Ya, PRU14 adalah sesuatu yang buruk yang telah bertukar menjadi baik buat Islam dan orang Melayu. Orang-orang Islam sekarang ini bercakap tentang kepentingan ummah dan masa depan orang Melayu. DAP dan Pakatan Harapan telah membuat orang Melayu sedar sekiranya mereka tidak bersatu mereka akan musnah. Dan itulah yang baiknya tentang PRU14. Jadi, awaslah, Islam sudah datang!
Raja Petra Kamarudin
Sesetengah orang memanggilnya teori sebab-dan-akibat (cause and effect). Sesetengah memanggilnya hukum karma. Sesetengahnya memanggil 'efek kupu-kupu' (butterfly effect). Setengah orang mengatakan Tuhan bertindak dengan cara yang tidak terduga. Sesetengah menyebutnya takdir. Arwah Tok Guru saya selalu mengungkapkan didalam buruk ada baiknya dan didalam baik terdapat buruknya - justeru untuk setiap keburukan yang terjadi kebaikan pasti akan menjelma akhirnya, dan adakalanya sebaliknya.
Bagaimana pun, walau apa pun anda ingin memanggilnya, pilihanraya umum Mei 2018 atau PRU14 mempunyai kedua-dua baik dan buruknya. Baik untuk siapa dan buruk untuk siapa? Ialah, segalanya bergantung kepada siapa diri anda.
Arwah Tok Guru saya akan menggunakan perumpamaan seperti ini. Apabila tetamu datang berkunjung kerumah dan akan bersama kita makan malam (kita bercakap tentang keadaan dikampung, tentunya), seekor dua ekor ayam pasti akan disembelih, sesuatu yang tidak akan dilakukan pada hari-hari biasa. Anak-anak pasti akan gembira kerana bernasib baik pada saat yang jarang terjadi ini apabila mereka dapat makan ayam yang pada kebiasaan selalunya ikan kering.
Tetapi adakah si ayam juga memandang ini sebagai satu peristiwa bernasib baik dan hari yang amat menggembirakan? Nasib baik, atau buruk, semuanya bergantung kepada dimana kedudukan anda dimeja makan. Kalau andalah si ayam yang ditengah meja itu anda tidak akan dapat mengongsikan rasa kegembiraan tersebut.
Sesetengah memandang PRU14 sebagai hari Malaysia Baru dilahirkan. Sesetengah memandang PRU14 sebagai mimpi menjadi kenyataan akhirnya. Sesetengah memandang PRU14 sebagai hari Malaysia dibebaskan dari malapetaka. Sesetengah melihat PRU14 sebagai suatu tragedi.
Walaupun begitu, apa yang tidak boleh dinafikan ialah PRU14 adalah merupakan hari dimana Islam akhirnya menang. Selama 68 tahun semenjak 1951, orang Melayu telah tidak sehaluan berhubung kedudukan Islam. Sesetengah orang mengatakan Malaysia adalah negara Islam. Sesetengahnya pula berkata Malaysia negara sekular. Sesetengah orang berkata Islam adalah agama rasmi negara. Sesetengahnya pula mengatakan Islam adalah agama Persekutuan tetapi bukan agama rasmi negara. Ada yang mengatakan Undang-Undang Syariah lebih tinggi kedudukannya sedangkan ada pula yang mengatakan Undang-Undang Umum (common law) adalah sebaliknya.
Malaysia hampir sama seperti Hong Kong, satu negara dua sistem, dan siapa pun tidak tahu sistem mana yang mengatasi sistem yang satu lagi.
Semasa PAS ingin membentangkan Bil Pindaan Syariah atau RUU355 di Parlimen, terdapat bantahan bersama dari orang Islam dan orang bukan-Islam. Mereka menganggap hukum Syariah kejam, ketinggalan zaman, tidak bertamaddun, sesuatu yang berhubung-kait dengan Zaman Batu, dan macam-macam lagi. Pendek kata, Qur'an adalah kejam, ketinggalan zaman, tidak bertamaddun, sesuatu yang berhubung-kait dengan Zaman Batu, dan sebagainya.
Orang Islam tidak punya pilihan selain menanggung sabar cercaan daripada mereka yang membantah hukum Syariah tersebut dan menarik diri bagi membentangkannya pada waktu lain.
Kemudian PRU14 terjadi. Dan orang-orang Islam akhirnya tersedar kepada keadaan sebenar bahawa mereka sedang kehilangan tanahair mereka. Mereka sekarang ini sedikit demi sedikit akan dijadikan hamba dinegara sendiri. Jadi kini mereka telah mengambil keputusan untuk bersatu bagi kepentingan Islam dan untuk masa depan orang-orang Melayu.
Ya, PRU14 adalah sesuatu yang buruk yang telah bertukar menjadi baik buat Islam dan orang Melayu. Orang-orang Islam sekarang ini bercakap tentang kepentingan ummah dan masa depan orang Melayu. DAP dan Pakatan Harapan telah membuat orang Melayu sedar sekiranya mereka tidak bersatu mereka akan musnah. Dan itulah yang baiknya tentang PRU14. Jadi, awaslah, Islam sudah datang!
Klik gambar untuk membaca artikel asal