Monday, March 05, 2018

JAMES KUOK, PERGI MAMPUSLAH!

Mereka mengatakan tidak ada salahnya Cina kaya dari luar-negara membiayai DAP dalam jumlah berbilion. Setuju! Kalau begitu tidak ada juga apa-apa salahnya bagi Arab-Arab kaya dari luar-negara untuk membiayai UMNO dalam jumlah berbilion. Jadi mengapa kecoh sangat bila UMNO menerima sumbangan dari Arab-Arab kaya sedangkan tidak salah pula DAP menerima sumbangan daripada Cina kaya?


James Kuok mengatakan beliau seorang penyokong tegar DAP yang memberi beliau dan anaknya wang tetapi tidak pernah memberi DAP satu sen pun

James Kuok (anak saudara Robert Kuok, orang terkaya di Malaysia dan kedua terkaya di Asia Tenggara), serta orang-orang Cina yang sewaktu dengannya dari MCA dan DAP, menunjukkan kemarahan setelah kebenaran terbongkar berhubung Robert Kuok membiayai The Malaysian Insight sebanyak RM50 juta untuk tempoh lima tahun ditambah dengan pembayaran sogokan rasuah RM2 juta sebulan kepada pemilik The Malaysian Insight.

Mereka begitu berang dengan apa yang mereka anggap sebagai berita palsu dan tuduhan liar. Agak menghairankan mereka tidak pula menunjukkan berang dan rasa marah yang serupa apabila Clare Rewcastle Brown menerbitkan berita palsu dan tuduhan liar mengatakan yang Perdana Menteri Najib Tun Razak membayar Presiden PAS Abdul Hadi Awang RM90 juta.


Clare kata Najib beri Hadi RM90 juta tetapi sehingga kehari ini beliau tidak dapat membuktikannya dan Cina-Cina DAP dan MCA membisu dan tidak mengutuk Clare sepertimana mereka mengutuk orang-orang yang menyerang Robert Kuok

Sehingga kehari ini, Clare tidak dapat menyokong tuduhannya dengan bukti dan beliau telah mengheret kes mahkamahnya sejak tahun lepas sedangkan disebaliknya beliau hanya perlu menghantar pembuktian kepada mahkamah. Sekiranya tuduhan itu benar sudah pasti Clare tiada masalah menunjukkan bukti.

Mengapa mereka yang konon-kononnya memperjuangkan kebenaran tidak berkata sesuatu apa pun? Mereka tahu Clare tidak dapat membuktikan tuduhan kerana tuduhan itu palsu. Sedangkan orang-orang seperti James Kuok, serta orang-orang Cina yang sewaktu dengannya dari MCA dan DAP, langsung tidak berkata sepatah pun.

Tetapi sekarang mereka telah didedahkan sebagai orang dibelakang The Malaysian Insight mereka menjadi seperti dirasuk hantu. Mereka terpekik terlolong dan berbuih mulut dan menganggap mereka adalah mangsa fitnah dan berita palsu.

Hanya suruh The Malaysian Insight tunjukkan dari mana sumber kewangan mereka dan kita boleh tutup fail atas perkara ini. DAP juga kena dedahkan punca kewangan mereka. Hanya tunjukkan kami dari mana sumber kewangan DAP dan kes ini juga akan ditutup.


MCA kata Robert Kuok bukan sahaja telah beri wang kepada DAP tetapi juga kepada MCA jadi beliau tidak sepatutnya diserang kerana membiayai The Malaysian Insight secara gelap

Mereka mengatakan tidak ada salahnya Cina kaya dari luar-negara membiayai DAP dalam jumlah berbilion. Setuju! Kalau begitu tidak ada juga apa-apa salahnya bagi Arab-Arab kaya dari luar-negara untuk membiayai UMNO dalam jumlah berbilion. Jadi mengapa kecoh sangat bila UMNO menerima sumbangan dari Arab-Arab kaya sedangkan tidak salah pula DAP menerima sumbangan daripada Cina kaya?

Minta Clare tunjukkan bukti Najib bayar Hadi RM90 juta dan kemudian kita boleh cerita tentang saya tunjukkan bukti yang Robert Kuok bayar The Malaysian Insight RM50 juta dan lagi RM2 juta sebulan kepada pemilik The Malaysian Insight.

Boleh?


Terjemahan dari artikel:
MALAYSIA TODAY
Raja Petra Kamarudin
27 Februari 2018

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU