Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyambut ketibaan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak ke Rumah Putih di Washington, 12 September 2017 - Gambar Reuters
Saya tidak pernah terlintas untuk menulis cebisan ini tetapi kekarutan yang saya baca dalam media sosial sejak tiga hari yang lepas memaksa saya untuk melakukannya secara bertulis bagi membezakan antara fakta dan fiksyen (khayalan).
Saya adalah sebahagian daripada kumpulan media Malaysia yang membuat liputan perjalanan tersebut dan sebelum ada sesiapa berkata mengenainya, saya ingin memberitahu anda bahawa setiap akhbar dan stesyen TV membayar sendiri untuk perjalanan mereka dan bukannya ditanggung oleh kerajaan.
Jadi jangan ada yang menuduh saya telah dirasuah.
Berapa lama mereka bertemu?
Dato' Sri Najib Razak dan rombongannya bertemu dengan Presiden Donald Trump dan anggota Kabinet seniornya selama lebih 50 minit dalam mana pertemuan Perdana Menteri dan Presiden Trump secara empat-mata adalah untuk selama 20 minit.
Banyak kritik yang mengarah kepada video berdurasi selama 5 minit dan transkrip [perbincangan] yang dikeluarkan oleh Rumah Putih, mengandaikan itulah sahaja masa yang mereka dapat daripada pihak tuan rumah Amerika mereka.
Ini adalah mengarut.
