Monday, October 02, 2017

Lawak Super Spontan RCI Forex : "SAYA TIDAK TAHU"

Kerugian diperakui tetapi yang peliknya, tidak tahu menahu ianya berlaku

RPK menggelarkan mereka sebagai "M.A.D. (Mahathir-Anwar-Daim) Tiga Sekawan" - [READ HERE]

Pagi ini seseorang yang banyak mengetahui tentang malapetaka kerugian dagangan forex (foreign exchange - pertukaran matawang asing) Bank Negara Malaysia (BNM) melahirkan rasa jijik dengan kenyataan Tan Sri Hadenan Jalil kepada RCI (Royal Commission of Inquiry - Suruhanjaya Siasatan Diraja). The Sun Daily bertarikh 7 September 2017 [read here] ada sedikit petikannya :
Sementara itu, bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Hadenan A. Jalil memberi keterangan bahawa semasa beliau bertugas sebagai Setiausaha di Bahagian Kewangan, Jabatan Kewangan Negara menafikan pernah mengadakan sebarang perbincangan tentang kerugian forex yang dialami oleh BNM diantara 1990 dan 1994.

"Saya tidak pernah pun semasa bertugas sebagai Setiausaha di Bahagian Kewangan, Jabatan Kewangan Negara mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerugian forex yang dialami oleh BNM dengan Perdana Menteri ketika itu."

Pengerusi Protasco ini [read here] adalah seorang pembohong tegar dan seorang penipu [read here].


Orang berkenaan melalui pesanan ringkas menyatakan keterangan tersebut hanya membuatkan hilangnya kepercayaan kepada profesion pengauditan. Hadenan sepatutnya diketika itu bersama-sama dengan P Ramlee menjadi juruaudit dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.

Beliau sepatutnya menjadi pilihan terbaik untuk memegang peranan dalam produksi perfileman Tun Dr Mahathir sebagai seorang juruaudit yang tidak amanah. Tanpa menerangkan lebih lanjut, orang berkenaan memberitahu juruaudit dalam filem tersebut tolong membantu melakukan rompakan terbesar dengan mengira jumlah yang telah dirompak bukannya melindungi wang yang telah dicuri dari rakyat.

Selain daripada menjadi Pengerusi syarikat Tun Daim yang terdahulu, beliau juga adalah Pengerusi Kumpulan ICB yang berpengkalan di Switzerland. Pada masa yang sama beliau menerima pencen yang amat lumayan [jumlahnya] daripada kerajaan.

Orang berkenaan menekankan bahawa perkara berkaitan yang lebih penting yang tidak disentuh oleh pihak media tentang RCI pada hari Isnin (21 Ogos 2017) adalah kedua-dua Tun Daim dan Tun Dr Mahathir memperakui tentang wujudnya kerugian. Daripada situ, seseorang boleh mempersoalkan tentang jumlahnya, dan siapa yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah-laku dan yang cuba melindunginya.

Sehubungan dengan kerugian RM32.5 bilion, blogger ini percaya bahawa angkanya masih kurang daripada nilai sebenarnya. Masih banyak lagi yang disembunyikan oleh BNM dan otai-otai (old-timers) ini daripada orang ramai.

Mereka beralasan mereka #taktau.

Mereka boleh memutar-belit menyembunyikan daripada pengetahuan umum pemindahan saham TNB dan Telekom yang dimiliki rakyat. Satu sumber mendakwa ianya dilakukan dengan cara untuk mewujudkan suatu kesan palsu yang menunjukkan rizab asing telah meningkat.

Dengan menggunakan ungkapan yang berulang kali didengar semasa RCI, bekas Timbalan Setiausaha Kewangan di Jabatan Kewangan Kementerian Kewangan, Datuk Othman Yusoff, 69, tidak dapat mengingati siapa yang mengarahkannya berbuat demikian.

Seandainya mereka tidak mengakui kerugian tersebut, ianya bermakna RM5.7 bilion telah diisytiharkan dan baki daripada RM32.5 bilion tersebut mungkin telah dihilangkan dibawah keselesaan [penggunaan] OSA (Official Secret Act - Akta Rahsia Rasmi).

Perkara-perkara utama RCI hari Isnin (21 Ogos 2017) telah diringkaskan dengan sempurna oleh Straits Times Singapura dibawah :
PERKARA-PERKARA UTAMA SIASATAN

Ini adalah perkara-perkara utama yang muncul semalam di RCI Forex diatas kerugian maha besar BNM pada tahun 1990-an disebabkan perdagangan matawang asing secara agresif.

1. Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad mendakwa beliau tidak mengetahui sejauh mana perdagangan pertukaran matawang asing BNM, dan tidak mempunyai kuasa yang sah untuk mencampuri operasi bank tersebut.

2. Tun Daim Zainuddin, Menteri Kewangan dari tahun 1984 hingga 1991, mendakwa walaupun beliau menteri yang bertanggungjawab keatas BNM, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang keputusan bank untuk menjadi pedagang matawang yang aktif, dan akan menghentikannya sekiranya beliau diberitahu.

3. Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga 2003, berkata beliau tidak mengetahui tahap kerugian pada ketika itu. Beliau menafikan dakwaan bahawa beliau telah diberitahu pada tahun 1993 bahawa angka tersebut telah berjumlah sehingga RM30 bilion, dan mengatakan beliau hanya diberitahu ia adalah "sekitar RM5 bilion atau RM5.7 bilion."

4. Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, menyuarakan keraguan tentang perkara ini, kerana RM5.7 bilion adalah kerugian yang menunjuk kepada tahun 1993 dan hanya diambil-kira dan dilaporkan pada tahun berikutnya.

5. Suruhanjaya menyatakan beberapa kali bahawa [tugas] Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah untuk mengurus negara dan ekonomi, dan ianya seolah-olah memperlihatkan "tidak ada siapa yang mengambil kepertanggung-jawaban dan kepemilikan daripada menteri keatas."

6. Bekas Timbalan Setiausaha Kewangan Kementerian Kewangan, Datuk Othman Yusoff, memberitahu siasatan bahawa saham-saham dalam syarikat utiliti Tenaga Nasional dan Telekom Malaysia telah dipindahkan daripada kerajaan kepada BNM pada harga nominal (harga/nilai saham sebenar), yang akan dijual kepasaran [saham] untuk mendapatkan keuntungan bagi menutup kerugian forex.

Shannon Teoh

Tun Daim memberikan kenyataannya lebih awal dan [pihak] media memberikan sorotan penafiannya tentang pengetahuannya [berkaitan dagangan forex BNM]. Beliau melepaskan jawatan [Menteri Kewangan] pada tahun 1991 tetapi beliau mengakui mendengar mengenainya pada tahun 1988.

The Sun Daily (kemaskini terakhir pada 18 September 2017, 03:20 pm) melaporkan :

Dagangan forex BNM adalah mengarut, kata Daim

G Surach

PUTRAJAYA : Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin memberitahu RCI yang menyiasat kerugian forex BNM pada tahun 1980-an dan 1990-an bahawa beliau tidak pernah bercakap dengan Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad tentang urusniaga forex Bank Pusat tersebut.

Hadir sebagai saksi ke-23 dalam penyiasatan hari ini, beliau berkata Gabenor Bank Negara ketika itu, Tan Sri Jaffar Hussein (yang sudah meninggal), tidak pernah berbincang dengannya secara terperinci mengenai urusniaga forex oleh bahagian perdagangan BNM.

Walau bagaimanapun, beliau mengakui BNM menjadi aktif dalam perdagangan forex sejak tahun 1988 dan seterusnya.

Daim, yang berkhidmat sebagai Menteri Kewangan diantara tahun 1984 dan 1991, tiba di Istana Kehakiman pada pukul 9:45 pagi sebelum mengambil tempat dikandang saksi pada pukul 10:20 pagi.

Menyifatkan dagangan forex BNM diketika itu sebagai "mengarut", Daim menegaskan beliau pasti akan menghentikannya sekiranya beliau tahu mengenainya.

Bercakap kepada pemberita selepas menjadi saksi kepada RCI, Daim berkata ia bukanlah peranan Bank Pusat untuk berdagang matawang asing.

"Jika difikirkan balik, saya rasakan ianya sesuatu yang amat bodoh. Perdagangan forex adalah perniagaan yang sangat tidak menentu dan mereka yang bertugas menjaga rizab [kerajaan] perlu lebih berhati-hati dalam menguruskannya."

"Peranan BNM adalah untuk melindungi matawang dan rizab kita," beliau memberitahu Suruhanjaya.

Ditanya oleh Pengerusi RCI Tan Sri Mohd Sidek Hassan sama ada Menteri Kewangan boleh mengakses laporan-laporan BNM kerana Ketua Setiausaha Perbendaharaan adalah juga seorang ahli lembaga [pengarah] BNM, Daim berkata tidak ada seorang pun yang memaklumkan kepadanya.

"Adalah tanggungjawab BNM untuk melaporkan ke Kementerian tentang urusniaga tersebut."

Bagaimana pun, Sidek menegur Daim dan mempersoalkan bagaimana beliau tidak boleh mengetahui urusniaga Bank Pusat apabila saksi terdahulu, bekas Juruaudit Kanan [BNM], Kanason Pothinker, mengetahui lebih banyak mengenainya.

"Dia jauh lebih rendah (pangkat dan kedudukan) daripada kamu, tetapi dia tahu," kata Sidek.

"Dan anda sebagai seorang Menteri yang begitu baik, tidak tahu. Saya dapati ianya sangat ganjil. Tidakkah anda bersetuju?" tanya beliau.

Sebagai jawapan balas, Daim menekankan beliau tidak dimaklumkan.

"Bagaimana saya boleh bersetuju atau tidak bersetuju apabila saya tidak dimaklumkan. Sekiranya saya mengetahui perkara-perkara ini, saya tidak akan membiarkannya berlaku."

"Saya pasti akan memecat mereka. Bagaimana saya boleh bertindak apabila saya tidak tahu (apa yang berlaku)," beliau membalas secara tajam.

Lagi laporan disini, disini dan disini.

Beliau (Daim) tidak boleh mengatakan beliau tidak tahu, tanpa seseorang boleh dipersalahkan atau dipertanggung-jawabkan, kerana undang-undang begitu jelas seperti dinyatakan dibawah :



Adakah Hadenan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan yang tidak cekap tidak mampu untuk membantu, mengemaskini dan memantau Kementerian dengan sewajarnya?


Mahathir memberi keterangan sebagai saksi (testimoni) selepas Daim. Beliau telah mempolitikkan RCI sejak dari awal lagi dan cuba melencongkannya melalui peguamnya, Haniff Khatri, seorang Pashtun [dari Pakistan]. Dalam keterangannya, beliau tanpa henti membuat penafian dan putar-belit politik.

The Sun Daily (kemaskini terakhir pada 19 September 2017, 09:09 am) telah melaporkannya dibawah :

BNM memulakan dagangan forex secara aktif tanpa pengetahuan saya : Dr M

G Surach

PUTRAJAYA : Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi keterangan bahawa beliau telah diberi taklimat secara terperinci tentang kerugian dagangan forex BNM hanya selepas beberapa bulan perkara itu dibentangkan kepada Kabinet pada tahun 1993.

"Mengenai keterangan-keterangan Saksi ke-14 (bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Clifford Herbert) dan Saksi ke-21 (bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang menyatakan mereka telah memberi taklimat kepada saya tentang kerugian tersebut, ini adalah benar tetapi mereka hanya memberi taklimat kepada saya mengenai kerugian tersebut berbulan selepas Saksi ke-21 membentangkan kerugian tersebut kepada kabinet," katanya ketika membacakan keterangan saksinya semasa RCI mengenai kerugian forex di Istana Kehakiman, disini, semalam.

Kerugian itu berjumlah lebih-kurang RM5.7 bilion pada tahun 1993, beliau berkata itulah sahaja apa yang telah dimaklumkan kepadanya, sambil menambah beliau tidak dapat mengingati kerugian yang dikatakan sebanyak RM31 bilion seperti yang didakwa oleh bekas Penolong Gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid.

Semasa sesi-sesi RCI sebelumnya, kedua-dua Anwar dan Herbert telah menyatakan bahawa Mahathir, Perdana Menteri ketika itu, telah pun diberi taklimat sebelum Anwar membentangkan laporan mengenai kerugian tersebut kepada Kabinet pada bulan April 1993.

Mahathir kemudiannya memperjelaskan keterangan saksi Herbert yang menyatakan beliau (Mahathir) ada mengucapkan, "kadang-kadang kita buat untung dan kadang-kadang kita buat rugi" apabila diberi taklimat tentang kerugian.

"Saya tidak ingat dengan tepat apa yang saya katakan, mungkin saya ada berkata begitu, atau mungkin juga saya kata, ada masa kita menang, ada masa kita kalah."

"Saya hanya berkata sebegini berkemungkinan kerana (bekas Gabenor BNM Tan Sri) Jaffar Hussein telah pun memberitahu saya dagangan forex BNM pada lewat 1980-an menguntungkan dan meningkatkan rizab Bank Pusat," katanya.

Mahathir juga mempertahankan keputusannya melantik Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai Penasihat Ekonomi kepada kerajaan, walaupun terdapat tuduhan Nor Mohamed adalah salah seorang penggerak utama dibelakang skandal forex ditahun 1990-an.

"Ekonomi berada dalam keadaan yang mencabar dan saya memerlukan sesorang yang mempunyai pengetahuan untuk membantu kita menghadapinya."

"Dia (Nor Mohamed) adalah orangnya," tambahnya.

Terdapat begitu banyak laporan tetapi laporan Bernama dibawah ini yang paling menyerlahkan :

Dr M : Saya hanyalah manusia, sesetengah perkara terlepas dari pengawasan saya

(Bernama) - "Jika anda mahu mengatakan bahawa saya seorang perfeksionis, ya saya mengaku, tetapi saya juga adalah manusia, kadangkala saya terlepas pandang (sesuatu)," bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu RCI atas kerugian forex BNM pada awal 1980-an hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian dalam menjawab Pegawai Yang Menjalankan Tugas Datuk Suhaimi Ibrahim, yang mengatakan Dr Mahathir adalah seorang yang sentiasa mahukan kesempurnaan dan seorang yang amat teliti yang akan mengambil perhatian berat kepada setiap masalah, tetapi telah gagal untuk mengambil perhatian kepada kerugian yang amat besar yang dialami oleh BNM.

"Tidak kira bagaimana cermat sekali pun saya mengendalikan setiap sesuatu, ada perkara yang saya telah terlepas pandang. Sebagai contoh, saya telah melantik orang yang salah," kata beliau tanpa menyebut nama orang berkenaan.

Diketika ini, ahli panel RCI, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said memberitahu Dr Mahathir bahawa isu yang berbangkit adalah berkenaan kerugian yang dialami oleh BNM.

Kamaludin juga bertanya kepada Dr Mahathir sama ada beliau telah tersalah melantik Menteri Kewangan diketika itu, dimana beliau menjawab, "Dia kelihatan baik pada awalnya, tetapi apa yang ada difikirannya, saya tidak tahu."

Kepada soalan Suhaimi yang Dr Mahathir sepatutnya memberikan perhatian yang lebih kepada kerugian BNM kerana ianya juga telah dilaporkan dalam media asing, bekas Perdana Menteri itu berkata beliau tidak memberi perhatian kepada laporan media asing kerana mereka amat suka mengkritiknya.

"Saya ambil perhatian (atas kerugian BNM) daripada pegawai-pegawai saya. Saya berdiri teguh dengan laporan pegawai-pegawai saya, termasuk Menteri Kewangan dan Gabenor (BNM)," tegasnya.

Terdahulunya dalam kenyataan saksi mengenai dakwaan Tan Sri Clifford Francis Herbert bahawa beliau dan Menteri Kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bertemu Dr Mahathir dipejabatnya pada awal 1993 untuk melaporkan kerugian BNM sebanyak RM30 bilion, Dr Mahathir berkata beliau tidak dapat mengingati jumlah RM30 bilion yang diperkatakan.

"Apa yang saya boleh ingatkan balik jumlah RM5 bilion ada disebutkan. Ini kerana apabila ianya dibawa keperhatian saya, saya sudah tahu bahawa kerugian forex BNM pada tahun 1992 adalah sebanyak RM5.7 bilion seperti yang dimaklumkan kepada Kabinet sebelumnya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan sebanyak yang saya ingat, itulah juga yang telah dibentangkan di Parlimen."

"Apa yang saya pasti tidak ada dokumen bertulis yang ditunjukkan atau diberikan kepada saya berhubung perkara tersebut," katanya.

Dr Mahathir berkata semua masalah urusniaga forex BNM telah ditangani oleh Bank Pusat diantara 1992 dan 1994 dengan memperkenalkan pelbagai kaedah kawal-selia termasuk dengan merumuskan Akta Bank Negara Malaysia 2009.

Mengenai bekas Gabenor BNM Tan Sri Jaffar Hussein, Dr Mahathir berkata Jaffar secara peribadinya dikenali sebagai seorang yang boleh dipercayai, amanah dan teliti.

"Beliau juga dikenali sebagai seorang yang tegas, berterus-terang dan saya berkeyakinan penuh dengan kewibawaan dan ketelusannya," ujar Dr Mahathir.

"Semua kerugian forex yang dialami oleh BNM antara tahun 1992 dan 1994 tidak boleh menjejaskan nama baik dan sumbangan yang diberikan oleh Jaffar, yang telah berkhidmat dengan penuh gigih demi kepentingan negara," katanya.

Beliau berkata langkah Jaffar untuk memikul tanggungjawab dan meletak jawatan sebagai Gabenor BNM merupakan satu keputusan yang bijaksana.

Berkaitan kenyataan Anwar mengenai mesyuarat Kabinet yang diadakan pada 30 Mac 1994 dan 6 April 1994, Dr Mahathir berkata sejauh mana yang beliau boleh ingat, tidak ada fakta yang diberikan oleh Anwar dalam kedua-dua mesyuarat yang berbeza dengan Laporan Kewangan Tahunan BNM yang dibentangkan kepada Kabinet dan didalam Parlimen.

"Saya sangat yakin oleh kerana kerugian sebenar yang dialami oleh BNM tidak dapat dikenalpasti, melainkan jumlah yang dinyatakan didalam Laporan Kewangan Tahunan Bank Pusat yang dibentangkan kepada Kabinet dan didalam Parlimen, Anwar tidak menyembunyikan daripada mesyuarat Kabinet sebarang maklumat yang diberikan secara rasmi kepadanya oleh BNM," katanya.

Penyiasatan bersambung esok.

RCI dipengerusikan oleh Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Ahli-ahli panel yang lain adalah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Seri Tajuddin Atan, Pengerusi-Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon dan ahli Institut Akauntan Malaysia K Puspanathan.

Beliau manusia?

Seorang manusia seharusnya punya hati dan tahu malu.

Orang tua itu meracau berhubung RCI yang [kononnya] dibentuk untuk mencemarkan namanya, yang sememangnya telah lama tercemar tetapi dipertahankan dengan sabar, sehinggalah beliau secara keterlaluan cuba mensabotaj sebuah institusi kerajaan dan negara bagi memuaskan ketamakannya untuk mendapat kuasa, kekayaan dan membalas dendam.

Beliau meracau tentang masalah BNM yang telah diselesaikan seolah-olah penyelesaian itu dapat mengembalikan semula wang yang telah hilang.

Dan, beliau terus meracau untuk memanggil satu lagi RCI. Sebuah RCI boleh diikuti dengan penyiasatan oleh pihak berkuasa atau PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) dan kemungkinan tindakan mahkamah. Tetapi sesuatu kes yang telah dibuang/ditolak oleh para penyiasat, PAC dan tidak dibawa kemahkamah tidak mempunyai keperluan untuk [penubuhan] sebuah RCI.

Beliau cuba mengajar RCI bagaimana untuk menjalankan tugas mereka dengan memohon supaya Datuk Murad dipanggil semula. Beliau bukan lagi Perdana Menteri dan tidak boleh kembali menjadi Perdana Menteri lagi.

Nyanyuk dan lupa ingatan telah mula memainkan peranan.


Kesemua mereka mendakwa tidak tahu. Secara dasarnya, rakyat Malaysia tahu adalah hampir mustahil Daim dan Mahathir tidak tahu apa yang sedang berlaku dan tidak menyedari satu kerugian yang sebegitu besar.

Percubaan peguam-peguam Anwar dengan dakwaan ketiadaan dua orang saksi sebagai kelompongan dalam pembuktian juga tidak ada kaitan dengan orang ramai.

Daim sudah pasti tahu tetapi berkemungkinan tidak menyedari tentang kerugian yang sebegitu besar kemudiannya. Beliau bukan lagi Menteri Kewangan diwaktu itu. Walau bagaimana pun, beliau tahu itu adalah idea Mahathir dan beliau tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya.

Dan, beliau takut kepada sifat pendendam Mahathir, dan sifat semulajadi Mahathir yang sensitif. Mahathir boleh secara kejam menyalahgunakan kuasanya keatas sesiapa yang beliau tidak suka dan mencurigakan. Pada tahun-tahun kemudiannya, Mahathir memang telah menggunakan kuasanya keatas Daim dan orang-orangnya.

Disebalik penafiannya, Mahathir berkemungkinan besar terlibat secara langsung. Hanya cara bagaimana untuk membuktikannya.

Beliau telah melawat bilik urusniaga forex BNM di London dan Kuala Lumpur. Seseorang (yang namanya dirahsiakan sebagai tanda hormat) memperkenalkan beliau dengan satu sistem dagangan dan beliau begitu teruja dengan peluang untuk membuat wang segera seperti dipertontonkan.

Sekiranya Mahathir yang sebenarnya mengarahkan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk menggunakan sistem dagangan tersebut, ia adalah langkah yang paling bangang. Sistem dagangan adalah urusniaga untuk beberapa "dollar" mengikut trend (turun-naik pasaran) tetapi bukan untuk saiz urusniaga yang boleh mengerakkan pasaran.

Kemungkinan besar Mahathir tidak [menggunakan sistem dagangan tersebut]. Kerugian pertukaran matawang asing itu mungkin merupakan satu penyamaran. Dagangan itu mungkin palsu dan RM32 bilion itu berkemungkinan dicuri!

Bagi mereka yang mendakwa mereka berhasrat untuk 'Selamatkan Malaysia', nasihat terbaik dalam bahasa Perancis adalah 'Fook Them' ('Pergi Jahanam')!!!.


Terjemahan dari artikel 
ANOTHER BRICK IN THE WALL
20 September 2017


::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU