Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025
-
Jadual tarikh bayaran pencen tahun 2025 untuk pesara kerajaan Malaysia.
Berikut adalah jadual pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2025 untuk
rujukan pener...
Fazura Buka Akaun IG Baru Buat Fatima
-
Sempena ulang tahun keempat Nur Fatima Aisya semalam, pelakon Nur Fazura
mendedahkan akaun Instagram baru anaknya itu. Sebelum ini, Fazura kerap
memuat n...
BAKSO JAWA MALAYSIA
-
Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes
kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'.
...
Lelaki bertenggek di atas pencawang elektrik
-
KOSMOTangkap layar menunjukkan lelaki itu bertenggek di puncak menara
elektrik di Madhya Pradesh, India. - InstagramNEW DELHI – Satu klip video
tular di me...
UMNO - Lalat atau Langau?
-
Bhai/DeeDee semua.. Betapa hinanya UMNO dimata DAP, itupon masih lagi nak
bersekongkol demi jawatan, pangkat, kuasa dan wang ringgit, UMNO sudah jadi
penge...
Fitnah jadi budaya Pas
-
*RENUNGAN*
PAS tidak dapat memisahkan diri mereka dengan berbuat dan menaburkan
fitnah. Bagi Pas fitnah merupakan benih bernas untuk dicampak ke atas bumi ...
Priorities In Reforming Malaysian Education
-
Priorities In Reforming Malaysian EducationM. Bakri Musa In Alice in
Wonderland the Cheshire Cat advised Alice that if she does not know or care
where she ...
Special Offer kepada non-muslim
-
*Special Offer kepada non-muslim untuk menjadi Consultant kepada barang
runcit keperluan dapor direct dari kilang Halalan Toiyibban (Halal)..*
*Se...
ANAK PAK LAH NAFI TUDUHAN TUN MAHATHIR
-
Anak kepada Abdullah Ahmad Badawi menafikan memberitahu anak Dr Mahathir
Mohamad bahawa gilirannya telah tiba untuk memperkayakan dirinya
menggunakan ked...
Bagan should lead the global way
-
Twenty-nine years ago, in September 1995, the voters of Bagan saved the DAP
and democracy in Malaysia after the DAP suffered its worst electoral defeat
in ...
Andai Umno berbaik dengan PAS
-
Oleh Mohsin Abdullah
Bukanlah rahsia besar ada dalam Umno yang nak parti mereka lupakan
kerjasama dengan Pakatan Harapan dan berdamai dengan PAS. Say...
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin
-
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah
selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur
pagi t...
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...
-
Ramai bertanya kepada saya, latar belakang audio YB Nik Mohamad Abduh (UNA)
menerima duit UMNO. Tentu sahaja orang yang hadir sahaja yang tahu latar
belaka...
Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013
KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?
Melayu dikhianati?
Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.
"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".
Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:
"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?
Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?
Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".
Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."
Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?