pertuan Besar, dan Kedah, Perak,
Selangor, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan tidak lagi
mempunyai Sultan. Kesemua 13 negeri di Malaysia akan mempunyai
Gabenor dan Ketua Menteri (tiada lagi walaupun Menteri Besar).
Oleh kerana itu Raja-Raja di Malaysia
sangat rasa terhutang dengan Hadi dan PAS. Malah RM100 juta tidak
dapat membayar balik apa yang PAS dan Hadi telah lakukan untuk
Raja-Raja. Malaysia masih kekal sebagai Raja Berpelembagaan kerana
PAS dan Hadi. Dan orang-orang seperti Azmin dan ramai pemimpin PKR
mengetahui hal ini. Mereka juga tahu sekiranya Parlimen digantung
dan seandainya PAS memutuskan untuk memberikan sokongan dibelakang
Barisan Nasional maka Raja-Raja akan menyokong Barisan Nasional
sebagai Kerajaan Persekutuan yang baharu.
Jadi, ya, PAS dan Hadi adalah kuasa
penentu (kingmaker) dalam banyak perkara daripada apa yang
anda boleh bayangkan. Seandainya terjadi penggantungan Parlimen, dan
sekiranya PAS dan/atau Hadi mengatakan mereka memilih Barisan
Nasional daripada Pakatan Harapan, maka Baginda Yang Di Pertuan Agong
akan merestui kerajaan Barisan Nasional untuk mengangkat sumpah dan
Majlis Raja-Raja akan menyokong Baginda. Dan Azmin
mengetahui perkara ini, dan dia juga tahu kebongkakan DAP dan Kit
Siang akan hanya menambah kemurkaan Raja-Raja.
Daulat Tuanku!
Terjemahan dari artikel
Malaysia Today
Raja Petra Kamaruddin
3 September 2017