Sunday, September 17, 2017

Mengapa Lawatan Najib ke Washington Merupakan Satu KEJAYAAN

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyambut ketibaan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak ke Rumah Putih di Washington, 12 September 2017 - Gambar Reuters

Saya tidak pernah terlintas untuk menulis cebisan ini tetapi kekarutan yang saya baca dalam media sosial sejak tiga hari yang lepas memaksa saya untuk melakukannya secara bertulis bagi membezakan antara fakta dan fiksyen (khayalan).

Saya adalah sebahagian daripada kumpulan media Malaysia yang membuat liputan perjalanan tersebut dan sebelum ada sesiapa berkata mengenainya, saya ingin memberitahu anda bahawa setiap  akhbar dan stesyen TV membayar sendiri untuk perjalanan mereka dan bukannya ditanggung oleh kerajaan.

Jadi jangan ada yang menuduh saya telah dirasuah.

Berapa lama mereka bertemu?

Dato' Sri Najib Razak dan rombongannya bertemu dengan Presiden Donald Trump dan anggota Kabinet seniornya selama lebih 50 minit dalam mana pertemuan Perdana Menteri dan Presiden Trump secara empat-mata adalah untuk selama 20 minit.

Banyak kritik yang mengarah kepada video berdurasi selama 5 minit dan transkrip [perbincangan] yang dikeluarkan oleh Rumah Putih, mengandaikan itulah sahaja masa yang mereka dapat daripada pihak tuan rumah Amerika mereka.

Ini adalah mengarut.



Apa yang dikeluarkan oleh Rumah Putih adalah tidak lebih daripada ucapan pembukaan oleh kedua-dua pemimpin untuk kepentingan berpuluh kamera TV dan para wartawan yang hadir didalam Bilik Kabinet di 'West Wing' Rumah Putih.

Itu hanyalah sebagai pemberi gambaran untuk kemudahan kamera [TV]  dan klip ucapan untuk para wartawan. Apa yang mereka cakapkan setelah semua kamera dan para wartawan beredar pergi adalah lebih mendalam tetapi tidak seperti ahli politik pembangkang, saya tidak akan membuat spekulasi (andaian) apa yang sebenarnya diperkatakan kerana saya tidak berada ditempat itu.

Para pemimpin pembangkang terlalu cepat membuat telahan berhubung transkrip dan klip video tersebut seolah-olah itulah sahaja apa yang telah berlaku.

Tetapi saya boleh mengesahkan bahawa transkrip ucapan pembukaan adalah tepat kerana saya ada disitu.

Pegawai protokol Rumah Putih David Solomon telah memberi taklimat kepada semua bahawa kami ke Bilik Kabinet hanyalah untuk [mendengar] ucapan pembukaan dan perlu meninggalkan bilik tersebut sebelum mesyuarat sebenar bermula.

Transkrip yang dikeluarkan oleh Rumah Putih adalah untuk kegunaan para wartawan yang hadir supaya mereka boleh membuat laporan yang tepat. Sepertimana yang kami semua maklum anggota akhbar Rumah Putih sememangnya tidak begitu mesra dengan Trump. Jadi ianya dikeluarkan untuk memastikan tidak ada seorang pun dipihak media Amerika yang boleh menyalah-petik ucapan beliau.

Justeru itu, tiada satu pun media cetak Amerika memperdulikan sebahagian besar kandungan transkrip tersebut.

Apa-apa sahaja yang bunyinya baik untuk Trump ianya bukan berita untuk media cetak Amerika.

Jadi, kebenarannya adalah pertemuan dua hala diantara pihak Amerika dan Malaysia berlangsung selama 30 minit dan bukannya untuk hanya enam minit.

Kami diberitahu oleh pegawai akhbar dari kedua-dua belah pihak kedua pemimpin tersebut juga mengadakan pertemuan secara berasingan di Bilik Oval yang berlangsung sekitar 20 minit.

Pelaburan KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kita telah melabur dipasaran ekuiti AS sejak dari tahun 2008 lagi apabila undang-undang telah dipinda bagi membolehkan KWSP melabur diluar negara. Sebagai sebahagian daripada Akta Kawalan Modal yang diperkenalkan pada tahun 1998, KWSP sebelum ini tidak dibenarkan berbuat demikian.

Malahan, KWSP telah pun melabur sejumlah USD26 bilion sejak tahun 2008 dan telah menghasilkan pulangan yang baik. Jika seseorang melihat pasaran [ekuiti] di Malaysia dan membandingkannya dengan pasaran AS selepas 2008, seseorang akan melihat ekuiti AS telah menawarkan pulangan yang lebih baik daripada [pasaran ekuiti] kita.

Saya kuat mengesyaki bahawa sebahagian besar dividen yang melebihi 5.5% yang kita perolehi sejak 2009 datangnya dari pelaburan luar negara yang telah dibuat oleh KWSP.

Dibawah adalah dividen yang telah dibayar oleh KWSP dari tahun 2001 hingga 2016 :

(Dividen terendah yang dibayar oleh KWSP adalah 4.25% bagi tahun 2002. Soalannya : siapakah Perdana Menteri Malaysia diketika itu? Adakah pulangan dividen yang rendah itu disebabkan oleh pengambil-alihan syarikat-syarikat [kroni Perdana Menteri tersebut] yang telah bankrap oleh kerajaan?)

KWSP mempunyai sebuah jawatankuasa pelaburan tertinggi yang dianggotai oleh ahli-ahli profesional yang amat dihormati.

Sekiranya Najib mempunyai kawalan meluas keatas KWSP maka KWSP perlu diarah mendedahkan dimana mereka melabur dan apa yang dilabur tetapi pelaburan KWSP adalah rahsia. Mereka menggerakkan wang yang besar kedalam dan keluar negara dan sekiranya mereka mendedahkan bila dan apa yang mereka akan laburkan, spekulator matawang akan 'membunuh' (menggagalkan) pelaburan mereka.

Disamping pulangan keatas pelaburan, secara selamat kita boleh katakan bahawa KWSP juga pastilah telah membuat 'pembunuhan' (menamatkan pelaburan) akibat daripada kemerosotan nilai Ringgit.

Memperkasa ekonomi Amerika Syarikat

Ini hanyalah untuk memperlihatkan [bahasa] diplomasi dipihak Najib dihadapan pemimpin Amerika yang begitu bersungguh untuk "menjadikan Amerika hebat kembali".

Trump telah menghebahkan semenjak dari masa berkempen lagi bahawa membina kembali infrastruktur Amerika yang telah usang adalah diantara keutamaannya. Kerana itu ianya adalah masuk akal untuk melabur dalam ekuiti dan dana yang akan mendapat manfaat daripada polisi (dasar) ini.

Jadi dalam ertikatanya Malaysia akan melabur dalam "menjadikan Amerika hebat kembali" tetapi semua orang terlupa bahawa KWSP mungkin akan membuat banyak wang hasil daripada berbuat sedemikian.

Lawatan Najib ke Washington berlaku dalam masa munculnya satu senarai negara-negara yang disenaraikan sebagai "Penipuan Perdagangan" yang bertanggungjawab keatas defisit perdagangan Amerika yang mencecah hampir USD50 bilion.

Dikatakan akan disasarkan kepada China, negara-negara lain yang tersenarai adalah Jepun, Jerman, Mexico, Ireland, Vietnam, Itali, Korea Selatan, Malaysia, India, Thailand, Perancis, Switzerland, Taiwan, Indonesia dan Kanada.

Najib datang dengan mengetahui beliau kena menunjukkan kepada Trump bahawa perdagangan adalah satu perkara dua-hala dan beliau berada di Washington membawa apa yang dihajatkan.

Itulah sebabnya beliau memilih frasa "saranan nilai" apabila bercakap tentang pelaburan.

Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelumnya pergi ke AS dengan niat untuk mendapatkan pelabur-pelabur datang ke Malaysia. Najib mahu menunjukkan kepada Trump bahawa beliau tidak berada disana untuk melakukan perkara yang serupa.

Lawatan kerja

Lawatan Najib ke Rumah Putih adalah satu lawatan kerja atas undangan Trump. Ia bukan lawatan rasmi atau pun lawatan negara. Setakat ini Trump belum lagi menjemput sesiapa ke Washington untuk tujuan lawatan rasmi atau negara.

Melebihi segala kegemilangan dan tatacara, lawatan ini adalah tentang perniagaan.

Trump melangkau semua protokol apabila berurusan dengan Najib dan mengingatkan pegawai-pegawai sebanyak dua kali "beliau kawan saya."

Pertama semasa Najib tiba. Protokol biasa adalah Naib Presiden (dalam kes ini Mike Pence) akan menyambut ketibaan tetamu kenamaan (VIP) tetapi Trump memutuskan beliau sendiri yang akan menyambut Najib dipintu masuk.

Ini adalah kali pertama apabila beliau memberitahu pegawai protokolnya "beliau kawan saya."

Kali kedua adalah ketika Najib mahu berangkat pergi. Kebiasaannya Presiden AS akan menghantar tetamunya dengan pandangan sehingga kepintu Pejabat Oval nya, tetapi Trump menghantar Najib sepanjang jalan melalui pintu ditingkat bawah sehingga kekeretanya.

Sekali lagi beliau mengetepikan peringatan protokol dengan mengatakan "dia kawan saya."

Sepertimana yang dilaporkan secara meluas kedua pemimpin mengikat tali persahabatan semasa mereka bermain golf dilapangan golf kepunyaan Trump. Terdapat sekeping foto peristiwa tersebut dipejabat Najib dengan tulisan Trumph diatasnya "Kepada PM kesukaanku."

Ya, kedua mereka bercerita tentang golf semasa lawatan ini tetapi tidak pergi bermain kerana tujuannya adalah semata-mata dikhususkan untuk bisnes.

Mengapa pula Najib membuat keputusan untuk tinggal di Trump International Hotel? Kerana ia adalah yang paling terbaik yang terdapat disana dan terletak diantara Rumah Putih dan Capitol Hill. Ia merupakan penempatan (lojistik) yang masuk akal.

Trumph telah berjanji apabila beliau menjadi Presiden setiap keuntungan yang diperolehi dari lawatan pemimpin-pemimpin yang menginap dihotel tersebut akan disumbangkan kepada badan amal. Beliau tidak membuat satu sen pun daripada lawatan Najib.

Jadi adakah lawatan ini berjaya? Bagi Najib ia adalah satu kejayaan yang amat besar kerana ia menamatkan cerita-cerita negatif DOJ tentang dirinya dan yang lebih penting lagi beliau memperbaharui persahabatannya dengan Trumph.

Untuk Malaysia? Ia adalah satu lawatan yang amat baik kerana kita sekarang kembali semula kepeta [pemerhatian] Amerika Syarikat dan mereka telah mengesahkan Malaysia sebagai rakan kongsi yang komprehensif.


Terjemahan dari artikel
Malaymail Online
Wong Sai Wan
(Malay Mail Editor-In-Chief)
16 September 2017

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU