Ada seorang pengemis yahudi yang buta
dinegeri Madinah zaman dahulu kala
duduk dihujung pasar minta derma
mulutnya pula hari-hari bercerita
pada sesiapa yang lalu dihadapannya
"jangan percayakan Muhammad yang durjana
dia itu ahli sihir, pembohong dan pendusta
agama yang dia bawa itu tipu belaka"
Namun setiap pagi bila matahari menjelma
Nabi datang bawa sarapan bersama
disuapnya sipengemis makanan yang dibawa
dengan layanan penuh kasih mesra
tanpa sipengemis kenal pun siapa
setiap hari sampai bertahun-tahun lamanya
walaupun mulut pengemis tak henti-henti mencerca
Namun Baginda tak kata apa-apa
Jauh sekali nak terajang atau bagi buku lima..
Apabila wafat sahaja Baginda
apabila terdengar khabar berita
sipengemis yahudi pun tersenyum gembira
bergelaklah dia sepuas-puasnya
orang yang dia paling benci sudah tiada
Sebagai sahabat yang setia
Abu Bakar cuba ganti menyuap pengemis pula
namun pengemis buta itu tidak suka
"mana pergi orang yg selalunya
dia layan aku macam anak dengan bapa
aku tak nak orang lain selagi dia masih ada"
Maka dengan suara yang hiba
berkatalah Abu Bakar r.a.
Rasulullah lah yang selalu suapkan dia
tapi sekarang Baginda sudah tiada
sudah kembali ke hadrat Allah Taala
terkejut sipengemis tahap maksima
lalu menangis dan berlinangan airmata
orang yang hari-hari dia keji dan hina
rupanya dialah yang paling banyak berjasa
pengemis yahudi menyesal akan tutur katanya
dia pun bersyahadah dengan rela
mengaku beriman pada Allah dan Rasul-Nya
Tapi lain pula cerita umat akhir zaman
bukan nak ikut akhlak Nabi junjungan
malah yahudi pulak dijadikan tuan
peel buruk dijadi contoh tauladan
sukarela jadi balaci belaan
sukarela jadi gunting dalam lipatan
asal dapat dana dan tajaan
ditipu pulak orang bawahan
diajak berdemo diatas jalan
tidak pun duduk bantah atas Dataran
duduk campur lelaki dengan perempuan
kononnya hendakkan keadilan
tetapi tolak Islam punya perpaduan
sedarlah wahai saudara-saudaraku sekalian
yang mengaku Rasulullah punya Ikhwan
yang beriman pada Sunnah dan Al-Quran
jangan tertipu dengan yahudi punya percaturan
kalau tidak lempang penganjur pun tanda bantahan
cukuplah membenci diorang punya tindakan
jangan terlibat ataupun ambil bahagian
tidak pun foward syair ini kat kawan-kawan
Itulah tanda selemah-lemah iman..
-HL
Reverse Gear
Isnin, 16 April 2012