Tindakan Guaman (Undang-Undang) 1MDB Apa?
"Pada masa ini tiada tindakan terhadap 1MDB. Hanya terhadap harta yang dianggap telah diperolehi dengan menggunakan wang milik 1MDB," tegas Thomas C Goldstein, Penasihat Advokat, Mahkamah Agong AS ketika ditanya mengenai tindakan pelucutan sivil terhadap 1MDB."
Tom Goldstein menjawab soalan yang dibangkitkan semasa ceramahnya mengenai "Ligitasi (Undang-Undang) Jenayah di Amerika Syarikat" di Fakulti Undang-Undang UiTM hari ini.
Beliau berkata berdasarkan Perlembagaan Amerika Syarikat, tiada siapa yang sepatutnya dilucutkan hak pegangan aset mereka tanpa proses undang-undang yang wajar, dan semua proses perundangan yang memerlukan penghakiman mestilah diselesaikan sebelum aset boleh dilucutkan hak.
"Jabatan Kehakiman (DoJ), berdasarkan aduan tersebut, hanya mengesan (aliran) wang yang difikirkan ianya ada kaitan dengan 1MDB. Pada saat ini, tidak ada cadangan mengenai sebarang sasaran jenayah," tambahnya.
Tom Goldstein adalah salah seorang pengamal Mahkamah Agong Amerika Syarikat yang berpengalaman dan perwakilannya merangkumi hampir keseluruhan Undang-Undang Persekutuan Amerika Syarikat.
Sebagai seorang peguam pendebat di Mahkamah, Tom telah memenangi kes-kes yang melibatkan timbang-tara ('arbitration'), kebankrapan (muflis), prosedur sivil, undang-undang kurang-upaya, diskriminasi pekerjaan, Pindaan Keempat, kebebasan bersuara, pembelaan diri ('habeas corpus'), immigrasi, buruh, sekuriti, dan tanda-perniagaan.
Apabila ditanya kepada siapakah wang yang dirampas itu akan dikembalikan, Tom menjelaskan isu itu telah meletakkan DoJ dalam keadaan kebingungan ('limbo') kerana 1MDB telah menegaskan wang tersebut bukan milik mereka, sedangkan kes adalah berdasarkan kepada wang yang telah diambil daripada 1MDB, yang dibuat oleh pengadu yang tidak mewakili 1MDB.
"DoJ baru-baru ini telah memberhentikan saman tuntutan pencabulan sivil terhadap aset yang diperolehi (oleh pembiaya kewangan Malaysia Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low), kerana meneruskannya akan mengundang "kesan buruk sampingan" keatas keupayaannya (DoJ) untuk menjalankan siasatan jenayah. Apa yang DoJ lakukan adalah percubaan untuk menghalang wang tersebut daripada hilang dengan memulakan tindakan jenayah," jelas Tom. "Tetapi diwaktu ini terdapat terlalu sedikit aktiviti berkaitan dengan kes ini dan tiada siapa pun yang dinamakan sebagai sasaran jenayah."
Ditanya sama ada ini (1MDB mengatakan wang itu bukan milik mereka) adalah sebab yang membuat DoJ mengambil masa yang terlalu lama untuk memulakan sesuatu (tindakan), beliau menjawab dengan ringkas (dan mudah), "Ya."
"Sejumlah besar wang telah masuk ke Amerika Syarikat, dan DoJ berminat untuk mengetahui dari mana datangnya sumber wang ini. Ia bukan satu kes jenayah dan sesuatu tindakan susulan keatas perkara seperti ini akan memberi kesusahan kepada diri mereka (DoJ) sendiri kerana tidak ada kes terdahulu sebagai rujukan (preseden). Tiada seorang pun yang dinamakan dalam tindakan sivil pembatalan hak. Sekiranya satu tindakan kes jenayah diambil maka ianya merupakan satu kes jenayah yang klasik dan beban pembuktian terletak keatas DoJ untuk membuktikan tanpa sebarang keraguan munasabah bahawa jenayah telah dilakukan," tambah Tom.
Selain mengamalkan undang-undang, Tom telah mengajar Ligitasi (Tindakan Undang-Undang) Mahkamah Agong di Harvard Law School sejak tahun 2004, dan sebelumnya mengajar subjek yang sama di Stanford Law School selama hampir satu dekad.
Tom juga merupakan pengasas bersama SCOTUSblog - laman web khusus untuk liputan komprehensif Mahkamah - yang merupakan satu-satunya weblog yang pernah menerima Anugerah Peabody.
Terjemahan dari artikel
Seademon Says
4 Disember 2017
Rujuk artikel-artikel dibawah untuk mengetahui lebih mendalam berhubung kes tersebut: