Monday, December 21, 2015

Aneh Dan Menarik : Mencari Kebenaran Yang Kita Sendiri Telah Tentukan Itulah 'KEBENARAN'nya

RENCANA MENARIK yang diterjemah kedalam Bahasa Melayu ini disalin sepenuhnya dari laman web Malaysia Today
Artikel asal dalam bahasa Inggeris diletakkan dibawahnya.


http://www.malaysia-today.net/the-truth-regarding-1mdb-and-the-rm2-6-billion/


::  TERJEMAHAN  ::


Raja Petra Kamarudin
December 16, 2015


(The Malaysian Insider) - Ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada penggulungan ucapan di Perhimpunan Agung baru-baru ini adalah 'amat mengecewakan' kerana ia semuanya tentang mempertahankan dirinya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam rencana terbaru blog beliau hari ini, bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno itu berkata Najib telah mendakwa bahawa dia adalah seorang 'lelaki, berjiwa besar, berani dan tidak akan meletak jawatan', tetapi menambah bahawa presiden tidak menyentuh mengenai perjuangan parti atau pentadbirannya.

"Tiada penjelasan mengenai isu-isu lain seperti permasalahan 1MDB dan RM2.6 bilion yang telah dijumpai di dalam akaun banknya."

"Perwakilan mahukan penjelasan mengenai isu-isu ini agar mereka dapat menerangkannya kepada akar umbi dan kepada orang ramai."


*******************************************

Kemudiannya kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu. - John 08:32

Tetapi itulah ianya. Bercanggah dengan apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad katakan, sejak tahun lepas lagi telah banyak penjelasan diberikan mengenai kedua-dua isu ini. Cuma Dr Mahathir dan pengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berpura-pura seolah-olah tiada penjelasan yang pernah diberikan.

Umno 'Team B' yang dipimpin oleh Dr Mahathir mahu menggunakan Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini untuk menyerang Najib. Dan mereka mengharapkan Najib akan dijatuhkan semasa perhimpunan tersebut. Dan, seperti diakui sendiri oleh Dr Mahathir, mereka akan menggunakan isu-isu 1MDB dan RM2.6 bilion sebagai pemangkin dalam langkah untuk menggulingkan Najib.

Secara ringkasnya, Najib sedang diserang. Tetapi serangan-serangan sejak awal tahun ini gagal menepati sasaran. Jadi serangan terbaru dan terakhir dalam rancangan untuk menggulingkan Najib diharapkan di Perhimpunan Umno baru-baru ini. Jika Najib tidak membela diri dengan baik dia akan dijatuhkan.

Jadi, sudah tentu, Najib terpaksa mempertahankan dirinya semasa perhimpunan. Apa lagi yang boleh dia lakukan? Mereka tidak memberinya pilihan dan tidak ada cara lain. Mereka juga telah mencabar beliau untuk membuktikan bahawa dia adalah seorang pejuang dan bukan seorang penakut yang akan mengelak diri. Mereka juga mempersendakan beliau sebagai seorang pahlawan Bugis yang pengecut.

Jadi Najib melawan balik. Dan dia bangkit melawan semasa Perhimpunan Agung tahunan Umno, forum yang sama mereka cuba gunakan untuk menyingkirkannya sebelum Krismas. Mengikut perancangan mereka, Najib tidak sepatutnya merayakan Krismas sebagai Perdana Menteri. Dan terpulang kepada Najib untuk membuktikan yang mereka salah, dan itulah yang beliau lakukan.

Satu mesyuarat majlis telah diadakan pada malam sebelum perhimpunan di mana para perwakilan telah diberi penjelasan terperinci mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion. Dan perwakilan berpuas hati dengan penjelasan itu. Mereka melihat bahawa dakwaan tentang Najib mencuri wang 1MDB atau RM42 bilion telah 'lesap' atau RM2.6 bilion itu datang dari 1MDB adalah tidak benar.

Jadi mereka tidak perlu, lagi, membangkitkan isu, yang telah pun diselesaikan lebih awal, pada perhimpunan Umno. Ia adalah satu isu yang telah pun diperjelaskan - dan penerangan, untuk para perwakilan yang hadir, amat memuaskan hati mereka. Hanya mereka yang memboikot majlis taklimat pada malam sebelum perhimpunan Umno serta beranggapan mereka tidak mengetahui apa-apa maklumat adalah orang-orang yang akan terus mengulangi dakwaan tersebut dan terus membangkitkan soalan yang sama.

Terdapat banyak komen-komen serupa di internet, malah di bahagian komen di Malaysia Today, oleh orang-orang yang mengatakan mereka mahukan kebenaran. Mereka tidak peduli tentang pertikaian di antara Perdana Menteri dan 'Team B' pimpinan Dr Mahathir, kata mereka. Mereka hanya mahu kebenaran mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion, kata mereka. Itu sahaja yang mereka mahu, kata mereka.

Baiklah, ianya bergantung kepada apa yang anda maksudkan dengan 'kebenaran'. Ramai daripada mereka yang mahukan 'kebenaran' adalah mereka yang seperti Dr Mahathir yang yakin bahawa Najib mencuri wang 1MDB atau RM42 bilion telah 'lesap' atau RM2.6 bilion datang daripada 1MDB. Itu, kepada mereka, adalah 'kebenaran'. Jadi adakah penjelasan lain selain daripada 'kebenaran' itu dapat mereka terima?

Apa yang mereka mahu dengar adalah Najib mencuri wang 1MDB dan RM42 bilion telah 'lesap' dan RM2.6 bilion itu datang dari 1MDB. Apa-apa penjelasan lain yang bercanggah dengan 'kebenaran' tidak boleh diterima. Satu-satunya 'kebenaran' yang mereka mahu dengar adalah bahawa Najib mencuri wang 1MDB dan RM42 bilion telah 'lesap' dan RM2.6 bilion itu datang dari 1MDB.

Jadi mereka sebenarnya bukan mahu mendengar 'kebenaran', sebagaimana yang mereka katakan mereka mahu. Mereka mahu mendengar bahawa Najib mencuri wang 1MDB dan RM42 bilion telah 'lesap' dan bahawa RM2.6 bilion datang daripada 1MDB. Dan apa-apa pun penjelasan yang anda berikan yang bercanggah dengan 'kebenaran' ini maka ianya akan ditolak.

Apa yang berlaku di sini ialah kita bermain dengan kepercayaan dan orang-orang yang mahukan kononnya 'kebenaran' tersebut berdiri diatas satu kepercayaan dan apa yang mereka mahukan adalah untuk anda mengesahkan kepercayaan mereka. Dalam erti kata lain, mereka sudah percaya sesuatu perkara itu adalah benar. Tiada penjelasan akan berupaya mengubah kepercayaan mereka. Jadi, jika penerangan anda bercanggah dengan kepercayaan ini maka ia akan ditolak. Ia hanya akan diterima jika penerangan anda mengesah dan menguatkan kepercayaan tersebut.

Izinkan saya ajukan persoalan dengan cara lain. Saya percaya bahawa Yesus adalah Anak Tuhan. Saya percaya bahawa Yesus mati di atas salib. Saya percaya bahawa Yesus dihidupkan kembali tiga hari kemudian. Saya juga percaya bahawa Jumaat depan adalah harijadi ke 2015 Yesus Kristus. Itulah 'kebenaran', dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu, sebagaimana orang-orang Kristian yakini.

Jadi itulah 'kebenaran' untuk sebahagian besar daripada anda. Tetapi 'kebenaran' adalah subjektif. Jika anda mempercayainya maka ia menjadi 'kebenaran'. Jika tidak maka ia menjadi satu pembohongan. Apabila anda meminta 'kebenaran' apa yang anda maksudkan adalah anda mahu saya mengesahkan bahawa Yesus adalah Anak Tuhan, Dia mati di atas salib, Dia dihidupkan kembali  tiga hari kemudian, dan Jumaat depan adalah harijadi ke 2015 Yesus Kristus.

Jika anda sudah percaya bahawa ini adalah 'kebenaran' jadi mengapa terus bertanyakan 'kebenaran'? 'Kebenaran' adalah apa sahaja yang anda percaya sebagai 'kebenaran'. Apa saja yang bertentangan dengan kepercayaan anda adalah satu pembohongan. Dan oleh kerana versi atau tafsiran anda tentang 'kebenaran' bercanggah dengan saya maka adalah sia-sia untuk terus bertanyakan 'kebenaran'. 'Kebenaran' adalah apa sahaja yang anda percaya adalah 'kebenaran'.

Isu 1MDB dan RM2.6 bilion adalah sama. Anda sudah percaya apa yang 'benar' dan apa yang tidak - sama juga dengan Dr Mahathir. Melainkan Najib datang dan mengatakan bahawa benar dia mencuri wang 1MDB dan bahawa RM42 bilion benar telah lesap dan bahawa RM2.6 bilion adalah benar dari 1MDB, anda pasti tidak akan percaya atau menerima apa yang dikatakannya.

Najib boleh kata apa saja yang dia mahu tetapi melainkan dia mengaku dia pernah mencuri wang 1MDB dan bahawa RM42 bilion telah lesap dan bahawa RM2.6 bilion sebenarnya dari 1MDB anda akan menolak apa yang dikatakannya. Jadi mengapa terus meminta beliau menjelaskan? Anda sudah mengetahui 'kebenaran', sebagaimana anda melihat 'kebenaran'. Anda sudah percaya apa yang anda percaya.

Tiada apa yang Najib boleh katakan yang dapat mengubah fikiran anda - samalah seperti, walaupun saya mengatakan Yesus bukan Anak Tuhan, dia tidak mati di atas salib, dia tidak hidup semula tiga hari kemudian, dan Jumaat depan bukan harijadi ke 2015 Yesus Kristus, anda tidak akan memeluk agama Islam.

Maka percayailah apa yang anda mahu percaya dan berhentilah meminta 'kebenaran' kerana, kepada anda, 'kebenaran' adalah apa yang anda sendiri percayai sebagai 'kebenaran' dan apa-apa penjelasan yang bertentangan dengan kepercayaan anda sebagai 'kebenaran' adalah satu pembohongan, disisi anda.

Dan itulah sebabnya agama sangat-sangat berjaya. Orang ramai bersedia untuk menerima 'kebenaran' berdasarkan dongeng dan cerita rakyat. Dan jika Dr Mahathir berjaya memutar-belit dongeng bahawa Najib mencuri wang 1MDB dan bahawa RM42 bilion telah lesap dan bahawa RM2.6 bilion adalah dari 1MDB, ramai daripada anda akan 'penuh yakin' menerimanya sebagai suatu 'kebenaran'. Begitulah bagaimana minda manusia berfungsi.


::  Terjemahan Berakhir  ::



Raja Petra Kamarudin
December 16, 2015


(The Malaysian Insider) – Umno president Datuk Seri Najib Razak’s speech at the party’s recently concluded general assembly was ‘very disappointing’ as it was all about defending himself, said Tun Dr Mahathir Mohamad.

In his latest blog post today, the former prime minister and Umno president said Najib had claimed that he was a ‘gentleman, had a big heart, brave and would not step down’, but added that the president did not touch on the party’s struggles or his administration.

“There was also no explanation on the others issues like the problems with 1MDB and the RM2.6 billion which was found in his bank accounts.”

“The delegates wanted an explanation on these issues so that they could explain them to the grassroots and to the public.”


*******************************************

Then you will know the truth, and the truth will set you free. — John 8:32

But that is just it. Contrary to what Tun Dr Mahathir Mohamad said, over the last year or so many explanations have been given regarding these two issues. It is just that Dr Mahathir and the critics of Prime Minister Najib Tun Razak are pretending as if no explanation has ever been given.

The Umno ‘Team B’ being led by Dr Mahathir wanted to use the recent Umno annual general assembly to attack Najib. And they were hoping that Najib would be brought down during the assembly. And, as Dr Mahathir himself had admitted, they were going to use the 1MDB and RM2.6 billion issues as the catalyst in that move to oust Najib.

In short, Najib was under attack. But the many attacks since the beginning of this year failed to do the trick. So the last and final attack in that plan to oust Najib was supposed to be the recent Umno assembly. If Najib did not defend himself well he was going to fall.

So, of course, Najib would have had to defend himself during the assembly. What else could he have done? They left him very little choice and no other alternative. They had earlier challenged him to prove that he is a fighter and not a cowardly quitter. They even mocked him about him being a gutless Bugis warrior.

So Najib fought back. And he fought back during the Umno annual general assembly, the same forum they were using to try to oust him before Christmas. According to their plan, Najib was not supposed to celebrate Christmas as Prime Minister. And it was up to Najib to prove them wrong, which he did.

A pre-council meeting was held on the eve of the assembly where the delegates were given a detailed explanation regarding 1MDB and the RM2.6 billion. And the delegates were happy with that explanation. They saw that the allegations about Najib stealing 1MDB’s money or that RM42 billion had ‘disappeared into thin air’ or that the RM2.6 billion came from 1MDB were not true.

So they did not need to, again, raise an issue, that had already been resolved earlier, at the Umno assembly. It was an issue that had already been explained — and explained, as far as the delegates were concerned, to their satisfaction. Only those who boycotted the pre-council briefing on the eve of the Umno assembly so that they can pretend they do not know any details are the ones who keep repeating the allegations and keep raising the same questions.

There are many similar comments in the Internet, even in the comments section of Malaysia Today, by people who say they want the truth. They do not care about the quarrel between the Prime Minister and the ‘Team B’ being led by Dr Mahathir, they say. They just want the truth regarding 1MDB and the RM2.6 billion, they say. That is all they want, they say.

Well, it all depends on what you mean by ‘the truth’. Many of those who are asking that ‘the truth’ be told are those such as Dr Mahathir who are convinced that Najib stole 1MDB’s money or that RM42 billion had ‘disappeared into thin air’ or that the RM2.6 billion came from 1MDB. That, to them, is ‘the truth’. So would any other explanation other than that ‘truth’ be acceptable to these people?

All they want to hear is that Najib stole 1MDB’s money and that RM42 billion had ‘disappeared into thin air’ and that the RM2.6 billion came from 1MDB. Any other explanation that contradicts this ‘truth’ is not acceptable. The only ‘truth’ they want to hear is that Najib stole 1MDB’s money and that RM42 billion had ‘disappeared into thin air’ and that the RM2.6 billion came from 1MDB.

So they do not really want to hear ‘the truth’, as they say they do. They want to hear that Najib stole 1MDB’s money and that RM42 billion had ‘disappeared into thin air’ and that the RM2.6 billion came from 1MDB. And if whatever explanation you give contradicts this ‘truth’ then it is going to be rejected.

What is happening here is that we are playing with beliefs and those who are asking for the so-called ‘truth’ are standing on a position of belief and all they want is for you to confirm this belief of theirs. In other words, they already believe a certain thing to be true. No explanation of yours is going to change their belief. So if your explanation contradicts this belief then it is going to be rejected. It will only be accepted if your explanation confirms and strengthens this belief.

Let me put it another way. I believe that Jesus is the Son of God. I believe that Jesus died on the cross. I believe that Jesus came back to life three days later. I even believe that next Friday is the 2,015th birthday of Jesus Christ. That is ‘the truth’, and the truth will set you free, as the Christians believe.

So that is ‘the truth’ to many of you. But then ‘the truth’ is subjective. If you believe it then it becomes ‘the truth’. If you do not then it becomes a lie. And when you ask for ‘the truth’ what you mean is you want me to confirm that Jesus is the Son of God, He died on the cross, He came back to life three days later, and next Friday is the 2,015th birthday of Jesus Christ.

If you already believe that this is ‘the truth’ then why keep asking for ‘the truth’? ‘The truth’ is whatever you believe to be ‘the truth’. Anything that contradicts your belief is a lie. And since your version or interpretation of ‘the truth’ contradicts mine then it is futile to keep asking for ‘the truth’. ‘The truth’ is whatever it is you believe to be ‘the truth’.

The issue of 1MDB and the RM2.6 billion is the same. You already believe what is ‘true’ and what is not — the same goes for Dr Mahathir. Unless Najib can come out and say that he did steal 1MBD’s money and that RM42 billion has disappeared into thin air and that the RM2.6 billion did come from 1MDB, you are not going to believe or accept what he says.

Najib can say anything he wants but unless what he says is he did steal 1MBD’s money and that RM42 billion has disappeared into thin air and that the RM2.6 billion did come from 1MDB you are going to reject what he says. So why keep asking him to explain? You already know ‘the truth’, as how you see ‘the truth’. You already believe what you believe.

And nothing that Najib says is going to change your mind — just like even if I were to say Jesus is not the Son of God, He did not die on the cross, He did not come back to life three days later, and next Friday is not the 2,015th birthday of Jesus Christ you are not going to convert to Islam.

So believe what you want to believe and stop asking for ‘the truth’ because, to you, ‘the truth’ is what you believe to be ‘the truth’ and any explanation contrary to what you believe to be ‘the truth’ would be a lie as far as you are concerned.

And that is why religion is so successful. People are prepared to accept ‘the truth’ based on myth and folklore. And if Dr Mahathir can successfully spin the myth that Najib stole 1MBD’s money and that RM42 billion has disappeared into thin air and that the RM2.6 billion came from 1MDB, many of you will ‘religiously’ accept this as ‘the truth’. It is how the human mind works.


::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU