Pada tahun 1990, Barisan Nasional memenangi 53% undi dan 70% kerusi sementara perikatan longgar PAS-Semangat-DAP memenangi 40% undi dan 20% kerusi. Itulah titik peringatan bagi kedua-dua UMNO dan DAP dan mereka sedar bahawa orang Melayu lah yang menentukan siapa yang menubuhkan kerajaan. Oleh itu, sekiranya UMNO mahu terus memerintah, ia mestilah terus mendapatkan sokongan orang Melayu. Dan sekiranya DAP mahu membentuk kerajaan, ia kena melakukannya melalui orang Melayu. DAP, secara bersendiri, tanpa orang Melayu, tidak akan pergi kemana-mana. Sindrom Ali Baba, yang mana ianya sebahagian daripada kebudayaan korporat Malaysia, sekarang mesti diperluaskan juga kedalam politik.
Pilihanraya Umum Ke-14 Malaysia akan diadakan pada 9 Mei 2018. Tetapi ini sebenarnya pilihanraya kali yang ke-15 bagi UMNO dan PAS (termasuk juga MCA dan MIC). Pilihanraya yang pertama telah diadakan pada 27 Julai 1955 apabila UMNO menang 34 kerusi. MCA 15, MIC dua dan PAS (diwaktu itu dipanggil Parti Islam Se Malaya) hanya satu. Diketika itu pun Parti Perikatan UMNO, MCA dan MIC hanya memenangi 81% jumlah undi tetapi hampir 100% jumlah kerusi (atau 51 daripada 52 kerusi).
Dua hari selepas PRU14 yang akan datang pada 9 Mei 2018, iaitu pada 11 Mei 2018, UMNO akan merayakan ulangtahun penubuhannya pada 11 Mei 1946.
Hakikat politik Malaysia sejak dari awal lagi adalah ianya sentiasa gabungan pimpinan-UMNO melawan PAS. Dalam tahun 1959, Perikatan memenangi 51% jumlah undi dan 71% jumlah kerusi, melawan PAS yang memenangi 21% jumlah undi dan 12% jumlah kerusi.
Dalam tahun 1963, Malaysia telah ditubuhkan dan dalam Pilihanraya Umum tahun 1964 Perikatan telah memenangi 58% undi dan 85% jumlah kerusi sedangkan PAS memenangi 15% undi dan 9% jumlah kerusi. Barisan Soaialis melakukan lebih baik daripada PAS dengan 16% keseluruhan undi tetapi memenangi hanya 2% keseluruhan kerusi.
Dengan itu, secara ringkasnya, politik Malaysia sememamgnya sentiasa suatu 'pertarungan orang Melayu' diantara gabungan pimpinan-UMNO dan PAS, dengan parti-parti bukan-Melayu sekadar memainkan 'peranan sokongan'.
PRU14 pada dasarnya adalah diantara BN, PKR dan PAS
Sehinggalah Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965 - dan apabila Singapura ditransformasi menjadi sebuah negara pulau berpemerintahan-Cina - baharulah politik Malaysia mula berubah. Tiga bulan kemudiannya, pada 11 Oktober 1965, kerajaan PAP Singapura menubuhkan DAP, dengan gambaran untuk mengubah 'negeri-negeri Cina' Pulau Pinang, Perak dan Selangor, dan mungkin juga termasuk Johor, menjadi sebahagian daripada 'Lingkaran Pengaruh Cina'.
PAP tidak berminat kepada kawasan pendalaman Melayu atau apa yang boleh dianggap 'negeri-negeri miskin'. Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor menguasai 90% daripada ekonomi Malaysia. Jadi, dengan Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor menjadi sebahagian daripada 'Lingkaran Pengaruh Cina' Singapura, itu lebih kurangnya memberi orang Cina penguasaan keatas kedua-dua Malaysia dan Singapura.
Walau bagaimana pun, sebelum hasrat itu boleh tercapai, mereka perlulah terlebih dahulu memusnahkan penguasaan politik orang Melayu kerana keputusan-keputusan pilihanraya sebelumnya telah memperlihatkan barangsiapa yang mengawal undi orang Melayu akan menguasai Malaysia.
Empat tahun kemudiannya, dalam pilihanraya umum bulan Mei 1969, yang merupakan kali pertama DAP mengambil bahagian semenjak ditubuhkan pada tahun 1965, impian 'Lingkaran Pengaruh Cina' hampir menjadi kenyataan apabila Parti Perikatan hanya memenangi 44% jumlah undi dan menang tipis dengan hanya 51% jumlah kerusi.
Tahun 1969 membuktikan anda perlu menghancurkan penguasaan politik orang Melayu sekiranya anda mahu memerintah Malaysia kerana walaupun dengan kurang daripada 50% undi anda masih boleh menubuhkan kerajaan - selagi undi-undi tersebut adalah undi orang Melayu daripada kawasan pendalaman orang Melayu.
Dalam tahun 1990, DAP 'bercengkerama' dengan Semangat 46, yang mempunyai kesepakatan dengan PAS, semata-mata untuk menguji keadaan. Dikala itu ianya bukan lagi Parti Perikatan tetapi Barisan Nasional, yang ditubuhkan pada tahun 1973. Barisan Nasional memenangi 53% undi dan 70% kerusi sementara gabungan longgar PAS-Semangat-DAP mendapat 40% undi dan 20% kerusi.
Itulah titik peringatan bagi kedua-dua UMNO dan DAP dan mereka sedar bahawa orang Melayu lah yang menentukan siapa yang menubuhkan kerajaan. Oleh itu, sekiranya UMNO mahu terus memerintah, ia mestilah terus mendapatkan sokongan orang Melayu. Dan sekiranya DAP mahu membentuk kerajaan, ia kena melakukannya melalui orang Melayu. DAP, secara bersendiri, tanpa orang Melayu, tidak akan pergi kemana-mana. Sindrom Ali Baba, yang mana ianya sebahagian daripada kebudayaan korporat Malaysia, sekarang mesti diperluaskan juga kedalam politik.
Penggunaan logo Mata Lebam PKR oleh DAP adalah untuk memperdaya orang Melayu agar mengundi untuk mereka kerana tanpa Tsunami Melayu DAP tidak akan dapat berkuasa
Dan itulah sebabnya mengapa PRU14 akan menjadi pilihanraya yang paling penting dalam sejarah 63 tahun pilihanraya Malaysia. Buat pertama kalinya dalam sejarah, orang Cina bersatu (mengikut kata DAP 90% orang Cina dibelakang mereka) sedangkan orang Melayu berpecah belah dengan teruk kedalam UMNO, PAS, PPBM, PKR, PAN dan beberapa lagi parti serpihan.
Seandainya Barisan Nasional pimpinan-UMNO mahu digulingkan maka ianya hendaklah dilakukan sekarang. Jika pada 9 Mei 2018 ianya tidak berlaku, maka ianya tidak akan berlaku untuk satu jangka-waktu yang panjang. Pilihanraya Umum 9 Mei bukanlah tentang kelangsungan politik Perdana Menteri Najib Tun Razak, sebagaimana sesetengah orang berkata. Ianya adalah tentang kelangsungan politik orang Melayu. Dan inilah apa yang DAP tidak mahu orang Melayu sedar.
Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memberikan gambaran bahawa PRU14 adalah satu pertandingan antara Mahathir-Najib. Hakikatnya ia adalah satu pertandingan antara UMNO-DAP. Sekiranya Mahathir mengatakan ia adalah tentang menggulingkan Najib kerana perlakuan jenayahnya dan untuk menyelamatkan Malaysia, ia berbunyi mulia dan orang Melayu dapat mempercayainya. Tetapi sekiranya beliau berkata ia adalah tentang menjatuhkan UMNO untuk digantikan dengan DAP, Mahathir akan berhadapan dengan kebangkitan penentangan oleh orang Melayu.
Sebenarnya, Mahathir dan Pakatan Harapan memberitahu rakyat Malaysia dua cerita yang berbeza. Kepada orang Melayu, mereka mengatakan ia adalah tentang menggulingkan Najib untuk menyelamatkan UMNO. Sekiranya UMNO tumbang kuasa politik orang Melayu akan berakhir. Jadi mereka perlu selamatkan UMNO - dan untuk melakukannya Najib perlu disingkirkan.
Kepada orang Cina, mereka berkata bagi mengakhiri kuasa politik orang Melayu, dan untuk DAP mengambil alih, mereka mesti menyingkirkan UMNO. Dan untuk ianya terjadi mereka perlukan orang Melayu mengundi Pakatan Harapan kerana kuasa politik berada dalam genggaman orang Melayu.
DAP kena betul-betul menyakinkan logo Mata Lebam PKR kepada penyokong mereka
Dan itulah sebabnya mengapa roket DAP mesti dikuburkan dan tidak muncul dalam PRU14 kerana roket dikaitkan dan dikenali sebagai PAP, Singapura, penguasaan politik Cina, dan sebagainya. Dan untuk mendapatkan sokongan orang Melayu, roket kena digantikan dengan mata, simbol Mata Lebam Anwar PKR.
Jadi itu membawa kita ke Hari Penamaan Calon 16 hari daripada sekarang pada 28 April 2018. DAP, PKR, PPBM dan PAN akan bertanding dibawah simbol Mata Lebam PKR (yang peliknya, termasuk Mahathir sekali). Untuk semua calon Barisan Nasional, Najib akan menandatangani Surat Watikah. Untuk calon-calon PKR (maknanya DAP, PPBM dan termasuk juga PAN) Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menandatangani Surat Watikah mereka. Dan Abdul Hadi Awang akan menandatangani Surat Watikah untuk calon-calon PAS, yang sudah semestinyalah.
Sedangkan untuk Barisan Nasional dan PAS ianya tersangat mudah, untuk calon-calon 'PKR' keadaan menjadi agak rumit. Wan Azizah bukanlah pemimpin Pakatan Harapan. Beliau adalah Presiden PKR. Beliau juga bukan Calon-Menunggu Perdana Menteri. Tetapi kuasa untuk melantik calon-calon dan menandatangani Surat Watikah berada ditangan beliau.
Mengikut undang-undang, semua calon yang bertanding pilihanraya dibawah simbol PKR dan dengan Surat Watikah PKR adalah calon-calon PKR. Mereka bukan calon-calon Pakatan Harapan, DAP, PPBM atau PAN. Lebih-lebih lagi, Pakatan Harapan tidak pernah wujud secara sah. Jadi, sekalipun ianya Mahathir - yang bukan ahli mana-mana parti politik (setelah PPBM dibatalkan pendaftaran) dan dengan itu adalah seorang calon bebas - siapa yang akan menjadi Perdana Menteri seandainya 'PKR' memenangi kerusi yang paling banyak di Parlimen?
Secara teknikalnya, sudah tentulah Presiden PKR, Wan Azizah, yang menentukan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri kerana parti beliau memenangi jumlah kerusi yang paling banyak.
Boleh Pakatan Harapan membantah? Pakatan tidak wujud. Boleh PPBM membantah? PPBM tidak lagi wujud. Boleh DAP membantah? DAP tidak bertanding pilihanraya. Boleh PAN membantah? PAN tidak akan memenangi apa-apa kerusi jadi tidak mempunyai asas untuk membuat bantahan. Hanya Azmin Ali dari kumpulan B PKR boleh membuat bantahan sekiranya beliau dan orang-orangnya tidak dimusnahkan dalam pilihanraya umum sepertimana apa yang dirancangkan oleh Wan Azizah untuk terjadi (ya, jangan memperkecilkan kemampuan Wanita Kipas).
Sebagaimana yang Wan Azizah akui dalam bulan Ogos 2014, beliau tidak kisah untuk menjadi boneka
Ini adalah suatu perancangan yang amat berisiko buat kedua DAP dan PPBM. Harapan mereka hanyalah Wan Azizah dan/atau PKR tidak merampas kuasa secara sah mengikut undang-undang. Jika DAP dan PPBM membantah dan mengambil keputusan untuk 'keluar' daripada PKR, PKR masih boleh membuat perjanjian dengan penentang-penentang DAP, PPBM dan PAN - dan mereka ini ramai. Diakhirnya wakil rakyat DAP, PPBM dan PAN akan diminta memilih untuk terus bersama memegang kuasa atau meletak jawatan dan dihantar terus balik kepihak pembangkang. Ramai yang akan memilih PKR dari kerjaya yang tiada berpenghujung.
Pilihan lainnya, DAP boleh bersetuju Wan Azizah dan bukannya Mahathir menjadi Perdana Menteri. Bagaimana pun, dengan jumlah kerusi paling banyak, ianya akan menjadi seperti Perak dalam tahun 2008 apabila DAP melantik Menteri Besar PAS yang berkhidmat untuk DAP dan bertanggungjawab kepada DAP. Ianya kembali kepada persepakatan Ali Baba dengan DAP secara hakikatnya sebagai Perdana Menteri dan Wan Azizah sebagai boneka DAP yang dipegang tali.
DAP tahu Mahathir tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Isu pembatalan pendaftaran PPBM dan jumlah kerusi yang amat sedikit adalah satu isu. Yang amat lebih penting adalah kesihatan fizikal dan pemikiran Mahathir. Mahathir telah dimasukkan kehospital baru-baru ini - menjadikannya kali yang ke-48 dalam masa tiga tahun. Disamping itu Mahathir mempunyai masalah ingatan yang serius dan tidak boleh fokus. Ramai berpendapat Mahathir tidak konsisten dan kerap melakukan pusingan-U. Kebenarannya adalah beliau lupa apa yang beliau kata dan lakukan. Dan bagaimana seorang Perdana Menteri hanya boleh bekerja 4-3 (empat jam sehari tiga hari seminggu) sedangkan pemimpin lain bekerja 24-7?
Terjemahan artikel dari:
Malaysia Today
Raja Petra Kamarudin
12 April 2018