Friday, September 15, 2017

TEKA TEKI MENGENAI KEHILANGAN JET PEJUANG-PENGEBOM ...

Salah satu diantara sebegitu banyak kemusnahan dan kehilangan wang negara dalam skandal-skandal terhebat sepanjang zaman sewaktu Mahathir menjadi Perdana Menteri seperti Forex, BMF, Perwaja, dan lain-lainnya, terselit satu misteri yang tersimpan kemas daripada pengetahuan umum dan hampir dilupakan iaitu tentang pembelian 88 buah jet Skyhawk terpakai dan 2 buah pesawat Albatross terpakai dari Amerika Syarikat yang melibatkan pembaziran wang negara (atau 'wang rakyat' mengikut istilah pembangkang) berjumlah sekitar USD324 juta.

Baca juga apa yang diperkatakan oleh Mahathir berkaitan tujuan pembelian pesawat-pesawat terpakai yang telah usang tersebut sewaktu bertemu Ronald Reagan di Rumah Putih.


TUDM A-4PTM (PTM : Peculiar-To-Malaysia - Khas-Untuk-Malaysia)

Pada tahun 1982, Kerajaan Malaysia telah memeterai perjanjian untuk pembelian 25 buah A-4C dan 63 buah A-4L Skyhawk yang mana ianya adalah lebihan daripada era-Amerika Syarikat Vietnam dimana setiap satu berharga kurang daripada USD1 juta untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia. Daripada 88 buah kerangka pesawat tersebut, 54 buah akan diubahsuai kepada pesawat pejuang-pengebom satu-tempat-duduk manakala 14 buah lagi akan ditukar kepada versi dua-tempat-duduk untuk kegunaan latihan dan pertukaran. Selebihnya (20 buah) akan dikorbankan untuk dijadikan sebagai alat-ganti.

Walau bagaimana pun, kos untuk penukaran enjin, peralatan baharu elektronik penerbangan dan pengubah-suaian kepada beberapa kerangka pesawat menyebabkan kos bagi setiap pesawat tersebut melambung EMPAT KALI ganda daripada harga belian. Kos terakhir keseluruhan program untuk pesawat terpakai ini adalah USD320 juta (kos pembelian berjumlah kurang daripada USD88 juta).

Skyhawk TUDM dinamakan sebagai A-4PTM/TA-4PTM. Penghantaran 40 buah pesawat bermula pada 23 Februari 1985, dimana Perdana Menteri ketika itu menerima penyerahan 10 buah pesawat A-4PTM dan melancarkan Skuadron Ke-6 untuk pesawat yang baharu digunakan. Penghantaran itu selesai setahun kemudiannya.

23 Februari 1985 : Perdana Menteri menerima penyerahan 10 pesawat A-4PTM Skyhawk dan melancarkan Skuadron Ke-6 di Pengkalan Tentera Udara Kuantan

Tidak ramai mereka yang berumur dibawah 50 tahun masih ingat bahawa tahun 1985 adalah tahun kemelesetan ekonomi yang buruk di Malaysia. Ini disahkan oleh Ketua Odit Negara ketika itu Tan Sri Ahmad Noordin Zakaria yang mengatakan bahawa selain daripada skandal kewangan BMF (yang mengorbankan nyawa Jalil Ibrahim), kemelesetan juga menyebabkan masalah kepada bajet perbelanjaan dan menjejaskan imbangan pembayaran negara.

1985 adalah tahun bermasalah, kemelesetan yang pertama diwaktu Mahathir

Tetapi itu tidak menghentikan kerajaan daripada membeli dua buah lagi pesawat dalam tahun 1985 iaitu Grumman SU-16B Albatross (USD4 juta) yang merupakan pesawat amphibia untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia. Secara kebetulannya, Grumman adalah kontraktor yang mengubah-suai pesawat A-4PTM untuk Malaysia.

Yang menariknya, Albatross diletakkan dibawah Skuadron Ke-2 yang merupakan skuadron komunikasi VIP. Penerbangan terakhir Albatross oleh Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) adalah pada tahun 1973, penerbangan terakhir Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) adalah pada tahun 1976 manakala kali terakhir Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG) menerbangkan Albatross adalah pada tahun 1976. Kita membeli kedua-dua pesawat tersebut pada tahun 1985, tetapi bermula tahun 1987 saya tidak pernah nampak keduanya diterbangkan lagi. 466 buah (Albatross) dibina sejak tahun 1949 dan kerangka terakhir pesawat dibina pada tahun 1961. Tidak mungkinlah kita membeli dua buah pesawat baharu.

Malaysia membeli dua buah amphibia terpakai untuk TUDM

Hanya 40 buah pesawat Skyhawk yang dihantar ke Malaysia diantaranya - 34 buah satu-tempat-duduk A-4PTM dan 6 buah dua-tempat-duduk TA-4PTM. Selebihnya (48 buah) tersadai dipadang pasir dan beberapa buah lapangan terbang Wilayah Marana di Arizona.

A-4PTM (M32-40) didalam bengkel cat. Gambar oleh Sean Campbell yang kelihatan berdiri disebelah kiri foto

A-4PTM dan TA-4PTM mula menjunam jatuh dari angkasa sebaik sahaja ianya memulakan perkhidmatan. Satu mengalami masalah enjin pada bulan September 1985 semasa mendarat dan meletup di Pengkalan Tentera Udara Kuantan. Juruterbangnya berjaya menyelamatkan diri.

Tiga tahun kemudian, empat buah Skyhawk telah jatuh terhempas termasuk sebuah yang dipandu oleh Ketua Turus Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia sekarang, Jeneral Tan Sri Haji Affendi bin Buang, manakala seorang juruterbang TUDM, Leftenan Wahi Anwar masih hilang sehingga kehari ini selepas terhempas ke Laut China Selatan. Saya masih ingat bagaimana latihan tahunan diberhentikan pada tahun 1988 berikutan insiden tersebut.

Lima buah lagi Skyhawk terhempas dalam tahun-tahun berikutnya. Empat tahun selepas memulakan perkhidmatan TUDM mengumumkan Skyhawk akan digantikan dengan BAe Hawk 108/208 pada tahun 1994 menjadikan Skyhawk pesawat tempur yang paling singkat berkhidmat dalam inventori kelengkapan TUDM. Enam Skyhawk dikekalkan sebagai pesawat tangki minyak udara menggunakan tangki luaran Douglas D-704. Kesemuanya (Skyhawk) diberhentikan khidmat sepenuhnya pada tahun 1999.

Saya tertanya-tanya keputusan siapakah untuk pembelian Skyhawk dan Albatross terpakai oleh Malaysia? Menteri Pertahanan dari tahun 1981 ke 1986 adalah Mahathir sendiri, yang digantikan oleh Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada tahun 1986. Adakah TUDM dijadikan sebagai tempat lambakan barang-barang terpakai sedangkan ada orang yang mempergunakan TUDM dan memperjudikan nyawa juruterbangnya untuk membuat wang?

Pada tahun 1984, setahun sebelum penyerahan Skyhawk dan pembelian Albatross purba, Mahathir telah pergi ke Amerika Syarikat dan berjumpa dengan Presiden Ronald Reagan di Rumah Putih. Didalam ucapannya Mahathir berkata, "Saya sangat gembira melihat tanda-tanda yang menggalakkan pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat, yang kami anggap penting, jika tidak sebegitu penting, untuk menjamin ekonomi global yang sihat".

Mahathir menambah, "Sesungguhnya, sekiranya anda bertanya kepada saya apa yang saya mahu Amerika Syarikat lakukan terhadap dasar ekonomi, jawapan saya yang jujur dan mudah adalah untuk ekonomi Amerika Syarikat terus rancak dan mendapat kembali kekuatannya, kerana ekonomi Amerika Syarikat yang lebih sihat dan semakin bertenaga, ia akan menjadi lebih baik, bukan sahaja untuk Amerika Syarikat dan Malaysia, tetapi seluruh negara membangun didunia."

Jadi, adalah salah bagi Najib untuk tolong membantu meningkatkan ekonomi Amerika Syarikat tetapi tidak salah bagi Mahathir melakukan perkara yang serupa pada tahun 1984. Saya tertanya-tanya ekonomi persendirian siapakah yang bertambah baik dengan pembelian pesawat-pesawat terpakai tersebut?

14 September 2017 : Pemimpin Pakatan Harapan mengenakan pakaian seperti Trump untuk mempersendakan pertemuan Rumah Putih didalam satu sidang akhbar

Jika anda berfikir Hollywood mempunyai sebuah filem seram bertajuk "IT", pembangkang Malaysia mempunyai badut-badut yang lebih menggerunkan yang dipanggil "ITS".

Sekiranya anda berfikir ianya sudah cukup teruk apabila kita terpaksa membayar USD232 juta tambahan untuk 88 buah Skyhawk yang kos pembeliannya kurang dari USD88 juta tetapi membawa pulang hanya 40 buah yang berkhidmat dengan TUDM secara berkesan untuk selama sembilan tahun sahaja, anda belum lagi mendengar cerita sepenuhnya.

Pada tahun 2003, TUDM memutuskan untuk menjual kesemua Skyhawk termasuk 48 buah pesawat yang tidak pernah dibawa balik ke Malaysia. Mereka amat terkejut, apabila mereka diminta menunjukkan bukti pembelian 48 pesawat yang ditinggalkan disana! Walau pun TUDM mempunyai 40 buah dalam inventori mereka, yang selebihnya yang telah pun dibayar sepenuhnya tidak pernah mempunyai resit pembelian yang dikeluarkan - iaitu pesawat yang bernilai USD174.72 juta yang tidak mempunyai bukti pembelian.

Sekali pun 48 buah pesawat tersebut tidak pernah dinaik-taraf, ianya masih bermakna aset pertahanan bernilai USD48 juta yang diperolehi menggunakan WANG RAKYAT (meminjam perkataan kegemaran Pakatan) tidak disertakan dengan resit pembelian yang menyatakan ianya adalah milik kita.

Ini juga bermakna kos menaik-taraf, yang berjumlah USD232 juta, hanyalah untuk 40 pesawat sahaja. Itu menjadikan kos berjumlah USD6.8 juta bagi setiap satu pesawat daripada 40 pesawat yang dijual kepada kita kurang daripada USD1 juta sebuah. Pembayaran satu jumlah wang yang amat luar biasa menjijikkan. Setiap sebuah Skyhawk yang telah dinaik-taraf boleh memberikan kita tiga F-5E dan jumlah yang kita bayar untuk menaik-taraf Skyhawk itu sahaja boleh memberi kita 110 pesawat sedia-tempur Northrop F-5E Tiger II (F-5E sedia-tempur dijual pada harga USD2.1 juta setiap satu) yang mempunyai status beroperasi diseluruh dunia sehingga sekarang. Kita sudah pun beroperasi menggunakan 14 F-5E dan dua F-5F.

RF-5E (Pesawat Peninjau) M29-20 yang beroperasi dengan Skuadron Ke-12 di Butterworth

Kita membeli pesawat yang amat merbahaya kepada lelaki dan wanita kita untuk menerbangkannya, untuk satu harga yang melampaui kewarasan lojik. Apa janji yang Mahathir buat kepada Ronald Reagan diketika itu?

Dan mengapa kita tidak memiliki baki 48 buah pesawat Skyhawk yang kita telah beli pada tahun 1982?


Terjemahan dari artikel
SEADEMON SAYS
14 September 2017


::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU