Dalam bulan Julai 2015, mereka melakukan perkara yang sama. Justeru, pada dasarnya, ini adalah skrip yang sama daripada tiga tahun lepas. Dalam bulan Julai 2015, mereka juga telah merangka kertas pertuduhan terhadap Najib, dimana mereka sepatutnya menunjukkannya kepada Najib semasa Mesyuarat Kabinet pada 29 Julai 2015. Najib kemudiannya akan ditawarkan dua pilihan. Meletak jawatan dan membenarkan Muhyiddin Yassin mengambil alih sebagai Perdana Menteri atau ditangkap dan masuk penjara.
Empat pertemuan telah dilangsungkan diluar-negara dalam tempoh Krismas-Tahun Baharu - satu daripada pertemuan tersebut di London dan satu lagi di Hong Kong - secara khusus untuk membincangkan usaha terakhir bagi menggulingkan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Pertemuan-pertemuan ini dihadiri Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Besar Selangor Azmin Ali, dan beberapa orang berkedudukan strategik dalam kerajaan yang berkemungkinan mampu melaksanakan usaha terakhir untuk menyingkirkan Najib.
Mengikut rancangan, Najib dijangkakan mengadap DYMM Yang Di-Pertuan Agong disekitar hujung bulan ini - berkemungkinan pada 26 atau 27 Mac 2018 - untuk memohon perkenan Baginda membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum Malaysia ke-14.
Pakatan Harapan perlu menewaskan Najib sebelum PRU14 dan bukannya semasa PRU14
Menurut Mahathir, sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, kedudukan Najib akan terbatas kepada seorang Perdana Menteri sementara (caretaker Prime Minister) mengetuai sebuah kerajaan sementara (sementara Parlimen belum lagi wujud). Mahathir percaya ini bermakna kuasa Najib akan berkurangan dan ketua-ketua agensi seperti PDRM, SPRM, Pejabat Peguam Negara, dan lain-lainnya, boleh mengabaikan sebarang arahan daripada Pejabat Perdana Menteri dan boleh menunggu sehingga sebuah kerajaan baharu ditubuhkan dan Perdana Menteri yang baharu mengangkat sumpah selepas PRU14 sebelum bertindak.
Ini, sudah tentulah, boleh berlaku seandainya ketua-ketua pelbagai agensi kerajaan tersebut bersetuju memainkan peranan dan mengabaikan sebarang atau semua arahan daripada Pejabat Perdana Menteri dan boleh menunggu sehingga sebuah kerajaan baharu dibentuk dan Perdana Menteri baharu mengangkat sumpah. 'Bahaya'nya disini, yang Mahathir sangsikan, ialah semenjak Merdeka konsep Perdana Menteri sementara dan kerajaan sementara tidak pernah diamalkan dan Perdana Menteri bersama Kabinetnya tetap meneruskan 'kerja seperti biasa' sehingga kehari mengundi dan 'Pagi Berikut'nya.
Mahathir menegaskan inilah satu-satu kekesalannya. Jika beliau memperkenalkan konsep Perdana Menteri sementara dan kerajaan sementara semasa beliau menjadi Perdana Menteri, sudah pasti hari ini, sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, Perdana Menteri sudah tidak lagi mempunyai kuasa dan mereka boleh melancarkan rampasan kuasa (coup d'etat) dan menyingkirkan Najib sebelum Hari Mengundi.
Disebabkan oleh PAS, Pakatan Harapan tidak boleh memenangi PRU14 jadi Najib mesti digulingkan sebelum pilihanraya umum

