Monday, April 30, 2012

Terbalikkan Kereta Polis: Pembohongan Pas Dijawab


Parti Ajaran Syaitan, itulah Pas....

Dalam keadaan bukti yang dah terbentang depan mata Pas masih lagi nak bohong kerana nak kata mereka baik.

Petikan dari lidah rasmi syaitan - haramkahdaily

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

Untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis.

Jika kita lihat kepada laporan itu, maka sudah tentulah terdetik dalam hati kita, oh....patutlah diterbalikkan kereta itu kerana ada orang tersepit dibawah.

Hakikat yang sebenarnya, itu tidak betul.

Gambar-gambar dibawah ini menjadi bukti....



Sebaik sahaja kereta polis tersebut terbabas dan melanggar tembok Sogo, perkara pertama yang dilakukan perusuh-perusuh adalah seperti yang tertera dalam gambar diatas.

Jika benar ada orang terperosok bawah kereta itu dan perusuh-perusuh berniat baik sepertimana yang dilaporkan harakah, sepatutnya langkah pertama yang diambil adalah berusaha mengeluarkan mangsa. Bukannya sesahkan kereta dan anggota yang didalamnya.

Setelah puas menyesah kereta dan anggota di dalam baru mereka terbalikkan kereta. Kalau benar ada orang yang terperosok dibawah kereta itu, sudah tentu mangsa akan cedera parah atau telah meninggal dunia.

Lihat gambar dibawah yang disiarkan oleh lidah rasmi syaitan yang mendakwa orang didalam gambar itu adalah mangsa rempuhan kereta polis.


Cedera hanya di dagu dan dahi. Di betis langsung tidak ada kesan calar balar. Kalau Pas nak bohong pun agak-agaklah

Sekarang anda lihat pula gambar-gambar dibawah.

Selepas mereka puas menyesah kereta dan anggota polis didalam kereta tersebut barulah mereka nak terbalikkan kereta tersebut kononnya untuk menyelamatkan mangsa yang terperosok dibawah kereta polis.

Takbir !!! Angkat........ 

Ada tak anda nampak mereka tarik orang keluar ? Kalau niat baik untuk selamatkan orang, pada kedudukan itu mereka dah boleh tarik mangsa keluar tanpa perlu menterbalikkan kereta tersebut.


Sekarang dah terbalik, ada anda nampak orang bawah kereta tersebut ?

Zaman dulu sewaktu Pas dan geng-geng mereka menguasai dunia internet bolehlah mereka nak tipu pembaca. Sekarang ? maaflah.....

Sekarang terpulang kepada anda semua untuk menilai mana yang fakta dan mana yang auta.


RBF Online
Ahad, 29 April 2012

 

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU