Sunday, October 29, 2017

Teks Penuh Ucapan BAJET 2018

"MEMAKMUR EKONOMI YANG INKLUSIF, MENGIMBANG KEUNGGULAN DUNIAWI DAN UKHRAWI, DEMI MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT, MENUJU ASPIRASI TN50"


Tuan Yang Dipertua,

Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk "Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2018 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu" dibaca bagi kali kedua.

Bismillahirahmanirrahim.

1. Sesungguhnya Kami Bernaik Saksi Bahawa, Tiada Tuhan yang Selayaknya Disembah Melainkan Allah yakni Dia, serta para MalaikatNya, yang berSelawat ke atas Nabi Junjungan. Seraya, diseru ke atas orang-orang yang beriman mengucapkan; Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad, Wa 'ala Aali Saidina Muhammad.

2. Begitu juga kepada Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Tuan-Tuan dan Puan-Puan serta seluruh Rakyat Malaysia sekalian, dari penjuru utara Perlis, hingga kepenghujung Benua Asia di Tanjung Piai, membawa nun jauh di Sabah, Negeri di Bawah Bayu dan di Sarawak, Bumi Kenyalang, diucapkan Salam Sejahtera, Salam Negaraku, dan Salam 1Malaysia.

Tuan Yang Dipertua,

3. Pastinya pada tahun lalu, kita maklum tentang ramai yang telah meneka-neka bahawa, Bajet 2017 itu adalah Bajet Pilihanraya.

4. Memanglah, tidak dinafikan, kerana sekian banyak inisiatif dan sekian banyak peruntukan, telah diumumkan demi keperluan rakyat serta kepentingan negara. Namun nampaknya, ramalan itu setakat tahun lepas, menjadi hampa dan tidak benar belaka.

5. Lalunya, Tuan Yang Dipertua, kalau minggu lalu, kawan-kawan daripada masyarakat India baru saja menyambut Perayaan Cahaya Deepavali, kita ucapkan sekali lagi bersama-sama Deepavali Valthukal, Maka, pada Jumaat penghulu segala hari ini, seperti para cerdik pandai juga menyatakan boleh disambut sebagai Hari Lebaran yang riang dan ceria.

Monday, October 02, 2017

Lawak Super Spontan RCI Forex : "SAYA TIDAK TAHU"

Kerugian diperakui tetapi yang peliknya, tidak tahu menahu ianya berlaku

RPK menggelarkan mereka sebagai "M.A.D. (Mahathir-Anwar-Daim) Tiga Sekawan" - [READ HERE]

Pagi ini seseorang yang banyak mengetahui tentang malapetaka kerugian dagangan forex (foreign exchange - pertukaran matawang asing) Bank Negara Malaysia (BNM) melahirkan rasa jijik dengan kenyataan Tan Sri Hadenan Jalil kepada RCI (Royal Commission of Inquiry - Suruhanjaya Siasatan Diraja). The Sun Daily bertarikh 7 September 2017 [read here] ada sedikit petikannya :
Sementara itu, bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Hadenan A. Jalil memberi keterangan bahawa semasa beliau bertugas sebagai Setiausaha di Bahagian Kewangan, Jabatan Kewangan Negara menafikan pernah mengadakan sebarang perbincangan tentang kerugian forex yang dialami oleh BNM diantara 1990 dan 1994.

"Saya tidak pernah pun semasa bertugas sebagai Setiausaha di Bahagian Kewangan, Jabatan Kewangan Negara mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerugian forex yang dialami oleh BNM dengan Perdana Menteri ketika itu."

Pengerusi Protasco ini [read here] adalah seorang pembohong tegar dan seorang penipu [read here].


Orang berkenaan melalui pesanan ringkas menyatakan keterangan tersebut hanya membuatkan hilangnya kepercayaan kepada profesion pengauditan. Hadenan sepatutnya diketika itu bersama-sama dengan P Ramlee menjadi juruaudit dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.

Beliau sepatutnya menjadi pilihan terbaik untuk memegang peranan dalam produksi perfileman Tun Dr Mahathir sebagai seorang juruaudit yang tidak amanah. Tanpa menerangkan lebih lanjut, orang berkenaan memberitahu juruaudit dalam filem tersebut tolong membantu melakukan rompakan terbesar dengan mengira jumlah yang telah dirompak bukannya melindungi wang yang telah dicuri dari rakyat.

Selain daripada menjadi Pengerusi syarikat Tun Daim yang terdahulu, beliau juga adalah Pengerusi Kumpulan ICB yang berpengkalan di Switzerland. Pada masa yang sama beliau menerima pencen yang amat lumayan [jumlahnya] daripada kerajaan.

Orang berkenaan menekankan bahawa perkara berkaitan yang lebih penting yang tidak disentuh oleh pihak media tentang RCI pada hari Isnin (21 Ogos 2017) adalah kedua-dua Tun Daim dan Tun Dr Mahathir memperakui tentang wujudnya kerugian. Daripada situ, seseorang boleh mempersoalkan tentang jumlahnya, dan siapa yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah-laku dan yang cuba melindunginya.

Sehubungan dengan kerugian RM32.5 bilion, blogger ini percaya bahawa angkanya masih kurang daripada nilai sebenarnya. Masih banyak lagi yang disembunyikan oleh BNM dan otai-otai (old-timers) ini daripada orang ramai.

Mereka beralasan mereka #taktau.

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU