Sunday, June 23, 2019

Guan Eng “bukan Cina”, jadi buat apa DAP mau sekolah vernakular?

Syor yang dibuat Muslimat PAS baru-baru ini agar sekolah vernakular dihapuskan sebenarnya betul dan bersandarkan logik.


Lim Guan Eng sendiri sudah laungkan yang dia “bukan orang Cina” (rujuk laporan berita di bawah).


Rakan kabinetnya Hannah Yeoh pula cakap DAP tidak mempunyai ahli Cina — “zero Chinese” … “all Malaysians” (lihat tweet beliau). Pemimpin-pemimpin evangelista DAP yang lain turut lantang bersuara menyatakan bahawa mereka bukan kaum Cina tetapi bergelar “bangsa Malaysia”.

Para ahli DAP sememangnya semua berketurunan bangsa Malaysia. Maka tiada alasan untuk rasis DAP pertahankan sekolah vernakular SJK (C) yang bertujuan menampung keperluan masyarakat Cina.

Bukankah hakikatnya di dunia Malaysia Baru tiadapun penghuni Cina — no Chinese … all Malaysians! Justeru itu, tak payahlah ada sekolah vernakular Cina.


Bangsa Malaysia ini perlu bersekolah di Malaysian school yang bahasa pengantarnya “bahasa Malaysia”. Mengikut Perkara 152 perlembagaan persekutuan, bahasa kebangsaan ialah bahasa Malaysia (bukan bahasa Cina mahupun bahasa Tamil).


Wajar juga bahasa Arab, yakni bahasa kitab suci al-Quran, dijadikan bahasa kedua negara sepertimana yang telah dicadangkan PAS. Wakil-wakil Yang Berhormat DAP yang gemar bertudung, suka masuk masjid serta cintakan Islam tentu setuju dan sokong saranan PAS untuk memperkasakan bahasa Arab.

Sumber : Helen Ang


Nga Kor Ming Bodoh, Sekolah Vernakular Tiada Dalam Perlembagaan


Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming semalam mengarahkan Sayap Pemuda DAP membuat laporan polis ke atas Perwakilan Dewan Muslimat PAS, Salamiah Mohd Nor.

Puncanya, Puan Salamiah minta kerajaan hentikan sistem pendidikan vernakular. Nga Kor Ming berkata, sekolah vernakular terjamin di dalam perlembagaan.

Buat pengetahuan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, sekolah vernakular tidak ada dalam perlembagaan. Yang ada hanyalah sekolah agama / sekolah mubaligh. 

Selain daripada sekolah agama Islam, kerajaan tiada kewajipan menyediakan apa-apa dana dari segi undang-undang. Ini tertulis dalam Perkara 12 (2) Perlembagaan.

Sekolah vernakular diiktiraf selepas terbitnya Penyata Razak 1956. Asalnya, British hendak menghapuskan semua sekolah vernakular tetapi Tunku Abdul Rahman menghalang. Sebab itu sekolah vernakular wujud. 

Itupun hanya Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) sahaja yang dibenarkan. Masuk tahap menengah, semua orang kena masuk sekolah aliran kebangsaan. Dana untuk SJK masa itu tidak diberi. Pengurusan sekolah kena cari dana sendiri.

Dana kepada SJK diberikan selepas kerajaan keluarkan Penyata Rahman Talib 1960. Tetapi kerajaan berkeras bahawa bahasa pengantar mesti kekal Bahasa Melayu walaupun pertubuhan Cina mendesak bahasa Mandarin dijadikan bahasa rasmi.

Dengan kata lain, tak ada masalah pun kalau Kerajaan hendak hapuskan SJK atau hentikan dana kepada mereka. Ini tidak melanggar undang-undang pun. Ia cuma melibatkan pertukaran dasar Kerajaan sedia ada sahaja.

Sumber : Cucu Tok Selampit

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU