Baru-baru ini adalah seorang kawan menceritakan kisah (dongeng) ini.
Menurut ceritanya terdapat 3 orang kontraktor yang dipanggil mengadap ahli lembaga pengarah sebuah agensi kerajaan untuk membentangkan cadangan projek membina sebuah dewan masyarakat.
Kontraktor pertama adalah seorang berbangsa Melayu. Dengan memakai kopiah dan berbaju kemeja biasa, beliau memasuki bilik mesyuarat pengarah dan membentangkan mengenai projek tersebut.
“Kos projek ini adalah 1 juta” kata kontraktor itu di akhir pembentangan.
Terkejut ahli lembaga pengarah dengan pengumuman itu.
“Harga ini terlalu murah, mampu ke Tuan Haji menyiapkan projek ini ?”tanya salah seorang ahli lembaga pengarah.
“Saya ni kerja ikhlas dan ambil untung sedikit saja, jadi memanglah saya mampu” balas kontraktor Melayu ini.
Maka ahli lembaga pengarah semuanya terharu dan mereka mula membuat keputusan bahawa mungkin inilah kontraktor terbaik untuk menjalankan projek ini.
Selepas kontraktor ini keluar, masuk pula seorang kontraktor kedua berbangsa India untuk membentangkan projek yang sama.
“Harga yang saya cadangkan adalah 1.5 juta”, kata kontraktor India ini di akhir pembentangan.
“Kenapa mahal sangat ? tapi Pak Haji tu baru 1 juta saja”, tanya ketua lembaga pengarah.
“Tuan-tuan sekalian, Pak Haji tadi tidak tahu mengenai harga barangan yang tengah naik. Tak lama lagi harga besi, simen, minyak dan batu akan naik. Jadi ini adalah harga yang paling baik dan saya dapat siapkan projek ini sebaik mungkin”, balas kontraktor India ini.
Semua ahli lembaga pengarah mula mengangguk setuju. Mereka mula melihat bahawa Pak Haji tadi adalah orang yang tidak mampu menjalankan projek itu sehingga habis. Mungkin kontraktor India ini adalah yang terbaik kerana dia berfikiran kehadapan dan tahu mengenai projek ini dengan baik.
Akhir sekali, dipanggil kontraktor yang ketiga, seorang yang berbangsa Cina untuk membentangkan projek ini. Pada saat ini sebenarnya semua ahli lembaga pengarah sudahpun membuat keputusan untuk mengambil kontraktor India sebagai pilihan utama mereka.
“Harga projek ini saya cadangkan adalah RM 2.5 Juta”, kata kontraktor Cina ini di akhir pembentangannya.
“Huh ? Mahalnyaaaaa….. Kamu tahu tak ?, Pak Haji tadi hanya RM 1 juta, kontraktor India itu hanya RM 1.5 juta. Kenapa kamu punya tiba-tiba RM 2.5 juta”, kata salah seorang daripada ahli lembaga pengarah.
Ahli lembaga pengarah yang lain pun mula mengelengkan kepala tanda tidak setuju. Mereka mula berbisik sesama sendiri bagi memastikan tidak ada ahli lembaga pengarah yang bersetuju.
Akhirnya semua terdiam menanti apakah alasan yang akan diberikan oleh kontraktor Cina ini.
“Saya punya harga adalah yang terbaik. RM 1.5 juta adalah harga untuk menyiapkan projek ini dan bakinya RM 1 juta adalah untuk tuan-tuan semua”, Jawab kontraktor Cina ini dengan senyuman manis di muka.
Semua ahli lembaga pengarah spontan gelak riang dan terus bersetuju dan menganugerahkan projek ini terus kepada kontraktor Cina ini.
MKP Ayat Sempoi ; Melayu PAS janji tak tunai macam Mat Sabu, India macam yang dok ada dalam PKR,,,, Cina pulak sudah tentu LGE Ketua Menteri Paling Celaka dalam sejarah Pulau Pinang....Yang tertipu siapa?
25/4/2012